Tuesday, March 8, 2011

Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)


Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan;
Di  atas dunia kau tak sampai,(tak:sinkope)
Di dalam syurga bernantian.
(maksud: hasrat atau hajat seseorang yang tidak kesampaian di dunia, namun berbalas jua di akhirat.
Persoalan: Manusia sentiasa mempunyai sifat sabar kerana balasan atas kebaikan tidak semestinya diperoleh semasa di dunia kerana mungkin akan dibalas di akhirat.)

Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
(maksud:kehidupan kita di dunia yang hanya pinjaman semata-mata dan akhirat yang akan kekal abadi.

Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
 Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
(maksud:sentiasa sedar akan kesilapan kerana tidak ada semua umat tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)
(Persoalan: Sedar akan kesilapan yang dilakukan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
 Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
(Maksud: penyesaIan seseorang yang tidak mengamalkan tuntutan agama.)

Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam;
Serban bukan semuanya haji,
 Haji terletak pada amalan.
(maksud: ukuran keimanan seseorang itu diukur berdasarkan amalan yang diperintahkan oleh agama)
(persoalan:Penyesalan seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sehingga dihukum di akhirat.)
 (Rima akhir: bebas: abac)

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
 Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
(maksud: Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah-Nya.)
(persoalan: Menurut perintah agama supaya terhindar daripada segala 4ksiian di alam kubur.)


Maksud Keseluruhan Pantun - bertemakan nasihat terhadap amalan kebaikan.
Gaya Bahasa
(a) Imej alam — kemuning, halia, teritip, asam kandis, asam gelugur, padi.
(b) Anafora — (pengulangan perkataan yang sama pada awal baris).
(c) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab.
Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, Tumbuh di pusara paduka tuan (pengulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya, Ketiga asam si riang-riang (pengulangan konsonan g).
(c) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun
Nilai
keJIh yng Tuhan amat mengasihi makhluknya tanpa mengira bangsa dan agama.
tanggungjawab manusia yang baik ialah manusia yang dapat melaksanakan amanah yang diberikan.
Sikap saling menghormati merupakan amalan yang dituntut oleh agama.

Bentuk
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat bans.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
(d) Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
(e) Rima akhir setiap rangkap abab.
(f) Ada pembayang dan maksudnya.

Pantun Empat kerat (Muhibah dan Perpaduan).


Peribahasa:
muhibahAr 1. percintaan, kasih mesra: me-lahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain.

 
Bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
Muafakat membawa berkat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Bersatu teguh, bercerai roboh


Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu amalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa. (asonansi: vocal a)
(maksud: hidup bermuafakat  harus diamalkan di negara pelbagai bangsa)
Persoalan: amalan kehidupan harmoni dalam masyarakat(R1:B3)
Nilai: keharmonian; pengajaran: kita mestilah mengamalkan kehidupan yang harmoni.
Rima: abab  jeda:

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya, (aliterasi: konsonan b)
Kerana muhibah hidup bersatu.
(maksud:  rakyat berbilang bangsa dan budaya hidup bersatu padu kerana semangat muhibah yang diamalkan)
Persoalan: bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah dalam masyarakat majmuk(R2:B4)
Nilai: perpaduan    pengajaran: kita mestilah selalu bersatu padu
Rima: abab  jeda:

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung; ( relungan lekuk atau jeluk (di tanah dll); ~ hati lubuk hati (dlm hati); ~ langit ruang langit, kolong langit;)
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
(maksud: Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan semangat perpaduan.)
Persoalan: bekerjasama dan bersatu padu dalam semua tindakan(R3:B3/4)
Nilai: bekerjasama   pengajaran:
Rima; abab

Tuan Puteri dan kayangan, (negeri yang-yang, tempat dewa­ dewa; ®yang II.)
Senyuman manis seperti madu;          simile
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
(maksud: kepelbagaian keturunan bukanlah satu penghalang untuk membina bangsa yang bersatu padu.)
Persoalan: pembinaan bangsa yang bersatu walaupun hidup dalam pelbagai keturunan(R4:B3,4)
Nilai: hormat-menghormati,

Enak nian air kelapa,          imej alam, diksi : penggunaan kata-kata indah
Penawar sakit mujarab sekali;( mujarab Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan penyakit dsb;)
Kebudayaan asal tidak dilupa,         (anaphora)
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(maksud: Keseluruhan cara hidup asal mereka)
Persoalan: kebudayaan nasional  sentiasa diamalkan dan budaya asal kita sendiri tidak boleh dilupakan.(R5:B3,4)
Nilai: penghargaan, kebebasan

Tema:perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
Bentuk:  5 rangkap 4 baris, Rima a,b,a,b, pantun nasihat

1.Apakah persoalan yang diutarakan oleh penulis?
A Kepentingan mengamalkan sernangat muhibah dan perpaduan
B Tanggungjawab masyarakat untuk mencapai perpaduan
C Kepentingan bangsa yang bersatu padu
D Mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat

2.Tema Pantun Empat Kerat(Muhibah dan Perpaduan) ialah...
A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
B masyarakat yang terdiri danpada pelbagai latar belakang.
C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.
3.Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu?
A bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan
B mengambil tahu akan hal bangsa lain
C sentiasa mengamalkan semangat muhibah
D bangga mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai keturunan

4. Berdasarkan rangkap kelima sajak, apakah yang masih kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum?
A budaya masyarakat Malaysia yang harmoni
B kehidupan masa silam mereka
C kenangan indah semasa bersama keluarga dahulu
D keseluruhan cara hidup asal mereka
 
 












Pantun Dua Kerat (Nasihat) (Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)


Khatib Ar pembaca khutbah; imam Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll);

lubuk hati a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar;

lubuk  1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~

taruh  1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menem­patkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm 



Persoalan/ nilai/ pengajaran
R1:Gaharu, cengal, giam,  Tak tahu, tak kenal, diam. (giam=kayu)
Persoalan: Pentingnya mendapatkan ilmu.
Nilai: jati diri

R2:Jika ada padi berhampalah, , Jika ada hati berasalah.(asonansi: a; 7 kali)
Persoalan: (peka kepada perasaan sendiri dan orang lain)/ sindiran kepasa sesiapa yang melakukan kesilapan.
Nilai:Rasional

R3:Sakit pandan tak tahukan duri, , Sakit badan tak tahukan diri.= orang yang tidak menyedari kesusahan sendiri.
Persoalan: (pentingnya menjaga kesihatan diri/ mengenal diri sendiri supaya jangan bersikap angkuh atau sombong diri./
Nilai:Bertanggungjawab:

R4:Dengar cakap enggang makan buah belolok,  Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Persoalan: (kemudaratan mendengar hasutan orang/ Perlunya mendengar nasihat.
Pengajaran:  Kita janganlah hanya mendengar kata-kata orang lain sehingga boleh memakan diri sendiri.
Nilai: keyakinan
Dengar cakap enggang makan buah belolok: peribahasa=orang yang mengikut hawa nafsuakan musnah akhirnya

R5: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hatI. Taruh: letak
Persoalan: Budi baik hendaklah dikenang./  pentingnya mempunyai perasaan
Pengajaran:  Kita hendakiah mengenang budi dan men ghargai orang lain walaupun budi sedikit.
Nilai: menghargai

R6:Mahal imam, murahlah khatib,  Mahal demam, murahlah sakit. (aliterasi: m 4 kali)
Persoalan: Reda kepada Tuhan
Pengajaran: Kita hendaklah reda dan bersyukur menenima ketentuan Ilahi.
Nilai: bersyukur
Maksud Keseluruhan Pantun - memaparkan nasihat supaya manusia melakukan sesuatu kerja dengan keupayaan diri agar tidak mendapat mudarat. Kita perlu reda dengan ketentuan Ilahi.
Rangkap 1
Menyuruh manusia yang tidak mengetahui apa-apa supaya mendiamkan diri.
Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah Iebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.
Rangkap 2
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.
Rangkap 3
Berbuat sesuatu sesuai dengan keupayaan diri dan jangan sampai memudaratkan diri.
Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri.
Rangkap 4
Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.
Rangkap 5


Jika ada sesuatu yang kita kenang tentang kebaikan seseorang, kita perlu ingat sampai bila-bila.
Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan diingati setiap masa.
Rangkap 6
Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.
Sekali kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.

Tema ; Nasihat yang dapat membina diri seseorang itu ke arah kebaikan./ nasihat-manasihati/

Bentuk
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(h) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
(d) Setiap bans terdiri danipada tujuh hingga tiga belas suku kata. Contohnya: Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam.
(e) Rima akhir setiap rangkap aa.
(f) Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur Bunyi
(i) Asonansi. Contohnya,Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a).
(ii) Aliterasi. Contohnya, Mahal deman, murahlah sakit (pengulangan konsonan m).

Gaya Bahasa
·         Pengulangan kata /repetisi :
·         Jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris)     Mahal imam  murahlah khatib Mahal demam  murahlah sakit
·         Rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi): aa,aa,aa,aa,aa,ab
·         Anaphora: jika ada../ sakit
·         Sinkope: tak
·         Responsi: taruh dalam…
·         Imej alam: gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang

Mesej daripada pantun:
·         Bagaimanakah sikap seorang yang baik terhadap rakan mereka?
·         Mengapakah manusia tidak dibenarkan bersikap sombong?

Monday, March 7, 2011

karangan skop ~~~sukan


Huraikan kepentingan penganjuran sukan pada peringkat antarabangsa kepada negara kita.

Rangka Karangan
Pendahuluan
- Sukan merupakan wadah untuk menyatupadukan masyarakat - menaikkan nama Malaysia di persada dunia

Isi-isi
i.   kedatangan pelancong asing semakin meningkat (ekonomi)
ii.  mendapat liputan yang meluas dari seluruh dunia (status )
iii. dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama (kerjasama)
iv. wadah untuk perpaduan (perpaduan)
v.  meningkatkan mutu sukan Negara (mutu)

 smk pe

Penutup
- penganjuran sukan di peringkat antarabangsa terbukti mendatangkan pelbagai kesan positif