Wednesday, August 25, 2010

Arah Ke Mana

Permulaan


Muzik sayu mengiringi suara takbir Hari Raya yang sayup-sayup, Haji Pakir dan Hajah Derisah berlutut di hadapan kubur anak tunggal mereka, Rohani yang mati kerana ketagihan dadah yang teruk kira-kira setahun yang lalu. Haji terkumat-kamit membaca doa, tiba-tiba haji terenjut-enjut menahan esakan, hajjah tidak tahan juga lalu teresak-esak sama-sama. Mereka _meluahkan perasaan pilu apabila melihat pusara anak mereka. Hajjah memujuk suaminya segalanya takdir tuhan yang esa. Haji memohon Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada Rohani dan merestui pemergiannya sambil menekap mukanya.


Perkembangan ( imbasan kembali)


Haji Pakir menghisap paip sambil berlegar-legar sebentar. Haji mencemik memarahi anaknya, Hajah membantah ejekan haji yang mengatakan sikapnya tidak berubah sejak anak sikit lagi. Hajah menuduh haji _merutup tiba-tiba tak tentu fasal dan dia tahu akan hujung pangkal haram dan __________. Haji menyalahkan isterinya terlalu memanjakan Rohani dan dia tidak berkenan dengan cara Hajah mendidik anak. Haji mengejek mentang-mentang anak tunggal, hajah terlalu memanjakan anak. Haji menegas kasih sayang hajah sudah melampaui batas. Haji insaf bahawa dia tidak menunaikan tanggungjawabnya kerana mendidik anak bukan setakat memberikan segala kemewahan tetapi memberikan tunjuk ajar yang akan mendorong anak ke jalan selamat yang diredai Allah. Anak ibarat kain kain yang kain putih lagi kudis perlu diwarnai dan dicorakkan oleh ibu bapa kerana melentur aur biarlah dari rebungnya. Tumpahkan sepenuh kasih sayang tanpa didikan yang sewajarnya, jangan harap rebung akan dapat dilentur. Anak yang terlalu diberi muka akan memijak kepala orang tua. Namun, kini sudah terlambat, sudah menghancurleburkan harapannya, Hajah pula membantah suaminya bertindak membabi buta, bercakap ikut rasa tanpa menyelidik telah menuduh Rohani. Haji bercakap keras dia telah jemu jelak dengan perangai Rohani. Hajah menangis teresak-esak, mencemuk dan meleleh-leleh air mata atas tuduhan suaminya. Hajah Cuma berharapkan suaminya boleh berlembut dengan Rohani, jangan panas baran kerana takut akan Rohani akan kecil hati. Haji tidak bersetuju kerana dia pantang besar kalau anak tidak mengendahkan ajarannya sampai dia ingin memijak-mijak perut Rohani.


Klimaks


Bunyi pintu diketuk berkali-kali dengan keras. Haji Pakir memerhatikan perangai anaknya dengan geram. Rohani memarahi hajah memekak telinga dan duduk di sebuah bangku dengan gaya jelek sambil bersiul-siul tanpa menghiraukan teguran ayahnya. Rohani tersentak dan berpaling benci kepada ayahnya apabila ditengkar dengan keras. Rohani membuat selamba dan berasa bosan mendengar teguran ayahnya. Haji mengatakan kalau Rohani masih mengikut-ikut hati, dia akan mematah-matahkan tulangnya kerana Rohani tidak mengetahui beradab dan tidak lekang duduk di rumah sampai berhari-hari tidak balik ke rumah. Rohani memarahi ayahnya masih mengkontrolnya walhal dia sudah besar, Haji mengatakan pelajaran setinggi langit pun tidak bererti kalau tidak menghormati orang tua-tua, selama ini, dialah yang setolol-tolol itu menyekolahkan Rohani dari dua jari tapak kaki. Namun, Rohani tidak memahami teguran bapanya dan anggap teguran bapanya macam teka-teki. Pada waktu itu, hajah kedengaran gamat lalu masuk ingin mencampur urusan. Haji lalu mengatakan selama ini, dia menahan perasaan melihat perbuatan Rohani, ibu bapa hanya berendam air mata melihatnya dan Rohani telah menyalahgunakan kebebasan yang diberikan. Akhirnya, haji hilang kesabaran dan memarahi Rohani celopar dan kurang ajar. Rohani bersuara dengan keras kepada ayahnya dengan mengatakan :”Pergi _jahanam dengan leteran ayah itu.” Haji berdiri kaku , memekap muka kemudian berlutut selepas melafazkan perkataan “ berambus” dengan sekuat hati.
 
Peleraian


Haji Pakir dan Hajah Derisah menekur di atas _kubur Rohani. Mereka meratapi pemergian anaknya tunggal yang membakar dirinya dengan racun. Hajah memohon mudah-mudahan Tuhan akan merestui pemergiannya dan memberikan taufik dan hidayah ke atas roh Rohani. Haji meratapi dia yang bertanggungjawab membawa anaknya ke jalan sesat. **segala-galanya sudah suratan....

latihan
1. Apakah perkara yang hendak disampaikan oleh Haji Pakir kepada isterinya?
Memanjakan anak secara keterlaluan merupakan suatu kesilapan
2. Apakah perwatakan tentang Haji Pakir dalam babak dua?
Kecewa dengan anaknya, Rohani.
Kesal terhadap apa-apa yang berlaku kepada anaknya
Dia telah memberikan kasih sayang yang sepenuh kepada anaknya.
3. frasa kurang ajar merupakan gaya bahasa…
Peribahasa
4. Apakah tema bagi drama ini?
Penyesalan ibu bapa terhadap kesilapan mendidik anak.
5. pengajaran dalam drama ini…
Anak haruslah menghormati ibu bapa
Ibu bapa harus bijak mendidik anak mereka
Janganlah terlalu memanjakan anak dan mengikut segala kehendaknya.

2 Nyatakan perwatakan bagi watak-watak di bawah.
(a) HAJAH DERISAH: Sudahlah, Bang Ajil ... Kita hambanya Tuhan lebih berkuasa ... (hal. 147)
Seorang yang pasrah/redha kepada Tuhan
(b) ROHANI: Mak ni agaknya tak bolehkah cepat-cepat buka pintu? Pekak telinga mak agaknya! (hal. 153)
Seorang yang kurang ajar
(c) HAJI PAKIR: Kerana aku sayangkan kau, aku buat begini, Ani! Kalau aku tak sayangkan kau, ... (hal. 157)
Seorang yang penyayang
(d) HAJI PAKIR: Oh, mentang-mentanglah dia anak kita seorang saja, awak biarkan begitu rupa? Awak manjakan dia begitu cara? ltulah salahnya ... Bukan begitu caranya mendidik anak!
Seorang yang tegas
 3 Berikan maksud rangkai kata di bawah
(a) mentang-mentang dia anak kita seorang saja:
Oleh sebab dia satu-satunya anak kita
(b) rebung itu akan dapat dilentur!
Anak masih boleh dibentuk
 4. Mengapakah Haji Pakir memarahi Rohani?
Rohani terjabak dengan gejala dadah

5. Apakah perkara yang dimaksud dalam dialog ini: “Aku tak sangka kau boleh menjadi macam ini, Ani!”
Tidak menyangka Rohani boleh menjadi sebegitu kurang ajar

6. Watak dinamik: mengalami pelbagai konflik dari awal ke akhir : Haji
7. watak antogonis : watak jahat :
8. watak putih:watak pipih : tidak berkembang
9. Apakah punca yang menyebabkan Haji Pakir menegur isterinya?
Isterinya terlalu memanjakan dan menyebelahi anak perempuannya
10. Apakah alasan yang diberikan oleh Hajah Derisah dalam mempertahankan anak perempuannya,
Anak sudah besar
Anaknya sudah meningkat dewasa
Anaknya sudah pandai menjaga diri
11. Maksud bukan setahun dua umurnya…
Bukan budak kecil lagi
12. Apakah yang terjadi kepada Rohani?
Dia meninggal dunia akibat pengaruh dadah
13. Perwatakan Rohani yang paling relevan:
Anak bijak
Bergaul bebas
Tidak mengendahkan nasihat ibu bapa

14.Maksud hari ini hari baik bulan baik..
Hari Raya
15. Nyatakan jalan sesat yang diikuti oleh Rohani
Menagih dadah
16.Mengapakah Haji Pakir menghalau Rohani keluar dari rumahnya? _
kerana tidak beradab dan menagih dadah

Budi seorang Bapa Angkat

Plot: permulaan


Tuanku Si Helang Laut dan permaisuri baginda kamangkatan di negeri Bandar Mengkelih tanpa diketahui oleh kakandanya Uli Emak Si Anjing. Suatu malam Datuk Batin Alam mendapat alamak dalam mimpi bahawa adindanya mendapat kesusahan. Mereka segera pergi ke istana Bandar Mengkelih untuk memastikan kebenaran itu. Setiba di istana, DBA dan isterinya berasa hairan kerana suasana yang terlalu lengang dan sunyi sepi, hanya tinggal anak saudara , Awang Sulung Merah Muda sahaja. “ apakah gerangan yang telah berlaku? Kalaupun bidan salah mengeluarkan uri tembuni sekalipun isterinya saja yang mati, mustahil suaminya ikut mati!” Awang Sulung menjadi anak susu kepada Uli Emak Sri Anjing dan menjadi saudara susu kepada Tuan Puteri Dayang Nuramah. DBA pula menjadi bapa angkat kepada Awang Sulung.

Plot: perkembangan


Apabila mereka besar, DBA menyerahkan Awang Sulung mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim . Namun, pada mulanya AS enggan mengikut ajaran Tuan Kadi Alim dan menutup Quran.Tuan Kadi Alim menggeleng melihat telatah AS yang belum berakal lagi. Sehingga malam ketujuh, barulah AS menunjukkan raghib. ( Kadi sehelai-As sejuzuk; Kadi sejuzuk-AS 3 juzuk; Tuan Kadi 20 juzuk-baginda sampai khatam). Pada keesokan hari, AS dihantar menemui DBA dengan gembira kerana kecerdasan dan kecekapan AS. Tuan Kadi dihadiahi emas setaka kuning. DBA meminta Tuan Kadi menghantarkan AS belajar mantik dan nahu Bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil, guru bahasa Arab yang tinggal di hujung negeri itu. Puaslah Tuan Malim memujuk AS tetapi masih tidak raghib untuk belajar sehingga malam ketujuh barulah AS terbuka hati untuk belajar. Tuan Malim kagum dan takjub melihat kebijaksanaan putera raja ini.kata dalam hati Tuan Malim:” patutlah dilahirkan segera menjadi yatim piatu.”Mereka menghantar As kembali ke rumah DBA.


Perumitan


Pada suatu malam, DBA bercadang hendak menjodohkan AS dengan puteri baginda Dayang Nurawah. Uli Emak menyahut dengan senyuman simpul. Sejurus termenung DBA bercadang bahawa baginda ingin mengajar AS ilmu-ilmu keduniaan, AS mengatakan bahawa sedangkan rela diajar orang lain, inikan diajar oleh bapa angkatnya. DBA memulakan pengajarannya dengan mengambil dua bilah belabat, tetapi pada permulaannya AS tercengang-cengang dan berdiri bertelekan pinggang sahaja, sehingga DBA membuka langkah lima, meredah dan memecah langkah dua belas, AS pun tidak menurutinya. DBC melepaskan tuju-tujunya , AS menepiskan penuju ayahandanya, sementara mengelakkan belabat dan menepuk kepala DBA hingga DBA terjatuh tengkolok. DBA amat gembira melihatkan kepantasan dan kecekapan deria AS bersilat, selepas itu, DBA mengajarkan ilmu kebal dan ilmu apung kepada AS. Pada malam berikutnya, DBA menyuruh AS mandi berlimau. DBA menunggui AS di muka tangga dengan sebilah keris Majapahit terhunus di tangan. Sebaik-baik AS menjejak ke tangga bongsu, DBA menikamnya bertubi-tubi untuk menguji kekebalannya. Kemudian DBA mengambil sebuah batu besar lalu dihumbankan batu sepikul itu ke atas kepala AS. Dengan senangnya, AS menyepak batu itu. Selepas pengajaran selesai, DBA ingin mengkhatankan AS kerana ilmu AS sudah penuh dalam dada . DBA menghimbunkan rakyat untuk mengadakan keraian.Sebentar penuh _sesak dengan sekalian rakyat berkampung selepas _tabuh larangan dipukul, canang pemanggil dan gong pelaung dibunyikan. DBA mengumumkan bahawa gelanggang dibuat kerana AS akan _dikhatankan
 
Klimaks


Pada malam Isnin yang cerah, perayaan dimulakan dengan menguraikan tombak dan mengembangkan payung kerajaan diikuti dengan tembakan bedil sambung-bersambung. Segala permainan berlangsung selama seminggu.DBA menitahkan Bujang Selamat memanggil Datuk Mudim Raja kerana DBA berhajat mengkhatankan anakananya. Adat berjaga-jaga dan merium ditembakkan. Setelah itu, DMR meminta pakaian putera raja selengkapnya. Kelihatan wajah AS berseri-seri bagai wajah purnama terlepas dari saputan awan. Sementara itu, para juak-juak, panglima, menteri, laksamana masing-masing dengan pakaian kebesarannya. Maharaja Menteri menjulang AS dan disambut rakyat dengan bunyi yang menggema lalu berarak sekeliling istana sebanyak 7 kali. perarakan didahului , para pendekar leka dengan silatnya, ahli lagu leka dengan dikir dan para khalifah kekebalan leka dengan bermain dabusnya.


Sampai pangkalan AS dimandikan lalu diarak kembali ke istana dengan penuh kebesaran. AS kemudian di dudukkan di atas sebuah peterana dan di kira kanan peterana terdiri daripada 8 orang hulubalang, masing-masing menyelampai selendang kuning, manakala anak-anak beserta dengan tombak menderang. Pada waktu itu, AS diapit oleh dua orang gurunya, diikuti dengan persembahan tarian Ceracap Inai yang ditarikan oleh para pendekar dengan iringan pukulan rebana . Keesokan hari ketika sejuk subuh menggigit tulang, sebelum fajar menyingsing AS telah berendam di telaga diraja lalu dikahtankan oleh DMR. Setelah sembuh khatan, tiba-tiba AS terpandangkan sebuah tongkang masuk ke kuala dari atas anjung perak gemala gantih. DBA segera menitahkan Bujang Selamat bersampan menuju ke tongkang itu bertanyakan sama ada orang di dalam perahu pandai mengasah gigi atau tidak, kerana baginda bercadang melengkapkan AS sebagai seorang muda bangsawan. Setelah berunding antara juragan dengan Cuti, seoang pandai asah gigi, dipanggil ke istana, dijamu dan diberi penghormatan. Upahnya istimewa, iaitu kurang dua, 30 rial batu, emas tiga sejangka, sehari sudah tukang dibunuh, jangan tertiru di Mengkasar.


Peleraian:

Setelah 9 hari 9 malam disapukan baja kayu ke gigi AS sehinggakan wajah AS akan menjadi terpesona oleh keelokannya. Malangnya, Cuti telah dibunuh dan segala bayaran upah dan perkhidmatan diserahkan kepada keluarga Cuti.

contoh karangan panjang-kepentingan Bahasa Inggeris