Monday, September 20, 2010

GREETING

around the corner

last week

study week

stay calm

keep your finger cRossed

keep lucky

dun worry

i be here

lighted the candle

FOR U

jawapan latihan cuti sekolah set 1 2010

1. A
Perkataan: menutuh
Maksud 1: memotong dahan atau cabang kayu.
Ayat: Pak Samad sedang menutuh dahan-dahan nangka di belakang rumahnya.

Maksud 2:memecahkan perahu untuk diambil kayunya.
Ayat: Maka apabila sampai di Siantan, maka mereka pun menutuh kici itu untuk dibuat penjajap perang.
Maksud 3: bk melakukan sesuatu yang umumnya kurang baik (makan suap dll).
Ayat: Mereka menutuh apa-apa sahaja yang diberikan oleh kontraktor itu bagi mencapai kepentingan peribadinya.
Maksud 4: bk memukul, menumbuk.
Ayat: Kumpulan gangster itu telah menutuh seorang budak lelaki yang enggan memberikan wang kepada mereka.

Perkataan: menakik
Maksud: 1.melukai sesuatu dengan parang, membuat takik dengan cara memarang atau menakuk.
Ayat: Mereka menakik batang pokok kelapa itu untuk dibuat tempat pemijak.
Maksud 2: menoreh kulit kayu untuk mengambil getah, menyadap:
Ayat: Pengganas-pengganas komunis telah menakik batang-batang getah dalam usaha mereka hendak merosakkan ekonomi Malaya.

Perkataan: memangkas
Maksud: memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek.
Ayat: Mereka memangkas pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya.
Maksud 2: memotong sesuatu dengan gunting atau menggunting.
Ayat 1: Beliau memangkas rambutnya supaya kelihatan rapi.
Ayat 2. Pak Halim memangkas hujung daun pokok itu supaua pokok itu cepat menjadi pokok yang besar.

Perkataan: mencantas
Maksud 1: memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll).
Ayat: Penculik itu telah memangkas kepala mangsanya apabila wang tebusan yang dituntutnya tidak dipenuhi.
Maksud 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu seperti perbelanjaan yang tidak perlu atau berlebihan:
Ayat: Pada tahun ini, ayah telah mencantas pelbagai perbelanjaan yang tidak perlu kerana negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi.

Dengan berdasarkan semua maksud perkataan yang dikemukakan, jawaban yang paling tepat ialah A iaitu menutuh.

2. Jawapan: B
jerih perih
susah payah dlm melakukan se¬suatu usaha: tamat sudah segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari; berjerih perih berusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguh-sungguh: setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar im¬piannya.

3. Jawapan: A
mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia¬kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; juruaudit orang yg terlatih dlm kerja-kerja mengaudit akaun.
4. Jawapan: D
benyek (bényék) lembik dan berair (nasi dll).
empuk I 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut
lembek (lémbék) tilam nipis tempat tidur.
lembut 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan);

5. Jawapan: A
menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati;
menawarkan mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): seorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;

6. Jawapan : B
wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.
uar-uar pengumuman yg dibuat dgn meneriakkannya kuat-kuat; menguar, menguar-uar berteriak-teriak memberitahu kpd orang ramai; menguarkan, menguar-uarkan 1. meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi; penguaran pengumuman (pemberitahuan) kpd umum.
mengalu-alukan menyambut ketibaan seseorang; mengelu-elukan: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu.
luang I 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya;

7. jawapan: C
penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, pengkajian, penyelidikan, pemeriksaan
meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman
kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat;
penyelidikan perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak;
menyelidik menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat
keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemung­kinan agama
Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk
mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan
mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh;
siasat I 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka
menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar
atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­
terangan); 2. teguran,
celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan
(pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~
Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­
cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik:
ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin
di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat;

8. D. bertukar-tukar

9. B. menampilkan

10. A. negarawan

11. Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal dikemukankan kepadanya.

Jawapan: dikemukankan – dikemukakan

12. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap orang yang melakukan kebakaran terbuka, terutamanya pada musim kemarau ini.

Jawapan: kebakaran - pembakaran

Kebakaran – maksud ke…an= dibakar oleh, atau berasal dari kata adjektif
Pembakaran – proses membakar

13. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda.


Jawapan: mahligai salah – peterana( rujuk komsas- budi seorang bapa angkat)
Bersemayam bd 1. duduk (di atas takhta, singgahsana): pd ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yg keemasan; 2. tinggal, berke-diaman di: maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau;

14. Bercucuran air mata Puan Maimunah semasa menyambut kepulangan anaknya dari perantauan.

Jawapan: tiada kesalahan ( bercucuran- maksud ber..an=banyak= merembas)

15. Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan.

Perbezaan mengingatkan dan mengingati, memberikan dan member, utamakan dan mengutamakan

Cikgu mengingatkan pelajar agar membawa kamus.
Ia mengingati peristiwa yang pahit itu

Mereka sentiasa mengingatkan kakitangan awam supaya mengutamakan kebajikan ...
( maka diingatkan digunakan)
Memberi…objek bernyawa , memberikan… objek tidak bernyawa
( maka … memberikan perkhidmatan)

Utamakan= kata kerja pasif dan mengutamakan = kk aktif
Contoh
Kami mengutamakan kebersihan alam sekitar.
Kebersihan alam sekitar kami utamakan.

Jawapan: utamakan(x) - mengutamakan


16. Surat pekeliling dari Kementerian Pelajaran Malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.

surat pekeliling = surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum);

Perbezaan antara menghantar dan menghantarkan
( apabila objek itu bergerak dari satu arah ke arah lain, men..kan=objek tidak bernyawa)
Pihak sekolah menghantarkan surat pekeliling daripada KPM tentang peraturan pakaian (ayat aktif)
Surat pekeliling daripada KPM tentang peraturan pakaian telah dihantarkan kepada pihak sekolah. (ayat pasif)

Jawapan: dihantar(x) – dihantarkan, dari(x) - daripada


17. Pihak koperasi hanya boleh membuat pembayaran apabila mendapat borang penerima bayaran daripada pembekal.

Jawapan:

18. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia
dianggap tugas yang mulia.

Jawapan:dalam mana-mana , rujuk Ds- YANG MANA-MANA dan di mana-mana


19. Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan yang sihat dan rezeki yang melimpah.

jawapan:kepada

20. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

jawapan:demi

21. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

22. Sementara menanti ibu bersiap dan berdandan, ayah mengelap kasutnya sehingga kelihatan berkilat.
24.Pertemuan bukti-bukti di dalam gua itu mengesahkan bahawa telah wujud pertempatan manusia di situ sejak dari zaman ourba lagi.
25. Akibat kegawatan ekonomi, lepasan universiti sekarang menghadapi masalah untuk memperolehi pekerjaan.
26. Untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita amat memerlukan pembangunan rohani, selain daripada pembangunan material.
31.Kadar penurunan jumlah kenderaan yang pesat menyebabkan masalah kesesakan jalan raya semakin sukar dibendung.
1.Oleh sebab dahan pokok itu banyak kerengga, abang telah ______ dahan pokok rambutan itu.
A. menutuh
B. menakik
C. memangkas
D. mencantas

2.________ Pak Kassim membesarkan anak-anaknya berbaloi apabila mereka pandai membalas budi ketika dia meningkat tua.
A. Jerih susah
B. Jerih perih
C. Susah hati
D.Susah senang

3. _________ sedang memeriksa akaun Syarikat Bfast Management yang baru ditubuhkan itu.
A. Juruaudit
B . Jurukira
C . Jurujual
D . juruwang

4. Nasi yang dimasak oleh kakak menjadi __________ kerana terlebih air.
A. lembek
B. lembut
C. empuk
D. benyek

5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu ____________jamuan sempena majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.
A. mengadakan
B. menawarkan
C. melakukan
D. menyusunkan


6. Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 __________ oleh seluruh lapisan masyarakat.
A. dilaung-laungkan
B. dialu-alukan
C. diuar-uarkan
D. diwara-warakan


7. Suatu __________ akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spesies burung di negara ini.
A. penelitian
B. penyiasatan
C. penyelidikan
D. pemeriksaan



8. Peserta bengkel Bahasa Melayu __________ pandangan menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.
A. berbantah-bantah
B. berbalas-balas
C. berubah-ubah
D. bertukar-tukar

9. Persembahan drama itu_____________ tema kepentingan memelihara alam sekitar.
A. menjelaskan
B. menampilkan
C. menunjukkan
D. merakamkan

10. Tuanku Abdul Rahman merupakan__________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita daripada British.
A. negarawan
B. bangsawan
C. sejarahwan
D. cendekiawan

soalan 11 - 34 mungkin betul dan mungkin salah. Cuba nyatakan kesalahan dan betulkan kalau terdapat kesalahan.

11. Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal dikemukankan kepadanya.

Jawapan: ________________

12. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap orang yang melakukan kebakaran terbuka, terutamanya pada musim kemarau ini.

Jawapan:_______________

13. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda.

Jawapan:___________

14. Bercucuran air mata Puan Maimunah semasa menyambut kepulangan anaknya dari perantauan.

Jawapan:___________

15. Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan.

Jawapan:_______________

16. Surat pekeliling dari Kementerian Pelajaran Malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.

Jawapan:_________________

17. Pihak koperasi hanya boleh membuat pembayaran apabila mendapat borang penerima bayaran daripada pembekal.

Jawapan:pembayaran(x) - bayaran

18. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia
dianggap tugas yang mulia.

Jawapan:mana(x) - mana-mana

19. Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan yang sihat dan rezeki yang melimpah.

jawapan:dengan(x) - kepada

20. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

jawapan:demi untuk (x kerana 2 kata sendi nama tidak boleh bersama) - demi atau untuk

21. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.
Jawapan : memperlebarkan (x) - memperlebar

22. Sementara menanti ibu bersiap dan berdandan, ayah mengelap kasutnya sehingga kelihatan berkilat.
jawapan : mengelap (x) - menggilap
Mengelap
menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
menggilap
menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan;

23.Tragedi tanah runtuh yang mengerikan itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pemaju yang mengabaikan asek keselamatan.
jawapan: adalah disebabkan (x) – disebabkan
Adalah = kata pemeri , iaitu tidak diikuti oleh kata kerja

24.Pertemuan bukti-bukti di dalam gua itu mengesahkan bahawa telah wujud pertempatan manusia di situ sejak dari zaman ourba lagi.
jawapan: pertemuan (x) – penemuan sejak dari (x) – sejak atau dari ( kedua-dua kata sendi tidak boleh bersama) pertempatan (x) – petempatan

Pertemuan- terbitan dari bertemu ; penemuan – terbitan dari menemukan

Perbezaan antara mempertemukan, menemui dan menemukan ( dah ajar banyak kali, rujuk nota )

25. Akibat kegawatan ekonomi, lepasan universiti sekarang menghadapi masalah untuk memperolehi pekerjaan.

Jawapan : memperolehi (x) - memperoleh

26. Untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita amat memerlukan pembangunan rohani, selain daripada pembangunan material.

Jawapan: selain daripada (x) – selain

27.Dalam upacara perlantikan Bendahara, Raja dan Permaisuri bersemayam di atas singgahsana yang giling-gemilang itu.

Jawapan : perlantikan (x) – pelantikan
( perlantikan – terbitan KN daripada lantik, pelantikan – proses melantik)
Singsahsana- kerusi kerajaan (tempat raja ber¬semayam), takhta: maka sultan pun duduk di atas ~ kerajaan di atas peterana yg ber¬tatahkan permata.

28. Sebaik sahaja aduan diterima daripada ketua pengawas, Cikgu Norlizan akan berkejaran ke kantin sekolah untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar yang sakit itu.

Jawapan : sebaik (x) – sebaik-baik berkejaran(x) – berkejar
Maksud ber…an1) banyak, contoh bercucuran 2) berbalas-balasan : bersenyuman

29. Tugu Negara dibina sebagai memperingatkan jasa para pahlawan yang gugur ketika berjuang menentang musuh.
Jawapan:
Memperingatkan
memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah;
memperingatkan (x) - peringatan

30. Keluarga Aminah belum pasti sama ada hendak ke pasar mini atau pasar raya.
jawapan :sama ada hendak ke pasar mini atau ke pasar raya.

31.Kadar penurunan jumlah kenderaan yang pesat menyebabkan masalah kesesakan jalan raya semakin sukar dibendung.
jawapan : penurunan (x) – pertambahan
(perhatikan antara pertambahan dengan penambahan)

32. "Aduh, malang sungguh masib anakku yang satu ini!" rintih Mak Siti kepada Pak Lebai Malang.
aduh (x) – aduhai
'aduh'
digunakan untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan). Aduh, letihnya saya hari ini !

aduhai
kata seru utk menyatakan rasa sedih (memberi peringatan, menarik perhatian dsb); wahai: ~ kakanda! Janganlah kakanda bersedih lagi, marilah santap barang sesuap.

33. Ibu sering termenung apabila terkenang kepada arwah ayah yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit jantung.
terkenang kepada (x) – terkenang akan
34. Affandi tidak dapat berkata apa setelah ditengking oleh gurunya.
apa (x) – apa-apa

35- 50 Latihan kata ganda

35. Muda-mudi di pusat hiburan itu masih menari_______ tanpa menghiraukan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis.
termangu-mangu
ter¬menung-menung
(kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu;
terkinja-kinja
terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya.
terhuyung-hayang,
terhuyung-huyung bergerak-gerak (bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya; berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh).
Jawapan: terhuyung-hayang

36. Kehidupan lima beradik itu_______ selepas kematian ibu bapa mereka.
kelam-kabut
tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~;
haru- biru, =haru~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru.
huru-hara
1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal¬kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; C. riuh-rendah
riuh gemuruh, sangat riuh.
gegak gempit
riuh-rendah.
terumbang-ambing
1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya ~;

Jawapan: kelam-kabut

37. Pak Ahmad lari ________ apabila dikejar oleh anjing.
jawapan: lintang-pukang

38. Pada hari Isnin yang lalu, Mazlan berjalan__________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh.
terkial-kial1. (berbuat sesuatu) dgn sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih: seorang Cina tua kelihatan terkial-kial mengayuh sebuah beca; 2. ber¬gerak-gerak keras (kerana tertawa atau me¬nangis), bergoncang-goncang (badan): kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial.
menyeret-nyeret
membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya;
terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu.
terhincut-hincut
berjalan tempang (spt orang yg kakinya pendek sebelah
berdengkot-dengkot
berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot: lelaki itu ~ meng¬heret kakinya; terdengkot-dengkot (berjalan) dgn keadaan kaki yg dengkot, terhincut-hincut: orang itu ~ berjalan ke gigi air utk mengutip bola.

Jawapan: terhincut-hincut / berdengkot-dengkot

39. Harisa_____ ketika namanya dipanggil oleh Cikgu Salmah kerana dia sedang berkhayal.
teraba-raba
1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin¬dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai¬annya;B. terfikir-fikir
terpinga-pinga
tercengang-cengang , kehairanan: kami ~ memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan
terpisat-pisat
kehairanan kerana ter¬kejut, termangu-mangu.
Jawapan: terpinga-pinga

40. Semua pelajar ketawa________ ketika Cikgu Ramli bercerita tentang peristiwa lucu pada zaman silamnya.
Mengilai
tertawa dgn panjang serta nyaring: Mereka terperanjat kerana mendengar suara orang ~
mengilai-ilai
ketawa dgn kuat dan nyaring bunyinya: orang tua itu hairan mendengar suara orang ~ dr dlm bilik itu.
ilai; mengilai tertawa dgn panjang serta nyaring: Mereka terperanjat kerana mendengar suara orang ~
mengerdip
berkedip (bkn mata, lampu dll): hanya kelihatan bintang-bintang ~ di langit bersih;
kekek I(kékék);
terkekek-kekek tertawa nyaring, terkekeh-kekeh; mengekek, mengekek-ngekek ketawa ter-kekek-kekek, menggelekek; kekekan bunyi gelak ketawa yg berlebihan: terdengar ~ ketawanya. mengekek-ngekek
ketawa ter¬kekek-kekek, menggelekek;
engsot(éngsot);
berengsot,
berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.
Jawapan: mengilai-ilai


41.Abang berjalan ________ keranan kakinya terpijak paku pada pagi tadi.
terkinja-kinja
terlonjak-lonjak atau terlon¬cat-loncat (kerana kegirangan dll): beberapa orang budak sedang bermain-main dan ~ di halaman rumah. C. terhanguk-hanguk
D. terhincut-hincut
jawapan: terhincut-hincut

42. Setiap kali tibanya musim perayaan, orang ramai akan datang _______ membeli-belah di pasar raya.
A. berpusu-pusu
B. berduyun-duyun
C. berasak-asakan
D. bertimbun-timbun
jawpan: berduyun-duyun
berpusu-pusu
Mn kusut atau berterbangan ke sana sini (asap, kekabu, rambut, dll): ia menyapu-nyapu rambut anaknya yg ~ kerana angin; asap rokok mula berpusu-pusu dr mulutnya; fikiran yg berpusu-pusu fikiran yg kusut; lari berpusu-pusu lari ke mana-mana tidak tentu hala.
berpusu-pusu
berkelompok-kelompok, berduyun-
berasak
1. = berasak-asak = berasak-asak¬an berhimpit-himpit dan bertolak-tola¬kan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya;

43. Adik Kamil_______ apabila melihat ayah dan ibu baru pulang dari kedai.
A. terlonjak-lonjak
B. terjingkit-jingkit
C. terhincut-hincut
D. terjatuh-jatuh
jawapan: terlonjak-lonjak

44. Punca keruntuhan bangunan kedai tiga tingkat itu masih lagi_______ hingga hari ini.
A. mentah-mentah
B. kusut-masai
C. kacau-bilai
D. samar-samar

jawapan: samar-samar

mentah-mentah
1. tidak dimasak atau di¬rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat¬bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik;

45. Walaupun ketiadaan guru, keadaan kerusi dan meja di kelas Amin tidak _______
A. caca-marba
B. lintang-pukang
C. kusut-masai
D. simpang-siur
jjawapan: lintang-pukang

46. Budak itu sedang _______ di taman bunga sambil menyedut udara bersih.
A. bermain-main
B. berlumba-lumba
C. bersiar-siar
D. bersorak-sorak
jawapan: bersiar-siar

47. Mulut bomoh itu___________ ketika membaca mantera sambil menyebut sesuatu yang kurang jelas kedengaran.
A. kumat-kamit
B. bengkang-bengkok
C. herot-berot
D. kucar-kacir
jawapan: kumat-kamit
herot(hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot;

48. Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani memang ___________ dan berpatutan harganya.
A. gemuk-gemuk
B. segar-bugar
C. liuk-lentok
D. cantik-cantik
jawapan: segar-bugar
liuk lentok
gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri ke kanan atau ke depan ke belakang;
liat-liat liang-liut, liuk-lentok;

49. Saya tidak akan mempercayai cerita Sally yang ________ itu.
A. caca-marba
B. desas-desus
C. calar-balar
D. karut-marut
jawapan: karut-marut

50. Haris________ semasa memandu kerana terlalu menggantuk.
A. terhangguk-hangguk
B. tersengguk-sengguk
C. terpisat-pisat
D. terhuyung-hayang
Jawapan: tersengguk-sengguk
tersengguk-sengguk
terangguk-angguk (orang mengantuk dll): malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~.