Tuesday, August 31, 2010

contoh karangan

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.


Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.


Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

latihan karangan

Tajuk :
Warga tua sering tidak diendahkan oleh golongan remaja. Huraikan cara yang terbaik untuk mendidik remaja agar menyayangi warga


Pendahuluan
- Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan
tidak harus diabaikan atau dilupakan.
- Warga tua merupakan golongan yang pernah berjaya kepada
keluarga dan negara.
- Namun begitu tidak semua warga tua bernasib baik dan
mengalami pelbagai masalah seperti uzur, nyanyuk dan
penyakit yang berbahaya.

Isi 1
- Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak
- Ibu bapa perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap
orang tua kepada anak-anak mereka.
- Secara tidak langsung, anak-anak akan menghormati dan
menyayangi warga tua.

Isi 2
- Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan bukan
sahaja pada hari raya.
- Dapat mempereratkan hubungan antara remaja dan warga tua.
- Warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu mereka
pulang menziarahi mereka.
- Remaja akan sedar kepayahan serta kesunyian warga tua.

Isi 3
- Mengada dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan
generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua.
- Adakan kempen melalui Hari Ibu dan Hari Bapa, generasi muda
akan membawa ibu bapa mereka berjalan dan sebagainya.
- Melalui kempen ini akan timbul perasaan simpati, kasih sayang
dan hormat golongan tua.

Isi 4
- Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam
jiwa generasi muda.
- Mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya
mendengar rungutan warga tua.
- Dengan adanya sikap begini, mereka dapat mengasihi dan
menjaga keperluan warga tua dengan baik.

Isi 5
- Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga.
- Hubungan antara murid dengan ibu bapa dan guru dapat dieratkan.
- Melalui cara ini juga para murid dapat belajar bagaimana untuk memenangi dan menghormati warga tua.
- Secara tidak langsung, mereka akn mengamalkan sikap begini walaupun mereka sudah deawsa.

Isi 6
- Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik remaja.
- Banyakkan cerita-cerita berunsurkan masyarakat penyayang.
- Contoh Majalah Wanita, Televisyen dan radio.
- Menyedarkan remaja akan pentingnya menghormati warga tua.
- Beri pengajaran agar mereka tidak mengabaikan warga tua jika tidak mahu diabaikan apabila tua nanti.

Penutup
- Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya.
- Kita tidak seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga dan negara.
- Kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan menjadi tua seperti mereka.
- Adalah kita mahu dilakukan sedemikian rupa? Jawapannya tepuk dada tanyalah selera.

Jawapan ringkasan - Kebaikan menggunakan internet dalam pendidikanwapan ringkasan-

Isi penting- kebaikan menggunakan internet dalam pendidikan

( after trying few time, this is the first time with the least points....So sometimes, be alert, but my advice.. this condition impossible coz most of the exercises got more than 8 points.)


1.menyediakan pelbagai sumber maklumat dan khidmat pendidikan yang bersifat luas dan berharga.
2.Perpustakaan elektronik yang membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka
3.Menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti seperti…
4.Laman web dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang 5.dilaksanakan di sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah
6.Membolehkan sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan

Pemahaman


1. Rangkai kata ini bermakna aktiviti membuka atau melihat laman web lucah.

2.
(a) pelajar dan guru dapat maklumat tanpa sempadan
(b) pelajar dan guru boleh mengakses sumber maklumat di pepustakaan maya
(c ) pelajar dan guru boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti

3.
(a) Tidak wajar keranan pelajar akan menyeleweng kemudahan internet dari tujuan asal seperti
melayari laman web lucah.
(b) pelajar akan mencari kenalan bukannya mencari maklumat seperti yang disuruh oleh guru.