Saturday, October 31, 2015

Warisan budaya bangsa

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA 
            Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budayatradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal initermasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kitamelambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisionalpelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna- warni.Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia.           Nilaimurni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka padahari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kitapada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada harikebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yangdikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kayadengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi danmengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan,agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dansahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita salingmenerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “SelamatDeepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akanmengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnyapersembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian sepertikuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana inginmendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kitadikampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaam warisan bumi seperti keunikan dan keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu.Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budayatradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kitaakan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentangkedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang KesultananMelaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasimuda harus mengenali asal usul sendiri.

            Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepadakekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyatkita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayupada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampumenggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budayadapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melaluiRakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisionalsebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tariantradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepadamereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinyadengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaImaka tak cinta”.Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum diMalaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budayatradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlumenyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pamerankebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, MuziumNegeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan,pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “MalaysiaHari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk danmemelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas,tidak lapuk dek hujan



Warisan budaya bangsa sesebuah negara wajar diketengahkan sebagai tarikan pelancong dari luar negara.
Kemukakan saranan anda tentang usaha-usaha yang harus dilakukan oleh negara tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEht9lY-1NyhWQ2XaOr5BGx9uQt196LgYaiNVlbbSRyvJF77txEdVH03ZtVSZ-bFjOChZbZHhy0HEBjThS9b7Se6HLfYjr4R_e-1qURiYzgCyvLrd4y7ycq_V2lSkoAfahEXLGKywCS2wTMc/s320/New+Picture.bmp

        Setiap negara mempunyai keunikan warisan budaya bangsanya yang tersendiri. Warisan budaya bangsa merupakan adat dan cara hidup sesebuah kaum atau bangsa yang diamalkan sejak turun-temurun. Adat dan budaya ini selalunya diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk membiasakan anak-anak itu dengan budaya bangsa mereka. Warisan budaya bangsa mestilah dipertahankan dan diamalkan serta perlulah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain agar khazanah itu tidak pupus ditelan zaman. Adat istiadat sesebuah bangsa itu perlulah dilaksanakan dengan meriah agar generasi muda pada zaman ini dapat mengetahui budaya kaum masing-masing seperti perayaan. Oleh hal yang demikian, warisan budaya bangsa perlulah dijaga dengan baik untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, keunikan dan keharmonian budaya dan adat masyarakat Malaysia boleh dijadikan aset penarik pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita yang mempunyai kepelbagaian  adat dan kebudayaan ini. Pihak kerajaan perlulah mengatur strategi yang mantap dalam mengeksploitasikan warna-warni citra kebudayaan masyarakat dan adat negara sebagai alat tarikan pelancong sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negara.

  Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mempromosikan negara di media massa kerana langkah ini merupakan cara terpantas dan mudah untuk berhubung dengan negara luar.  Kementerian Pelancongan Malaysia hendaklah mengemukakan idea-idea yang bernas bagi mempromosikan warisan budaya negara agar dapat menarik minat pelancong asing untuk melawat negara kita. Sebagai contoh, Malaysia telah lama melancarkan kempen Cuti-Cuti Malaysia untuk membantu meningkatkan pendapatan negara dari sektor pelancongan. Iklan mengenai keunikan budaya dan adat masyarakat setempat perlulah disiarkan di saluran televisyen antarabangsa dalam usaha mempromosikan negara.  Contoh yang boleh diambil ialah perkahwinan anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Chef Wan Ismail yang penuh dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu ditayangkan oleh TV Astro saluran Asean sedikit masa dahulu.  Masyarakat berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bumbung yang sama, penuh dengan pelbagai adat dan kebudayaan yang bervariasi juga perlu ditonjolkan untuk melambangkan perpaduan rakyat yang jitu.  Selain televisyen, internet juga merupakan antara kaedah terpenting dalam mempromosikan negara untuk menarik minat pelancong kerana kita boleh berhubung dengan masyarakat di seluruh dunia melalui internet.

    Selain itu, pihak kerajaan mahupun swasta hendaklah memperbanyak program ‘homestay’ di negara kita.  Apabila pelancong asing tinggal di ‘homestay’ tempatan, mereka akan mempelajari adat dan budaya tradisional  amalan masyarakat setempat yang sememangnya unik dan menarik. ‘Homestay’ yang selalunya dilaksanakan di kawasan perkampungan dapat membantu mengetengahkan budaya bangsa masyarakat tersebut kerana kebanyakan mereka yang menetap di kawasan perkampungan masih mengamalkan budaya dan adat yang diturunkan dari nenek moyang mereka, tidak seperti kebanyakan penduduk bandar yang sering kali terpengaruh dengan budaya Barat yang  tidak sesuai dengan etika budaya Timur. Tuan rumah kepada ‘homestay’ tersebut boleh mendedahkan kepada para pelancong mengenai cara hidup, cara makan dan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.  Perkara seperti ini akan menarik minat pelancong asing untuk mendalami setiap adat yang diamalkan dan dipraktikkan oleh mereka dalam aktiviti seharian mahupun perayaan sesuatu kaum. Para pelancong juga boleh diajar untuk memasak makanan tradisional masyarakat setempat agar mereka lebih tertarik dengan menu harian negara itu.

   Seterusnya, kepelbagaian makanan yang memenuhi pelbagai selera daripada masyarakat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan elemen untuk menarik minat pelancong. Makanan tradisional di sesebuah negara itu hendaklah dieksport ke negara luar untuk berkongsi tentang warisan budaya bangsa tempatan.  Santapan tradisional juga perlu dipromosikan dan didemontrasikan ke peringkat antarabangsa agar pelancong asing akan berminat untuk melawat Malaysia. Sebagai contoh, pembuatan perencah rendang atau tempoyak di Malaysia harus dipergiat lagi untuk diperluas ke pasaran global kerana makanan-makanan itu merupakan makanan tradisional di Malaysia dan perlu diketengahkan di mata dunia dalam usaha menarik minat pelancong dari negara luar untuk datang melawat Malaysia. Makanan tradisional di Malaysia telah menjadi tarikan ramai pelancong sejak dulu lagi kerana variasinya daripada manis hinggalah pedas disebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum yang mempunyai budaya makanan dan warisan masakan yang berbeza antara satu sama lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

    Di samping itu, industri seni tradisional di sesebuah negara itu mestilah ditekankan lagi dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan. Produk seni halus tradisional hendaklah diiklankan serta dipasarkan ke peringkat antarabangsa.  Seni tradisional yang berbentuk persembahan pula perlu sering kali diadakan untuk menunjukkan keunikan dan tarikan sesebuah bangsa tersebut. Persembahan oleh penari-penari atau pelakon tempatan hendaklah dipromosikan ke luar negara untuk menarik minat pelancong asing melawat Malaysia. Sebagai contoh, persembahan tarian zapin ataupun wayang kulit hendaklah diadakan di luar negara sebagai wahana untuk menarik minat pelancong dari luar negara dengan kelainan budaya di Malaysia justeru dapat meletakkan industri seni tradisional ke mata dunia. Kain-kain batik serta songket yang ditenun halus oleh masyarakat Malaysia yang sangat berbakat hendaklah dieksport sehingga ke peringkat antarabangsa agar penduduk asing berminat dengan produk buatan Malaysia seterusnya ingin melawat sendiri negara Malaysia yang indah ini.   Oleh hal yang demikian, industri seni tradisional di sesebuah negara itu harus ditingkatkan dalam usaha menarik minat pelancong dari luar negara.

   Konklusinya, warisan budaya bangsa di sesebuah negara itu penting dalam usaha memajukan sektor pelancongan. Setiap individu seharusnya menghargai dan mempertahankan serta mengamalkan budaya dan adat kaumnya sendiri agar warisan itu akan terus kekal selamanya bak peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek pasan.  Pihak kerajaan seharusnya memanfaatkan warisan budaya bangsa yang berwarna-warni dan sememangnya mampu memikat hati para pelancong untuk meningkatkan pendapatan negara seterusnya menaikkan taraf hidup rakyat agar mereka dapat lebih menyumbang tenaga dan masa untuk membantu memajukan nusa yang tercinta justeru merealisasikan gagasan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir itu. Oleh hal yang demikian, warisan budaya bangsa ternyata merupakan elemen utama dalam usaha menjadi negara maju dan perlu dikekalkan sehingga akhir zaman.
[911 patah perkataan]

Karya;
Mas Dinah Farisah – 5 Berlian 2013
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional yang terdapat di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIi2KNZt5Pmb4ze8ja2RJSOWY5tk5M6w5hqd1lfQ3d3aeaXaAGhyphenhyphenGCcXxf-TxLR-TYWtpETsEXQuQiRdA8Wn8P03H3hckcJcy8no4rYAiFKuWZgcy5wNSJwJiuQCaTgCWjB1I2E6K0u4zG/s320/permainan+tradisional3.jpg

PERENGGAN PENDAHULUAN (5 Ayat)

[Ayat Rangsangan(AR) – Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat Contoh (AC)] Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. [AR – Persoalan] Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.

PERENGGAN ISI 1 – Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat)

[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)- Mengapa?] Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

PERENGGAN ISI 2 – Sebagai hiburan (5 Ayat)

[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.

PERENGGAN ISI 3 – Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat)

[AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.

PERENGGAN PENUTUP – Sebagai hiburan

[Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.
T4/ Tema 10: Warisan Bangsa
10.1   Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
10.2   Warisan Seni Bina MelayuTradisional
10.3   Pemuliharaan Warisan Sejarah

Khazanah penting yang dicipta dan diwarisi oleh sesebuah masyarakat yang meliputi aspek kebudayaan dan kesenian. Seni warisan dapat dilihat dari segi tarian, upacara keagamaan, seni bina, perayaan, makanan, cara berpakaian dan permainan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Kepentingan Seni Warisan Bangsa
1.Mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
Rakyat dapat mengetahui seni warisan kepelbagaian kaum di Malaysia
Sambutan Hari Kemerdekaan - seni warisan dikenal pasti melalui identiti kaum, pakaian, bertudung, bersongkok - rakyat Malaysia bertukar-tukar pakaian - contoh, perempuan Cina memakai baju kurung
Tarian - semua kaum boleh menari pelbagai jenis tarian tradisional
Muzik akustik - setiap kaum mempunyai alat muzik yang sama, cuma melodi yang berbeza - contoh, gendang
2.Mempopularkan makanan tradisional setiap kaum
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) membantu mempromosikan makanan tradisional di pasaran dalam negara dan luar negara Masyarakat luar dapat mengenali dan mencuba makanan warisan bangsa Malaysia - contohnya, asam pedas dan nasi lemak (orang Melayu), capati dan tose (orang India), sup ginseng (orang Cina)
Menjadikan makanan tradisional sebagai menu utama dalam majlis rasmi dan hidangan di hotel-hotel Menu lMalaysia yang mewakili makanan utama setiap kaum di negara ini dapat dinikmati oleh rakyat dan pelancong luar
3.Memperkenalkan permainan tradisional
Melambangkan identiti bangsa
permainan tradisional bangsa Melayu seperti sepak takraw dapat diterima di peringkat antarabangsa dan dijadikan acara dalam sukan SEA. Permainan layang-layang diterima oleh semua bangsa di dunia dengan pengiktirafan Festival Layang-layang Sedunia 2012 di Pasir Gudang, Johor sebagai acara tahunan yang disertai oleh pelbagai negara di dunia
Mengenali asal usul warisan - mengetengahkan permainan tradisional secara tidak langsung memberikan pengetahuan tentang asal usul dan teknik permainan tersebut kepada generasi muda
Membentuk jati diri - pelbagai kaum melibatkan diri dalam permainan tradisional tanpa prejudis, malah berasa bangga dapat bersama-sama mempelajari permainan tersebut
4.Meningkatkan aktiviti pelancongan
Pelancong-pelancong domestik atau antarabangsa dapat mengenali budaya di Malaysia melalui program seperti inap desa - merasai suasana di kampung - dapat menyaksikan pelbagai tarian yang berbeza dari pelbagai kaum seperti kuda kepang, zapin, tarian Sumazau, tarian kipas dan sebagainya terutamanya pada malam kebudayaan
Keindahan cara hidup dan budaya pelbagai kaum dikagumi pelancong
Kepelbagaian hasil kraf tangan seperti batik, tembikar dan anyaman dijadikan cenderahati sebagai kenang-kenangan
Pengekalan dan tinggalan sejarah menarik minat para pelancong untuk melihat keunikan ciptaan warisan negara
5.Pendidikan dan pengetahuan kepada generasi baharu
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda yang merupakan tunggak negara melalui pendidikan
Merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara untuk mempertahankan negara tercinta - contoh, Tugu Negara dan Kota A Famosa
Mencapai target negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dari aspek pendidikan seperti mata pelajaran Sejarah, Muzik dan Kelab Kebudayaan di sekolah
6.Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan
Pemandu pelancong dapat memperkenalkan dan menerangkan seni warisan bangsa di Malaysia melalui tempat yang dikunjungi
Peragawan dan peragawati memperagakan fesyen pakaian tradisional yang mewakili setiap bangsa dan kaum yang berlainan di hotel-hotel dan majlis rasmi
Pemuzik dapat memperkenalkan muzik tradisional pelbagai kaum dan membuat persembahan di pusat-pusat pelancongan
Pembuat kraf tangan dapat menghasilkan kraf tangan untuk dijadikan buah tangan pelancong - pelukis batik dapat memasarkan dan mengkomersialkan batik yang kini mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia

 

Peranan Remaja Untuk Mengekalkan Budaya Warisan

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.


Pendahuluan:
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita
Isi-isi:
(1) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional – menyertai aktiviti dalam kelab tersebut – saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia – tak kenal maka tak cinta – menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita – warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(2) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya – kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut – kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut – anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur – pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial – warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga – tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita
(3) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional – pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya – memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan – pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional – bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia – harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang
(4) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional – Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini – nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya – makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda
(5) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka – golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia – membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau – mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka
Penutup:
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar – warisan kita tanggungjawab kita – kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita –menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Cara-cara mempopularkan permainan tradisional
1.     Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran
2.     Mengetahui maklumat tentang permainan tradisional
3.     Menghadiri kempen atau program anjuran Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan
4.     Melawat pameran dan pesta permainan tradisional seperti congkak, gasing, sepak raga dan batu seremban
5.     Melayari Internet tentang asal usul, cara dan peraturan permainan tradisional
6.     Mendapatkan informasi daripada rakan dan orang-orang tua yang mahir tentang permainan tradisional
7.     Galakan dan dorongan ibu bapa
8.     Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak bermain permainan tradisional seperti permainan wau
9.     Ibu bapa perlu membawa anak-anak menghadiri festival dan temasya permainan tradisional seperti Festival Layang-layang Sedunia dan Muzium Layang-layang di Pasir Gudang, Johor
10.                        Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak untuk menyertai acara, festival dan temasya permainan tradisional yang dianjurkan di negara kita
Usaha dan peranan pelbagai pihak
1.     Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional, contohnya permainan congkak mencipta wau sobek atau pertandingan bermain sepak raga bertujuan memberikan pengetahuan kepada generasi niucl.i terutama pelajar sekolah untuk mengenali permainan tr.iclisional dan mengetahui cara-cara memainkan permainan tradisional
2.     Pihak kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar - mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan
3.     memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat antarabangsa, contolinya permainan wau dan permainan sepak raga - menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan cara-cara permainan itu dimainkan - menyiarkan program sukaneka berteraskan permainan tradisional (sukan rakyat)
4.     Pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional memberikan penajaan hadiah dalam penganjuran pertandingan permainan tradisional seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia - menjadi penaja bersama dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan seperti pertandingan wau dan gasing - terlibat secara langsung dalam pertandingan sukan permainan tradisional di peringkat antarabangsa seperti pertandingan sepak raga antara negara- negara ASEAN
         Dasar Kebudayaan Kebangsaan - Mengukuhkan perpaduan, bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian • kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan bangsa
·         Kebudayaan kebangsaan
·         Khazanah budaya
·         Etnik
·         Asimilasi
·         Efisien
·         Iltizam
·         Tradisionalisme
·         Mitos
·         Festival
·         Iktisad
·         Marhaen
·         Perpaduan

·         Bersatu teguh, bercerai roboh
·         Bagai aur dengan tebing
·         Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Biar mati anak, jangan mati adat
·         Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
·         Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
·         Adat lama pusaka usang
·         Muafakat membawa berkat

·         Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

patriotik

Cara Remaja Mengisi Kemerdekaan
Meningkatkan ilmu pengetahuan
ilmu pengetahuan membolehkan remaja menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk membangunkan dan memajukan negara
ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh remaja perlu dalam pelbagai bidang agar negara tidak bergantung pada kepakaran asing
remaja perlu mencontohi rakyat Jepun yang berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka demi memacu pembangunan negara
Memiliki akhlak dan sahsiah yang unggul
remaja perlu memiliki akhlak dan sahsiah yang unggul - maju mundurnya negara pada masa depan bergantung kepada mereka
akhlak dan sahsiah yang unggul melahirkan generasi masa hadapan yang memiliki jati diri dan mampu melonjakkan pembangunan negara
remaja perlu menjauhi gejala sosial yang boleh membinasakan masa depan mereka
Memiliki keterampilan bakat dan kepimpinan
remaja hari ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang
remaja perlu meningkatkan keterampilan diri - menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum
remaja perlu mempunyai bakat kepimpinan, tahan lasak dan memiliki pegangan agama yang utuh
Membina hubungan yang baik dengan kaum lain
hubungan yang baik dapat membina masyarakat yang bersatu padu - asas kepada kestabilan dan kemajuan negara
mengelakkan prasangka dan mencetuskan bibit permusuhan dengan kaum lain
remaja perlu belajar menghormati dan memahami kaum lain
menghayati Rukun Negara 


Peranan generasi muda mengisi kemerdekaan
                PENGISIAN kemerdekaan memerlukan usaha yang berterusan daripada semua warga terutama sekali generasi muda. Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-dasar kerajaan.
Jumlah golongan muda yang berjaya meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian semakin bertambah.
Pelajar melalui sistem pendidikan negara semakin ramai yang mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka. Pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang sukan, seni, sains, teknologi maklumat juga telah ditempuhi oleh generasi muda.
Kejayaan Nicol David, pelumba-pelumba cilik pasukan Formula Future dan badminton misalnya telah membuktikan kejayaan generasi muda untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Begitu juga bakal angkasawan pertama negara juga adalah terdiri daripada pelapis muda. Mereka juga semakin bijak dalam mengikuti perkembangan global dunia.
Malah, penerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda hanya berumur 26 tahun, satu lagi bukti kejayaan cemerlang generasi muda.
Bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai permasalahan yang jika tidak diatasi akan memberi kesan kepada usaha merealisasikan 50 tahun fasa kemerdekaan kedua dengan lancar.
Pelbagai permasalahan sosial di kalangan generasi muda terutama remaja diperkatakan. Statistik penyalahgunaan dadah masih lagi memberi petunjuk mengenai kedudukan masalah ini di peringkat yang membimbangkan.
Penyalahgunaan dadah membawa bersama-sama masalah HIV/AIDS. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantut usaha menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan negara kerana masalah ini melemahkan keupayaan dan ketahanan sesuatu bangsa.
Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan kepada pembangunan modal insan kerana remaja merupakan aset yang bernilai bagi negara. Jatuh atau bangunnya nama negara terletak kepada kepimpinan generasi pelapis.
Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik.
Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasa detik-detik perjuangan kepayahan menuntut kemerdekaan di samping hidup dalam zaman yang selesa.
Tanggungjawab membina kejayaan negara dan sanggup bekerja keras untuk negara banyak terletak di bahu generasi muda sendiri di samping mendapat bantuan dan bimbingan semua pihak.
Pihak kerajaan dalam memastikan generasi muda sentiasa cemerlang telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai program. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Rakan Muda adalah antara dua program besar membuktikan komitmen kerajaan dalam membina jati diri remaja.
Pembinaan jati diri generasi muda juga turut dibina melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Kementerian Belia dan Sukan juga sering terlibat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu diri remaja dan belia memajukan diri mereka. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah diwujudkan bagi membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan.
Konvensyen Pembangunan Belia Meneroka Generasi 2007 contohnya bertujuan menentukan hala tuju, falsafah dan strategi pembangunan belia yang progresif, menggariskan mekanisme pengurusan pembangunan belia, menyediakan kod etika pertubuhan belia dan membina teras pembangunan belia yang terbilang.
Generasi muda melalui kesedaran mereka dan bantuan pihak lain diharapkan akan terus memastikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan stabil, mengamalkan kesederhanaan serta saling menghormati dalam aduan warga pelbagai budaya.
Adalah tugas generasi muda untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati bersama.
Selain itu, adalah juga menjadi harapan agar generasi muda akan mengisi perjuangan kemerdekaan dalam fasa 50 tahun kedua dengan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan dan mengurus negara dengan bijak.
Kejayaan negara dalam fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara memerlukan komitmen semua warganegara terutama sekali generasi muda. Seluruh rakyat Malaysia perlu memulakan fasa 50 tahun kedua kemerdekaan dengan komitmen dan tidak membenarkan lagi bumi dan minda dijajah.
Dr. Sapora Sipon Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia.

PERANAN REMAJA DALAM MENGISI KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN:-
Negara kita banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan setelah kemerdekaan diraih sejak 1957.
Kemerdekaan telah berjaya memberikan rakyat Malaysia kualiti kehidupan yang lebih selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.
Malaysia sudah mampu melakar kedudukan yang lebih kukuh dalam semua bidang sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial.
Semua pihak sama ada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta, profesional, buruh, petani, nelayan dan belia serta remaja mempunyai tanggungjawab besar untuk mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan yang kita capai.
Pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam mengisi kemerdekaan negara.
IDEA-IDEA PENTING:-
Remaja sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari 500 tahun.
Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat memupuk semangat cinta akan negara yang tidak bertepi.
Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara. 
Remaja mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, kepakaran untuk negara pada bila-bila masa.
Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang tua, anak-anak yatim, OKU dan sebagainya.
Remaja mestilah memanfaatkan segala potensi diri demi membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang dan cinta akan negara.
Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan penuh kecekapan dan berintegriti.
Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh merencatkan perkembangan kemajuan negara.
Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan agar menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negara apabila tiba masanya.
Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas membawa kebaikan kepada semua.
PENUTUP:-
Kepesatan kemajuan dan keutuhan perpaduan yang dicapai amat membanggakan kita.
Kita yakin kita mampu pergi lebih jauh lagi dengan adanya sumbangan positif daripada semua pihak.
Kemerdekaan ialah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kita dan mestilah didukung berterusan oleh generasi muda hari ini.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah
sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah dilancarkan daripada 15 ogos hingga 16 September pada setiap tahun
bertujuan menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar
mengingatkan pelajar tentang sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara
Pelbagai aktiviti dirangka dalam bulan kemerdekaan
program pelancaran bulan kemerdekaan - perhimpunan diadakan bagi menjelaskan tujuan program ini dijalankan
pelbagai pertandingan dijalankan - puisi, esei, pidato dan debat yang bertemakan kemerdekaan negara
program ceramah dan pengisahan kemerdekaan turut diadakan - memberi input kepada pelajar tentang sejarah kemerdekaan negara
Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah
sambutan hari kemerdekaan merupakan acara kemuncak dalam bulan kemerdekaan
pelajar berkumpul untuk menyanyikan lagu "Negaraku", "Jalur Gemilang" dan lagu sekolah.
pelbagai persembahan diadakan oleh pelajaryang bertemakan kemerdekaan - nyanyian lagu patriotik, drama dan pidato
Upacara penutup sambutan bulan kemerdekaan
program dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", "Jalur Gemilang" dan lagu sekolah
ucapan pengetua atau guru besar - mengingatkan pelajar agar menghargai kemerdekaan negara
persembahan oleh pelajar yang memenangi pertandingan dalam program Bulan Kemerdekaan
penyampaian hadiah kepada pelajaryang memenangi pertandingan
Penutup
Kemerdekaan merupakan aspek terpenting kepada sesebuah negara dan mesti dipertahankan oleh seluruh ralcyat
Kemerdekaan negara mesti dihayati oleh generasi muda supaya mereka cinta akan negara dan menghargai susah payah pejuang terdahulu

Kemerdekaan penting bagi sesebuah negara. Huraikan cara-cara remaja dapat mengisi kemerdekaan sesebuah negara.