Wednesday, August 17, 2016

Erti Hidup Bererti(ms8-10)



Lengkapkan maksud sajak “Erti Hidup Bererti” dengan kata-kata atau rangkai kata yang sesuai.
Rangkap 1: Penyajak berasa (a) kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada (b)keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya.(c)
Rangkap 2: Keheningan tasik dan (d) kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang (e)sulung hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan (g)keseorangan
Rangkap 3: Penyajak berasa bahawa dirinya(h)tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak (i)berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali (j)Tuhan

i.Berikan maksud cinta dalam rahim dilupai. [2 markah]
Maksud cinta dalam rahim dilupai ialah perasaan_sayang yang tersemai sejak di dalam kandungan telah dilupakan.

i.Berdasarkan rangkap ketiga, apakah perkara yang dimohon oleh penyajak kepada Tuhan?           [2 markah]
Berdasarkan rangkap ketiga, perkara yang dimohon oleh penyajak kepada Tuhan ialah penyajak berdoa agar _anak-anaknya diberi keinsafan supaya kedukaan di hatinya terubat.

i.Berikan maksud Aku bagi mereka, tiada makna. [2 markah]
Maksud Aku bagi mereka, tiada makna ialah penyajak berasa bahawa dirinya tidak penting.

i.Berikan maksud disirami benih keinsafan.   [2 markah\
..diberikan atau dikurniakan kesedaran

i.Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak di atas, apakah perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak?
... melupakan ibu yang mengandungkan anak tersebut
... walaupun ramai anak tetapi tiada yang sudi untuk menjaga ibu bapa.

i.Apakah maksud rangkai kata menjadi penawar dalam hati dalam rangkap ketiga sajak di atas? [2 markah]
...sebagai pengubat lara di dalam jiwa

ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang anak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapa mereka yang sudah tua?Nyatakan tiga punca itu. [3 markah]
... terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar kebendaan ... tinggal berjauhan dengan ibu dan bapa
... kurang dididik dengan kasih sayang sejak awal

ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak perlu berkhidmat kepada ibu bapa ketika usia tua mereka?[3 markah]
... membawa ibu bapa tinggal bersama-sama
... sekiranya duduk berasingan, sering menziarahi ibu bapa ... sedaya upaya cuba memenuhi setiap keperluan dan perbelanjaan mereka


ii.Setiap orang akan menjalani kehidupan hari tua. Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebagai bekalan hari tua? [3 markah]
.. . menjaga kesihatan dengan baik supaya tidak ditimpa penyakit yang memudaratkan ...mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk kehidupan akan datang ...memiiiki rumah yang selesa untuk didiami  ...memiliki keluarga atau anak-anak yang penyayang

ii.Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa? [3 markah]
Sebagai seorang anak, cara yang boleh saya lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa ialah sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak melakukan perkara yang melukakan hati mereka. Seterusnya, menghadiahkan kejayaan dalam kehidupan kepada mereka. Akhirnya, memelihara dan menjaga ibu bapa apabila mereka sakit atau sudah tua.


ii.Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka? [3 markah]
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka termasuklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil. Seterusnya, memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Akhirnya, ibu bapa menjadi contoh yang baik dengan menunjukkan kasih sayang yang utuh terhadap orang tua.

ii. Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.
Pada pandangan anda, mengapakah mereka bertindak sedemikian? [3 markah]
Sebab anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua ialah tidak mempunyai sifat tanggungjawab.
Seterusnya, tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Akhirnya,
menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah anak tidak mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka?[3 Pada pendapat saya, sesetengah anak tidak mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka kerana anak-anak menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka. Selain itu, mereka tidak mempunyai pegangan_ agama yang kukuh. Seterusnya, menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak penting. Akhirnya, bersikap sombong setelah memperoleh kesenangan sehingga lupa akan asal usul.

iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini , hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.

Sebagai seorang anak, kita hendaklah menyayang ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka. Akhirnya, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

Kita hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa kita apabila mereka telah tua. Contohnya, anak-anak tidak sewajamya menjadikan ibu bapa seperti bola dengan alasan tidak mampu untuk menjaga mereka.

... Kita perlu insaf dengan kehidupan ini kerana kita juga akan melalui proses yang sama seperti ibu bapa kita, iaitu kita juga akan tua pada suatu hari nanti.

... kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya bersifat sementara dan Tuhan sahaja yang kekal. Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan

...sebagai ibu bapa, kita mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat. Contohnya, kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu bersikap setia atau derhaka

iii.Jelaskan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas ialah asonansi. Contohnya, Aku selalu didatangi mengandungi            (perulangan bunyi vokal a): anakku bakaku (perulangan bunyi vokal u).

Seterusnya, Aliterasi. Contohnya: tiada yang kekal kecuali Tuhan (perulangan bunyi konsonan k); menderita mengerang sakit (perulangan bunyi konsonan m)

iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.       [4 markah]
Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan . Contohnya penyajak sedar dan insaf bahawa hanya Tuhan yang kekal.
Seterusnya, nilai kasih sayang. Contohnya penyajak tetap menyayangi anaknya walaupun anaknya itu tidak menghiraukannya.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Persoalan ialah kehidupan seorang tua yang kesunyian.
Seterusnya, sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan ibu bapa.
selanjutnya, harapan orang tua agar anak- anaknya diberi keinsafan.
Akhirnya, kasih sayang orang tua yang tidak dihargai.

iii.Huraikan bentuk sajak di atas.        [4 markah\
berbentuk bebas atau tidak terikat terdin daripada tiga rangkap...bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris

kedup perang(ms10-12)



i.Berikan maksud rangkap keenam sajak di atas. [2 markah] Maksud rangkap keenam sajak di atas ialah Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih berbalah untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.

i.Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas?          [2 markah]
Perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa melakukan kekejaman dan menyimpan perasaan dendam. Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar.

i.Bagaimanakah tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat?[2 markah]
Tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat ialah penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang teguh terhadap istana. Selain itu, penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih bersedih atas perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan.

i.Berikan maksud membajakan kezaliman.     [2 markah]
melakukan kekej aman

ii.Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?  [3 markah]
...Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan. Seterusnya, pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri. Selain itu, tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat. Akhirnya, berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini tidak popular.

ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya, menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya, memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada atau waris-waris mereka.

ii.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai semangat juang yang tinggi. Seterusnya, mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran. Selain itu, sanggup berjuang bermati- matian untuk mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah gentar dan menyerah kalah kepada musuh.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara kerana mereka telah Membebaskon negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang damai hasil perjuangan para pahlawan. Seterusnya, sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan negara di medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan mereka.

i.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang ingin bergelar pendekar? Berikan tiga ciri itu. [3 markah]
...bijaksana, berilmu, dan mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian ... berani dan tidak gentar menghadapi cabaran ...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul

ii.Pada pendapat anda, mengapakah Jebat bersungguh-sungguh menuntut keadilan atas hukuman yang dikenakan terhadap Tuah oleh pihak istana? Nyatakan tiga sebab anda. [4 markah]
...kerana Jebat tahu bahawa Tuah dijatuhkan hukuman akibat difitnah ... kerana pihak istana tidak menyiasat dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman ...untuk menunjukkan bahawa Jebat memang bersifat setia kawan terhadap Tuah

iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah] Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Peperangan akan mencetuskan perasaan dendam dalam kalangan manusia. Seterusnya, usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan. Seterusnya, pendustaan yang menggugat keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang melenyapkan kebenaran.



iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Gaya bahasa ialah personifikasi. Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara. Selain itu, metafora. Contohnya peta keadilan. Selain itu, simile. Contohnya seperti perawan. Hiperbola. Contohnya:
jari-jemari takdir; daerah angkara; menjungkitkan amarah. Akhirnya, unsur alam. Contohnya putik; fajar; ke/opak

iii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap berani untuk mengenalpasti kebenarai supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara. Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan saksama supaya tidak melakukan kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan dalam kalangan manusia tidak akan mendatangkan kebaikan. Akhirnya, kita haruslah berusaha dengan gigih dan bersungguh- sungguh untuk memperoleh kebahagiaan supaya hidup lebih bererti.


i.Huraikan tiga pengajaran yang terkandung dalam sajak ini.[5 markah]
...kita mestilah bersikap berani untuk mencari kebenaran agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan ...kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman ...kita mestilah bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup kita lebih bermakna


iii.Huraikan tema dan satu persoalan yang terdapat dalam sajak “Kudup Perang’
...sajak ini bertemakan mencari kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan ... persoalan keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. Contohnya,

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.        [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kebenaran antara pahlawan dengan pengkhianat. Selain itu, nilai keadilan - Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan jujur dan saksama. Seterusnya, nilai keinsafan . Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang harmoni. Akhirnya, nilai kerajinan. Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan semula dalam kehidupan selepas berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan gigih.


simile
 

Burung Terbang Dipipiskan Lada(ms12-14)



Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam, Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”
i.Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat.      [2 markah]
Maksud menghimpunkan segala rakyat ialah mengumpulkan semua penduduk

ii.Nyatakan reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah benua Siam.   [3 markah]
Reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah benua Siam ialah Raja Benua Siam sangat marah lalu menyuruh tenteranya  menyerang Melaka. Awi Cakri dititahkan untuk mengetuai serangan tersebut dan membawa rakyat yang sangat ramai ke hulu Pahang.

iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan anda? [3 markah]
Sekiranya saya Sultan Muzaffar Syah, tindakan yang akan saya lakukan untuk mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan saya ialah Membuat rundingan secara baik dengan Raja Benua Siam. Selain itu, meminta bantuan pihak ketiga untuk menjadi orang tengah. Akhirnya, memohon maaf dan menyatakan kesediaan untuk menyembah negeri Siam.

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.
i.Berikan maksud Benar seperti kata Tun Perak itu.  [2 markah]
Maksud Benar seperti kata Tun Perak itu ialah raja   bersetuju dengan kata-kata Tun Perak itu.

ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan orang-orang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula? [3 markah] Perkara-perkara yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan orang-orang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula ialah Raja         tidak membenarkan Tun Perak pulang ke Kelang sebaliknya meminta Tun Perak terus tinggal di Melaka. Selain itu, Tun Perak telah dilantik sebagai bentara           .

iii.Sekiranya anda raja, selain menganugerahkan jawatan, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan dengan Siam? [3 markah]
Sekiranya saya raja, selain menganugerahkan jawatan, perkara yang akan saya lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan dengan Siam ialah saya memberikan hadiah seperti persalinan atau barangan berharga. Selain itu, saya memberikan pingat kebesaran kepada Tun Perak. Seterusnya, saya menaikkan gaji Tun Perak. Akhirnya, saya mengadakan keraian sebagai penghargaan atas jasa Tun Perak.

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
i.Berikan maksud beranak dengan isterinya. [2 markah]
Maksud beranak dengan isterinya ialah dilahirkan oleh isterinya.

ii.Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap.[3 markah]
Perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap ialah Seri Nara Diraja memanggil Tun Nina Madi agar mendekatinya lalu meriba anaknya itu . Selain itu, Seri Nara Diraja memberitahu semua orang bahawa Tun Nina Madi itu ialah anaknya
           
iii.Sultan Muzaffar Syah telah menaikkan pangkat Tun Perak daripada bentara menjadi Perdana Menteri.Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang? [3 ]
Pada pendapat saya, kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang ialah pengalaman bekerja atau perkhidmatan . Selain itu, kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu.

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bemikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
i.Mengapakah anak buah Seri Nara Diraja tidak bersetuju apabila Seri Nara Diraja ingin berkahwin?         [2]
...Seri Nara Diraja sudah tua dan bulu mata dengan bulu keningnya sudah bercantum

ii.Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan selepas mendengar persetujuan Seri Nara Diraja?      [3]
...sultan terus menjatuhkan talak kepada Tun Kudu. Seterusnya, Tun Kudu dihantarkan ke rumah Paduka Raja dan diberikan belanja.Selepas itu, Tun Kudu diminta untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja.

iii.Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu telah mengeratkan hubungan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Pada pendapat anda, selain mengeratkan hubungan, apakah kebaikan- kebaikan lain yang diperoleh melalui perkahwinan?
....ialah dapat mengelakkan fitnah. Selain itu, dapat membina keluarga yang bahagia dan menambah bilangan ahli keluarga. Akhirnya, dapat menjauhi maksiat.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggamya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i.Berikan maksud terlalu hairan melihat kelakuan.      [2 markah]
... sangat pelik menyaksikan tingkah laku

ii.Apakah tindakan Bendahara Paduka Raja sebagai helah untuk menakut-nakutkan tentera Siam?[3 markah]
..memacakkan pohon kayu bakau dan nyirih yang dipasang dengan api di sepanjang pantai ...apabila dipandang oleh orang Siam banyaknya api di sepanjang pantai, mereka berundur kerana mereka beranggapan bahawa tentera Melaka terlalu ramai

iii.Awi Dicu mengaku kalah sebelum bertempur dengan musuhnya.Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan Awi Dicu tersebut? Berikan alasan anda. [3 markah]
Tidak wajar kerana:... Awi Dicu sepatutnya cuba menghampiri pantai untuk melihat situasi sebenar ...cuba bertempur dengan tentera Melaka sebelum mengaku kalah

Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bemama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bemama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bemama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
i.Apakah punca yang menyebabkan Cau Pandan mati?         [2 markah]
...sakit muntah darah ...dadanya seperti kena panah

ii.Gambarkan sifat Sultan Mansur Syah seperti yang terdapat dalam petikan di atas.           [3 markah]
...rupanya sangat kacak ...seorang raja yang adil dan pemurah ...kebaikannya tidak boleh ditandingi oleh raja-raja lain dalam alam ini

iii.Tuan Sidi Arab telah berjasa kepada sultan. Sekiranya anda sultan, nyatakan tindakan anda agar Tuan Sidi Arab tems kekal berkhidmat dengan kerajaan anda.           [3 markah]
...memberikannya jawatan yang tinggi ...memberikannya hadiah atau ganjaran  ...menyediakan sebuah rumah yang selesa

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua- duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besamya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
i.Berikan maksud terlalulah dukacita baginda.           [2 markah]
... raja atau sultan berasa sangat sedih

ii.Apakah yang telah berlaku selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar? [3 markah\
...orang-orang Melayu berpecah belah ...sebahagian orang Melayu menyokong Paduka Raja dan sebahagian lagi menyokong Seri Nara Diraja ...mereka berdua tidak boleh bermuafakat

iii.Sekiranya anda sultan, bagaimanakah cara anda untuk mendamaikan perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja?        [3 markah]
..saya akan memanggil kedua-duanya untuk berbincang tentang masalah tersebut ....saya akan menasihati mereka berdua agar berbaik-baik semula..saya akan memindahkan salah seorang ke tempat lain agar  mereka jarang berjumpa