Sunday, April 18, 2010

Ada suara hati
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
daam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir;
merdeka, kita ke takah dewasa!

Ahmad Bakhtiar Abdul Mutahb
(Dipetik danipada antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

A MAKSUD

Pada hari terakhir persekolahan, suasana emosi yang ___________ dalam hati. Ada pelajar yang memahami bahawa ilmu yang perlu __________ dalam diri. Penyajak berkata-kata tentang buku-buku yang bakal __________ dan pesanan guru-guru yang pernah __________. penyajak berasa sedih menghadapi perpisahan sehinggakan _________. penyajak ___________ guru dan rakan-rakannya. Terdapat juga budak nakal yang gembira kerana bebas dan sudah menginjak alam dewasa, mereka mengukirkan perkataan “____________________________!” di suatu tempat di dalam sekolah.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema sajak ialah kegirangan dan kesedihan yang bercampur baur pada seorang pelajar melalui hari terakhir persekolahan.

Antara persoalan menerusi sajak ialah perasaan sedih menghadapi perpisahan, contohnya air mata penyajak __________menghadapi perpisahan. Selain itu teringat akan __________ guru, contohnya penyajak teringat kata-kata guru yang pernah dilafazkan. Akhir sekali kenakalan hidup remaja, cuntohnya penyair mengukir sesuatu di dinding untuk dijadikan kenangan. Di samping, persediaan mental seseorang untuk melangkah ke alam dewasa.

GAYA BAHASA

1. ______________ : “mata batin” bermaksud _____________

2.Personifikasi: _________________________________

3.________________ : air jernih melambangkan _____________.

Unsur-unsur Bunyi

(a) ____________: dalam dakapan perpisahan (pengulangan vokal a).

(b) ____________: yang mengintip (pengulangan konsonan n).

(c) Rima akhirnya ___________, iaitu _________________

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada _______rangkap dengan ________ baris.

(b) Terdiri daripada dua hingga lima patah kata sebaris

(c) lima hingga sebelas suku kata sebaris.

(d) Sajak ini berbentuk bebas.

Nada :_____________________

Nilai

Pengajaran

penyajak____________ sekolahnya menyebabkan penyajak berasa sedih untuk meninggalkan sekolahnya itu.

Kita seharusnya mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada rakan-rakan dan guru-guru.

Nilai___________guru penyajak sentiasa memberikan pesanan kepada penyajak.

guru perlu memberikan pesanan kepada anak muniduya

ada pelajar yang tetap mengingati pesanan guru-gurunya.Nilai:___________________

Kita mestilah mengenang jasa dan menghargai guru-guru kita.

ada pelajar yang menyematkan ilmu dan pesanan daripada para guru. Nilai _________________

Janganlah kita lupa akan segala ilmu yang telah kita pelajari semasa di alam persekolahan.

Latihan

1 Lengkapkan kata-kata yang berikut berdasarkan sajak

(a) yang tersisip ialah ________________
(b) yang mengintip ialah__________________
¡ª.
(c) yang tumpah ialah ______________________
(d) yang mengukir ialah
¡ª_____________________________________________________

2. Apakah pengajaran yang terdapat dalam baris 4 - baris 6

_____________________________________________________

3. Tangan nakal membawa penggunaan gaya bahasa________________

4. Apakah maksud pada baris 7 - baris 9:____________________________________

5. Apakah perasaan pelajar pada hari akhir persekolahan?_______________________

Lebah dan Madu











Di pohon sana

pada dahan pohon tualang

Iihatlah Iebah-Iebah sudah membuat sarang

serangga yang cergas

sentiasa hidup sepakat

sikap yang terpuji.

Ada ratu ada pekerja

berkumpul dan bekerjasama

madu manisnya

penawar penyakit manusia.

Lebah-Iebah

pada dahan pohon tualang

kau membuat aku sedar

harus selalu berusaha

dan meninggalkan jasa

seperti madumu yang istimewa.

Siti Zaleha M. Hashim

Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.
Jangan merempuh sarang lebah.Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).
Bagai lebah menghimpun madu.Sangat rajin.

Rangkap 1:

Pada sebatang pohon tualang kelihatan lebah-lebah sedang membuat sarang dengan mengamalkan sikap __________ dan ________

Rangkap 2:

Dalam kalangan Iebah itu terdapat ________________. Serangga itu berkumpul dan saling _____________. Madu akan dikeluarkan untuk dijadikan ____________ bagi penyakit manusia.

Rangkap 3:

Sikap yang ditunjukkan oleh lebah-lebah itu menyebabkan penyajak sedar bahawa hidup perlu sentiasa ________ dan meninggalkan ______

Tema : Kumpulan lebah yang ________________ dan berjasa kerana menghasilkan sesuatu yang sangat baik.

Persoalan

(a) Saling bekerjasama dalam sesuatu pasukan dapat memudahkan kerja.

(b) ______________ dalam menjalani kehidupan.

(c) Rajin berusaha ke arah kebaikan.

(d) Saling bekerjasama tanpa mengira perbezaan __________.

(e) Hasil usaha akan dikenang sekiranya dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. (f) Kesedaran untuk berubah agar menjadi lebih baik.

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada ______rangkap.

(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai ____ baris, rangkap kedua mempunyai ___ baris, dan rangkap ketiga mempunyai ___baris, bentuknya ________________

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata atau empat hingga sebelas suku kata sebaris. Contohnya:

Unsur-unsur Bunyi

(a) ___________________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja (pengulangan vokal a).

(b_____________________ Contohnya, lihatlah lebah-lebah (pengulangan konsonan 1).

(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

Rangkap 1: _____________ • Rangkap 2:_____________Rangkap3:_____________

Unsur-unsur Bahasa

(a) _____________ Contohnya, seperti madumu yang istimewa.

(b) ____________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja.

(c) ______________Contohnya, pohon tualang.

(d) ____________ contohnya “kau”

Nada: ______________kerana menggambarkan suasana hati atau perasaan yang tenang dan menyenangkan dan bertemakan peristiwa yang indah dan menggembirakan.

Nilai

Pengajaran

lebah __________ membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita hendaklah hidup ____________ agar hidup kita aman dan ___________.

lebah rajin membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

lebah terdiri daripada golongan ratu dan pekerja yang __________t mel____________ kerja membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita hendaklah bekerjasama sesama anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ___________

penyajak menyatakan bahawa dia menjadi insaf dan perlu _____________ lebah yang berjasa kepada manusia.

Kita hendaklah berbuat ___________selama hidup.

Latihan Sajak 1

Latihan:Sajak Kian Kita Lupa

1. Punca utama yang menyebabkan manusia mudah lupa ialah

kehidupan yang mewah dan bahagia

2.Rima akhir rangkap keempat dalam sajak ialah

a-b-b-b-b-b-b-

3.Nyatakan tiga sifat lupa yang digambarkan oleh penyajak?

________________________________,____________________________,______________________________

lupa akan kesusahan bangsa, lupa akan kesusahan yang ditanggung oleh orang dahulu, lupa akan azab pada hari akhirat

4. “Kian” dalam permulaan baris pertama, kedua, dan ketiga merupakan________________

pengulangan, repitasi

5. Penyajak mengingatkan kita apabila diri dilimpahi kemewahan, jangan kita lupa________________________________

azab dan seksa pada alam baqa

6. Apakah maksud “Mewah harta di birai mata”_____________________________________________

seseorang yang memiliki harta yang banyak
7. Berdasarkan rangkap keempat sajak, penyajak berbicara tentang______________________________________
kita baru mengingati Tuhan apabila sudah tua dan susah
2.

Nilai

Pengajaran

Generasi kini hendaklah mengenang jasa dan pengorbanan generasi dahulu kala.

Kita hendaklah percaya bahawa setiap perbuatan akan dibalas di akhirat kelak.

Kita hendaklah beringat dan tidak leka dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Kita mestilah mengamalkan nilai berbudi bahasa supaya kita disenangi oleh orang lain.

J: mengenang budi, menakui kewujudan Tuhan, sedar diri, berbudi bahasa


sajak- Kian Kita Lupa

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

ZULFAZLAN JUMRAH
PBMP, UPM SERDANG
Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

tumpah

terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak.

mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulitkan

1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn memeluk, memangku, merangkul: dia rela tubuhnya diulit oleh pemuda itu;

akhirat

alam yg kekal selepas kehidupan di dunia.

alam fana

dunia yg tidak kekal;

makan diri

merosakkan diri sendiri.

birai

1 semacam pagar yg dipasang di tepi jambatan; langkan; selusur. 2 bahagian tepi sesuatu benda spt gambar dsb; pemidang: ~ kain. 3 bahagian tepi sesuatu muka surat yg tidak bercap.

jerih

tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah.

jerih perih

pelbagai kesulitan dan kesukaran yg dialami dlm melakukan sesuatu: Semua ~ yg dilaluinya terasa berbalas dgn kejayaan anak sulungnya. berjerih perih berusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka.

riak

1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

beriak-riak

bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

limpah

1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku.

kurnia

1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.

azab

1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan.


KIAN KITA LUPA.

(Kosa kata:Usul, jerih, mewah, birai, riak, azab, seksa, melimpahkan, kurnia, menyesali, terlanjur, bicara,)

Rangkap 1:Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila diulit dalam kemewahan.

Rangkap 2:Manusia semakin melupakan penderitaan generasi terdahulu apabila _riak dan berbangga memenuhi dada pada zaman moden ini.

Rangkap 3: Manusia sentiasa lupa azab yang bakal diterima di akhirat(alam baqa) apabila menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam _fana ini.

Rangkap 4:Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atas keterlanjurannya. Pada waktu itu, kegembiraan sudah

menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.


Tema
Sikap lupa akan Tuhan dan jasa generasi terdahulu apabila mengecap kesenangan hidup sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti.

Persoalan
1. Kekayaan yang mengabui mata manusia

2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu
3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan azab keseksaan di neraka

4. Penyesalan yang terlewat

5. kekesalan hidup akibat perbuatan diri

6. Kesalahan sikap dan bicara(tutur kata) yang menyusahkan diri

7. Sikap manusia yang hanya mengingati Tuhan semasa berada dalam kesusahan

Gaya Bahasa

1. Inversi ( pembalikan kata): Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa

2. Sinkope (penggunaan singkatan kata): kita hanya tak lupa

3. Pengulangan kata : kian kita lupa ( repitasi)

4. perlambangan/simbolik : pada azab dan seksa di sana( bermaksud di neraka atau alam baqa)

5. paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi): bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.
6. Penggunaan bahasa Arab: azab, kurnia

7. metafora : birai mata( maksud yersirat: kemewahan di tepi kita)
8. asonansi ( pengulangan huruf vokal):
bila Tuhan melimpahkan kurnia
9. _aliterasi: (pengulangan huruf konsonan d) pada derita moyang dahulu kala

10. Rima akhir : _separuh terikat_:

Rangkap 1:aaa, Rangkap 2:_aaa, R3:_aaa, R4:a-b-b-b-b-b-b

11. Bentuk sajak:

Sajak yang mengandungi 3 baris dalam setiap rangkap terzina_,
7 baris dalam setiap rangkap_septet

12. Nada sajak :melankonik/murung/kesal_:

perasaan sedih, hiba, sayu dan bertemakan kehampaan, penderitaan.


Nilai Murni
1. mengenang jasa: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya dengan harta benda

2. mengenang budi: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

3. patuh akan ajaran agama: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

4. hemah tinggi: Pengarang meminta manusia menjaga maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

5. _keserdehanaan: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

6. _keinsafan_: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.

Pengajaran

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul
2. Kita haruslah _mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai _bahang api neraka.
4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7. Janganlah kita menyalahgunakan kurnia yang diberikan-Nya.
8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi



Latihan tambahan:

1. Suaikan peribahasa yang sepadan dengan baris-baris sajak di bawah.

Kian kita lupa

Pada usul jerih bangsa

Tetapi

kita hanya tak lupa

bila terlewat masa

untuk menyesali segala

untuk menyesali segala

terlanjur laku dan bicara (d)

bahagia bertukar derita

gembira menjadi duka.

a.Nasi sudah menjadi bubur

b.sudah terhantuk baru tengadah.

c.Seperti kacang lupakan kulit.

d.Terlangsung perah boleh balik, terlangsung cakap tak dapat balik.

J: c, a, d, b

2 Baca baris-baris sajak di bawah disampaikan kepada pembaca. Nyatakan nilainya.

· Kian kita lupa pada derita moyang dahulu kala.

· Kian kita lupa pada azab dan seksa di sana bila Tuhan melimpahkan kurnia.

· Tetapi kita hanya tak lupa bila terlewat masa untuk menyesali segala.

· terlanjur laku dan bicara

J: (Mengenang budi

(Mengaku kewujudan Tuhan

(Sedar diri)

(berbudi bahasa)

3 Berikan maksud baris sajak di bawah.

(a) pada usul jerih bangsa (rangkap 1)


(b) bila Tuhan melimpahkan kurnia. (rangkap 3)



J:

Kesusahan yang dihadapi oleh nenek moyang kita

Apabila Tuhan memberikan rezeki yang melimpah-ruah.

Baca sajak dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Berikut merupakan perkara-perkara yang kita lupa kecuali

A Hukuman di alam baqa.

B Peristiwa-peristiwa yang menggembirakan.

C Kesengsaraan yang dihadapi generasi dahulu.

D Kepayahan yang pernah dihadapi bangsa kita pada masa dahulu.

2. Apakah yang menyebabkan kita semakin lupa?

A Manusia memang mudah lupa.

B Kehidupan yang mewah dan bahagia.

C Keasyikan hidup dalam dunia tersendiri.

D Kesibukan mencari kemewahan dan harta

3. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkenaan rima sajak ini?

A Rima akhir rangkap ketiga ialah abb

B Rima akhir rangkap terakhir ialah abbbbb

C Rima akhir rangkap terakhir ialah iaaaaaa.

D Rima akhir tiga rangkap pertama adalah sama iaitu aaa

Pada azab dan seksa di sana

4. frasa di atas mengandungi unsur gaya bahasa

A epifora.

B aliterasi.

C metafora.

D asonansi.

5.Apakah nada sajak ini?

A Kesal

B Murung

C Sindiran

D Romantis


J: B,B,B,D, A