Thursday, May 6, 2010

Usaha/ Cara untuk SMKKKK(Peranan K-Ibu bapa)

Peranan Ibu bapa

Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amatsignifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.

1. institusi kekeluarga sebagai inti kemajuan negara.

2. Ibu bapa penting untuk menggamit kesedaran anak watan tentang penjanan modal indan yang seimbang dan sempurna.

3. kepentingan ibu bapa untuk mendidik anak dan memastikan anak watan menginsafi kesalahan yang dilakukan.

4. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjadi teladan bagi anak watan pewaris bangsa.

5. Kasih sayang ibu bagai menatang minyak yang penuh penting untuk menginsafkan anak mereka supaya tidak sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral justeru memalukan nama baik keluarga, bangsa dan negara,

6. ibu bapa perlu bertindak selaku pendidik, bukan sekadar penjaga makan minum anak-anak

7. Anak watan dididik dan dibajai agar jangan memendamkan dan menyorok masalah, mereka harus mendapatkan bantuan jika tidak mampu menyelesaikan sendiri sebelum parah

8. pendidikan bermula dari rumah bagai melentur aur biarlah dari rebungnya.

9. -contoh terbaik/ ‘role model’ sebagai ikutan dan tiruan sikap/ watak/ tindak tanduk oleh anak bangsa kita.

10. -lentur buluh biar dari rebung -masa anak di rumah lebih panjang -anak berpendidikan sempurna lahir daripada ibu bapa cemerlang akhlak

11. -jiwa manusia hanya boleh kenyang dengan makanan rohani, iaitu didikan mengenai hikmah Tuhannya


TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 PMR BAHASA MELAYU


TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU PMR

PEMBAHAGIAN SOALAN

BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan
BAHAGIAN A ii – Pemahaman
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
Bahagian D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A i
a.Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi
b.Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan
c.Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti:
Selain itu, Sehubungan dengan itu
d.Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan
e.Elakkan menyalin isi secara terpilih

Pemarkahan Bahagian A i
ISI - 5 isi x 2m = 10 m
Bahasa = 10 m
Jumlah = 20 m

BAHAGIAN A ii (Pemahaman)
Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata 2 markah
Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis

Soalan 2
Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah

2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis )
x 2 markah = 4 markah

Teknik Menjawab Soalan 2
Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

BAHAGIAN A ii (Pemahaman Kemahiran Berfikir)
Soalan 3
Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan)
4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3
Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis

BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan)
Markah penuh - 20 markah
Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
Bahan rangsangan :
Gambar tunggal
Gambar bersiri
Iklan
Gambarajah


TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda
Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan
Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan)



BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka)
Markah penuh - 40 markah
Karangan dinilai berdasarkan :
a) Penggunaan Bahasa
b) Idea / Isi
c) Pengolahan

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

  1. Baca soalan dengan teliti.
  2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami.
  3. Cadangan : Isi + huraian + contoh
  4. Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan.
  5. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan ( kosa kata/peribahasa)
  6. Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel)
  1. Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya.
  2. Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan.
  3. Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
  4. Ayat yang dibina mestilah gramatis.
  5. Isi mestilah disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)