Sunday, August 14, 2016

SPM 2016-3

2.Budaya menabung amat penting untuk menjamin masa hadapan kita. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa bagi Menggalakkan Budaya Menabung dalam Kalangan Anak-anak".
Budaya menabung sinonim dengan budaya berjimat cermat yang membawa seribu satu kemaslahatan kepada kita. Isu menabung sering dipolemikkan dalam dada akhbar dan menjadi bual mulut masyarakat dari warung kopi hingga ke persidangan parlimen. Peribahasa cicir dipungut hilang dicari merupakan tunjuk ajar daripada para cendekiawan, amalan mahmudah inilah patut diwarisi agar budaya ini tidak hanyut dibawa arus modenisasi. Dalam konteks ini, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai modus operandi untuk menjadikan budaya ini bersebati dalam kehidupan kita. Lumrahnya, air cucuran jatuh ke pelimbahan juga. Segala budaya mestilah berakar umbi daripada pendidikan ibu bapa. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa bagi menggalakkan budaya menabung dalam kalangan anak muda?

1)Pi da sai mai kua lin gaul
            Afdalnya, ibu bapa merupakan murabbi yang paling dekat dengan anak muda. Ibu bapa perlulah memberikan pendedahan dan pengalaman tentang amalan menabung kepada anak mereka sejak azali lagi, bak peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ilmu kewangan yang didedahkan kepada anak akan menjadikan mereka insan yang pandai membuat persediaan, persis peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, anak mempunyai daya fikir yang tinggi semasa membuat perbelanjaan. Ibu bapa perlulah memberitahu anak mereka bahawa wang tabungan penting untuk menjamin maa depan dan menghadapi waktu kecemasan seperti masa kita ditimpa kemalangan, bencana alam atau jatuh sakit. Pendek kata, pendidikan ibu bapa penting untuk membentuk keperibadian anak yang bersikap berjimat cermat atau berboros.

2)aktiviti         
            Sementara itu, ibu bapa merupakan teman sejati kepada anak mereka. Ibu bapa perlulah selalu meluangkan masa untuk menemani anak mereka menghadiri sebarang ceramah yang bertemakan urusan kewangan. Misalnya, sesi jerayawara yang dianjurkan oleh pihak bank untuk menerangkan cara membuat tabungan. Dalam pada itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke institusi kewangan dan koperasi untuk membuat pelaburan dalam bentuk akaun simpanan dan mencarum dalam insurans pendidikan.  Di rumah, ibu bapa boleh mewujudkan persaingan sihat antara adik-beradik  untuk bertanding sesiapa yang berjaya menyimpan tabungan. Selepas mendapat penerangan tentang kelebihan menyimpan wang di bank, anak muda akan menjadikan amalan ini sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian, bak peribahasa alah bisa tegal biasa.

3)sodo sim rarere waba
            Ibu bapa juga merupakan ikon atau suri teladan kepada anak muda. Hal ini bererti,  ibu bapa mempamerkan amalan positif seperti tidak melakukan pembaziran wang semasa berbelanja. Sokongan dan dorongan ibu bapa merupakan sumber inspirasi dan motivasi kepada anak. Maka, ibu bapa selalu memuji anak dan menggalakkan anak mereka menyimpan sebahagian daripada duit saku ke dalam tabung simpanan mereka, persis peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Memanglah, rangsangan dan restu ibu bapa akan membentuk anak yang selalu bertindak positif. Ibu bapa patut  memberikan ganjaran kepada anak-anak yang rajin menabung  seperti membawa mereka melancong . Sudah terang lagi bersuluh, anak akan mewaris pembawaan ibu bapa yang suka berboros atau sikap berhemat.

4) man takwa dose tun aiba restre  anglak  domumu tauhi
            Dari sudut agama, ibu bapa ialah mujaddid kepada anak mereka. Ibu bapa mengadakan tazkirah untuk mengingatkan anak mereka bahawa amalan menabung dituntut oleh semua agama. Semua tuntutan agama menuntut umat-Nya supaya menjauhi sikap berboros dan menanamkan amalan menabung sejak kecil lagi. Dengan berbekalkan sifat iman dan takwa, anak akan mempunyai akal budi yang analitis dan mata hati yang tajam. Mereka akan memahami bahawa menabung merupakan amalan ibadat yang bakal direstu dan direda oleh Tuhan. Wang tabungan bukan sahaja digunakan untuk menghadapi waktu kecemasan, bahkan disediakan untuk melanjutkan pelajaran dan membuat pelancongan bersama keluarga. Dalam sejarah islam, Nabi Yusof dan Khalifah Umar al Khatab selalu berpegang pada prinsip hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.

5) majik wa pp sohai
            Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ibu bapa merupakan penguat kuasa peraturan di rumah tangga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlulah pandai buat perancangan dan pengurusan kewangan seperti membuat bajet semasa berbelanja. Ibu bapa mestilah memastikan anak mereka mempunyai wawasan tinggi dan mempunyai hala tuju yang jelas. Contohnya, ibu bapa selalu mengingatkan anak membuat pelaburan atau tabungan supaya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Ibu bapa perlu mengawal hawa nafsu diri atau anak mereka untuk mengejar kehidupan yang bermewah-mewah sehingga berhutang di sekeliling pinggang. Pendek kata, berdisiplin dan berdikari membantu proses kemenjadian insan supaya selalu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Sifat kemandirian akan menjadikan anak muda mempunyai rasa tanggungjawab dan jarang meminta duit daripada ibu bapa.


            Tuntasnya, peranan ibu bapa sangat signifikan bagi memastikan budaya menabung dapat diterapkan dalam sanubari mereka. Sikap anak-anak perlulah dibentuk agar menjadi insan yang berguna dan tahu menghargai kepentingan menabung dalam hidup mereka. Janganlah kita membesarkan kerak nasi atau bersikap besar pasak lebih daripada tiang kerana sikap ini hanya memudaratkan ekonomi keluarga. Saya berharap agar setiap keluarga boleh memahami bahawa mengukur baju di badan sendiri dan selalu bersederhana semasa berbelanja. Hanyalah tabungan menjadi kita insan yang selalu tenang dan tidak panik semasa musibah menjelang, kerana saya memahami bahawa laut mana tidak berombak, bumi mana tidak ditimpa hujan,atau  panas tidak sampai ke petang.