Friday, May 7, 2010

Surat tak rasmi- langkah-langkah meningkatkan prestasi sekolah anda

Latihan surat 2:

sekolah anda telah berjaya memenangi anugerah Sekolah Cemerlang 2009 baru-baru ini. Sebagai ketua pengawas, anda ingin berkongsi perasaan gembira dan bangga itu dengan kakak anda yang melanjutkan pelajarannya di luar negara. Anda ingin menceritakan langkah-langkah yang telah diaplikasikan oleh warga sekolah anda sehingga berjaya memenangi anugerah tersebut.


Pendahuluan:

menanyakan khabar — mengharapkan kekanda berada dalam keadaan sihat dan gembira — menyatakan khabar diri dan seluruh keluarga

isi-isi penting:

(a) ingin bercerita tentang kejayaan sekolah yang memenangi anugerah Sekolah Cemerlang 2009 baru-baru ini — berasa amat gembira dan bangga — sebagai ketua pengawas — memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan tersebut

(b) penerapan disiplin dalam kalangan semua warga sekolah — agenda utama yang ditekankan — peranan yang dipegang sebagai ketua pengawas-memastikan disiplin dan peraturan sekolah dipatuhi — sering mengingatkan rakan-rakan pengawas lain bertugas dengan penuh disiplin— menjadi teladan kepada murid-murid lain( sebagai model teladan)

(c) bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain — pengetua dan guru-guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi akademik semua munid — hasilnya keputusan PMR dan SPM meningkat

(d) keceriaan sekolah turut diutamakan — kebersihan dan kehijauan kawasan sekitar dijaga dengan rapi — setiap warga sekolah turut membantu dan menyumbang ke arah kecantikan dan kebersihan sekolah

(e) aktiviti kokurikulum dan sukan berjalan dengan lancar — berupaya mencetuskan semangat yang jitu dalam diri setiap ahli — menempa nama sebagai sekolah terbaik di peningkat daerah, negeri, dan setenusnya peringkat kebangsaan

Penutup:


berharap agar dapat mempentingkatkan prestasi akademik dan membantu sekolah mernpertahankan kejayaan tersebut pada masa akan datang — mendoakan kejayaan kekanda — menjadi pendorong kepada anda dan adik-adik

Contoh daripada Cikgu Phong:

alamat

tarikh(banyak pelajar terlupa)

Ke hadapan kakanda yang berada di Singapura ,semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Ketika kakanda menulis surat ini, adinda dan seluruh ahli keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera, diharapkan kakanda lebih-lebih lagi.

Kakanda Zih Yang yang disayangi,

Dalam warkah ini, adinda ingin memberitahu kakanda bahawa sekolah adinda telah menggondol anugerah Sekolah Cemerlang 2009 di peringkat negera baru-baru ini. Terharunya perasaan adinda apabila mengetahui usaha kita seisi warga sekolah selama ini mendapat balasan yang setimpal, “adat periuk berkarak, adat adat lesung berdedak”. Yang paling bangga, mestilah adinda selaku ketua pengawas yang berperanan penting untuk menyemarakkan semangat para “pejuang” adinda. ( pendahuluan)

Sejak pelancaran program sekolah cemerlang ini, pengetua dan guru-guru menegaskan penerapan disiplin dalam kalangan semua warga sekolah. Sekolah bukan lagi sebagai tempat menimba ilmu tetapi agenda utama yang ditekankan ialah penjanaan dan pengembangan modal insan yang sempurna dari semua segi, iaitu rohaniah, jasmani, emosi, intelek dan estetika. Peranan yang dipegang adinda sebagai ketua pengawas adalah berat, adinda seyogia memastikan disiplin dan peraturan sekolah dipatuhi sekali gus sering mengingatkan rakan-rakan pengawas lain bertugas dengan penuh disiplin. “Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu. “ Adinda dan pengawas-pengawas lain sering kali diingatkan agar menjadi model teladan kepada murid-murid lain. Kami memegang prinsip “genggam bara api sehingga menjadi arang”, kejayaan menjana insan yang berhemah tinggi merupakan matlamat seisi warga sekolah sepanjang tempoh ini. (Isi 1)

Isi 2, Isi 3, Isi 4 upload later

Setakat ini sajalah warkah adinda buat kali ini. Sampai kita ketemu lagi dalam lembaran yang akan datang. Sambutlah salam daripada ibu bapa dan adinda.

Kasih keluarga jangan disisih, Keberkatan hidup menjadi sandaran; Keruh dibuang ambil yang bersih,Keluargamu menanti penuh harapan



Adinda yang jauh,

_______________

(serene Phong)