Monday, March 14, 2011

polemik kesalahan imbuhan

set 3


1.    Perlancaran satelit ke angkasa lepas memakan belanja beratus juta ringgit.
2.    Perlancaran pembangunan negara yang sedang berjalan akan tersekat jika kita tidak mempunyai tenaga mahir yang cukup.  
3.    Guru yang mengajar Sejarah itu berasal dari mana?(FK)

4.    Kes-kes perlanggaran disiplin sekolah semakin menjadi dewasa ini.
5 .    Rumah yang didiami oleh keluarga hartawan itu pelihatan teramat indah.
6 .    Kerajaan harus memaju dan memperkembang bahasa kebangsaan di negara ini.
7 .    Tambahan pelajar dalam masalah disiplin di sekolah sangat membimbangkan kita. 
8. Wahid menghadiahkan gurunya sebatang pen pada Hari Guru yang lalu.
9.  Berbekalkan dengan semangat yang berkobar-kobar, pasukan skuasy negara bertekad demi memenangkan Piala Dunia pada tahun hadapan.
10 .      Penemuan di antara dua orang pemimpin itu dapat menyelesaikan beberapa masalah bersama. 
11, Peredaran bahan-bahan bacaan yang tidak bermoral di pasaran mesti diawasi oleh pihak berkenaan.



latihan karangan ceramah : set 7(Karangan 2)


Latihan : Anda diminta menyampaikan ceramah tentang isu gejala buli dalam kalangan pelajar berdasarkan petikan di bawah.
            Isu buli dalam kalangan pelajar masih menghantui institusi pendidikan dan merupakan satu stigma kepada sistem pendidikan kita. Bagi pelajar yang mengalaminya tentu sahaja perasaan trauma dan fobia akan sentiasa menyelubungi diri dan kemungkinan besar akan takut untuk pergi ke sekolah. Aura sekolah akan hilang dan mereka mengganggap sekolah sebagai neraka.
             
             Kebanyakan kes buli yang dilaporkan bukan sekadar memeras ugut, mengambil harta atau duit pelajar lain, malahan ada yang sanggup memukul dan mendera serta menyeksa. Ada yang lebih tragis lagi berlakunya kematian. Kes kematian ini seperti yang dilaporkan berlaku di Cheras iaitu seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia di hospital selepas tidak sedarkan diri akibat cedera parah kerana dibelasah gara-gara berebut teman wanita. Berita sedih yang menyayat hati ini dilaporkan berlaku pada 13 Februari 2009.

              Berita kematian tersebut, tidak berhenti setakat itu sahaja. Beberapa peristiwa yang melibatkan kecederaan terus berlaku. Antara berita seperti kepala pelajar dihentak pada tiang, menyepak dan memukul menggunakan cerek dan benda tumpul, dibelasah oleh sepuluh orang pelajar dan dilibas dengan senjata tajam seperti pisau lipat dan lawi ayam. Kejadian buli seperti  ini dilakukan oleh pelajar senior di sekolah menengah di seluruh negara. Yang menjadi tanda tanya ialah pelajar yang mendapat pendidikan agama turut melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini.

          Tampaknya kejadian buli seperti ini bukan sahaja membimbangkan, malahan sudah sampai  tahap membahayakan. Mana tidaknya? Kes buli sudah melibatkan senjata tajam yang boleh meragut nyawa. Hal ini bererti gejala samseng sudah menular dalam pekarangan sekolah. Kalangan pelajar sudah tidak gentar menjadikan jenayah sebahagian daripada aktiviti mereka. Kejadian buli bukan sahaja sekadar yang kuat memerintah yang lemah, malah ada yang sampai hati dan tergamak membunuh.

           Natijahnya, gejala buli wajar ditangani hingga akar umbinya. Jika tidak, gejala buli ini akan menjadi penghalang kepada kemajuan negara. Institusi pendidikan sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk menimba ilmu dan mendidik anak-anak menjadi modal insan berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. Pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

set 7: Ringkasan dan pemahaman 3(2011)


Tuliskan ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar.Panjang ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan dengan ayat sendiri.


Sekiranya gejala ini tidak ada titik noktahnya, hasrat negara untuk membentuk modal insan berkualiti dan mapan, mustahil menjadi realiti; segalanya sekadar indah khabar daripada rupa. Kesudahannya, proses pembangunan bangsa Malaysia yang madani dan bertamadun akan lenyap begitu sahaja. Jika gejala buli ini masih juga berterusan, sudah tentu ada asasnya kebimbangan berlaku bahawa murid-murid akan berasa takut untuk pergi ke sekolah. Situasi ini pula akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah.Sementelahan itu, pengaruh media dituduh  turut menjadi penyumbang kepada  peningkatan kes buli ini. Suhubungan itu, gejala buli tidak sepatutnya dipandang ringan agar gejala ini tidak terus menular.Sama ada kita sedar atau tidak, mangsa buli akan mengalami gangguan fizikal secara berterusan. Hal inilah yang pasti amat menghantui kita!

Realitinya, apabila murid-murid tidak ada hati dan tidak bermotivasi untuk meneruskan persekolahannya, yang pasti prestasi akademik mereka tentu sahaja merosot dan merudum. Banyak kajian mendapati bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan kes buli ini disebabkan ikatan kekeluargaan yang telah longgar. Hubungan dengan ibu bapa sudah tidak kukuh lagi. Pendidikan agama semakin jauh dan diabaikan dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama isu buli juga tidak ditangani dengan cermat dan efisien. Jadinya, kesan jangka pandek dan jangka panjang tentu sahaja akan merencatkan agenda pembangunan kerajaan. Cita-cita untuk melahirkan modal insan berkualiti, masyarakat penyayang dan madani serta insan bermoral dan berhati nurani yang luhur pastinya gagal. Akhirnya institusi pendidikan sebagai tempat mendidik dengan situasi pembelajaran yang kondusif sifatnya tidak mungkin wujud jika murid-munid berasa tidak selamat
di dalam kelas atau persekitaran sekolah.

Natijiahnya, perbuatan buli  yang melampau batas kemanusiaan ini mesti dibanteras. Semua pihak pastinya amat gusar sekiranya budaya ini akan nienjadi satu budaya yang diwarisi. Tidak mungkin bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka dapat dibentuk jika generasi yang sedang dibentuk begitu cenderung membuli insan yang lain. Apalah gunanya banyak bijak pandai dalam pelbagai bidang dilahirkan di negara ini sedangkan insannya bobrok. Maruah dan imej negara Malaysia yang selama ini dipandang sebagai model negara yang berupaya  menyatupadukan masyarakat majmuk akan dipandang sinis oleh masyarakat luar gara-gara setitik nila, rosak susu sebelanga; disebabkan seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.


Latihan pemahaman
1)    Berikan maksud peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. (2m)

1)hanya seorang yang melakukan kesalahan tetapi orang lain dalam kumpulannya juga turut terbabit atau dituduh melakukan kesalahan yang sama

2)    Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang gejala buli ini? (4M)

    Gejala ini akan meninggalkan kesan jangka pendek dan jangka panjang seperti agenda pembangunan kerajaan akan terencat, sekali gus cita-cita untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mapan juga akan tergendala. Di samping itu, pembentukan masyarakat penyayang dan madani serta insan bermoral dan berhati nurani yang luhur pastinya gagal. Akhirnya institusi pendidikan sebagai tempat mendidik dengan situasi pembelajaran yang kondusif sifatnya tidak mungkin wujud jika murid-murid berasa tidak selamat

3)    Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk menangani gejala buli dalam kalangan pelajar.(4m)

   Ibu bapa hendaklah mengutamakan pendidikan agama dan moral terhadap anak-anak. Di samping,ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak. Seterusnya,pihak kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah tidak seharusnya berkompromi dan mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada sesiapa yang membuli. Akhirnya,masyarakatjuga perlu prihatin dan hendaklah menegur atau mendidik remaja.