Wednesday, October 5, 2011

2011 enrolment

hi ... times really flied fast. this year is my conflict year with lots of endurement
anyway the clouds were over
some of my dearest students were away
jz like emeryln ..she finally fled away to her ambition
and so so..
hence
i was still be here
hey
i started enjoying my tuition career
cuz that's the only way i can bring up my student from begining to the end
do waitig for it
register for the 2012
pen off
jz pat your back 

Sunday, September 11, 2011

pendahuluan yang baik


1.    Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan.
Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok yang diibaratkan sebagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara



2. Marcapada ini, rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun individualistik. Semangat kejiranan dan altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna. Paradigma ini sering menjadi polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Siapakah yang harus dipersalahkan? Nescaya, sebelum nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diambil bagi menyuburkan semangat kejiranan dalam institusi masyarakat Malaysia kembali. 

semangat kejiranan


Semangat Kejiranan Dibawa Arus Kemodenan
JIRAN merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Kita sepatutnya mempunyai hubungan yang mesra dengan jiran kita. Namun, apa yang terjadi pada era globalisasi ini manusia tidak lagi bertegur sapa dengan jiran masing-masing. Hidup kejiranan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Keadaan ini menyebabkan hilangnya semangat kejiranan dalam masyarakat kita. Oleh itu,langkah sewajarnya harus dilakukan bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini. Kerajaan perlu mewajibkan pertubuhan sosial seperti Rukun Tetangga di setiap kawasan perumahan. Setiap keluarga harus menyertai Rukun Tetangga. Antara tugas yang dibuat oleh Ahli Rukun Tetangga meronda di kawasan perumahan setiap malam. Secara tidak langsung, kita dapat berinteraksi dengan jiran dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum di Malaysia.
Persatuan Perumahan turut boleh mengambil peranan dengan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan. Contohnya, bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Sikap warga kota yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk bertegur sapa semasa jiran boleh diatasi apabila adanya aktiviti gotong-royong dijalankan. Aktiviti ini diibaratkan sehilir semudik dan serentak seirama.
Pendidikan tentang semangat kejiranan juga penting bagi menerapkan nilai kejiranan dalam kalangan generasi muda. Dalam aspek ini, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka kerana merekalah orang yang terdekat dengan anak. Oleh itu, didikan tentang kepentingan semangat kejiranan perlu disemai dalam jiwa anak yang masih berusia setahun jagung. Untuk memastikan bahawa anak-anak dididik dengan nilai kejiranan, ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengadakan atau menghadiri rumah terbuka pada musim perayaan atau melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Sikap yang murni ini pasti akan diikuti oleh generasi muda.
Konklusinya, semangat kejiranan adalah penting dan merupakan tunjang kepada perpaduan negara. Jika dilihat kepada semangat kejiranan terutamanya di ibu kota semakin hilang ditelan arus pemodenan dan kemajuan. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam masyarakat, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung. bulat manusia kerana muafakat.

Thursday, September 8, 2011

karangan

if u wanna to pursuit a high grades of marks.it's shd be starting from frasa menarik ..accumulate it according to different parts of essays ..as example( aspeks keluarga/masy/media massa/ sukan/ ilmu/ remaja..as so on)

            Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Terserlah bahawa remaja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran utuh dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan dari aspek akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.

Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa dan membentuk masyarakat madani sekali gus daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Melalui pendidikan, fikiran yang konservatif akan menjadi komprehensif dalam pelbagai aspek, sekali gus pembentukan akhlak dari pelbagai perspektif amat signifikan untuk menjamin status kita pada masa hadapan. Minda akan terbentang luas dan perspektif tentang sesuatu kefahaman akan mendalam sekiranya budaya membaca diterapkan dalam kalangan remaja pascakemodenan ini.

Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya

Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung.

Oleh itu, remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.Tanpa kecermelangan prestasi akademik, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka

Selain itu, didikan agama dan nilai murni dapat melahirkan remaja yang berkualiti. Remaja kita harus disuntik ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

remaja yang berkualiti mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. 

Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri.

 Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela

Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.


Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis.

Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan yang terbilang skali gus memacu kegemilangan negara.

Rentetan itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya.

Dasar langit terbuka yang diuar-uarkan mampu memacu kepesatan pembangunan negara.

Oleh itu, pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi wajar dititikberatkan kerana melalui wadah ini, segala impian akan menjadi realiti. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.

Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, Kemahiran insaniah dan nilai-nilai keinsanan yang syumul mampu manjana remaja yang berketerampilan dab berani berhadapan dengan segala ranjau..

Pembudayaan disiplin wajar diterapkan kerana faktor disiplin memainkan peranan  utama yang menentukan kejayaan remaja dalam pelajarannya selain disiplin mencerminkan keperibadian seseorang remaja. Disiplin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melanggari norma hidup atau peraturan, di samping menjamin kejayaan seseorang pelajar

Gary Ryan Blair, pakar motivasi terkenal pula pernah menyatakan bahawa, “Barang siapa melatih disiplin diri, maka dia akan  menuai hasilnya pula. Orang yang tidak berdisiplin diri akan menerima akibatnya.”     

Amalan ini kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu bijak membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain.

sebaik mana sekalipun strategi atau pendekatan pengajaran yang dibuat tetapi sekiranya tahap disiplin pelajar berada di paras yang rendah, hasilnya akan menghampakan. Oleh itu, remaja wajar mengubah sikap mereka sendiri agar menerima segala teguran dan  didikan. Memetik kata-kata pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, ‘Di dalam dunia ini cuma kita berupaya mengubah diri kita. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya, segala kehebatan sudah ada dalam diri kita cuma sekadar menanti untuk diserlahkan.”


Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja wajar dididik mengamalkan gaya hidup sihat agar memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan

Pada era  yang penuh dengan pancaroba, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju.

Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi

Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita.

 Hal ini sangat bertepatan dengan slogan.Rakyat sihat, Negara maju. Remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

                      Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

aspek kendiri-remaja cemerlang


langkah-langkah untuk mencapai kecemerlangan diri.
       Setiap manusia ingin akan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupannya. Untuk itu. mereka akan cuba melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Kejayaan tersebut merupakan suatu kepuasan dan keseronokan yang tidak terhingga yang tidak boleh dinilai dengan wang. Salah satu daripada kejayaan yang perlu dicapai ialah kecemerlangan diri. Apabila diri cemerlang semua perkara yang dilakukan akan membuahkan hasil  yang diidamkan.
      Bagi mencapai kecemerlangan diri, murid hendaklah menjaga kesihatan. Murid perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang serta menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Di samping itu, murid juga perlu bersenam dan melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kecerdasan dan kecergasan amat penting dalam kehidupan seseorang agar mencapai kecemerlangan, Kita juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan melakukan tindakan yang rasional dalam apa-apa juga situasi. Segala tindakan kita akan diperhatikan oleh orang lain dan mereka akan membuat penilaian terhadap sahsiah kita. Hanya mereka yang memiliki keperibadian atau personaliti yang baik akan berjaya dalam hidupnya.
        Murid yang cemerlang mempunyai  jadual belajar yang sistematik. Mereka dapat membahagikan masa dengan bijak dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Semua perkara yang dilakukan dicatat, bertanya sekiranya tidak faham tajuk-tajuk yang dipelajari, dan sering mengulang kaji pelajaran. Budaya ini jika diteruskan akan membolehkan murid memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik.
        Para pemimpin yang ada sekarang merupakan bukti hasil daripada kecemerlangan diri yang diamalkan. Ketokohan dan kepimpinan telah diasuh dan terdidik sejak bangku sekolah lagi. Justeru, tidak hairanlah murid yang cemerlang ialah murid yang pernah menjadi pemimpin ketika bersekolah serta aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti berpidato, perbahasan. dan forum. Oleh itu, murid yang cemerlang ialah murid yang mengamalkan sikap positif dalam kehidupannya.

1. Berikan maksud frasa membuahkan hasil  yang diidamkan.
2. Apakah amalan postif yang harus dilakukan bagi menjamin seseorang cemerlang dalam bidang akademik?
3. Pada pendapat anda,mengapakah kita perlu menjaga kesihatan?

 Kendiri: tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri murid cemerlang.
Semua orang mempunyai impian untuk berjaya. Bagi seseorang murid, kejayaan bermakna apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, selain ingin menjadi anak kebanggaan ibu bapa. Dia perlu menjadi murid dan anak yang baik bagi mencapai kejayaan yang diimpikan itu. Murid yang baik mempunyai sikap yang prihatin akan keadaan sekeliling dan akan menghulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Murid yang baik sentiasa yakin akan potensi diri untuk meraih kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulum. Murid ini juga mampu berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada guru sepenuhnya di samping suka menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka percaya bahawa badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas. Selain itu, murid yang baik sentiasa menghormati guru sama ada guru sedang mengajar atau sewaktu berada di luar kelas. Mereka menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan percaya bahawa setiap peraturan sekolah bertujuan untuk melatih mereka agar berdisiplin.
Murid yang baik juga mempunyai hubungan yang mesra dan akrab dengan rakan-rakan yang lain. Mereka suka berbincang tentang mata pelajaran yang telah dipelajari. Perbincangan biasanya dilakukan dalam kelas, sewaktu kelas tambahan, dan dalam kumpulan belajar.
Di samping itu, mereka juga suka memberikan sumbangan dalam apa-apa bentuk jua seperti mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Bagi mereka, hal ini merupakan tanggungjawab yang harus dilakukan tanpa mempersoalkan ganjaran yang bakal diperoleh.
Murid yang cemerlang merupakan harapan keluarga. Mereka juga amat disenangi oleh rakan dan masyarakat. Mereka juga merupakan aset negara pada masa akan datang. Oleh itu, keperibadian murid yang baik harus dibentuk mulai sekarang agar mereka dapat menjadi generasi yang berkualiti dan unggul.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata otak yang cerdas?
2. Mengapakah sikap yang baik dalam kalangan murid harus dibentuk mulai sekarang?
3. Apakah yang harus anda lakukan supaya cemerlang dalam pelajaran dan bidang lain?

Tuesday, August 30, 2011

skop tentang kokurikulum dan sukan


tulis sebuah ringkasan tentang peranan aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan.
Kokurikulum dalam _______________________________ sering dipandang ____________ walaupun kegiatan seperti aktiviti ____________dan ______________________ sudah lama wujud. Penilalan kecemerlangan pelajar ______________ prestasi _________________menyebabkan kebanyakan ________________ kokurikulum dilakukan secara _________________. Walau bagaimanapun, ________________ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) _____________mengubah senario ini.
Teras kedua PIPP, iaitu usaha membangunkan _______________________ dengan memberikan _____________ dalam kegiatan kokurikulum. Harapan Kementerian Pelajaran, melalui aktiviti ini, diharapkan modal insan negara mempunyai ________________ yang luas dan _________________ tinggl serta ________________ dengan ___________________ semasa. Selain itu, diharapkan mereka juga dapat ________________dan mampu ___________ dengan ___________________ yang sering berubah-ubah di samping ______________________ mencipta peluang baharu.
Aktiviti kokurikulum yang pelbagai dan ___________________ memberikan ruang kepada pelajar untuk membuat pilihan dalam meningkatkan _________________ dan _____________ aktiviti kokurikulum secara ______________ dan _______________. Aktiviti kokurikulum dapat membantu ____________________________ pelajar yang ____________  dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek(JERI) seperti yang dikehendaki dalam ______________________________.
Penyertaan aktif para pelajar dalam kegiatan secara ________________ membantu mereka meningkatkan ____________ ____________dan __________________. Aktiviti ini juga dapat memupuk _____________________________ selain __________ diri mereka. Penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti persatuan juga bukan sahaja dapat _________________ dan _______ pelajar, malah membantu mereka untuk ________________ dan meningkatkan ________________ dalam pelbagai ____________.
Penyertaan pelajar dalam bidang sukan pula dapat meningkatkan _____________________ dan _____________ di samping ____________________________________. Dengan ______________, ____________________, dan ________________ yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan __________, ___________, _______________, dan ____________ ____________ ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, kokurikulum juga ______________ dalam memupuk ________________ dalam kalangan pelajar dan mewujudkan ________________ yang ___________________. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum benar-benar memberikan kesan positif kepada __________________________________ yang diingini.

1.         Berikan maksud dilakukan secara sambalewa.


2.         Apakah kesan kegiatan kokurikulum terhadap modal insan yang ingin dilahirkan.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.         Bagaimanakah cara untuk menggalakkan pelajar-pelajar bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ringkasan
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

tulis  ringkasan tentang manfaat menyertai pasukan pakaian seragam.
Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap pelajar sekurang-kurangnya menyertai satu pasukan pakaian seragam di sekolah. Pasukan pakalan seragam seperti Pasukan Bulan Sabit Merah, Pergerakan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet Remaja memang wajar disertai oleh para pelajar _____________persatuan dan kegiatan sukan.
Menerusi aktiviti yang disertai, para pelajar dapat menambah ______________ mereka. Sebagai contohnya, apabila seseorang pelajar menyertai Pergerakan Pengakap, dia akan _______________ kepada cara untuk merawat ________________. Pengetahuan ini bukan sahaja dapat digunakan dalam kehidupan _____________ tetapi juga dapat __________________ dalam _______________________ dalam kelas. Penglibatan dalam aktiviti pasukan pakaian seragam juga bermakna seseorang pelajar dapat _____________________ masa dengan baik. Jika pelajar itu tidak mengikuti aktiviti yang diadakan itu, dia mungkin akan menggunakan masa itu untuk _________________________ dengan budak-budak yang nakal. Pergaulan yang tidak sihat memungkinkan pelajar itu __________________ dalam _________________________ seperti melepak dan menghisap rokok. Kegiatan tidak sihat ini akan ________________________ dan _____________________pelajar.
Penglibatan dalam aktiviti pasukan pakaian seragam juga dapat _________________ pelajar yang mempunyai __________. Sebagai contohnya, Pergerakan Pengakap akan mengadakan aktiviti _________________hutan. Aktiviti ini dapat membina __________________ dan melahirkan anggota pengakap yang tidak mudah ______________, berani __________________, dan tidak mudah ____________________. Seseorang pelajar menyertai pasukan pakaian seragam juga dapat menambah ___________ Aktiviti yang dijalankan oleh pasukan itu kadang-kadang bukan sahaja melibatkan anggota pasukan dan sekolah itu sendiri tetapi juga melibatkan anggota pasukan dan sekolah yang lain. Sebagai pelajar, _____________ dari sekolah-sekolah yang lain amat berguna untuk bertukar-tukar nota pelajaran dan pengetahuan.
Pelajar yang dilantik sebagai ketua pasukan dapat mengetahui ______________________. Dia dapat _________ untuk menjadi ______________ yang baik. Dia dapat mempelajari kemahiran _______________ dan _________________ tugas. Dia juga dapat belajar cara untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan. Semua kemahiran amat berguna dalam membentuk ______________________________________________ yang  tidak dapat dipelajari dalam kelas.
1 Apakah maksud rangkai kata jati diri?


2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua ciri yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3 Pada pendapat anda, mengapakah banyak pelajar tidak berminat untuk menyertai kegiatan kokurikulum?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ringkasan
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid.. (Pentingnya Sukan dalam Meningkatkan Kecemerlangan Remaja dan Pelajar’ (PMR 2011)
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ____________________ atau _______________ serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lan dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai _________ pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau ___________. Sukan dapat meningkatkan ___________ murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu _________________ diri sendiri untuk ___________________________ yang ditetapkan. Disiplin juga _______________________ seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama.
Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk ___________________  masa dengan __________ Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika ________________ dan ____________________ ________________. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu ____________ insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran ____________ dan mempunyai ______________ diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai ________yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran ______________untuk membuat ______________ dengan baik. Sukan juga ___________ semangat ____________ yang tinggi. Mereka sering ________________ bahu untuk membantu pasukan _____________ kejayaan. Murid yang aktif bersukan akan mempunyai semangat _____________ yang _____________. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara ____________apabila _________________ dalam sesuatu pertandingan.
1.berikan maksud berganding bahu dalam petikan.

2.Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu dalam mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan.Mengapakah ini berlaku?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ringkasan
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ringkasan tentang pendekatan memperkasakan sukan.
Kementerian Pelajaran bercadang untuk _____________ dan ________________ semula ____________sukan peringkat sekolah rendah dan menengah dalam usaha mengembalikan ________________ sukan di negara ini. Usaha mengikuti beberapa negara luar seperti Australia yang mewajibkan sukan dan pendidikan jasmani _______________ ke dalam _____________ sekolah amatlah disanjung tinggi. Untuk mengatasi masalah kekurangan kemudahan sukan, untuk sementara waktu sekolah boleh ________________________ sukan dengan universiti berdekatan. Sebagai contoh, beberapa sekolah rendah atau menengah yang berdekatan dengan ___________________ atau kampus cawangan mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara kita boleh mengguna pakai kaedah sama, sekurang-kurangnya bagi __________________kos _________________ prasarana sukan.
Kita tahu, ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sukan tertentu dan dengan adanya kemudahan di kampus berhampiran, pelajar boleh ____________________ kemudahan berkenaan. Bagaimanapun. tidak semua universiti di negara kita ini mempunyai kemudahan sukan yang lengkap ________________ sukan bukanlah dijadikan keutamaan. Tindakan ini sebagai langkah sementara kerana Kementerian Pelajaran berhasrat ______________________prasarana sukan di sekolah-sekolah untuk memastikan pelajar dapat menggunakan kemudahan yang ada untuk ___________________________ pelajar dalam bidang sukan. Dalam tempoh 20 tahun belakangan ini, aktiviti sukan sekolah _________________________________ , sering ________________ berbanding dengan aktiviti lain, sekali gus ___________________ kegemilangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan pelajar. Hasrat untuk menjadikan rakyat Malaysia _____________________pingat emas dalam ___________________ besar dunia seperti Olimpik tidak akan _________________ hasil sekiranya aktiviti sukan tidak diberikan perhatian _____________ oleh pihak  sekolah.
Berikutan itu, semua aktiviti sukan peringkat sekolah akan disusun semula supaya lebih teratur dan ____________dengan pelbagai program _____________________________. Kementerian mahu sekolah mengasingkan sukan daripada ______________ lain serta melantik ______________________________ menjaga pembangunan sukan sekolah. Kita percaya langkah itu berada di _____________________ kerana kegemilangan sukan seharusnya  bermula di peringkat awal bagi melahirkan ______________ pelbagai jenis sukan untuk negara pada masa akan datang. Kita sedar baru-baru ini ramai kecewa apabila Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) _______________________ acara sukan dalam kalendar tahunan 2010 tetapi Kementerian Pelajaran mengumumkan _____________________ RM89 juta bagi mengembalikan semula acara berkenaan.
Masalah yang dihadapi di sekolah ialah ketiadaan ______________________________ dan kebanyakannya adalah guru biasa yang ditugaskan __________________pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Keadaan diburukkan lagi dengan __________ sekolah _________________________ yang berlebihan terhadap _____________ sehinggakan aktiviti sukan __________________. Pelajar pula ____________________ sukan sebagai aktiviti yang membuang masa, dengan anggapan waktu sebelah petang patut diisi dengan _________________kelas tuisyen. Bagaimanapun, kita mengharapkan ibu bapa berterusan menggalakkan anak-anak dalam aktiviti sukan yang dianjurkan di sekolah. Kementerian Pelajaran juga memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi ___________________ pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan,termasuk memberi lima markah daripada 10 peratus markah yang ________________________ untuk kokurikulum. Sebelum ini. kegiatan kokurikulum sukan tidak diberikan _________ di sekolah. Bermula 2011, ____________ Satu  Murid Satu Sukan akan _________________     . Langkah-langah yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tanpa ___________________waktu _______________________________ dan tidak ________________ keperluan untuk memanjangkan waktu ___________________________.
1.     Berikan maksud rangkai kata seolah-olah dipinggirkan.
__________________________________________________________________________________________
2.     Nyatakan sebab yang menjadi penghalang pembangunan sukan di sekolah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.     Mengapakah ramai pelajar kurang gemar mengikuti aktiviti kokurikulum?
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ringkasan
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan,sukan merupakan antara wadah pelaksanaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pandangan yang skeptikal tentang sukan yang dikatakan tidak mampu membawa pelajar ke mana-mana selepas tamat persekolahan perlu diubah.

Jika dahulu, orang bersukan hanya menggunakan kekuatan kudrat semata-mata, namun kini dengan adanya program penyelidikan dan pambangunan dalam bidang sukan, sukan mampu menjadi industri yang bakal menawarkan pelbagai bidang pekerjaan seperti doktor sukan, pakar pemakanan sukan, ahli fisioterapi sukan, pengurus acara sukan, pemasar barangan sukan, jurulatih, dan pengadil.

Generasi muda wajar menunjukkan komitmen untuk memajukan bidang sukan.

Terdapat banyak persatuan sukan yang memerlukan modal insan yang mampu menjana idea-idea baharu bagi mengembangkan dan memantapkan kemajuan sukan negara.

Bersukan bukan sekadar untuk menyihatkan badan dan mengelak daripada ditimpa penyakit berbahaya, sebaliknya sukan dapat merapatkan tali persaudaraan dan mewujudkan dunia yang aman. Sukan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan bijak menyusun strategi serta keberanian berada di barisan hadapan tatkala berlaku sebarang perbalahan.

Pada tahun 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Haji Muhyddin Mohd. Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM89 juta bagi menampung kegiatan sukan di sekolah seluruh negara termasuklah menambahkan infrastruktur seperti padang. Kerajaan turut mewajibkan kegiatan sukan sebagai prasyarat kepada setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan komited kepada kepentingan sukan dalam membina generasi yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan modal insan yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pada 1988, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan sukan massa dan sukan berprestasi tinggi.

Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Pelbagai program yang melibatkan slogan “Malaysia Cergas” dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi. Antara sukan massa termasuklah senam robik, karnival sukan, sukan rakyat, sukan air, larian 10 kilometer, larian keluarga, tarik tali, sukan mencabar dan sukan udara.
Sukan prestasi tinggi pula merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi yang diselia oleh Majils Sukan Negara ini menekankan pencapaian kecemerlangan atlet pada tahap tinggi. Pengurusan sukan berprestasi tinggi terikat dengan peraturan dan syarat Persatuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh hal itu, sukan ini berpotensi menghasilkan atlet cemerlang untuk bersaing di persada dunia. Antara sukan berprestasi tinggi termasuklah bola sepak, hoki, badminton, skuasy, boling, gimnastik, akuatik dan atletik.
Kejayaan pembangunan sukan negara bermula dengan menggerakkan masyarakat aktif dalam sukan dan menjadikan sukan sebagai amalan dan budaya hidup. Hal ini ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah. Sukan diajarkan secara formal di sekolah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Sukan dijadikan kompenen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) yang bermatlamat menyediakan individu dengan pengetahuan fizikal serta penggunaan masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.

Sains sukan amat penting dalam aktiviti sukan. Contohnya sedari kecil, kita diasuh supaya meregangkan otot sebelum melakukan aktiviti permainan dan sukan. Aktiviti regangan ini dapat mengelakkan individu daripada kekejangan. lndividu yang memiliki ilmu sains sukan boleh menceburi kerjaya seperti jurulatih, ahli fisioterapi sukan serta perunding kesihatan makan dan pemakanan.

Di Vanvas, Perancis, telah diperkenalkan Pendidikan Harian Fizikal (DFE) untuk kanak-kanak sekolah rendah. Program ini meliputi sepertiga waktu pelajar di sekolah adalah waktu untuk mata pelajaran Sukan bagi meningkatkan perkembangan fizikal, mental, psikologi dan sosial kanak-kanak. Program yang sama juga dilaksanakan di Jepun, Kanada dan Australia. Hasilnya, kajian menunjukkan kanak-kanak yang menjalani aktiviti ini mempunyai tahap kecergasan yang baik, di samping konsep kendiri mereka lebih positif, sehingga mencatatkan keputusan yang baik dalam mata pelajaran lainnya.

Menyedari kepentingan sukan dalam membina generasi yang unggul, institusi pengajian tinggi di negara ini telah memperkenalkan beberapa jurusan pengajian berkaitan sukan. Antaranya termasuklah Program Sains Biokesihatan (di Universiti Malaya) dan Pengajian Sains Kesihatan (di Universiti Sains Malaysia). Bagi melahirkan warga penddik yang cenderung dalam dunia sukan pula, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaysia Sabah telah mewujudkan jurusan Pendidikan Sains Sukan.
Dalam Belanjawan 2011, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM365 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk terus menggalakkan penyelidikan dan pembangunan sukan, memperbanyak penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak dan melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. kerajaan akan menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan sebanyak RM2O juta.

Sukan ekstrem menjadi kegilaan anak muda di negara ini. Antaranya termasuklah papan selaju, basikal aksi, memanjat dinding, dan perlumbaan kereta kawalan jauh. Selain itu, tarian shuffle menjadi ikutan kebanyakan remaja. Pembinaan kompleks sukan ekstrem di Putrajaya misalnya, menunjukkan kerajaan komited dan prihatin kepada keperluan remaja. Keterujaan remaja dalam sukan ekstrem amat jelas apabila ada dalam kalangan mereka yang menganjurkan sendiri pertandingan sesama mereka.
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxTpcnTwxuISfAWNf7L0FR4_ieAX4gJsO-8rcNK_Afu8vbeSi5  http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRfVH0ImYaieFcj3OId-bUoUQlsqFwdoNyJ-8Yw2yGZER_AtbsyCghttp://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTiluNKp1xX452oMItxHHebN6fHaSszYnt5MxGAsYUIXE5SY7h-kghttp://mygj.net/aramzani/wp-content/uploads/2010/06/RAM_3408.jpg http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQGXy_ZHEhV1LEIbQdE8T8B-6CdgsplbpaH80y7CUMai4Yfyg9HMg
Mulai tahun 2011, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan dasar  1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai satu jenis sukan. Jawatankuasa sementara ditubuhkan bagi melaksanakan kajian serta memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan. Hal ini bagi mengubah persepsi ibu bapa yang menganggap kegiatan sukan tidak memberikan makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik.

Bagi merealisasikan keberkesanan dasar in enam strategi telah digariskan, iaitu memberikan bantuan kewangan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksanakan sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan.

Institut Sukan Negara juga bertindak agresif dalam memasyarakatkan sukan, terutamanya dalam kalangan remaja. Antara program yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri termasuklah Cari Juara Kelantan 2010, Cari Juara Sabah 2010, dan Kem Little Campas di Sabah 2010. Sukan yang diuji ialah wusyu, petanque,  menembak, sepak takraw, badminton, berbasikal, tinju, gimnastik, olahraga, angkat berat, gimrama dandan ping pong. Pemilihan atlet tersebut adalah berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan kemahiran sukan spesifik yang bersesuaian dengan sukan yang diuji. Penekanan kepada sukan amat penting memandangkan kepentingannya dalam memacu agenda pembangunan negara. Banyak bakat sukan dapat dicungkil dalam kalangan remaja. Yang tidak kurang pentingnya, masalah sosial yang melanda remaja dapat ditangani secara positif. Secara implisit, penganjuran sukan ini juga menjadi salah satu daya tarikan pelancongan. Tidak mustahil, suatu hari nanti kita mampu melahirkan atlet bertaraf dunia sekiranya strategi yang betul dilaksanakan.
Latihan karangan
1.     Anda terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dengan tajuk “Kepentingan Hidup Bersatu padu.”
2.     Semangat patriotik mesti dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.
3.     Anda sebagai olagragawan sekolah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk”kepentingan Bersukan”/ kepentingan menyertai kegiatan Kolurikulum”
4.     Apakah pendapat yang mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah murni pada anak-anak mereka?
5.     Malaysia telah Berjaya menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel yang merupakan salah satu sukan yang bertaraf antarabangsa. Tuliskan faedah-faedah yang dinikmati oleh Malaysia kerana menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf antarabangsa ini.
6.     Hubungan yang renggang dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan pelbagai gejala sosial.Perpaduan dalam keluarga ialah salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut.
7.     “Negara Bersih Rakyat Sihat” ialah slogan yang sering kita dengar, namun masih terdapat warganegara Malaysia yang kurang menghayati slogan ini.
8.     Ilmu seni mempertahankan diri wajar didedahkan kepada anak-anak kerana banyak faedah yang akan diperoleh. Bincangkan kebaikan mempelajari ilmu seni pertahanan diri.
9.     Peranan Ibu Bapa sangat penting dalam menentukankejayaan anak-anak dalam peperiksaan” . sediakan teks syarahan ini.
10.  Tuliskan sebuah cerpen bertemakan “Kasih Sayang Seorang Ibu Terhadap Anaknya.”
11.  Menyediakan teks syarahan “Sukan menyatupadukan Rakyat.”