Saturday, July 31, 2010

inspirasi seorang guru BM

hari ini, saya menyemak esei panjang dari kelas tingkatan 1. kelemahan pelajar memang sangat jelas, dan boleh dikatakan 90% mendapat markah dalam lingkungan 15/40 sahaja. Saya hairan, selepas 7 bulan mengajar kamu semua, nampaknya tiada sebarang perubahan dan kemajuan. Degil, egoistik dan kemalasan menyebabkan kemunduran dalam BM. Saya tertanya-tanya, apakah masalah utama? Perkara yang sama sekali-kala saya berulang, tetapi masih sama. Saya sudi meluangkan masa untuk membimbing pelajar yang lemah. tetapi mereka masih enggan mendaftarkan diri untuk menerima kelas tambahan dengan sukarela. Saya kagum melihat bilangan pelajar yang sudi untuk menghadiri kelas tambahan hanya beberapa orang sahaja. Sambutan dingin ini mematahkan saya lagi selepas menyemak esei kamu semua.

kemalasan, kedegilan adakah punca pelajar saya merosot tanpa mencapai sebarang kemajuan? Saya insaf, mungkinlah pengajaran saya kurang efektif sampai menemui jalan buntu.

malam ini, saya sedar, kalau anak didik saya enggan belajar, enggan menerima apa yang saya beri...pengorbanan saya sudah tidak bererti.

Plagiat daripada rencana... cara mempersiapkan diri

Kes ponteng sekolah semakin menjadi-jadi. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini.Jelaskan.
Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang kejadian kes ponteng sekolah yang tidak pernah lekang daripada menghiasi dada-dada akhbar.(A1) Kemelut ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. (A2)Senario ini amat menyedihkan kerana negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan.(A3) Jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang,para pelajar merupakan angkatan sasaran yang dominan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (A4)Oleh itu, semua pihak khususnya sekolah hendaklah melaksanakan tugas-tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi satu kenyataan. (A5)
Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.(AJudul) Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati personaliti yang terunggul. (AH:bagaimana?) Subjek Pendidikan Moral dan Sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan peribadi dan sahsiah diri, justeru pejuang-pejuang korporat akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan berbakti kepada tanah tumpah darah mereka. (AH: apa contoh ? ) Hal ini kerana sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berjaya dalam pelbagai bidang akan menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri .(AH: mengapa) Oleh itu, generasi muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri yang memberikan peluang pembelajaran yang selesa dan akan menjauhi gejala ponteng sekolah bagai api dalam sekam itu. (AT)
Sementara itu, pendidikan agama seperti pendidikan Islam penting untuk menangani kemelut ini. (AJ) Hal ini kerana ajaran agama akan membentuk jiwa yang taat dan patuh terhadap Rabbani(tuhan) dan menjauhi perbuatan mazmumah.( AH: mengapa?) Ajaran agama dari sekolah akan mengingatkan pelajar agar sentiasa beristiqamah agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup universal dan nilai-nilai ketuhanan. (AH: bagaimana) Oleh itu, perasaan ketaqwaan dan peradaban seyogianya tidak laput dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan menjauhi gejala ponteng sekolah. ( AT)
Di samping, anjakan paradigma dalam sistem pengajaran di sekolah juga bertanggungjawab untuk membentuk insan pelajar yang berilmu dan berkemahiran.(AJ) Mekanisme ini amat bermakna untuk membentuk warganegara yang bersedia membangunkan tanah air sendiri.(AH: Mengapa) Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan keiltizaman yang tinggi terhadap ilmu dan kepakaran teknologi tinggi kini(AH: apa contoh). Malaysia kini mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah lama mendominasi bidang industri.(AH: apa contoh) Walaupun masih berusia setahun jagung, namun industri otomobil nasional, iaitu Proton dan Perodua telah mula mendapat pengiktirafan dunia.(AH: bagaimana). Dengan itu, perasaan patriotik dalam sanubari anak watan pewaris bangsa akan berbangga untuk berkhidmat kepada Negara, sekali gus akan memanfaatkan prasarana yang disediakan di sekolah dan menghindari gejala ponteng sekolah.
Lebih-lebih lagi, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu telah lama dicanang-canangkan. (AJ) Falsafah ini penting untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (AH: mengapa) Pelajar akan mengecap kehidupan di bangku sekolah dengan sepenuh hati dan menjauhi perasaan bosan yang menyebabkan mereka ingin memontengkan diri. (AH: bagaimana) Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam, nescayalah dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri.(AH: apa kesan) Oleh itu, falsafah ini hendaklah dijadikan teras paksi kepada setiap warga sekolah dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni.(AT)
Akhirnya, guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk menangani kemelut ini. (AJ) Hal ini kerana semua pembawaan personaliti guru akan dirujuk oleh anak didik, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. (AH: mengapa) Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. (AH: bagaimana) Dalam perspektif lain, guru wajar mengelakkan diri daripada terdedah kepada elemen yang negatif seperti ponteng sekolah dan cuai dalam pengajaran. (AH: apa contoh) Natijahnya, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik. (AT)
Intihanya, angkatan pelajar ialah generasi penentu dalam memastikan hala tuju negara berada pada landasan yang betul. (AK) Andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang mengacaubilaukan minda segenap lapisan masyarakat akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak bagai genggam bara api biarlah sampai menjadi arang. (ACadangan) Usaha-usaha ini haruslah dijalankan dengan drastik “bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.”(A pendapat) Pendekatan-pendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dan bukan sekadar “hangat-hangat tahi ayam” atau “melepaskan batuk di tangga.” ( A harapan) Pendek kata, selaku anak-anak Malaysia, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam kita supaya menangani masalah kes ponteng sekolah sampai akar umbinya! (A penutup)

Friday, July 30, 2010

Isu-isu yang akan dibangkitkan dalam esei

Isu remaja

1. Keluarga
- Kedangkalan (kekurangan) kasih sayang daripada ibu bapa terhadap remaja juga menyebabkan remaja mudah….
- Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin alpa (lupa) terhadap tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses(asyik) mengejar arus modenisasi.
- Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
-Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa, “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”//// sebagai umat yang mulia, kita mesti beristiqamah kepada ajaran tuhan dan bertakwa menulaikan ajaran dalam agama kita.
- Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.
- Albert Einstein iaitu orang yang paling bijak di dunia ini telah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
- Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
- Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
- Kempen yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.
- Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikainlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani.

2. Sekolah
- Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
- Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul dengan ilmu pengetahuan dan tepu dengan nilai-nilai moral.

3. Kerajaan
- Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.
- Program Rakan Muda perlu dimanfaatkan oleh remaja untuk menentukan hala tuju bagi memastikan remaja menjadi warganegara yang berguna.
- Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.
- Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi perlu mengawal penyebaran gambar, maklumat dan berita yang dibawa oleh anasir-anasir yang negatif.

Ungkapan menarik tentang isu remaja
- “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
- Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.
- Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.


ISU KERAJAAN / NEGARA

Amalan Gaya Hidup Sihat
- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah melancarkan kempen ‘Tak Nak’ dan ‘Setiap Sedutan Membawa Padah’ pada tahun 2005.
- Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masalah sakit…” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup.

Integrasi Nasional/ Perpaduan
- Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah julung-julung kali melancarkan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ pada akhir tahun 2004.
- Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.

Jenayah Negara
- Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.
- Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyeru orang ramai agar bersama-sama menggembleng tenaga untuk membanteras jenayah yang berlaku di kawasan kediaman seperti kes pecah rumah, kes culik, kes rogol dan beraneka kes jenayah lagi.

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

“Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia”, begitulah kata-kata Presiden Pertama Indonesia, Soekarno yang jelas memberikan gambaran peri pentingnya remaja dalam mengukir nama menongkah arus globalisasi dan modenisasi. Walau bagaimanapun, dalam meritis segala kemungkinan ibu pertiwi, modal insan yang tidak terperi nilai ini kian merosot dari segi bilangannya. Hal ini kerana remaja negara kita kian terjerumus ke dalam gejala sosial. Oleh itu, kita sebagai umat manusia mulia harus mengupas isu ini hingga ke akar umbi agar impian kerajaan melahirkan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” dapat direalisasikan. Namun, sebelum kita mengambil modus operandi yang dominan, pragmatik dan perdana, kita harus mengenali terlebih dahulu punca, ibarat kata peribahasa, “kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang”. Persoalannya kini, apakah kebobrokan sosial yang kian menular sehingga aset remaja kian terjerumus ke lembah hina?

Salah satu gejala sosial termasuklah gejala melepak. Senario yang kian berleluasa ini selalunya melibatkan golongan remaja dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Selalunya, golongan remaja sentiasa melakukan perbuatan “bagai melepaskan batuk di atas tangga” pada alam persekolahan. Hal ini kerana pihak sekolah tidak menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kalangan pelajar mereka menelaah pelajaran. Oleh itu, remaja yang hilang minat ke sekolah akan mencari alternatif yang mampu menarik minat mereka, misalnya, gejala melepak. Antara contoh tempat yang digunakan untuk melepak termasuklah kafe siber, kedai mamak, pusat beli belah dan kedai makan. Akibatnya, aset remaja nusa ini kian berkurang dan semakin kepupusan. Oleh itu, pihak sekolah, khususnya seyogia membanteras gejala ini. Guru dan badan pengawas dapat memantau gerak-geri remaja yang cuba ponteng sekolah. Natijahnya, gejala melepak wajarlah ditangani sebelum “nasi sudah menjadi bubur”.

Di samping itu, kancah dadah turut menyebabkan golongan remaja kian terjebak ke dalam kebobrokan hina. Statistik yang sahih lagi tepat menunjukkan peningkatan sebanyak 25% remaja yang terlibat dalam najis dadah berbanding tahun lepas, iaitu satu angka yang mengejutkan dan merunsingkan. Hal ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Anasir rakan menyebabkan remaja terikut-ikut “bagai kerbau dicucuk di hidung” mengambil dadah. Hal ini kerana pada usia yang muda, jiwa remaja rapuh dan mudah terpersona dengan idola mereka. Sekiranya, idola mereka adalah rakan yang mangambil dadah, maka terikut-ikutlah remaja dengan kawannya itu. Oleh itu, ibu bapa wajar mangambil tindakan menasihati anak mereka sejak kecil lagi mencari rakan yang berpengaruh positif, persis kata mutiara “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Tamsilannya, “sudah terang lagi bersuluh” dadah haruslah dijauhi daripada anak dengan pengaruh ibu bapa.

Akhirnya, gejala buli turut mengakibatkan aset penting negara kita kian merosot. Gejala buli dalam kalangan remaja memang menular. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Antropologi dan Sosiologi menunjukkan sebanyak 30 peratus remaja terlibat dalam gejala buli. Remaja negara kita kian terikut-ikut dengan aksi menerusi media massa yang mentayangkan aksi negatif dan budaya kuning yang mempersonakan remaja. Aksi-aksi ini akan dipraktikkan oleh golongan remaja di sekolah. Oleh itu, kerajaan wajarlah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk menyedarkan masyarakat, terutamanya remaja yang hidup “bagai katak di bawah tempurung” tentang gejala buli. Misalnya, kempen “Hentikan Buli, Tak Nak!” yang baru dilancarkan oleh kerajaan perlu dihadiri oleh pelbagai pihak. Ironisnya, gejala buli haruslah ditangani.

Konklusinya, terdapat pelbagai jenis gejala sosial yang kian menular dalam kalangan remaja. Oleh itu, semua pihak haruslah bijak menggembleng tenaga “bagai aur dengan tebing” untuk mengekang kebobrokan ini dalam kalangan remaja negara kita agar impian kerajaan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dapat dijadikan realiti, persis kata peribahasa, “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”. Aspirasi kerajaan untuk menjana modal insan yang mampu menjalankan tampuk pemerintahan negara. Ingat, “Lampu tidak bernyala dengan sendiri, Aladdin menggosoknya terlebih dahulu”. Sebagai tinta mengakhiri kata, hayatilah syair ini:

Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Sunday, July 25, 2010

karangan kenegaraan-1

Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk memupuk semangat ini.Jelaskan.

Presiden John F Kennedy pernah berseru kepada rakyat Amerika dengan berkata ‘Jangan ditanya apakah pemberian negara kepada kamu sebaliknya tanyalah apakah yang dapat kamu sumbangkan untuk negara.’ Kata-kata ini merupakan satu sentuhan rohani untuk membentuk jiwa patriotik dalam kalangan rakyat agar lebih mencintai dan sentiasa berusaha memberikan sumbangan yang terbaik untuk kemajuan dan pembangunan negara. Dalam merealisasikan matlamat ini, para pelajar merupakan angkatan sasaran yang dominan agar elemen positif ini disuntik dalam jati diri mereka. Oleh itu, semua pihak khususnya sekolah hendaklah melaksanakan tugas-tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi satu kenyataan.
Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun sesebuah negara itu, justeru pejuang-pejuang terdahulu akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan tanah tumpah darah mereka. Selain itu, sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berdaulat wajar menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . Generasi muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri. Peribahasa ada menyatakan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan betapa jauh dan lama seseorang itu merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi.Oleh itu, perasaan patriotik seyogianya tidak laput dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan bersahsiah tinggi.
Sementara itu, nilai agama pula akan membentuk jiwa yang taat dan patuh terhadap Rabbani(tuhan) dan sentiasa beristiqamah agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup universal dan nilai-nilai ketuhanan. Sekolah juga bertanggungjawab untuk membentuk insan pelajar yang berilmu dan berkemahiran.Kedua-dua mekanisme ini amat bermakna untuk membentuk warganegara yang bersedia membangunkan tanah air sendiri. Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan keiltizaman yang tinggi terhadap ilmu dan kepakaran teknologi tinggi kini Malaysia juga mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah lama mendominasi bidang industri. Walaupun masih berusia setahun jagung, namun industri otomobil nasional, iaitu Proton dan Perodua telah mula mendapat pengiktirafan dunia.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi. Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri
sementelahan kepada masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar mengelak daripada terdedah kepada elemen yang negatif kerana semua pembawaan personaliti mereka dirujuk oleh pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik.
Angkatan pelajar ialah generasi penentu dalam memastikan hala tuju negara berada pada landasan yang betul. Justeru, sekolah dan guru menjadi kanvas dan arkitek untuk menjayakan falsafah negara. Sesungguhnya Saidina Ali pernah berkata, ‘Tiada perkara yang paling bernilai melainkan ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan menjaga harta.’ Oleh itu, para pelajar harus diasuh sejak dari bangku
persekolahan untuk menjadi generasi yang berjiwa patriotik dan berguna kepada Negara.

karangan

1. Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan.
Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Jika dibandingkan antara ibu bapa pada zaman silam dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Contohnya, anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilnya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian ibu bapa wajar menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020
2. Aktiviti kokurikulum memberikan seribu kebaikan kepada pelajar tetapi pelajar memberikan seribu alasan untuk menyertainya. Huraikan perkara di atas.
Kokurikulum merupakan satu aktiviti luar kelas yang melibatkan aktiviti persatuan, pakaian seragam dan sukan. Kegiatan ini telah diberi penekanan oleh kerajaan untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang serius terhadap hal ini.Namun, pembabitan pelajar dalam kegiatan luar kelas ini tidak begitu memberangsangkan terutama daripada aspek keikhlasan hati mereka untuk menjalankan aktiviti tersebut.Jadi,memang ada banyak penyebab yang mendorong pelajar tidak berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum ini.
Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan oleh pelajar. Ramai yang menganggap masa yang terlalu panjang itu membazir dan elok dipenuhi dengan pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelajar juga membenci aktiviti luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di sekolah padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai. Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung pada faktor masa.
Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan oleh sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak positif kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan mereka memperoleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Tindakan ibu bapa yang menegur kegagalan mereka ini menyebabkan mereka terus melupakan atau menganggap aktiviti ini tidak berguna buat mereka. Justeru,pelajar tidak suka menyertai kokurikulum kerana mereka beranggapan aktiviti ini tidak memberi sebarang manfaat untuk pembangunan masa depan mereka.
Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ini semakin rendah kerana aktiviti itu agak terhad dan biasanya disertai oleh pelajar-pelajar yang sememangnya berminat dalam aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan tujuan atau matlamat aktiviti ini tidak tercapai lantaran segolongan sahaja yang menyertainya. Jadi, keadaan ini menyebabkan ramai pelajar tidak berminat untuk menyertainya. Keadaan kehidupan semasa yang serba moden terutama dalam alaf globalisasi ini turut menjejaskan minat pelajar. Mereka lebih bermiant untuk lepak bersama-sama rakan di pusat beli belah daripada berkawad atau berlari di padang.Kecanggihan kehidupan yang lebih menarik telah menjadikan pelajar menganggap aktiviti sebegini tidak bersesuaian dengan masa remaja mereka. Oleh itu, pelajar menganggap aktiviti ini membosankan berbeza aktiviti lepak yang lebih dianggap menarik.
Kesimpulannnya, aktiviti kokurikulum harus diberi perubahan imej yang drastik. Kerajaan harus menjadikan aktiviti ini lebih mesra pelajar dengan cuba memahami keperluan pelajar terhadap kokurikulum itu. Pelajar perlu haruslah lebih terbuka dalam tindakan mereka menyertai aktiviti yang positif ini. Mungkin pelajar harus melihat kebaikan aktiviti ini terlebih dahulu daripada terus membuat rumusan untuk menganggapnya sebagai satu aktiviti yang membebankan.

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.Jelaskan langkah- langkah untuk menyelamatkannya
Sejak belakangan ini,pembangunan tanpa batasan kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecap hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini.Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi,alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihanalam sekitar termasuklah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran.Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.Akibatnya,penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.
Selain itu,kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.Jika kita lihat pada hari ini,berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Dalam kebanyakan kes,pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam pada itu,program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untukdigunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan.Sebagai contoh,bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”Melalui cara ini,sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapa tmemelihara kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Melalui kempen kesedaran ini,masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.Dengan ini,sedikit sebanyak langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnya apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.


Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.
Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk,memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi sehingga mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli ini.
Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.
Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku.Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar disekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penawarnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen antibuli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhkan diri daripada gejala buli.Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah atau Rakan Cop di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekali gus menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku,maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kes itu kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.
P
Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka,perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan.Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat Negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, se¬halu¬an;
setampuk pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman;
onak duri yg bengkok (spt kait).
menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem¬bum¬bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris;
menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad¬biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional;

esei berpandu-kebaikan aktiviti gotong di sekolah

daripada Yeoh Wei Chun(1F)2010
Marcapada ini, aktiviti gotong tidak lekang dari bibir manusia dan menjadi agenda aktuil yang lama dicanang-canangkan pada zaman puntung berasap lagi. Adfalnya, aktiviti ini menggamit kemaslahatan yang tidak berperi kepada nusa dan bangsa.

Dominannya, pelajar dapat mengintimkan hubungan bagai lesung dengan antah. Hal ini kerana pelajar akan berkomunikasi antara satu sama lain sekali gus mengintegrasikan kita dengan tahun keramat 2020.

seterusnya, wadah ini berkekeupayaan meminimumkan gejala kemungkaran yang kian bermaharajalela bagai api dalam sekam. Masa senggang pelajar diisikan dengan aktiviti gotong sementelahan tiada masa terluang berjinak-jinak dengan kemelut yang diumpamakan bagai duri dalam daging.

Akhirul kalam, kita harus melibatkan aktiviti gotong dari sekarang sebelum nasi menjadi bubur.Bertanggung pencuri masa, biarlah semua pihak melaksanakan wadah ini dengan pendekatan yang prgmatik bagai genggam bara api biarlah sampai arang dengan penggemblengan kuadrat. 128 patah perkataan

( syabas pelajar ini dapat mengolah dengan manarik, tetapi dari segi isi, masih perlu dipertingkatkan, kerana bahagian kesimpulan sepatutnya boleh dipendekkan, justeru memperkasakan huraian isinya.)

Lim Jieh Sim(1F 2010)
Pada pascakemerdekaan ini, isu tentang kemaslahatan aktiviti gotong di sekolah tidak lekang dari bibir umat manusia. Oleh itu, semua pihak, khusus sekolah seyogia menelaah kemaslahatannya hingga akar umbinya.

Afdalnya,melalui aktiviti ini, hubungan antara warga sekolah dapat dijalinkan bagi aur dengan tebing. Apabila memerah keringkat mengerjakan sesuatu, penerapan nilai murni seperti semangat patriotik dapat ditekankan sekali gus mendapat penghormatan daripada umat manusia kerana hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi.

Ghalibnya, aktiviti ini dapat menjana modal insan yang senang bekerjasama,berkomunikasi dengan khalayak ramai.Dewasa kelak, anak bangsa ini senang mencari rezeki dan tidak seperti rusa masuk kampung. Dominannya, aktiviti ini patut dipraktikkan sejak kecil lagi kerana melentur aur biarlah dari rebungnya.

Konklusinya, semua pihak harus menggembleng inisiatif yang pragmatik untuk menyemai renaja yang mengapikasikan nilai bekerjasama justeru kerajaan mencanang-canangkan anak watan genggam bara api biarlah sampai arang. (137patah perkataan)

( syabas...selepas semakan kali kedua, cikgu masih mendapati pelajar ini masih perli mengasah kebakatannya untuk mencapai kemajuan yang lebih terserlah...usaha lagi, Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.)

Tuesday, July 20, 2010

contoh esei berpandu- kriteria remaja berakhlak mulia

Dalam menyingkap tabir alaf baharu, kita dimomokkan dengan kes juvana yang tidak pernah lekang daripada menghiasi dada-dada akhbar. Persoalannya, apakah kriteria berakhlak mulia yang perlu diselami dalam jiwa remaja agar menongkah kemelut ini? (33pp)
Kata pujangga: “Berbuat baik dibalas ganjaran, berbuat jahat dibalas hukuman” Oleh itu, remaja mestilah mengamalkan sikap bersopan santun, berbudi, sekali gus berbakti kepada setiap insan. Tamsilnya,memimpin warga emas melintasi jalan raya. Dengan ini, remaja yang berusia setahun jagung akan berjiwa penyayang.(31pp)
Remaja yang berakhlak mulia mestilah menjaga kekemasan diri, sementelahan menampilkan keperibadian yang tersohor. Dengan ini, perwatakan ini akan menggamit kehormatan daripada umat manusia kerana hina besi kerana karat,hina manusia tidak berbudi. (25pp)
Di samping itu, remaja mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat.Menerap jiwa yang beristiqamah kepada ajaran agama, justeru menghormati ibu bapa dan umat jagatraya.Maruah ibu bapa perlu dijaga.”Janganlah menconteng arang ke muka ibu bapa.” (27pp)
Akhirul kalam, pemuda tiang Negara, pemudi tiang bangsa. Oleh itu, penggemblengan kudrat untuk menerap nilai-nilai murni mestilah diamalkan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (16pp) 131 patah perkataan

Monday, July 19, 2010

esei berpandu-kebaikan sikap berdikari

contoh karangan daripada khor Peak Siew(1A)


Apakah itu berdikari? Menurut cendekiawan, berdikari dapat dimanifestasikan sebagai mendapat atau mencapai sesuatu matlamat tanpa bantuan orang lain. Pada hakikatnya, banyak manfaat dapat diperoleh melalui norma berdikari.
Jika kita mengemaskan tilam dan melipat baju sendiri, lama-kelamaan kita akan dapat menerapkan sikap berdikari dalam diri kita, bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa.
Selain itu, kita juga dapat melengkapkan diri dengan pelbagai unsur penting untuk menghadapi alam pekerjaan yang mencabar pada hari muka dan tidak seperti rusa masuk ke kampung.
Akhirnya, jika kita membasuh kasut putih sekolah dan menggosok baju secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa, kita pasti boleh meringankan beban mereka yang bekerja siang dan malam seperti lebah menghimpun madu.
Natijahnya, kebaikan sikap berdikari banyak tidak terperi. Seseorang yang mempunyai elemen berdikari dalam sanubari pasti akan menjadi insan yang berbakti terhadap masyarakat, bak kata pujangga, hidup manusia biarlah berjasa.”(117patah perkataan)

pelajar yang cemerlang ini mendapat 18/20.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjayakan program kitar semula

Lupus
hapus, luput, hilang: senyumnya ~ sambil menahan kesakitan; melupuskan menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di bawah telah dilupuskan atau dihapus kira; pelupusan perihal (perbuatan dsb) melupus­kan.
Pejal
keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara.
gubal III;
menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang.
gubal
Besi bongkah besi (besi yg belum ditempa).
gubal II bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa).
gubal Ikayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar.
Menjangkau
1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya);
memperuntukkan,
menguntukkan menetapkan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara;
Menguntukkan
menetapkan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara;
peruntukan
1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.
Merangkum
1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangan­nya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia;
Inisiatif

daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); berinisiatif mempunyai inisiatif: pegawai yg ~.

prakarsa inisiatif, daya usaha, ikhtiar.

Isi-isi penting(carilah seberapa banyak jika boleh)

1.Pendidikan tentang kepentingan kitar semula perlulah dipupuk dari awal bermula dari sekolah dan rumah.
2.Ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam melatih anak serta pelajar mengamalkan cara yang betul tentang pembuangan sampah dan sisa pepejal.
3.Polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semula perlu digubal kerana masih ramai yang berani menjadi penjenayah alam sekitar dengan membuang sampah serta sisa industri dengan sesuka hati.
4.Kerajaan menggubal semula bagi memperuntukkan hukuman yang lebih berat dalam memastikan perkara seumpama ini tidak berleluasa.
5.Pihak medis massa juga penting bagi memastikan kempen kitar semula ini lebih berkesan dalam kalangan masyarakat
6.Iklan tentang kitar semula haruslah sentiasa disiarkan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap kempen ini.
7.Pihak kerajaan dan Pihak berkuasa Tempatan memperbanyak tong dan pusat kitar semula
8.Peranan NGO dalam menubuhkan persatuan atau badan tertentu dalam menangani masalah pembuangan sampah di negara kita
9.Membentuk kumpulan atau komuniti bagi menjayakan projek ini
Pengubahsuaian dengan ayat sendiri
1.Pendidikan tentang kepentingan kitar semula perlulah dipupuk dari awal bermula dari sekolah dan rumah.
2.Ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam melatih anak serta pelajar mengamalkan cara yang betul tentang pembuangan sampah dan sisa pepejal.
( isi 1 dan 2 dicantum)
Antara prakarsa bagi menjayakan program kitar semula termasuklan pendidikan tentang kemaslahatan kitar semula wajarlah disemai sejak bangku sekolah dan di rumah, sementelahan ibu bapa dan guru wajar melatih anak watan tentang mekanisme yang betul dalam pelupusan sampah sarap.(35pp)

3. Polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semula perlu digubal kerana masih ramai yang berani menjadi penjenayah alam sekitar dengan membuang sampah serta sisa industri dengan sesuka hati.

Selain itu, polisi pelupusan sampah sarap dan kitar semula perlu dirangkakan. ( 10pp)

4. Kerajaan menggubal semula bagi memperuntukkan hukuman yang lebih berat dalam memastikan perkara seumpama ini tidak berleluasa

Lebih-lebih lagi, peruntukan hukuman yang tegas perlu digubal semula oleh pihak kerajaan. (12pp)

5. Pihak medis massa juga penting bagi memastikan kempen kitar semula ini lebih berkesan dalam kalangan masyarakat

6.Iklan tentang kitar semula haruslah sentiasa disiarkan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap kempen ini.

( 5 + 6)

Sementara itu. Pihak media massa penting sebagai wadah untuk menyiarkan iklan tentang kempen ini. ( 13pp)

7.Pihak kerajaan dan Pihak berkuasa Tempatan memperbanyak tong dan pusat kitar semula

Di samping itu, tong dan pusat kitar semula wajar diperbanyak oleh pihak berkenaan. (12pp)

8. Peranan NGO dalam menubuhkan persatuan atau badan tertentu dalam menangani masalah pembuangan sampah di negara kita

9.Membentuk kumpulan atau komuniti bagi menjayakan projek ini

( 8 + 9)

Akhirnya, peranan badan bukan kerajaan penting bagi menubuhkan persatuan, sekali gus membentuk kumpulan bagi menjayakan projek ini. ( 16pp)

Contoh jawapan daripada cikgu

Antara prakarsa bagi menjayakan program kitar semula termasuklah penyemaian pendidikan tentang kemaslahatan kitar semula sejak bangku sekolah dan di rumah, sementelahan ibu bapa dan guru wajar melatih anak watan tentang mekanisme yang betul dalam pelupusan sampah sarap.(34pp) Selain itu, polisi pelupusan sampah sarap dan kitar semula perlu dirangkakan. ( 8 10pp) Lebih-lebih lagi, peruntukan hukuman yang tegas perlu digubal semula oleh pihak kerajaan. (10 12pp) Sementara itu. Pihak media massa penting sebagai wadah untuk menyiarkan iklan tentang kempen ini. ( 11 13pp) Di samping itu, tong dan pusat kitar semula wajar diperbanyak oleh pihak berkenaan. ( 10 12pp) Akhirnya, badan bukan kerajaan menubuhkan persatuan, sekali gus membentuk kumpulan bagi menjayakan projek ini. ( 10 13pp)

(83 patah perkataan) *** Cikgu menemui masalah dalam patah perkataan yang lebih, maka cikgu terpaksa mencicirkan penanda wacana dan beberapa isi yang lewah,***********

Pemahaman

1.Rangkai kata ini bermaksud mengrak langkah dan berusaha
2.Kerajaan perlu menggubal semula undang-undang bag memperuntukkan hukuman yang lebih drastik untuk menangani kemelut itu. Hal ini demikian kerana polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semula akan menyerikkan kalangan masyarakat tentang kerenah mereka.
3.Pada pendapat saya, imej negara akan terjejas dengan bau dan pemandangan yang menjijikkan. Selain itu, kesihatan masyarakat akan terancam dengan pengerumunan binatang-binatang yang membawa jangkitan penyakit.Sementara itu. persekitaran kita akan tertimbus dengan sampah sarap yang keterlaluan sehingga proses pelupusan tidak dapat dipraktkkan. Akhirnya, peruntukan yang berlebihan bagi pihak kerajaan untuk menangani masalah ini sehingga memudaratkan ekonomi negara kita sekali gus taraf hidup rakyat tidak dapat dipertingkatkan untuk negara yang maju menjelang 2020.