Monday, September 30, 2013

jawaban objektif

1. D
2.D
3.C
4.D
5.B
6. D
7. C
8. C
9.D
10.C11.C12.C 13. A
14. B 15. A 16. C 17. A 18. C 19. B 20. D

++ KESALAHAN PADA SOALAN PELEPASAN:  masa pelepasan (salah), saya dah lupa mana satu soalan, tolong check saat PELEPASAN

PMR 2013

Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan
                    “Rumahku , syurgaku”. Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang . Kini , banyak gejala sosial yang berkaitan dengan keluarga sering menghiaskan dada akhbar . Hubungan kekeluargaan yang erat akan menjamin keluaraga bahagia . Tepuk dada tanya selera , apakah langkah-langkah yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ?
                     Hakikatnya , ibu bapa berperanan signifikan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan . Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab , kita seyogianya mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh . Hal ini demikian kerana Dr. Fadzilah Kamsah telah memberitahu bahawa , “ pendidikan bermula dari rumah” . Dengan mempunyai kasih sayang yang penuh , anak-anak akan berasa mereka telah diberi perhatian dan seterusnya keluarga itu akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan . Walhasil , sudah terang lagi bersuluh bahawa kasih sayang yang penuh dapat menjamin keluarga bahagia .
                      Selain itu , ibu bapa juga harus memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa wajar mengajar anak-anka untuk membezakan intan daripada kaca supaya mereka tidak mudah terjerumus dalam kegiatan yang bersifat negatif . Anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa mereka . Oleh itu , ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya . Melalui tindakan ini , keluarga itu akan mempunyai hubungan yang erat dan bahagia .
                     Di samping itu , ayah merupakan nakhoda sesebuah keluarga . Oleh itu , ayah haruslah selalu meluangkan masa untuk membawa keluarganya melakukn aktiviti yang berfaedah seperti melancong ke luar negara , berkelah di tepi pantai dan bergotong- royong membersihkan halaman rumah . Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan . Sememangnya , bersuluh di tengah hari bahawa ibu bapa sewajarnya meluangkan masa yang lebih untuk menemani dan membimbing anak-anak mereka supaya dapat menjamin keluarga bahagia .
                        Seterusnya , anak-anak juga berperanan penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaaan . Anak-anak sewajarnya memberikan prihatin kepada ibu bapa mereka yang baru pulang dari pekerjaan . Hal ini dibuktikan demikian kerana ibu bapa akan berasa gembira kerana mengetahui anak-anak mereka sangat menyayangi mereka . Selain itu , anak- anak juga boleh menyambut kelahiran atau perkahwinan ulang tahun ibu bapa dengan menghadiahi  mereka hadiah yang dibuat sendiri seperti kad hari jadi , bunga kertas dan lain-lain lagi . Anak-anak juga patut belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan . Dengan ini , ibu bapa akan berasa besar hati kerana anak-anaknya sangat baik dalam  bidang akademik .
                      Selanjutnya , anak-anak wajib memuliakan dan menjaga maruah diri serta keluarga dengan tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalism , lumba haram , menagih dadah dan sebagainya . Anak-anak yang berjaya wajar mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit . Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik , membimbing dan manjaga kita . Kalau bukan ibu bapa , siapakah kita ? Bahawasanya , bergelanggang di mata orang banyak bahawa anak-anak juga berperanan penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan .

                       Tuntasnya , semua ahli keluarga berperanan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjamin keluarga bahagia . Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu . Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur seperti kasih sayang , kerjasama , bertolenransi dan sebagainya . Semua lapisan masyarakat wajar bekerjasama untuk menjamin keluarga bahagia dalam kalangan masyarakat semakin banyak supaya negara kita dapat memacu kegemilanagan di persada dunia .

Sunday, September 29, 2013

pmr 2013

before 2014, this will be the last time talking to my f3 kids.  ok..just discuss important topic:

a) perbincangan
b) fakta
c) ucapan/ syarahan/ ceramah
d) surat tak rasmi ( for me, just 4get it, cuz scope large)

then go bak to the important question:
a) dimensi kendiri: formula: IIIIG
can be using in the following questions:
i) nyatakan usaha-usaha anda untuk menyediakan persiapan sebelum peperiksaan
IIIG
- rajin menuntut ilmu - memanfaatkan pelbagai wadah seperti mencekau maklumat di Internet -  ilmu penting sebagai tongkat kepada si buta, bagai penyuluh dalam kegelapan - dengan membaca, (pi sai mai gaul-)kua)pomis mai cbk)- potensi saya akan dicungkil justeru menjadi seorang modal insan yang sempurna- memartabatkan imej pada hari muka- contohnya, saya mesti mengulang kaji dan membuat latihan dengan konsisten, meminjam buku dariapda kawan- membentuk kumpulan perbincangan- menghadiri ceramah, kursus dan program untuk meningkatkan cara menjawab soalan- mencari maklumat dengan internet justeru dapat mencernakan bakat dan kreativiti saya agar dapat menguasai pelbagai mata pelajaran

- iman ( mendoakan kejayaan saya dalam peperiksaan) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan mendapat keputusan yang baik- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup宗教让人平静,坚韧,感恩面对考试

- disiplin - kop mak jih motu pp tl( tahniah kepada ng shu qi, she get it well)

- gaya hidup sihat - beriadah untuk mencerdaskan minda- mengambil makanan seimbang untuk mempunyai fizikal yang sihat - masa rehat juga cukup agar tidak mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran

lain2:
- sikap positif - nilai murni seperti bersungguh2 - teknik betul ( study group, selalu menghadiri kursus guru bertauliah seperti kelas tuisyen )

2) rakan berkelakuan devian. nasihatkan rakan2 anda agar menjauhi perbuatan ini
IIIG
a) menasihati rakan saya agar menerapkan didikan agama dalam kehidupan-iman ( mendoakan kesejahteraan saya dalam hidup) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan menjadi insan yang berjaya- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup kkr- - sasimini fiti宗教让人平静,坚韧,感恩面对

b) menasihati rakan saya agar membudayakan disiplin dalam hidup - kop mak jih motu pp tl
- ( fokus pada pengurusan masa dengan jadual waktu - disiplin memastikan kita mempunyai kawalan dalaman yang teguh- tingkah laku dan pertuturan mesti dikawal agar memartabatkan imej diri dan keluarga - jangan membalas air susu dengan air tuba-  perbuatan bercermin di air keruh atau menconteng arang pada muka ibu bapa akan menggelapkan masa depan rakan - baiklah kita jangan biarkan ibu bapa berhati walang dan merisaukan kita akan melanggar peraturan sekolah atau terlibat dalam tindakan pidana - 讨论kawalan, menghargai masa muda

C) menasihati rakan anda agar mementingkan ilmu dan pandai-pandai memanfaatkan internet untuk CBK- contohilah pemuda pemudi yag berjaya memanfaatkan masa lapang untuk menceburi bidang perniagaan sejak kecil lagi = membaca sangat penting( pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk_) - remaja berinovasi menjulang nama negara di puncak jagatraya - contohilah Mark Zurkerbeg yang telah menjadi ahli koporat sebelum menginjak kedewasaan

d) mesti menjauhi perbuatan pidana kerana bukan sahaja masa depan terjejas, ibu bapa kemurungan malahan meranapkan pembangunan negara. Oleh itu, rakan mesti membudayakan gaya hidup sihat dengan mengamalkan kebersihan mental dan fizikal. Kegiatan yang pidana mesti dijauhi seperti merokok, ketagihan dadah ... kerana akan memudaratkan kesihatan. Penyakit kronik akan diserang, khasnya pergaulan bebas. Oleh itu, gaya hidup sihat seperti beriadah, menjalin hubungan yang baik dengan semua orang, menjaga kebersihan rohaniah, penting untuk menuju ke arah kejayaan

e ) lain2:
untuk menjauhi kegiatan pidana, rakan mesti menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan berharga diri untuk menghadapi masa depan.

3) ucapan pelajar cemerlang: IIIG

4) aktiviti dilakukan untuk mencapai keceriaan di kelas: ( cara2 kelas anda mendapat anugerah sebagai kelas yang paling ceria)

a) gotong-royong - kebaikan: PaSeJiKe- tempat pembiakan vektor penyakit akan dibersih - MPK - supaya PP berjalan dengan lancar

b) bimbingan daripada guru kelas - mengumpulkan dana - dengan peruntukan daripada guru kelas, setiap murid dan bantuan daripada sesetangah ibu bapa, kelas telah dicat dan dilengkapi dengan bunga-bungaan dan alat perhiasan. Akibatnya, suasana di bilik darjah dapat CBK dan hubungan mesra antara guru dengan pelajar telah (motu) pelajar semasa PP berlangsung.

c) sudut bacaan disediakan. Bahan bacaan didermakan oelh ibu bapa masing2 - ( terangkan kepentingan membaca: pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk mpk)

d)  selepas gotong-royong, usaha susulan seperti menjalankan tugasan rutin - mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual tugas- ( kop mak jih motu pp tl)

A) dimensi keluarga
 a) cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan
- ibu bapa LM+M anak beriadah secara konsisten. ( kebaikan beriadah : BM sofitmen ps iii betahan datok sipeme

- ibu baoa LM+M anak menjalankan aktiviti gotong-royong dan menyertai Hari Keluarga ( kebaikan gotong2: pasejike

- ibu bapa menaruh kasih sayang kepada anak( kepentingan kasih sayang - ikut nota)

- ibu bapa LM+M anak menjamu selera bersama-sama( kebaikan : perbincangan- musyawarah - mengimbangi pemakanan seimbang- kesihatan terjamin)

- ibu bapa LM+M anak menyertai kurusu kerohanian - menerapkan didikan agama - berdisiplin dalam hidup
( kebaikan : kop mak jih motu tl)
( baca notes yang diberi dalam nota dimensi keluarga)

b) peranan ibu bapa ( Tn Haji say no..but better just study bit, ok)

c) kepentingan keluarga bahagia

C) dimensi sekolah
- hari kokurikulum ( nota laporan)

Bahagian B:
KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN            ( perak 2012)
            Kehadiran pendatang asing tanpa izin persis serampang dua mata telah menempiaskan kesan positif dan negatif kepada negara kita.
            Masalah jenayah seperti merogol, pecah rumah dan pembunuhan tidak lekang menghiasi dada akhbar sehingga merimaskan semua strata komuniti di seluruh ceruk rantau . Api kecil hanya meranapkan diri, namun angkara pendatang haram mampu meranapkan tamadun bangsa dan negara.
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan gara-gara kehadiran pendatang asing telah menggugat peluang pekerjaan orang tempatan. Situasi ini persis anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.  Krisis kecelaruan identiti negara semakin terhakis sehingga imej negara yang dimartabatkan telah termusnah. Rumah setinggan yang dibina bukan sahaja membejatkan sistem perparitan dan pembetungan, malahan pencemaran alam pula akan memerosotkan industri pelancongan.
            Tuntasnya, operasi besar-besaran dan tegas mestilah dikenakan kepada penguat kuasa agar masalah sosial ini dapat dibendung sebelum kuman menjadi kudis.
           
Ciri-ciri sekolah selamat (PP- 2012)
            Sekolah selamat didefinisikan sebagai atma mater yang ceria, selamat dan bersih supaya pelajar dapat menimba ilmu serta membina karakter yang luhur.
            Pembudayaan disiplin di sekolah akan memastikan pelajar menjauhi tingkah laku devian yang akan membejatkan akhlak mereka. Manakala persekitaran yang selamat dan sofistikated seperti pembinaan
lampu isyarat, pondok pengawal,  dan televisyen litar tertutup pula akan memastikan pekarangan sekolah diawasi selama 24 jam. Secara langsung, kadar jenayah akan mengurang dengan pemantauan dan pengawasan yang mengetat ini.
            Kemalangan memanglah sukar dielakkan kerana malang tidak berbau. Oleh itu, latihan kebakaran perlu dijalankan secara berkala untuk melatih pelajar menyusuri tangga keselamatan sekiranya tercetus sebarang kebakaran. Pelan kecemasan dan alat pemadam api mesti diletakkan di tempat yang jelas.
            Tuntasnya, slogan “Sekolahku, syurgaku” merupakan idaman semua warga sekolah.

Kepentingan sungai kepada manusia. (Terengganu 2012)
            Sungai ialah khazanah alam yang perlu dipelihara. Sungai merupakan sumber minuman kepada makhluk sarwajagat. Tanpa bekalan air, hayat kita tidak dapat berlangsung.
            Sungai merupakan tempat rekreasi untuk menarik pelancong asing. Industri ekopelancongan merupakan penjana ekonomi yang penting agar membekalkan peluang pekerjaan kepada pengusaha tempatan. Sungai juga sumber rezeki kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan tawar untuk menyara keluarga. Memanglah, sungai merupakan habitan hidupan akuatik telah mengimbangi ekosistem alam sarwajagat.  Air sungai juga penting untuk menjana kuasa hidroelektrik sebagai alternatif penjanaan kuasa yang berjimat. Sektor pertanian pula amatlah memerlukan air sungai agar menyuburkan tanaman khususnya semasa musim kemarau.
            Tuntasnya, Tuhan telah mengatur segala-galanya agar kita saling bergantung dan saling memerlu. Sungai merupakan anugerah Tuhan yang perlu dibalas dengan kesyukuran dan bukannya kemusnahan.

Kesan obesiti (2013)
            Masalah obesiti berpunca daripada genetik, gaya hidup yang kurang sihat atau pengaruh persekitaran yang mementingkan makanan segera.
            Masalah ini bukan sahaja telah meranapkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan khalayak ramai, malahan telah memusnahkan kecerahan masa depan seseorang individu yang dirundung masalah kegemukan. Gara-gara kesusahan untuk pergerakan, si gemuk ini akan menghadapi sistem pepeluhan dan metabolisme yang rendah, maka bau hapak dan pengumpulan toksik pada kulit akan menjejaskan penampilan mereka.
            Lebih-lebih lagi, masalah ini akan mendatangkan penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Lebih merimaskan, masalah obesiti diserang oleh  generasi pelapis yang amat penting untuk pembangunan sesebuah negara.
            Api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Sebelum masalah ini menular, baiklah pengawalan selera dan pemeriksaan badan dijalankan oleh ibu bapa secara berkala kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.  
           
Kepentingan permainan tradisional.
            Permainan tradisional seperti wau, gasing, dan congkak merupakan warisan pusaka yang melestarikan nilai mahmudah sejak zaman leluhur.
            Permainan ini dapat mendisiplinkan seseorang individu supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan justeru menjana sahsiah diri yang ampuh. Permainan ini akan menerapkan sikap positif seperti kesabaran, kebijaksanaan, dan kesopanan agar mewujudkan persekitaran yang saling menghormati. Congkak yang memerlukan kemahiran penaakulan  akan mematangkan minda justeru berfikir dengan kritis, kreatif dan rasional.
            Permainan wau dan gasing bukan sahaja menjalinkan hubungan mesra sesama komuniti malahan meningkatkan daya saing semasa pertandingan dijalankan. Walhasil, permainan ini dapat menggarap potensi sekali gus mencernakan bakat dan kreativiti pemain agar menempa kejayaan pada hari muka. Permainan ini juga tarikan pelancong untuk menegakkan identiti Malaysia yang mengikut acuan tersendiri, iaitu sebagai mayarakat yang kaya dengan budaya dan tradisi berbeza.
            Harta pusaka ini wajar ditelusuri dan mendarah darah sebagai  peradaban tradisi kerana tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Bahagian C:
Dimensi kendiri 2013:

(Ucapan pelajar cemerlang)
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, penolong-penolong kanan, guru-guru, seterusnya para pelajar yang dikasihi. Salam sejahtera dan ucapan terima kasih saya dahului atas undangan ini untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang.
Para pelajar yang dikasihi,
Sebelum memanjanglebarkan bicara, izinkan saya menginterpretasikan maksud pelajar cemerlang. Adakah anda semua faham akan apakah maksud pelajar cemerelang? Sebenarnya pelajar cemerlang merupakan murid yang berbakat dan berilmu dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, bukan suatu fenomena yang sukar dicapai. Justeru, pada pagi yang ceria ini, saya ingin menyampaikan beberapa tip tentang cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Satu daripada langkahnya ialah anda perlu bijak mengagihkan masa dengan teratur dan tersusun. Hal ini dapat dicapai sekiranya anda dapatnenyediakan dan mematuhi jadual waktu belajar. Hal ini juga dapat memastikan anda sentiasa melaksanakan aktiviti dalam masayang ditentukan dengan sempurna.
Seterusnya, anda perlu membuang sifat malas dan jemu, dan sentiasa rajin menimba ilmu setiap masa. Bukankah ilmu itu cahaya hidup? Tidak rugi anda menambah ilmu sebanyaknya. Tambahan pula, matlamat amat penting dalam mencapai kecemerlangan. Dalam pada itu, ilmu agama dan pendidikan moral jangan dipinggirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama dan moral yang kukuh dapat membantu anda nencapai kecemerlangan. Kuatkan tekad dan tanamlah kezaman. Jangan digenggam sepertimenggenggam bara, rasa hangat dilepaskan. Anda jangan sekali-kali berputus asa, waima gagal. Kegagalan bukan bererti dunia sudah kiamat. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini, anda tidak perlu gusar mengakses ilmu. Pelbagai ilmu berada di hujung jari, sekiranya anda bijak menguasai penggunaan komputer. Jadi, tidak ada sebab anda tidak akan menjadi pelajar cemerlang.
Pelajar sekalian,
Pengawalan emosi juga amat penting jikalau anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang. Emosi haruslah sentiasa dikawal dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Seandainya emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, anda pasti akan bertindak secara tidak waras dan di luar batas kemanusiaan.  Bak kata pepatah, ikut hati mati, kut rasa binasa. Emosi yang tidak dikawal dengan sempurna juga boleh menjejaskan kesihatan. Banyak pesakit mental dan stres serta kemurungan kerana tidak dapat mengawal atau mengendalikan emosinya dengan sempurna. Jadi, emosi anda harus sentiasa dikawal agar tidak mempengaruhi anda dalam menuntut ilmu. Oleh itu, memperbanyak zikir dan doa ialah salah satu cara mengawal emosi dengan sempurna.
Selain itu, anda harus bersikap berani semasa menghadapi masalah dalam pelajaran. Anda tidak sepatutnya takut untuk bertanya kepada guru sekiranya anda tidak dapat memahami sesuatu dalam subjek yang anda pelajari. Sebagai contohnya, jika anda lemah dalam pengiraan ilmu matematik yang agak rumit, anda mestilah berani dan hindarkan perasaan malu meminta pertolongan daripada guru atau orang yang lebih arif. Tindakan ini pasti memanfaatkan diri anda sendiri dan sekali gus akan meningkatkan prestasi anda dalam mata pelajaran yang lemah. Justeru, bertanyalah kepada guru atau kawan-kawan yang lebih pandai merupakan jalan terbaik. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.
Selain bidang akademik yang harus anda kembangkan untuk menjadi pelajar cemerlang, bidang kokurikulum juga tidak sepatutnya anda ketepikan. Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada cirinya yang wajar anda berikan tumpuan sama seperti bidang kurikulum. Lebih-lebih lagi belakangan ini Menteri Pelajaran menegaskan peri mustahaknya bidang kokurikulum untrk melahirkan modal insan berkualiti. Beliau juga menyarankan, “satu pelajar, satu sukan”. Sebagai pelajar, anda hendaklah sentiasa melakukan senaman atau aktiviti kokurikulum bagi menjamin jasmani yang sempurna. Jasmani yang sihat dapat memudahkan seseorang pelajar itu melakukan sebarang pekerjaan dengan baik. Sehubungan itu, badan anda dapat dicergaskan dan minda anda dapat dicerdaskan. Tepatlah kata pujangga, otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas!
Para pelajar yang dikasihi,
Akhirulkalam, anda dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang seandainya anda dapat mengurus masa dengan teratur, rajin menuntut ilmu, bijak dalam mengawal emosi anda dan juga sentiasa melibatkan diri anda dalam bidang kokurikulum sekolah. Ingat dan praktikkan semua ini. Kejayaan pasti mengiringi anda. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ilmu amat penting dalam kehidupan kita baik masa ini, mahu pun masa depan. Bak kata pepatah, biar miskin asalkan cerdik, terlawan juga orang kaya.
Sekian, terima kasih.



Setiap murid mempunyai  cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.  Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
 ( soalan sama: ciri2 pelajar cemerlang/ usaha mencapai impian/ tanggungjawab anak)


Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid  berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi  untuk mencapainya. Murid-murid  tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid,  saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar disebabkan  mereka memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru.

 Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik yang kurang saya fahami. Berdasarkan satu kajian, kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan disebabkan oleh sikap yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik  yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi  tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

            Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar  dan mengikutinya dengan tegas . Jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar mengurus masa secara berkesan supaya bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar yang telah membuat persiapan awal kerana persii peribahasa sedia payung sebelum hujan. Walakin begitu, pelajar terlalu leka membuang masa kerana tidak berpegang pada falsafah masa itu emas atau masa yang lalu tidak akan kembali. Jelaslah, pengurusan masa yang cekap akan memberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

            Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris , praktis asas kecemerlangan memanifestasikan bahawa jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen saya dapat bertanyakan guru tuisyen tantang topic yang tidak difahami, bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan menguasai sesuatu topik itu. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana akan membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan oleh koleksi soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.

Tuntasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Kecemerlangan dalam peperiksaan menentukan masa depan kita, kita akan hidup tergagau-gagau dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh  untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Dimensi kendiri : Aspek negatif ( Gejala sosial-punca)
Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.( sama dengan soalan cabaran  remaja dalam alaf digital ini.)
Rasulullah berfirman, “sesungguhya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya; jika daging itu rosak, rosaklah seluruh tubuhnya; tidak lain dan tidak bukan, daging itulah dikatakan hati.” Dalam konteks jati diri remaja, apabila hati dan jiwa remaja kita bobrok, maka pincanglah jati diri remaja. Dewasa ini, gambar-gambar remaja yang bergelumang dengan gejala sosial sering menghiasi dada-dada akhbar memanifestasikan lenyapnya jati diri generasi muda kita. Persoalannya, apakah pokok pangkal terhakisnya jati diri dan mudah terikut-ikut dengan budaya negatif ini?

Kepincangan jati diri dan akhlak remaja berpokok pangkal pada kurangnya didikan kerohanian dalam institusi kekeluargaan. Dengan erti kata lain, ibu bapa mengabaikan didikan agama dan moral kerana terlalu obses dengan keduniawian sehinggakan anak-anak terhanyut dalam pelimbah yang penuh dengan onak duri. Tanpa akidah dan nilai-nilai mahmudah, generasi pelapis akan terjerambap ke dalam belukar hidup. Ada yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dengan terbabit dalam perbuatan memalitkan arang ke muka negara. Tegasnya, jati diri remaja kita terhakis bahana kurangnya didikan kerohanian.

Jati diri remaja kita juga tercemar oleh kepesatan bidang komunikasi dan teknologi maklumat. Isu-isu yang berkaitan dengan sosial tersebar meluas melalui Internet. Remaja yang berjati diri rapuh seperti reranting kering akan mudah terbawa-bawa oleh unsur-unsur negatif dalam Internet. Dampaknya, mereka terikut-ikut oleh budaya kuning sehingga meninggalkan budaya warisan nenek moyang,, yakni adat lama pusaka usang dan adat bersendi syarat, syarat bersendi adat. Sebagai contoh, mereka terjerumus dalam kancah kuning bohsia dan bohjan. Pedek kata, perkembangan teknologi maklumat merosakbinasakan jati diri generasi muda kita.

Lenyapnya jati diri remaja atau pengaruh budaya negatif, tidak dapat disangkal, turut disebabkan oleh pengaruh negatif rakan sebaya. Mereka menganggap rakan sebayalah yang paling sesuai untuk mereka mencurahkan perasaan, bertukar-tukar pendapat, dan menyelesaikan masalah. Baik disedari mahupun tidak, mereka berjinak-jinak dengan rakan sebaya yang bukan sahaja berumur setahun jagung, darah setampuk pinang bahkan mula bergelumang dengan budya ‘black metal’ dan ‘gothic’ yang mendewa-dewakan budaya liar Barat. Implikasinya, mereka bersikap devian yang menjurus kea rah tingkah laku agresif atau delikuen. Lagi terang lagi bersuluh, rakan sebaya memang mempengaruhi jati diri remaja yang destruktif.

            Pengaruh persekitaran yang mengagungkan budaya hedonisme dan individualistik mudah terbawa-bawa oleh budaya negatif. Lagipun, pusat hiburan, arked permainan video, dan kafe siber berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan seakan-akan stimulus memberangsang nawa nafsu anak remaja dan hanyut mengejar keseronokan. Pemikiran liberalisme akan mendorong anak remaja melepaskan tekanan emosi mereka dengan menghanyutkan diri dalam alam maya yang bebas. Tegasnya, anak remaja berjiwa agresif dan memberontak menyebabkan mereka mencuba sesuatu yang baharu tanpa memikirkan bahananya. Kecelaruan identiti dan mental menjerumuskan mereka dalam kancah maksiat sebagai alternatif untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Sebagai penghias penutup bicara, pelbagai faktor menyumbang kepada terhakisnya jati diri remaja kita. Bagi remaja, keperibadian diri yang kental dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa, dan Negara tiada dalam kamus mereka. Remaja yang tidak mempunyai jati diri bukan sekadar tidak mampu menjadi peneraju masyarakat ataupun pewaris negara yang dibanggakan bahkkan menjadi duri dalam daging dalam masyarakat. Sebelum kuman menjadi barah, generasi muda haruslah dipupuk dengan nilai-nilai yang positif agar menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
 Belia pada masa ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu atau badan-badan bukan kerajaan (NGO). Nyatakan punca-punca belia hari ini tidak berminat dengan aktiviti sukarelawan.
Dimensi keluarga 2013: Peranan ibu bapa/ tanggungjawab anak/ kepentingan keluarga bahagia/ keluarga impian

Anda akan menyertai pertandingan syarahan anjuran Jabatan Kesihatan Daerah. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Peranan ibu bapa penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.(Terengganu 2012)

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Tn Haji Muhammad Ali, Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Jit Sin, Encik Tan , barisan hakim yang arif dan bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi nirmala ini, saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana telah dilimpahi rahmat berdiri di atas pentas ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Peranan ibu bapa penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.
Para hadirin sekalian,
Terlebih dahulu, saya menegaskan bahawa kesihatan asas kesejahteraan dan kemajuan negara. Gaya hidup sihat didefinisikan sebagai corak hidup sihat yang diamalkan oleh individu yang berhemah tinggi. Perbuatan yang sihat ini termasuklah beriadah, menjaga kebersihan mental dan fizikal, menjauhi kegiatan yang dilaknat Tuhan, masa rehat yang cukup, dan mengamalkan pemakanan seimbang . (D) Negara kita kini sedang menganjak paradigma dari negera berkembang ke negara yang maju, maka barisan generasi muda yang sihat dan ideal merupakan tonggak negara untuk memperjuangkan kedaulatan negara.(K) Sayang seribu kali sayang, amalan gaya hidup sihat semakin dipinggirkan dek kesedaran diri yang mengurang dan persekitaran yang mengagungkan makanan segera. (U) Persoalannya, siapakah yang perlu dituding jari atau dikambinghitamkan sehingga gaya hidup tidak sihat telah diterapkan oleh generasi muda? Kini, sampailah masa untuk menopang dagu dan memikirkan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam setiap keluarga.(K)

Demi membudayakan gaya hidup sihat, tidak lain dan tidak bukan, ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang  amalan pemakanan seimbang dan cara penjagaan kesihatan kepada anak-anak sejak kecil lagi.(AJ)  Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja sedang memikirkan hala tuju dalam kehidupan.  (M) Oleh itu, pendekatan diplomasi sesama ahli keluarga dapat menjanakan sahsiah diri anak yang ampuh justeru menjauhi stres dalam kehidupan.  Contohnya, ibu bapa memegangkan prinsip bagai menarik rambut dalam tepung untuk mendidik anak dalam pelbagai bidang dengan bijaksana seperti menggalakkan anak mengurangkan pengambilan makanan berminyak, berkolesterol tinggi, dan makanan segera.(C) Penerapan gaya hidup yang sihat sejak kecil perlu dimulai daripada pundak ibu bapa kerana persis kata pujangga, segalanya bermula di rumah .(UM)  Sekiranya corak pendidikan  ibu bapa  seperti mementingkan cara makanan yang bernutrisi tinggi dan berserat  , anak akan mengimbangi perkembangan dari segi sosial, fizikal, mental, dan  psikologi dengan sebaik-baiknya.(K) Sekiranya anak mengambil amalan pemakanan yang seimbang, kesejahteraan seisi keluarga akan terjamin kerana tanpa amalan pemakanan seimbang, kemungkinan kita  diserang  penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan kencing manis.(K) Tegasnya, ibu bapa perlu melengkapkan diri dalam bidang  kesihatan  agar mewujudkan keluarga yang sihat dan ideal.(P)

Dari perspektif lain, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada anak supaya membudayakan gaya hidup sihat sebagai tradisi hidup dominan. Memanglah diketahui umum bahawa ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan mewarisi sebahagian besar daripada pembawaan dan fiil ibu bapa. Ibu bapa  harus bersenam setiap hari, bersolat, menjaga kebersihan fizikal dengan membersihkan badan atau menggosok gigi setiap hari agar mendirikan imej yang positif dalam lubuk kalbu anak. Selain itu, ibu bapa mengaturkan program kerohanian untuk mencernakan bakat dan kreativiti anak supaya hidup dengan ceria, sejahtera dan sihat.  Tamsilannya, perkhemahan di hutan dara bersama keluarga bukan sahaja mencergaskan badan malah menjalin hubungan silaturahim sesama ahli keluarga bagai antan dengan lesung. Sekiranya contoh negatif seperti merokok, ketagihan dadah, berjudi dan pergaulan bebas  ditunjukkan oleh ibu bapa, maka perkembangan jiwa anak akan terjejas. Ironinya, sekiranya teladan yang baik seperti keteguhan iman, bersyukur, berbudi pekerti luhur ditunjukkan, anak akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik. Sesungguhnya, Rasulullah bersabda, “ anak ialah kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.”

Para hadirin sekalian,
Demi membudayakan gaya hidup sihat, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.(A) Remaja mendambakan perhatian, selain galakan dan bimbingan daripada orang tua. (M) Tamsilannya, ibu bapa menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal kondusif, pakaian bersesuaian, makanan dan minuman yang berkhasiat secara langsung akan menjamin keselesaan ahli keluarga.  Selain meluangkan masa menemani anak beriadah, melancong dan menjamu selera bersama, pemeriksaan kesihatan secara konsisten amatlah perlu dijalankan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.  Aktiviti gotong-royong  seperti menjaga kebersihan  pekarangan rumah dapat mewujudkan persekitaran kondusif selain menjauhi pembiakan vektor penyakit. (C)Sekiranya anak membesar dalam suasana yang kasih sayang seperti  ibu bapa membekali anak makanan yang bernutrisi ke sekolah , maka anak yang berasa diberikan perhatian dan bukan sekadar mata terlepas, badan terkurung.  Lebih-lebih lagi, persekitaran kondusif akan mengimbangi perkembangan jiwa anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita perlu mencontohi Rasulullah mendidik anak dengan penuh kasih sayang tetapi bertegas. Setiap kesalahan mesti dibetulkan tanpa herdik dan tohmahan agar perbuatan devian seperti merokok dan berseks rambang dijauhi sama sekali dalam kehidupan anak.

Ibu bapa juga perlu menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah benteng ketahanan yang kukuh.  Sebagai makhluk-Nya, kita perlu bersolat agar diredai-Nya. Contohnya, perbincangan dan musyawarah selepas bersolat akan mengumpulkan seluruh ahli keluarga.  Peraturan agama dididik kepada anak setiap kali bersolat akan  membersihkan anak daripada segala dosa dan kekhilafan. Sekiraanya nilai-nilai murni seperti pasrah dan bertawakal diterapkan, nescaya kesihatan mental dan jiwa dalam kehidupan anak akan menjadi realiti. Tegasnya, Rasulullah bersabda,” suruhlah anakmu bersolat sejak berusia tujuh tahun.” perlu dijadi iktibar oleh ibu bapa agar anak menjauhi tekanan emosi atau kemurungan.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya,  pembudayaan disiplin merupakan gaya hidup yang sihat. Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak dengan beriadah sebanyak 30 minit sehari, membaca buku, berjoging dan sebagainya agar tabiat ini menjadi darah daging anak  sejak kecil lagi.  Remaja ialah fasa yang penuh dengan konflik dan mencari-cari identiti tersendiri.  Dengan mengambil berat tentang latar belakang kawan sebaya,mengawal perlakuan anak melayari Internet  akan mengingatkan anak agar tidak berjinak-jinak dengan perbuatan yang memudaratkan kesihatan seperti masa rehat yang kurang daripada 8 jam sehari . Kesihatan hanya datang sekali sahaja, jangan ambil pusing pembudayaan hidup sihat  di rumah agar kesalahan tidak berulang bagai pisang tidak berbuah dua kali.
Hadirin dikasihi sekalian,
            Sebelum mengundurkan diri, saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf sekiranya terdapat keterlanjuran kata sepanjang syarahan saya. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa kesihatan pemangkin kejayaan hidup seseorang individu. ® Oleh itu, ibu bapa mesti menggembleng kudrat dan memerah minda untuk membudayakan hidup sihat dalam atma anak mereka. © Memetik kata Hadis, “ setiap manusia ada daging, jika daging itu baik, maka baiklah badannya. Jika daging itu buruk, maka buruklah badannya. Tidak lain dan tidak bukan, daging ini ialah hati. “ Bahawasanya, budaya hidup yang sihat mestilah bermula dari hati yang nurani. (Cadangan/nilai) Saya sekali lagi bersyukur dan berdoa agar ibu bapa sebagai entiti mithali akan mengubah persepsi dan menganjak paradigma bahawa perubahan mestilah bermula dari hati diri sebelum meminta anak berubah. Badan sihat Otak Cerdas, Hati sihat hidup sejahtera.
Sekian, terima kasih.
            Pada zaman inflasi ini, amalan berjimat cermat merupakan nilai mahmudah untuk menyelesaikan masalah kesuntukan wang. Negara kita kini sedang memacu arus kemodenan, namun kadar inflasi yang melambung tinggi akibat kenaikan harga minyak yang mendadak  telah membebani kebanyakan isi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Situasi ini bagai telur di hujung tanduk telah merimaskan pelbagai pihak kerana keadaan hutang sekeliling pinggang dan masalah kebankrapan akan mencerminkan citra masyarakat negara Malaysia yang dilanda krisis ekonomi yang gawat. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang bukan alang kepalang agar mendidik anak mereka menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

Memang tidak dapat disangkal bahawa ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang pengurusan kewangan kepada anak-anak sedari kecil. Golongan remaja sedang memikirkan hala tuju dalam kehidupan. Oleh itu, pendidikan tentang pengurusan dan perancangan kewangan seperti mengitar semula bahan buangan, mencatat perbelanjaan harian, membuat perbandingan harga barangan sebelum pembelian secara tidak langsung akan menyuntik nilai mahmudah ini dalam lubuk kalbu anak. Ingatlah kata-kata pujangga,”segalanya bermula di rumah’ kerana rumah ialah tempat berteduh dan tempat membesar anak muda. Sekiranya corak pendidikan ibu bapa yang mementingkan amalan berjimat cermat diberikan sejak kecil lagi, anak akan mengurus kewangan dengan sistematik dan berhemat. Tanpa amalan berjimat cermat, keselesaan keluarga tidak akan terjamin justeru mengalami kepincangan kewangan atau kemuflisan. Tegasnya, ibu bapa perlu melengkapkan diri dalam bidang kewangan agar anak-anak akan dilatih agar memahami bahawa hendak kaya berdikit-berdikit,hendak tuah bertambah urai atau hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.

Demi menerapkan amalan berjimat cermat, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada anak. Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa.Contohnya, ibu bapa mengaturkan program perancangan kewangan atau membawa anak mengunjungi institusi kewangan sejal kecil lagi agar persekitaran yang mempropagandakan iklan tentang berjimat cermat akan menyelami isi hati dan hati budi mereka. Sekiranya contoh negatif seperti perbelanjaan memboros, mengghairahkan barangan berjenama, memajak gadai harta pusaka, berhutang kepada ceti haram dan sebagainya ditunjukkan, maka perkembangan jiwa anak akan terjejas.Sebaliknya, jika ibu bapa bersikap kesederhanaan dan  menghargai setiap kurniaan Tuhan, anak akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik. Situasi ini persis ajaran Rasulullah bahawa  anak ialah kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.

Memetik kata Dr Fadzilah Kamsah, tabiat seseorang insan akan ditetapkan selepas berulang kali berlatih sebanyak 1000 kali. Perbuatan berjimat cermat perlulah diulangi sebanyak 1000 kali jua dalam kehidupan anak. Tidak lain dan tidak bukan, ibu bapa perlu menghulurkan galakan dan bimbingan tentang sikap berjimat cermat dalam sanubari anak mereka.  Sesungguhnya, anak muda mendambakan perhatian selain galakan dan bimbingan daripada orang tua. Tamsilannya, ibu bapa mesti merancang belanjawan keluarga bagi memenuhi keperluan asas anak mereka. Peruntukan khas untuk perbelanjaan harian yang asas seperti menghadiri kelas tuisyen, membaca buku dilengkapi sepenuhnya. Ironinya, kehendak seperti membeli telefon , gadget yang canggih dan barangan kemewahan perlulah ditegah sama sekali. Sekiranya anak membesar dalam suasana yang berjimat cermat, maka anak akan mengawal hawa nafsu dan bukan sekadar berfikiran liberalisme. Ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang mereka dengan sebijak-bijaknya seperti menyediakan bekalan makanan kepada anak mereka, selalu menjamu selera di rumah dan mementingkan barangan tempatan. Maka, contohilah Rasulullah mendidik anak dengan penuh kasih sayang tetapi dengan kebijaksanaan. Setiap kesalahan mesti dibetulkan agar anak akan menanamkan sifat mahmudah dalam atma mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kata-kata pujian perlu diberikan sekiranya mendapati anak mendarah daging amalan berjimat cermat dan menabung dalam kehidupan mereka..
            Selain itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah penawar untuk segala duka lara atau benteng ketahanan yang kukuh. Sebagai makhluk-Nya, kita perlu bersolat agar diredai-Nya. Contohnya, peraturan agama tentang cara berjimat cermat, nilai kesederhanaan dan menjauhi sikap tamak dididik kepada anak setiap kali bersolat. Memang diketahui bahawa berjimat cermat ialah tuntutan agama kerana perbuatan memboros  ialah kawan syaitan. Dalam erti kata lain, solat akan mendisiplinkan anak agar membezakan intan daripada kaca justeru pasrah pada tuntuan agama seperti tidak berlebihan menggunakan bekalan elektrik, memanfaatkan masa dan memelihara khazanah alam. Sekiranya nilai-nilai murni seperti penghargaan, kesyukuran, berhemat diterapkan, nescaya usaha ibu bapa membentuk anak yang berjimat cermat akan menjadi realiti. Marilah kita menopang dagu merenung kata hadis Rasulullah ” khazanah alam merupakan pinjaman sementara.” Amalan berjimat cermat bagai suruhan Tuhan agar generasi akan datang berusaha menjaga setiap masa, benda, bekalan, dan sumber yang berada di alam ini.

            Sebagai penghias penutup bicara, amalan berjimat cermat wajar dijadikan pedoman hidup dalam kalangan masyarakat. (R)Penggemblengan kudrat bagai aur dengan tebing diperlukan agar semua strata komuniti dididik untuk memegang prinsip berhemat sebelum habis, bercermat sebelum kena supaya membangunkan negara menjelang ambang 2020. (C)Jangan sekali-kali nafsu-nafsi bagai raja di mata, sultan di hati kerana ikut hati mati, ikut suka duka, ikut mata leta, ikut rasa binasa. (A)Persekitaran hedonisme dan mengejar barangan kemewahan bukan sekadar api kecil meranapkan diri tetapi akan meranapkan seluruh pembangunan negara. (A) Dengan itu, kita perlu berdoa dan berjimat cermat agar membendung masalah inflasi yang semakin melanda negara. (H)

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawal obesiti dalam kalangan anak- anak.(PP2012)

Masalah obesiti didefinikan sebagai kegemukan yang dialami oleh individu yang tidak mengamalkan gaya hidu sihat. (D) Negara kita kini sedang menuju ke ambang keramat 2020, maka barisan anak watan yang sihat dan ideal merupakan aspirasi dominan pemimpin negara agar mampu berdiri sama tinggi, duduk sama dengan rendah dengan pemuda- pemudi di negara atas angin. (K) Sayang seribu kali sayang, masalah obesiti dalam kalangan anak muda telah menunjukkan kadar peningkatan yang merimaskan dek kealpaan ibu bapa atau restoran makanan segera yang berkembang mendadak bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada era atom ini. (P) Persoalannya, mengapakah masalah obesiti dalam kalangan anak semakin bermaharajalela bagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru? Adakah ibu bapa perlu dituding jari? Kini sampailah masa untuk kita menelusuri sejauh mana peranan yang perlu digalas oleh ibu bapa untuk mengawal obesiti dalam kalangan anak mereka. (K)

Pada hakikatnya, ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang amalan pemakanan seimbang kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak remaja sedang memikirkan hala tuju dalam kehidupan dan pendirian yang menipis bagai lalang ditiup angin. Tamsilannya, ibu bapa memegangkan prinsip bagai menarik rambut dalam tepung untuk mendidik anak tentang kepentingan penjagaan potongan badan. Ingatlah kata-kata pujangga,”segalanya bermula di rumah’ kerana rumah ialah tempat berteduh dan tempat membesar anak. Sekiranya corak pendidikan ibu bapa menggarisbawahi amalan pemakanan seimbang seperti kurang mengambil makanan berminyak, berkolesterol,dan bergaram, maka anak akan mengimbangi perkembangan fizikal dengan sebaik-baiknya.Sekiranya anak menghadapi masalah obesiti, kesejahteraan seisi keluarga akan tergugat kerana kemungkinan anak tersebut akan kurang keyakinan dan dipandang hina bagai  cacing di pelimbah. Tegasnya, amalan pemakanan seimbang seperti pengambilan makanan yang bervitamin, berprotein tinggi, berkorbohidrat, berserat, dan minum air yang mencukupi merupakan penawar untuk segala penyakit.
           
Dalam erti kata lain, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada anak dengan mengamalkan aktiviti beriadah secara konsisten.  Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa. Sebagai analogi, ibu bapa mengaturkan program kesukanan baik di taman rekreasi mahupun di pusat gimnasium untuk mencernakan bakat dan kreativiti anak. Sekiranya contoh negatif seperti menjamu selera melampaui masa, menonton televisyen sambil makan makanan ringan, makan mengikut selera atau membudayakan pengambilan makanan di restoran mamak atau makanan segera, maka perkembangan sosial fizikal,mental dan psikologi jiwa anak akan terjejas. Walakin begitu, sekiranya teladan yang baik seperti beriadah sekurang-kurang  20 minit sehari, berjoging dengan isi keluarga, memperkebuni taman mesra alam ditunjukkan oleh ibu bapa, anak akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik. Bergelanggang di mata orang banyak bahawa anak ialah kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sama ada mempunyai potongan badan yang ramping atau berbadan gedempol.

Demi mengawal masalah obesiti dalam kalangan anak, memang tidak dapat disangkal bahawa ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh tetapi bukan sekadar memanjakan anak-anak mereka dengan melarang anak makan mengikut selera sahaja. Walhasil, anak muda mendambakan perhatian, selain galakan dan bimbingan daripada orang tua. Contohnya, ibu bapa mestilah menyediakan keperluan asas seperti makanan dan minuman yang berkahsiat untuk menjamin keselesaan anak. Peruntukan khas seperti menyediakan alatan sukan, gelanggang atau menyertai kelab rekreasi dapat membudayakan gaya hidup sihat. Ibu bapa juga digalakkan meluangkan masa menemani anak menyediakan makanan sendiri, memasak di rumah dan mewarnai bekalan makanan dengan pelbagai nutrisi. Sekiranya perasaan kasih sayang adalah tidak berbelah bahagi dan bertegas, maka anak akan mengawal diri sendiri agar tidak mengalami tekanan emosi sehingga melepaskan dendam mereka dengan makan tanpa batasan. Sekiranya bimbingan dan galakan diberikan, anak akan mengawal hawa nafsu dan bukan sekadar nafsu-nafsi bagai raja di mata, sultan di hati. Contohilah Rasulullah mendidik anak dengan penuh kasih sayang tetapi bertegas. Setiap kesalahan seperti makan mengikut selera, tidak suka makan sayuran mesti dibetulkan tanpa herdik dan tohmahan.

            Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, pembudayaan disiplin mesti diamalkan dengan menetapkan masa makan yang teratur.  Remaja ialah fasa yang penuh dengan konflik dan mencari-cari identiti tersendiri. Sekiranya anak muda terpengaruh oleh budaya hedonisme, maka anak muda akan lebih cenderung mengambil makanan ala kebaratan seperti ayam goreng, hamburger, pizza, dan makanan yang berminyak tinggi tanpa memikirkan padahnya. Dengan mengawal corak pemakanan anak, nescayanya anak akan menjauhi makanan yang bermudarat sehingga mengalami masalah kegemukan. Pemeriksaan mengejut tentang makanan yang dijual di kantin juga dapat mengelakkan anak mereka diserang masalah obesiti. Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan yang ketat di rumah iaitu makanan ringan seperti aiskrim, coklat,  gula-gula atau keropok mestilah kurang diambil oleh anak mereka. Contohnya, hidangan yang berlaukkan sayuran mestilah ditetapkan sebagai menu utama. Pendek kata, pendisiplinan tentang corak pemakanan akan  mengingatkan anak agar tidak mengambil pusing kesihatan sebagai agenda utama di setiap keluarga. Oleh itu, masalah kegemukan lantaran pengambilan makanan ringan wajar dielakkan dengan menetapkan peraturan di rumah sejak kecil lagi.

            Tuntasnya, ibu bapa mestilah memastikan anak tidak mengambil makanan ringan, makanan segera yang berlebihan. Makan melewati masa di restoran makanan segera 24 jam, makan mengikut selera, makan sambil membaca atau menonton televisyen justeru kurang membudayakan gaya hidup sihat perlulah dielakkan sama sekali kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sekali-kali sudah terhantuk baru tengadah,  kegemukan akan menyebabkan seseorang kurangnya keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Alangkah malangnya sekiranya anak muda tidak berketerampilan, berkeyakinan dan berkeberanian untuk menerajui pucuk pimpinan negara. Oleh itu, ibu bapalah menggalas pundak dominan untuk mengawal masalah obesiti dalam kalangan anak.



Bincangkan usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan. (percubaan perak 2012)
            Persiapan fizikal dan mental merupakan perencah untuk menenangkan jiwa pelajar supaya memastikan prestasi akademik adalah cemerlang, gemilang, dan terbilang. (D) Negara kita sedang memacu arus globalisasi dan modenisasi, maka pembinaan modal insan berminda kelas pertama merupakan agenda aktuil oleh barisan pemimpin di negara kita. (K) memandang kepentingan modal insan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025) menekanan pembangunan modal insan yang seimbang dengan  menggarisbawahi pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar. (U) Persoalannya, sejauh manakah persediaan ibu bapa untuk membantu persiapan menghadapi peperiksaan? Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha bagai genggam bara api biar sampai menjadi arang perlu ditelusuri sehingga ke akar umbinya. (K)

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa Ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah benteng ketahanan jiwa yang kukuh. Sebagai makhluk-Nya, kita perlu bersolat agar diredai-Nya. Tamsilanya, perbincangan dan musyawarah selepas bersolat akan mengumpulkan seluruh ahli keluarga. Ibu bapa boleh menanyakan anak tentang permasalahan anak sama ada dalam akademik mahupun tekanan emosi.  Berusaha mencapai  ialah tuntutan agama kerana malas ialah kawan syaitan.  Solat akan mendisiplinkan anak agar menerapan  nilai bertakawal dan pasrah kepada tuntuan agama.
Sekiraanya nilai-nilai murni seperti kerajinan, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh diterapkan, nescaya pencapaian akademik cemerlang akan menjadi realiti. Rasulullah bersabda,” suruhlah anakmu bersolat sejak berusia tujuh tahun.” Oleh itu, persediaan mental dengan keteguhan iman akan menenangkan jiwa agar tabah menghadapi sebarang masalah hidup, bagai bujur lalu lintang patah.


            Persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan, ibu bapa  perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada anak. Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa.  Tamsilannya, ibu bapa membawa anak mengunjungi pameran buku, perpustakaan untuk mencernakan bakat dan kreativiti anak. Sekiranya contoh negatif ditunjukkan oleh ibu bapa seperti malas, tidak berpendidikan dan mengabaikan tanggungjawab hakiki, maka perkembangan jiwa anak akan terjejas. Walakin begitu, sekiranya teladan yang baik ditunjukkan oleh ibu bapa seperti membudayakan amalan membaca rajin menuntut ilmu sepanjang hayat, dan melayari Internet untuk mencekau maklumat tanpa batasan, anak akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik
.
            Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ibu bapa mesti membudayakan gaya hidup sihat dalam aktiviti rutin anak mereka. Gaya hidup sihat merupakan pemangkin untuk memastikan pembangunan modal insan yang sihat dan ideal. Tamsilannya, ibu bapa mestilah memastikan anak menjauhi tekanan emosi dengan mengamalkan aktiviti beriadah secara konsisten. Sistem pepeluhan dan metabolisme yang baik akan melancarkan pengaliran darah dan toksik daripada badan. Anak yang sihat akan mencerdaskan minda dan memperkasakan daya imunisasi, ingatan , dan imaginasi agar menghadapi setiap peperiksaan dengan tenang dan tabah. Persediaan mental ini amat penting agar berpegang pada falsafah tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya agar kejayaan dalam akademik akan direalisasikan.

            Sebagai penghias penutup bicara, ibu bapa mestilah menerapkan didikan agama, mempamerkan suri teladan yang rajin menuntut ilmu tanpa jemu, menghulurkan kasih sayang, bimbingan dan galakan, justeru membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anak. ® Sesungguhnya,  generasi pelapis merupakan tonggak kepimpinan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. © Jangan sekali-kali ibu bapa mengherdik anak jika terkandas dalam pelajaran kerana kesalahan sekali tidak menunjukkan kesalahan sepanjang hayat. (A) Dengan ini, diharapkan semoga-moga ibu bapa memainkan peranan yang vital agar memastikan anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan sebelum kuman menjadi kudis.

**Pembentukan disiplin diri anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah sebagai mana tanggapan sesetengah pihak. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. ( .ceramah pegawai-Pembentukan tingkah laku dan keperibadian anak-anak bermula dari rumah) – Negeri Sembilan 2012
Kata-kata aluan:
            Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkanya. Hasil yang telah dicorakkan dapat dilihat setelah anak-anak menginjak ke alam remaja. Sejak dalam kandungan ibu, anak-anak telah mula mendapat didikan ibu bapanya.Setelah membuka mata melihat dunia, ibu bapalah orang pertama yang dilihatnya.Selama bertahun-tahun zaman kanak-kanak ibu bapalah yang bertanggung jawab membentuk akhlak dan disiplin anak-anak.Jelaslah bahawa pembentukan disiplin anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam melakukan anjakan paradigma bagi membentuk disiplin anak-anak mereka.

           Demi membentuk disiplin anak, ibu bapa sayogianya melengkapkan anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. Roh agama yang disemai ke dalam diri anak-anak akan menerbitkan peribadi yang mulia.. Sebagai contohnya, membiasakan diri mereka dengan memberi salam dan menghormati orang tua. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud ‘ didiklah anak-anakmu mendirikan solat sedari umur tujuh tahun’. Solat merupakan asas agama yang paling penting yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama. Analoginya, sesebuah rumah tidak akan dapat didirikan tanpa tiang. Solat dapat mencegah daripada melakukan perbuatan mungkar. Anak-anak seharusnya dilatih menjaga solat sejak kecil agar mereka lebih mudah dibentuk untuk menjaga disiplin diri. Hal ini kerana, solat memerlukan disiplin diri yang tinggi dan istiqamah. Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr. H.M.Tuah Iskandar, “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan, namun cahaya keimanan dapat menyuluh ke jalan kebahgiaan”. Oleh itu, didikan agama yang sempurna amat penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.
            
Selain itu, ibu bapa perlu menitipkan kasih sayang secukupnya tanpa membeza-bezakan antara anak-anak. Tidak boleh ibu bapa bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini bagi mengelakkan timbul rasa iri hati antara anak-anak.Ibu bapa perlu bersikap adil sesama anak-anak  agar tiada antara mereka berasa tersisih atai disisihkan. Sebagai contohnya, jika membeli keperluan di pasar raya, berlaku adil dengan membelikan baranagn yang sama dan bersesuaian kepada nak-anak. Sekiranya ingin memuji atau member teguran, hendaklah dengan adil agar tiada antara mereka berasa kecil hati dan rendah diri. Justeru kasih sayang ibu bapa seputih salju selembut sutera membentuk ikatan kekeluargan yang ampuh sekali gus memudahkan anak-anak mendengar nasihat.Jelaslah bahawa kasihan sayang ibu bapa dapat membentuk didiplin anak-anak.

            Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, anak-anak juga tidak seharusnya terlalu dimanjakan. Kemanjaan yang keterlaluan akan memusnahkan anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu mengamalkan toleransi dan ketegasan dalam sesuatu situasi atau keadaan. Tamsilannya, sekiranya anak-anak melakukan kesilapan , berikanlah hukuman yang setimpal.Sebaik-baiknya hukuman itu diiringi dengan tunjuk ajar dan nasihat agar anak-anak memahami sebab mereka dihukum. Selain dapat menerima hukuman tersebut, anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan yang sama kerana mereka memahami bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya salah. Mereka juga memahami bahawa hukuman itu merupakan keperihatian ibu bapa terhadap mereka.Oleh itu benarlah bahawa toleransi dan ketegasan akan membentuk disiplin diri anak-anak.
            Ibu bapa sayogianya perlu menyedari bahawa mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak.Setiap tutur kata dan perilaku ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Sebagai contohnya, sekiranya berlaku perselisihan faham antara suami isteri, mereka perlu menyembunyikan dari anak-anak. Pertengkaran antara mereka tidak harus menjadi tontonan anak-anak.Hal ini akan dapat memembentuk anak-anak yang rasional, tolenrasi, dan bijaksana mengatasi sesuatu masalah. Selain itu, tunjukkanlah perilaku teladan yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai contohnya, mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sekiranya berada di tempat-tempat awam, mereka tidak membuang sampah merata-rata.Malahan ketika berada dalam kereta mereka tidak boleh membuang sampah melalui tingkap kereta. Oleh itu, anak-anak akan terbentuk peribadi mulia melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa teladan yang ditiru oleh ibu bapa akan membentuk disiplin dalam diri anak-anak.
           
Langkah terakhir ialah ibu bapa perlu mengambil berat tentang kehidupan sosial anak-anak. Tamsilannya, memantau  dengan siapa anak-anak berkawan dan ke mana hala tuju mereka selepas keluar dari rumah. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial seperti merempit, merokok, dan pergaulan bebas yang semakin meruncing dewasa ini. Ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka berkawan dengan mereka yang rosak akhlaknya. Masa berada di luar rumah bersama-sama rakan sebaya perlu dihadkan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan disiplin mereka. Memetik kata-kata Alex Gordon, “lampu alladin tidak akan menyala dengan sendiri, tetapi ia menyala sebaik Alladin menggosoknya.” Hal ini memberi makna bahawa membentuk disiplin dalam diri anak-anak tidak berlaku dengan keajaiban. Ibu bapalah yang menentukan akhlak dan disiplin anak-anak mereka.

            Deduksinya, ibu bapa memberi impak yang besar dalam membentuk disiplin anak-anak. Mereka Mereka haruslah berkorban tenaga,masa,dan wang ringgit untuk melahirkan generasi yang berwawasan bagi memimpin negara pada masa akan datang.Memetik kata-kata Imam Ghazali, “jika ingin melihat masa depan negara tersebut, lihatlah keadaan remajanya pada hari ini.”Jelaslah bahawa anak-anak yang berdisiplin hasil didikan ibu bapanya akan meneruskan kelangsungan pembangunan negara.

Dimensi keluarga: Perlis 2012; ciri-ciri keluarga impian anda.
Dimensi keluarga : Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak untuk membentuk keluarga bahagia. Bincangkan pernyataan di atas. ( Mara; 2013)

Dimensi keluarga : Ibu bapa merupakan insan yang disayangi dan dihormati. Sebagai anak, nyatakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap ibu bapanya.




Dimensi kemasyarakatan 2013:
Permainan tradisional tidak lagi diminati dan semakin dilupakan oleh generasi muda.Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.
D
Malaysia sememangnya kaya dengan warisan budaya terutamanya permainan tradisional sejak awal lagi.
I
Belakangan ini, isu permainan tradisional semakin terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda.
K
Permainan tradisional bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai dan budaya tempatan. Namun, permainan tradisional telah semakin dilupai sejurus dengan perkembangan sains dan teknologi.
K
Persolannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai? Selain itu, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelamatkan permainan dan budaya tradisional yang diwarisi secara turun temurun daripada lenyap? Tepuk dada, tanya selera.

P1
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan permainan tradisional kurang diminati dalam kalangan masyarakat tempatan.
M1
 Negara barat yang maju memperluas permainan yang canggih, menarik, istimewa dan penuh cabaran berbanding dengan permainan tradisional. Tambahan pula, permainan canggih ini disebarkan secara meluas melalui media massa sama ada media elektronik atau media cetak.
M2
Permainan moden dan canggih sekarang mudah didapati di pasaran dan pusat-pusat hiburan merupakan faktor perdana yang mendamba hati masyarakat tempatan khususnya remaja masa ini
C1
 Biar kita mengambil contoh yang paling ketara iaitu permainan komputer seperti‘playstation 3’ telah melambak di pasaran tempatan dengan begitu pesat. Tambahan pula, dengan perkembangan perkhidmatan Internet, maka munculnya permainan maya yang juga menjadi kegemaran ramai.
P1
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengaruh budaya barat memang banyak mempengaruhi permainan tradisional di Malaysia.

P2
Permainan tradisional yang kurang disebarkan atau tidak mendapat liputan yang meluas juga merupakan salah satu faktornya.
M1
 Permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak, batu seremban, galah panjang, dan juga ting-ting hanya dimainkan dalam generasi tua  di kawasan pedalaman.Permainan layang-layang atau wau pula hanya dimainkan sempena perayaan tertentu semata-mata untuk pertunjukan sahaja.
M2
Selain itu, generasi muda sekarang tidak berminat dalam permainan tradisional disebabkan kekurangan kesabaran.
P3
Sikap-sikap remaja sekarang yang kononnya ingin mengikut perkembangan semasa atau trend-trend maju juga antara faktornya.
M3
Permainan tradisional memerlukan kesabaran, ketelitian dan pemikiran yang tinggi lagi tangkas.
P1
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap rakyat sendiri dan juga kekurangan inisiatif untuk menyebarkan permainan tradisional menyebabkan permainan tradisional semakin terpinggir.

U
FM
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, pelbagai langkah harus dilaksanakan supaya permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun dan amat berharga ini tidak disingkirkan oleh komuniti yang moden sekarang.
U1
kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyelamatkan permainan tradisional kita.
U2
Pendedahan kepada budaya dan warisan permainan tradisional haruslah dilakukan sejak bangku sekolah lagi. Teori dan asal-usul permainan tradisional harus diajar kepada pelajar melalui aktiviti kokurikulum.
C1
Sebagai contoh,kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional secara besar-besaran untuk mendorong semua lapisan masyakarat menceburkan diri dalam permainan tradisional
C2
Kempen dan pameran berkaitan dengan permainan tradisional juga boleh diadakan untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat moden sekarang
P1
terbuktilah bahawa kerajaan berperanan dalam usaha menyelamatkan tradisi dan warisan permainan tradisional kita. 

U3
Tambahan pula, masalah yang serius ini juga dapat diatasi dengan cara mengkormersialkan permainan tradisional.
U4
Langkah ini juga dapat ditingkatkan dengan bantuan media massa sama ada melalui media elektronik atau media cetak.
C1
Dalam konteks ini, permainan tradisional juga boleh mengambil tempat di dalam hati kalangan masyarakat jika permainan tradisional boleh disediakan di pusat-pusat hiburan atau dijual besar-besaran di kedai-kedai hiburan.
C2
Selain itu, permainan video berasaskan permainan tradisional juga boleh diusahakan bagi meningkatkan minat masyarakat terhadap permainan tradisional yang penuh cabaran ini.
P
Pendek kata, usaha mengkormersialkan permainan tradisional dapat mengatasi masalah ini secara tidak langsung. 
     Berdasarkan isi-isi yang diutarakan, memang tidak dapat disangkal bahawa permainan tradisonal dapat mengekalkan budaya dan warisan tempatan. Oleh itu, saya berharap agar fenomena permainan tradisional yang kian dilupakan dalam kalangan masyarakat dapat diatasi. Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan permainan tradisional dapat diwarisi. Biar mati anak, jangan mati adat merupakan antara peribahasa Melayu yang paling sesuai dalam konteks ini.  

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.Bincangkan cara-cara memupuk semangat kejiranan.

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.       
Dalam kehidupan sehari-hari, sekalipun kita mengasihi adik-beradik dan  saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Semangat kejiranan membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, tetapi hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.  Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka ibu bapa haruslah meluangkan masa menemani anak mereka menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama justeru dapat  mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya dapat meringankan beban yang berat. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan cara hidup bermasyarakat seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ agar mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka, tetapi kita cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Sekiranya amalan kunjung-mengunjung mendarah daging dalam hidup kita, maka anak-anak akan mengenali adat resam dan budaya masing-masing malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dan semangat patriotik dalam diri anak-anak. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa  yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh jiran kita. Sekiranya masalah diselesaikan, hidup akan lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak  berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Aktiviti Hari Keluarga yang dianjurkan oleh setiap komuniti dapat mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai sukaneka yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan anak-anak tentang kepentingan hidup bermasyarakat. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum.  Walau di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di  Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara kita. Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan  semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat.  Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa  mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu.  Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati   setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya,  apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar  cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik.  Jelaslah bahawa,  jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil  lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan  bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.