Wednesday, January 12, 2011

voyage

some students will be wondering, why i absent from school ..
even some will be leaping jubilantly

frankly
i try to solve it
i try to soothe

jz 2nd weeks
but i attempt to skip from my duty
finding my own life
u wont get it

u r the bring me to ...
u r also the one bring curiosity

one day
u will be realized
shouldn't treat a guardian in this way

what wrongs going on?
what in the penny of your thought?

ICE sky i barely find my star,
i m in summer
but u bring me enter the winter

if want me to leave forever
i will
and only choose the way

VOYAGE
2011...i hope my babie still get it for my BM class
if i can
if god bless me
if i still can stand


crossed my finger

i only wanna my life indulged in happiness n serenity
as well
bring happiness to my beloved babie

spot questions PMR 2011

karangan panjang

bentuk esei yang kurang penting akan diuji pada tahun 2011:

1. syarahan
2. laporan

yang penting ialah:

1. surat tidak rasmi
2. surat rasmi
3. pendapat/perbincangan

tajuk soalan: untuk bulan Jan dan Feb ..cubalah fokus kepada:

1. punca kesesakan lalu lintas dan langkah-langkha untuk mengatasi masalah itu.

anda boleh cuba ... good try

BM = Best Method of Learning is forgiving: kertas 2: bahagian A dan B

BM = Best Method of Learning is forgiving: kertas 2: bahagian A dan B

kertas 2: bahagian A dan B

PMR BAHASA MELAYU KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Bahan rangsangan terdiri daripada gambar tunggal. gambar bersiri dan bahan grafik.
2. Baca arahan dan tugasan dengan teliti. kenal pasti kehendak soalan dan bilangan p.p.
3. Soalan ada yang berbentuk umum dan ada yang berfokus.
Contoh: Huraikan pendapat anda tentang aktiviti riadah.(umum) Huraikan kebaikan-kebaikan aktiviti riadah. (khusus)

TEKNIK PENULISAN:
1. Tulis dalam bentuk esei biasa iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan.
2. Berikan satu hingga tiga isi sahaja dan dihuraikan dalam 3 hingga 4perenggan sahaja.
3. Isi luaran berdasarkan perkara yang dilihat dalam gambar boleh dijadikan pendahuluan.
4. Sekiranya diberikan isi dalam bahan rangsangan, sebaik-baiknya gunakan isi tersebut, kemudian barulah dimasukkan isi tambahan.
5. Esei yang tiada penutup, markah maksimum hanya 15 sahaja.
6. Jumlah perkataan tidak boieh melebihi 120 p.p. atau sehingga ayat terakhir yang mengandungi perkataan yang ke-120 itu tamat.
7. Bahasa grarnatis, tanda baca dan ejaan mestilah digunakan dengan betul
8. Gunakan penanda wacana dan frasa indah yang sesuai.
9. Pengiraan bilangan patah perkataan. Kata-kata berikut dikira sebagai satu patah perkataan:
i. kata nama khas
ii. kata sendi nama di dan ke
iii. angka atau nombor
iv. kata ganda
v. kata majmuk apitan misalnya penguatkuasaan

Panduan Menjawab ringkasan
A. Memahami Maksud Petikan dan Kehendak Soalan
1. Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah memahami maksud keseluruhan petikan asal dengan sebaik-baiknya.
2. Hal ini dapat anda lakukan dengan membaca petikan asal itu beberapa kali atau sekurang. kurangnya dua kali.
3. Semasa membaca petikan asal itu, anda juga perlu memastikan kehendak soalan.
4. Kehendak soalan dapat diketahui melalui kata kunci dan skop soalan yang terdapat dalam arahan soalan.
5. Antara frasa yang biasa digunakan bersama-sama kata kunci ialah
(a).. .tulis sebuah ringkasau tentang usaha-usaha.
(b). . .tulis sebuah ringkasan tentang faktor.faktor.
(c).. .tulis sebuah ringkasan tentang kesan-.kesan
(d).. .tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah
(e). . .tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca
(1).. .tulis sebuah ringkasan tentang masalah-masalah
(b). . .tulis sehuah ringkasan tentang faedah-faedah

B. Mengenal Pasti Isi-isi penting
1. Semasa membaca petikan, kenal pasti dan garis isi-isi penting yang berkaitan dengan kehendak soalan.
2. Namun demikian, sebaik-baiknya isi-isi penting itu anda catat dan susun mengikut urutan.
3. Pastikan anda memperoleh sekurang-kurangnya lima isi penting dalam petikan.

C. Menulis Ringkasan Karangan
1. Ringasan ditulis dalam perenggan sahaja.
2. Bina ayat -ayat anda berdasarkan arutan isi penting yang sudah auda catatkan tadi.
3. Isi yang anda kemukakan itu perlu disusun dengan teratur dan lancar.
4. Perlu ada pengenalan dalam awal perenggan tetapi tidak perlu ada penutup.
5. Elakkan menulis perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan asal atau pendapat atau kesimpulan anda sendiri dalam ringkasan itu.
6. Ayat-ayat yang anda bina itu pula harus ringkas, tepat, dan padat. Hal ini demilkian untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa.
7. Anda tidak boleh menyalin bulat-bulat ayat daripada petikan tanpa mengubah perkatuan, struktur dan frasa. Cara yang paling mudah untuk menggunakan perkataan sendiri adalah dengan menukar satu perkataan sahaja dalam isi yang diambil dari petikan.
8. Untuk menunjukkan kesinambungan antara isi dengan isi atau antara ayat yang lain, gunakanlah penanda wacana yang sesuai seperti contoh yang berikut : - Di samping itu, justeru, oleh itu, selain itu, seterusnya, tambahan pula, rentetan itu,
9. Kebiasaanya setiap petikan mengandungi 8 hingga 10 isi. Calon digalakkan menulis seberapa banyak isi yang ditemui, asalkan
sahaja tidak melebihi 80 patah perkataan.

D Menyemak Ringkasan
1. Apabila selesai menulis ringkasan , semak ringkasan anda secara keseluruhan. Perkara-perkara yang anda semak ialah aspek
tatabahasa, ejaan, dan tanda baca.
2. Ditulis tidak melebih 80 patah perkataan atau sehingga ayat yang mengandungi perkataan yang ke 80 selesai.
3. Pengiraan bilangan patah perkataan. Perkataan dikira sebagal satu perkataan ialah :-
(a) kata nama khas Kementerian Pelajaran Malaysia
(b) kata majmuk: atur cara
(c) kata sendi nama di dan ke di sekolah, ke kedai
(d) Angka yang ditulis dalam perkataan : Lapan ribu lapan puluh Japan
(a) Kata ganda Bertiga-tiga
(1) Tarikh:l Ogos2O11
(g) Gelaran: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
4. Akhir sekali, catat jumlah kata ringkasan anda di sudut kanan, yakni di bawah ringkasan tersebut. Jumlah kata hendaklah
ditulis di dalam kurungan ( ).
5 Namun, sekiranya jumlah kata melebihi arahan yang ditetapkan, buang katà yang tidak penting.,

Panduan Menjawab Pemahaman
1. Semua.jawapan mesti dalam ayat Iengkap, kalau tidak markah hanya separuh daripada markah yang telah dapat.
2. Soalan satu hendaklah dijawab berdasarkan bilangan perkataan yang diminta untuk menjelaskan maksud, iaitu sekiranya satu patah perkataan diberikan untuk menjelaskan maksud,jawapan juga harus satu perkataan sahaja.
3. Jawapan soalan dua harus dicantum petikan dan mesti ada dua isi.
4. Jawapan soalan tiga mesti ada dua isi dan biasanya tidak terdapat dalam petikan.