Wednesday, August 11, 2010

Permainan Tradisional

Berikan pendapat anda tentang Permainan Tradisional

Dasawarsa ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan ting ting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang.

Usaha:
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional.(A1) Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (A2)Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. (A3)Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.(A4) Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.(A5) Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. (A6)

Kesan:kepentingan
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini.(AJ) Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang.(Mengapa) Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Kepentingan
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, permainan tradisional di Malaysia wajar dijadikan carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

kemerosotan sukan bola sepak

Suatu masa dahulu, negara kita terkenäl sebagai pasukan gergasi bola sepak Asia. Namun begitu, belakangan ini, mutu sukan bola sepak negara sering dikritik pelbagai pihak. Jelaskan sebab-sebab kemerosotan sukan yang paling popular ini.

Bola sepak juga merupakan sukan yang paling popular dan banyak pengikutnya. Para pemain negara dikatakan mempunyai kualiti permainan dan komitmen yang sangat tinggi. Namun begitu, hari ini Malaysia pada suatu masa dahulu merupakan antara kuasa besar bola sepak di rantau Asia. Mutu permainan bola sepak kita semakin merosot. Apakah punca-punca kemerosotan ini?

Antara yang paling ketara diperkatakan sejak kita memasuki era profesionalisme dalam sukan bola sepak adalah kurangnya semangat patriotik dalam diri para pemain. Kalau dahulu para pemain bermain kerana minat dan cinta akan sukan ini dan tanah air, kini para pemain kebanyakannya bermain kerana mengutamakan ganjaran. Apabila hal ini berlaku, wujudlah pemain yang terlibat dengan skandal rasuah. Hal ini sama sekali menjejaskan mutu bola sepak negara kita.

Tahap kecergasan pemain-pemain sedia ada juga tidak seperti dahulu. Kebanyakan mereka sering dibelenggu kecederaan dan agak “manja” dengan sistem latihan yang keras. Akibatnya, kemahiran mereka agak kurang dan prestasi mereka juga tidak konsisten. Adakalanya mereka menunjukkan mentaliti dan daya saing yang lemah. Semua ini telah merendahkan mutu bola sepak negara.

Seterusnya, kemerosotan ini dikaitkan dengan program pencarian bakat baru yang tidak sistematik. Tidak seperti negara-negara Eropah, program sebegini agak kurang ditekankan di negara kita. Jika ada sekalipun, program ini bagaikan tidak ada kesinambungannya. Bakat-bakat cilik yang dikesan sering kali tercicir separuh jalan disebabkan pelbagai faktor. Secara tidak langsung, kita ketandusan bakat baru dalam kalangan pemain muda kerana bakat mereka tidak dapat dieksploitasikan sepenuhnya.

Faktor kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan bola sepak negeri turut menghancurkan mutu bola sepak negara. Hal ini berlaku akibat kegagalan mereka membayar gaji pemain hingga menjejaskan semangat dan keinginan pemain untuk bermain habis-habisan. Dalam konteks ini, kurangnya penajaan sektor swasta di samping kutipan tiket perlawanan yang rendah menjadi sebab utama pekara ini berlaku.

Natijahnya, mutu sukan ini perlu diperbaik agar nama negara kembali sebaris dengan negara-negara lain dalam permainan ini. Oleh itu, pelbagai usaha daripada semua pihak wajar digembleng untuk menjadikan harapan ini suatu kenyataan.

rantau — kawasan yang luas
komitmen — sikap memberikan sepenuh tenaga dan perhaban terhadap sesuatu
ganjaran — hadiah atau balasan atas sesuatu perbuatan
skandal — perkara atau perbuatan keji
konsisten — tekal; tetap
mentaliti — keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir
cilik — kecil
dieksploitasikan -- tindakan yang diambil dengan sepenuhnya terhadap sesuatu sumber untuk mendatangkan keuntungan