Tuesday, March 8, 2011

Pantun Dua Kerat (Nasihat) (Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)


Khatib Ar pembaca khutbah; imam Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll);

lubuk hati a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar;

lubuk  1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~

taruh  1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menem­patkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm 



Persoalan/ nilai/ pengajaran
R1:Gaharu, cengal, giam,  Tak tahu, tak kenal, diam. (giam=kayu)
Persoalan: Pentingnya mendapatkan ilmu.
Nilai: jati diri

R2:Jika ada padi berhampalah, , Jika ada hati berasalah.(asonansi: a; 7 kali)
Persoalan: (peka kepada perasaan sendiri dan orang lain)/ sindiran kepasa sesiapa yang melakukan kesilapan.
Nilai:Rasional

R3:Sakit pandan tak tahukan duri, , Sakit badan tak tahukan diri.= orang yang tidak menyedari kesusahan sendiri.
Persoalan: (pentingnya menjaga kesihatan diri/ mengenal diri sendiri supaya jangan bersikap angkuh atau sombong diri./
Nilai:Bertanggungjawab:

R4:Dengar cakap enggang makan buah belolok,  Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Persoalan: (kemudaratan mendengar hasutan orang/ Perlunya mendengar nasihat.
Pengajaran:  Kita janganlah hanya mendengar kata-kata orang lain sehingga boleh memakan diri sendiri.
Nilai: keyakinan
Dengar cakap enggang makan buah belolok: peribahasa=orang yang mengikut hawa nafsuakan musnah akhirnya

R5: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hatI. Taruh: letak
Persoalan: Budi baik hendaklah dikenang./  pentingnya mempunyai perasaan
Pengajaran:  Kita hendakiah mengenang budi dan men ghargai orang lain walaupun budi sedikit.
Nilai: menghargai

R6:Mahal imam, murahlah khatib,  Mahal demam, murahlah sakit. (aliterasi: m 4 kali)
Persoalan: Reda kepada Tuhan
Pengajaran: Kita hendaklah reda dan bersyukur menenima ketentuan Ilahi.
Nilai: bersyukur
Maksud Keseluruhan Pantun - memaparkan nasihat supaya manusia melakukan sesuatu kerja dengan keupayaan diri agar tidak mendapat mudarat. Kita perlu reda dengan ketentuan Ilahi.
Rangkap 1
Menyuruh manusia yang tidak mengetahui apa-apa supaya mendiamkan diri.
Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah Iebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.
Rangkap 2
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.
Rangkap 3
Berbuat sesuatu sesuai dengan keupayaan diri dan jangan sampai memudaratkan diri.
Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri.
Rangkap 4
Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.
Rangkap 5


Jika ada sesuatu yang kita kenang tentang kebaikan seseorang, kita perlu ingat sampai bila-bila.
Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan diingati setiap masa.
Rangkap 6
Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.
Sekali kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.

Tema ; Nasihat yang dapat membina diri seseorang itu ke arah kebaikan./ nasihat-manasihati/

Bentuk
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(h) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
(d) Setiap bans terdiri danipada tujuh hingga tiga belas suku kata. Contohnya: Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam.
(e) Rima akhir setiap rangkap aa.
(f) Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur Bunyi
(i) Asonansi. Contohnya,Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a).
(ii) Aliterasi. Contohnya, Mahal deman, murahlah sakit (pengulangan konsonan m).

Gaya Bahasa
·         Pengulangan kata /repetisi :
·         Jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris)     Mahal imam  murahlah khatib Mahal demam  murahlah sakit
·         Rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi): aa,aa,aa,aa,aa,ab
·         Anaphora: jika ada../ sakit
·         Sinkope: tak
·         Responsi: taruh dalam…
·         Imej alam: gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang

Mesej daripada pantun:
·         Bagaimanakah sikap seorang yang baik terhadap rakan mereka?
·         Mengapakah manusia tidak dibenarkan bersikap sombong?

No comments: