Friday, May 14, 2010

Cara menulis karangan ( Isi 1 )

1. Salah satu peranan institusi keluarga termasuklah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2.Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah termasuklah mengadakan program bergotong-royong.

Cara menulis karangan- pendahuluan

soalan tentang gejala sosial (masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah , mat rempit, bohsia, bohjan,
1. Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar.
2. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat.
3.Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita.
4. penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?
5. ........... sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga.
6. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.
7.berita acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan.
8. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia.
9.Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia.
10. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi.
11.isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kesibarat cendawan tumbuh selepas hujan,

Soalan Karangan: Bersempena dengan Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana tentang peranan guru dalam pembangunan Negara.

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Oleh : Aristotle Tan

Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.

Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru. http://twoohiok.wordpress.com

Cara Menulis Karangan Bahagian C (40%)

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:

Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu

· Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur:

  1. Unsur 1 (ayat utama)
  2. Unsur 2 (ayat huraian)
  3. Unsur 3 (ayat contoh)
  4. Unsur 4 (ayat penegas)

B. AKSESORI KARANGAN

  1. Kosa Kata Menarik
  2. Penanda Wacana Menarik
  3. Ungkapan Menarik
  4. Frasa Menarik

PERENGGAN 4 UNSUR:

1. Ayat Utama:

·

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

· Gunakan ayat mudah.

2. Ayat Huraian:

·

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

· Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

· Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

· Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Ayat Contoh:

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

· Data statistik

· Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

· Penemuan atau kajian sains.

· Contoh langsung

4. Ayat Penegas:

Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

· Penutup kepada perenggan

· Menegaskan semula isi utama

Rumusan( setiap perenggan terdapat 4 hingga 5 ayat)
(A1) Apa?Ayat Utama:
-
Apakah isi pokok yang mahu disampaikan

(A2)
Mengapa?Ayat Huraian:
-
Mengapa boleh berlaku (isi pokok)

(A3)
Bagaimana/ Kesan daripada apa?Ayat Huraian
-
Bagaimana boleh berlaku (isi pokok)

(A4)
Contoh/ BuktiAyat Contoh:
-
Apakah contoh yang dapat menunjukkan (isi pokok)

(A5)
PenegasanAyat Penegas:
-
Kesimpulan daripada isi-kembali kepada persoalan pokok






Contoh Soalan Karangan:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. (TUGASAN)

Contoh Perenggan 4 Unsur

  1. · Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA).
  2. · Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian)
  3. · Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH).
  4. · Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian) Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS) (100patah perkataan)

正己,而无求于人,则无怨。

能知足者,则天下无贫
能无求者,则天下无贱
能忍辱者,则天下无祸
能随遇而安着,则天下无困
能造就人材这,则天下无孤
能以身任天下后世者,则天下无绝

万类相感,以诚以心。
人生无求时才能心安。