Friday, October 17, 2014

Percubaan Kota Belud SPM 2014 - 14



Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.



1.       ilmu

2.       disiplin – perancangan masa

3.       disiplin – pengurusan kawalan dalaman

4.       disiplin – penyelenggaraan hubungan harmonis

5.       gaya hidup baharu – beban kewangan – kesihatan

Telefon bimbit merupakan peranti teknologi yang tidak lagi berasingan dengan kehidupan semua manusia. Menurut statistik yang dilaporkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bahawa rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai sebuah telefon bimbit atau telefon pintar yang menyediakan aplikasi yang mewah seperti 3G. Situasi ini telah menimbulkan polemik pro dan kontra, generasi muda mestilah dididik supaya menerapkan sikap buang keruh ambil jernih untuk memastikan kurniaan benak minda pada era digital ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan bukan hanya kera di hutan disusui, anak di riba diletakkan. Kesan negatif penyalahgunaan telefon bimbit perlulah dikenal pasti supaya melahirkan barisan pelapis negara yang mampu menerajui kepimpinan negara menjelang ambang 2o2o.

Sesungguhnya, Bajet 2013 yang memperuntukkan baucar pembelian telefon pintar kepada golongan muda telah menimbulkan tempias kepada nusa dan bangsa di negara kita. Penyalahgunaan telefon bimbit telah menatijahkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar semakin merosot. (AJ) Hal ini memanglah serius kerana pendidikan merupakan teras kekuatan masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang pantas berubah. (M) Amsalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut tinjauan daripada SKMM, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. © Secara implisit, prestasi akademik pelajar akan merosot  kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih. (K) Jelaslah bahawa ilmu amat penting sebagai wahana untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang individu pada masa kelak. (P)

Dari sudut keagamaan, sikap kesederhanaan amatlah ditekankan oleh semua tuntutan agama. Namun, masa beralih zaman berubah. Budaya kebaratan telah melalaikan generasi muda dalam dunia maya dan terhanyut dalam ilusi yang tidak berfaedah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penyalahgunaan telefon bimbit telah membejatkan tahap disiplin seseorang pelajar pada zaman atom yang semakin mencabar. (AJ) Disiplin merupakan jurupandu untuk melunaskan rutin harian secara tatatertib  kerana mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. (M) Akibat penggunaan telefon bimbit yang melepasi batasan agama dan akidah, pelajar telah kekurangan pengurusan kawalan dalaman, baik dari segi tingkah laku atau emosi. (K) Sebagai tamsilannya, pelajar akan leka dalam dunia maya kerana telefon pintar kini dipenuhi dengan anasir antagonis seperti bahan pornografi, sadis, dan keganasan tanpa sempadan atau pengawalan yang rapi. © Izharnya, pelajar pada zaman pascamodenisasi ini menghadapi krisis kecelaruan identiti yang sengit sehingga tidak mampu untuk mengekang godaan syaitan dan terpesong akidah, lebih-lebih lagi terkandas dalam akademik kerana disiplin merupakan cerucuk fundamental untuk mengemudi bahtera di tengah-tengah samudera.

Dari segi sosial, penggunaan telefon bimbit kadangkala menimbulkan masalah antara hubungan pergaulan manusia. (AJ) Pelajar yang menyalahgunakan telefon bimbit akan kehilangan penyelenggaraan hubungan yang harmonis sesama manusia di sekelilingnya. (AJ) Disiplin merupakan satu sistem untuk memastikan seseorang individu berjaya dalam semua aspek yang ditujui. (M) Mengikut tinjauan daripada pihak sekolah, segelintir pelajar yang leka dalam penggunaan telefon bimbit mengalami masalah berkomunikasi dan tidak bijak untuk berunding dengan sesiapa jua secara bersemuka. Terdapat pelajar juga akan terlibat dalam laman sembang dengan kenalan yang tidak dikenali, secara tidak langsung mereka akan dilamun cinta monyet atau alam khayalan yang tidak realistik. Situasi ini telah menyebabkan kes sosial seperti penculikan, lari dari rumah, seks bebas dan mengandung di luar nikah yang menjatuhkan harga diri seseorang pelajar. © Pendek kata, persengketaan atau perselisihan faham antara pelajar juga mungkin meningkat kerana terdapat segelintir pelajar yang menyebarkan provokasi dan fitnah yang tidak berasas. © Ijmalnya, telefon bimbit bagai serampang dua mata, peranti mewah yang dimanfaatkan akan membentuk masyarakat madani manakala apabila disalahgunakan akan melahirkan masyarakat yang kehilangan jati diri.

Dari perspektif ekonomi, penggunaan telefon bimbit memanifestasikan darjat dan status seseorang  individu. Semakin mewah peranti atau gajet yang digunakan, semakin berstatus dalam masyarakat kontemporari. Akibatnya, pelajar yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang akan cenderung mencari-cari identiti diri dengan meniru ikon yang didekati. Secara tidak langsung, pelajar akan meminta ibu bapa supaya membeli telefon bimbit untuk memenuhi keperluan dan naluri secara fitrah. Setiap bulan, kos bayaran untuk menambah nilai dalam akaun prabayar atau pascabayar juga membebani ekonomi kewangan isi rumah tangga, lebih-lebih lagi pada zaman krisis ekonomi dan kos sara hidup yang gawat. Pendek kata, ibu bapa mestilah mendidik anak secara bijaksana dan bukan hanya memanjakan anak dengan membiarkan anak mengikut hawa nafsu tanpa penghujung, kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta, ikut nafsu lesu.

Dari pandangan perancangan masa, pelajar yang menggunakan telefon bimbit tanpa batasan telah mensia-siakan masa hadapan mereka. Pengurusan masa memanglah penting untuk membentuk sahsiah diri yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang menghargai setiap detik yang dikurniai oleh Tuhan. Disiplin merupakan kunci kejayaan untuk memastikan kita menjaga imej diri dan keluarga. Menurut tinjauan terkini, generasi muda telah menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Masa bagai mata pedang yang akan memancung kita, usia remaja perlulah diisi dengan sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah. Ironinya, pelajar kini lebih cenderung membazirkan masa untuk menghantar khidmat pesanan ringkas(SMS), bersembang dalam talian dan bermain permainan maya yang tidak membawa manfaat dari segi perkembangan jiwa dan minda. Izharnya, pengurusan masa penting kerana semakin lama kita melayani perkara yang membazir, semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Tegasnya, penyalahgunaan telefon bimbit akan membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penggunaan telefon bimbit telah memudaratkan kesihatan pelajar. (AJ) Akibat perkembangan arus perdana tanpa batasan, pelajar kini semakin pasif dalam pergerakan fizikal dan mental. Kebanyakan masa telah dihabiskan di depan telefon bimbit atau tablet kerana tidak ingin ketinggalan dalam arus globalisasi yang pantas bergolek. Natijahnya, kadar metabolisme yang rendah akan menggangu sistem peredaran darah dan proses perkumuhan. Pada era atom ini, kadar radioaktif atau ultraungu telah menjejaskan pelihatan pelajar. Mengikut kajian, masalah kesakitan dalam kalangan pelajar seperti penyakit lelah, asma, penyakit mata dan telinga semakin kronik dan seakan-akan tiada penghujung. Pendek kata, situasi ini bagai dimakan mati emak diluahkan mati bapa, ibu bapa mestilah bijak menangkoh arus modenisasi agar generasi muda berada dalam landasan yang betul, yakni berwawasan dan berintegriti tinggi. Peranti canggih ini merupakan ciptaan daya kreativiti dan inovatif manusia, maka penggunaannya mestilah menuju ke arah yang baik dan bukanlah memusnahkan masyarakat kita bagai gunting dalam lipatan.

Sebagai penghias penutup bicara, aplikasi inovasi sosial ini merupakan satu wahana yang tidak wajar diketepikan. Masyarakat kontemporari mestilah bijak mengasimilasi dan mengakultasi perkembangan arus perdana agar generasi muda yang dilahirkan adalah bersifat secara global dan bertindak secara lokal,  sekali gus mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan analitikal.

formula



Kepentingan PLKN/ kok-/ DAsar 1M1S/ pasukan sukarela/ seni pertahanan diri/ sukan lasak
1.           Pi( pengalaman-ilmu)
2.           BM-badan sihat minda cerdas
3.           Mai-kemahiran insaniah
4.           Sasimi-sahsiah – sikap berpasukan/ karisma
5.           Jadi – jati diri bangsa+perpaduan
6. Di – displin




Penglibatan murid -murid dalam bidang kokurikulum mendatangkan pelbagai faedah. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum tersebut.

       Aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Dasar 1M 1S yang selaras dengan Dasar Sukan Negara merupakan satu pendekatan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid. Perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menatijahkan kemalasan murid untuk bergerak di gelanggang padang dan kelembapan dalam penaakulan akal budi. Oleh itu, penekanan perkembangan seimbang fizikal dan mental dalam kalangan murid adalah penting supaya anak watan kita mampu berdiri teguh dan berwawasan tinggi untuk bertanding dengan barisan pemuda-pemudi dari negara maju. Kemaslahatan aktiviti kokurikulum bagai serampang dua mata, bukan sahaja membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama, malahan merupakan wahana untuk menjulang prestig negara di persada dunia.


1.Pi-da sai-mai-kualin-gaul


Sesungguhnya, murid akan menambah pengalaman dan menimba ilmu melalui pelibatan dalam aktiviti kokurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025) menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. Pengetahuan merupakan wahana untuk membina masyarakat yang berdaya intelektual dan melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam pasaran global supaya setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah melatih pelajar tentang disiplin ilmu seperti perubatan dan kemahiran rawatan kecemasan. Kelab Cinta Alam akan memberikan ilmu pengurusan baja atau kompos dalam bidang teknologi mesra alam. Kelab Keusahawaan atau Kelab Kepenggunaan akan melatih pelajar berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan pengurusan kewangan sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan selepas waktu persekolahan. Lebih-lebih lagi, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kurikulum untuk menambah markah semasa memohom kemasukan institusi pengajian tinggi awam. Pendek kata, ilmu tentang sosiolinguistik melalui pelibatan dalam pelbagai persatuan akan menambah teknik pergaulan pelajar justeru menguasai pelbagai teknik untuk meningkat kualiti hidup selepas tamat alam persekolahan. Ijmalnya, ilmu itu perisai yang penting untuk mengemudi bahtera di tengah-tengah samudera, kepentingan ilmu telah diungkapkan oleh Nabi Muhammad, “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”. 


2.BM-bang bang sofitmen – ps iii – sipeme – betah - kuto

Dari sudut gaya hidup sihat, aktiviti kokurikulum seperti sukan penting untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda seseorang murid. Pembangunan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan kerohanian selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara amatlah penting supaya memastikan kesinambungan tamadun bangsa. Melalui aktiviti kesukanan, perkembangan seimbang dari segi sosiologi, fizikal, mental, dan psikometrik akan melahirkan modal insan yang mampu menongkah arus globalisasi yang pantas berubah bagai belut diketil ekor. Secara implisitnya, daya ingatan dan daya imunisasi pelajar akan meningkat supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Melalui pelibatan dalam aktiviti bersukan, seseorang individu akan mempunyai sistem peredaran darah dan proses metabolisme yang lancar, maka bahan kumuhan dan toksik akan disingkir daripada tubuh badan melalui pepeluhan. Pendek kata, aktiviti kesukanan merupakan benteng ketahanan untuk menghadapi kekangan dalam hidup supaya menangani tekanan emosi dengan ceria dan tabah.


3. Mai = kemahiran insaniah
Pada era globalisasi tanpa sempadan ini, selain pencapaian akademik yang cemerlang, seseorang pelajar juga mestilah mempunyai pelbagai kemahiran supaya mempunyai kebolehpasaran dalam alam kerjaya selepas tamat waktu persekolahan.  Pelibatan dalam persatuan akademik, seseorang murid akan dilatih mempunyai kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikrah, kemahiran inovatif dan sebagainya. Sebagai tamsilannya, Persatuan Komputer akan melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif untuk menjanakan kesinambungan tamadun bangsa. Inisiatif pihak kerajaan untuk memajukan aplikasi ICT jelas diperlihatkan dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia dengan memajukan makmal internet dan pembangunan projek 1Bestari Net. Murid yang kreatif dan inovatif akan menyerlahkan bakat dan potensinya melalui keberanian untuk meneroka sesuatu yang baharu. Sebagai contohnya, pelajar dari USM yang mencipta  teknik mengitar semula kertas dengan penyahwarnaan telah diiktiraf oleh pertubuhan Geneva dari luar negara. Kemahiran ini merupakan bekalan untuk melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang, khasnya daam bidang inovasi Pembangunan dan Penyelidikan, atau Sains, Matematik, Teknologi dan Inovasi.

4. Sasimi fiti kkr
Dari segi etika dan nilai integriti, aktiviti kokurikulum akan membentuk sahsiah diri yang ampuh dalam kalangan murid. Memetik kata Sukarno, “lihat masa depan negara lihatlah remaja hari ini.’ Murid merupakan perintis dan pelapis yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Sikap karisme seseorang pemimpin mestilah menonjolkan nilai-nilai integriti seperti amanah, keberanian dan budi pekerti. Melalui aktiviti kokurikulum, murid akan dilatih untuk menjadi pemimpin seperti pengerusi, setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa sejak bangku sekolah. Kepimpinan melalui teladan merupakan satu prasyarat untuk memastikan murid mencapai kecemerlangan, kegemilangan, dan keterbilangan pada masa hadapan. Pendek kata, pelajar akan mematangkan minda dan berintelektual supaya berfikir serta bertindak dengan kreatif, kritis dan rational.

5. jadi pa
Sebagai agen perpaduan, aktiviti kokurikulum akan melahirkan murid yang mempunyai jati diri bangsa dan bersemangat patriotik. Gagasan 1Malaysia yang diwara-warakan menekankan agenda perpaduan supaya membentuk masyarakat yang dinamik dan pragmatik. Memetik kata Dato’ Sri Najib Tun Razak, “ kita berdiri, kita berfikir, kita bertindak satu bangsa.” Oleh itu, sebagai murid yang bakal menggalas tanggungjawab untuk membangunkan negara, agenda perpaduan merupakan salah satu obligasi yang perlu dipertahankan. Melalui aktiviti barisan perarakan semasa menyambut hari Kebangsaan, semua murid akan berbaris tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, etnik dan kepercayaan. Aktiviti perkhemahan yang terdiri daripada bangsa yang berbeza juga akan menjalinkan hubungan silaturahum justeru wasilah ini akan mengikis perasaan dendam kesumat, curiga dan prasangka antara murid yang berbilang etnik, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Pendek kata, budi pekerti seperti kasih sayang, kerjasama, dan hormat-menghormati akan terserlah dalam jiwa raga setiap murid kerana aktiviti berpasukan akan memahamkan murid bahawa rambut sama-sama hitam, hati lain-lain.

6. Disiplin
Dari dimensi lain, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan akademik dan pasukan seragam mampu membudayakan disiplin diri dalam kalangan murid sejak bangku sekolah. (AJ) Disiplin ialah jurupandu untuk melunaskan rutin harian kita kerana mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. (M) Contohnya, aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berkawad, perkhemahan dan kem bina jati diri akan melatih murid dari segi perancangan masa, pengurusan kawalan dalaman, serta penyelenggaraan hubungan harmonis dgn semua orang dalam sesebuah organisasi. © Secara langsungnya, murid tidak akan membazirkan masa dalam aktiviti yang menghanyutkan diri dalam dunia hedonisme dan liberalisme. Masa ini memang penting kerana masa yang berlalu tidak kembali lagi, khasnya dalam usia remaja yang amat berharga. (K) Ijmalnya, murid yang berdisiplin akan berhati-hati dengan parasit yang akan mengancam konsentrasi. Tanpa disiplin tiada sekelumit pun kejayaan yang bakal diraih. Tegasnya, aktiviti kokurikulum dapat membentuk murid yang berdisiplin.

Sebagai penghias penutup bicara, murid berperanan untuk menentukan masa depan sesebuah negara. Sejak bangku sekolah, murid mesti dididik supaya memahami isi tersirat di sebalik peribahasa, hidup pokok biar berkayu, hidup manusia biar berjasa. Oleh itu, murid mesti memahami bahawa setiap tingkah laku dan pemikiran mestilah berbakti kepada nusa dan bangsa. Rasullulah pernah mengatakan bahawa anak watan yang mencintai negara ialah sebahagian daripada keimanan. Jelaslah, aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum di sekolah pentingkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua segi kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.