Sunday, October 7, 2012

karangan PMR

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup.Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka.Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar.Justeru,ibu bapa yang menginginkananak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini  sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat.Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tanbahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2.Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.
  Oleh : razliqah raghazli


Soalan : Sikap berjimat cermat merupakan nilai murni yang harus disemai dalam jiwa setiap orang dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ulaskan pendapat ini dengan selengkapnya.

Pendahuluan

Jenis 1

-   Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. 
-   Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. 
-   Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
-   Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. 
-   Sikap boros dilarang oleh Allah. 
-   Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. 
-   Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
-   Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.

Amalan berjimat cermat dan menabung.


............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

frasa menarik tingkatan 3


frasa menarik

1Setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani secara bijaksana, ibarat menarik rambut daiam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
2Sikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sepatutnya tidak wujud dalam hidup berjiran kerana jiran atau tetangga saling memerlukan demi mencapai permuafakatan dan kesejahteraan.
3Dalam menuju konsep satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan, rakyat negara ini mesti sanggup mengetepikan kepentingan diri dan meletakkan kepentingan negara sebagai prioriti kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
4Pesan orang tua-tua, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan jangan jadi seperti kaduk naik junjung. 5Sikap tersebut bukan sahaja merugikan diri sendiri, tetapi juga menjejaskan peribadi dan kewibawaan seseorang.
6Kita haruslah berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya kerana geruh tak berbunyi, malang tak berbau.



1. tema remaja/ pelajar cemerlang
责任/青年问题/优秀特征/心想事成
责任:menggalas tanggungjwab untuk memartabatkan imej keluarga, sekolah dan negara
berperanan vital untuk merealisasikan setiap misi dan visi negara
mendukung tanggungjwab untuk memastikan pembangunan negara
generasi muda penaraju dan pelapis pembangunan nusa bangsa
pemuda yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang cenderung mengikut-ikut idola mereka
pemuda-pemudi bakal peneraju kepimpinan negara
优秀特征pelajar cemerlang akan berusaha untuk menempa kejayaan
pelajar cemerlang akan berpegang pada prinsip genggam bara api menjadi arang supaya membuahkan hasil yang diidamkan
pelajar cemerlang akan menghayati masa ini emas dengan  mempunyai pengurusan masa dan pengurusan kendiri yang baik
pelajar cemerlang selalu memasang tekad supaya menerokai pengalaman baharu untuk mengotakan aspirasi dalam kehidupan mereka.
pelajar cemerlang gigih mempercayai bahawa kegagalan ialah kunci segala kejayaan
sikap tidak mengenal erti putus asa bagai perencah untuk mencapai titik kejayaan dalam kehidupan mereka


2. tema gejala sosial( cikgu sudah kasi setiap pelajar satu set yang lengkap pada semesta yang pertama)
kekurangan kesedaran diri akan menatijahkan anak remaja terpesong dari landasan keimanan
ketandusan KS akan mengakibatkan anak remaja bergelumang dengan anasir negatif
kedangkalan didikan agama memungkinkan anak remaja terjerumus dalam kancah kemungkaran
kerakusan pihak media untuk mengaup keuntungan maksimum telah mengabaikan tanggungjawab mereka dengan menghebahkan siaran yang berunsur negatif.
remaja
Anak-anak mengalami kekosongan jiwa akan cuba mencari-cari penghargaan dan pengiktirafan daripada luar rumah. 

3. tema guru/ sekolah
1.CAME MMPP- ceramah, aktiviti kemasyarakatan, pertandingan, program pembinaan diri, memotivasikan, melancarkan pengajaran dan pembelajaran , supaya membentuk pelajar beretika
2. Pro Ma CBK MIS HO KAM MMPP
memartabatkan(MA) profesionalisme(PRO) guru dengan menggunakan corak pembelajaran yang kreatif (CBK) supaya membentuk modal insan seimbang(MIS) dari segi JERI.
pelajar suka belajar di persekitaran kondusif dan pendidikan holistik(Ho) kerana penghargaan dan pengiktirafan(PP) dapat dikenalpasikan.
Komunikasi dua hala penting untuk menganjak minda pelajar supaya melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi anak didiknya.
Kelakuan yang tidak baik akan dicontohi oleh pelajar, bak nyiru bak tampian, bak gura bak anak sasian. 
guru wajar memartabatkan profesionalisme meraka dengan menekankan corak pembelajaran komprehensif supaya menarik perhatian dan keterajuan pelajar ketika pelajaran disampaikan
Kementerian Pelajaran Malaysia selalu merombak sukatan pelajaran supaya tidak terlalu berorientasikan pretasi pelajaran semata-mata.

- komunikasi dua hala antara ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat menganjak minda pelajar 
- Keberkesanan pelaksanaan pelbagai strategi akan memahamkan pelajar yang sesat di hujung jalab, balik ke pangkal jalan.

 4。tema keluarga
• Hubungan kekeluargaan yang longgar disebabkan ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya hingga mengabaikán anak-anak 
Sikap ibu bapa bagai “ anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui” tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak 
• ibu bapa menunjukkan teladan yang negatif seperti pergaduhan suami isteri di hadapan anak ,penderaan anak sehingga membibitkan emosi trauma anak-anak.
anak akan  mencari ketenangan di luar rumah melalui berkenalan dengan remaja liar 
• anak berasa kongkongan umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
 jiwa remaja memberontak kerana kerakusan KS daripada ibu bapa atau persekitaran yang terlalu mengongkong
 mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang kerana kehidupan  bagai layang-layang putus tali
 • kadangkala  Ibu bapa  menetapkan jalan hidup anaknya pada masa akan datang . Anak tidak berpeluang mengikut naluri sendiri . Akibatnya remaja mula memberontak supaya .mereka mencari keseronokan di luar.
 • Perceraian ibu bapa amat memberikan kesan mendalam terhadap  anak -anak 


Kepentingan keluarga bahagia
Gejala sosial akan menjejaskan masa depan remaja.HIDK remaja yang terlibat dalam gejala sosial akan menjadi sampah masyarakat atau  dipandang hina bagai melukut di tepi gantang. Lazimnya, remaja tidak mempunyai hala tuju matlamat yang jelas pada masa depan atau tidak bercita-cita tinggi kerana kekurangan B+G yang sepatutnya. Dengan ini, mereka sukar mendapat kepercayaan daripada masyarakat lagi kerana selalu dipandang serong tentang kredibiliti mereka.  Impaknya,  hidup yang terumbang-ambing bagai layang-layang putus tali akhirnya menjadi musuh negara.

Keluarag bahagia akan mencerahkan masa depan remaja.HIDK remaja yang dibesarkan dalam keluarga bahagia  akan menjadi pelapis negara atau  dipandang berat oleh semua lapisan masyarakat. Lazimnya, remaja ini mempunyai hala tuju matlamat yang jelas pada masa depan atau bercita-cita tinggi kerana terdapat  B+G yang sepatutnya. Dengan ini, mereka akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat kerana selalu dipandang berat tentang kredibiliti mereka.  Impaknya,  hidup meraka bagai diterangi bulan purnama akhirnya menjadi tampuk kepimpinan negara yang penting.

Mencemarkan maruah keluarga.

Memartabatkan maruah negara
Akibatnya, maruah keluarga yang tercalar memerlukan masa yang lama untuk memulihkan maruah keluarga dan dihormati oleh khalayak ramai.

Kelaurag bahagia akan memartabatkan maruah keluarga. Hal ini demikian kerana situasi ini persis peribahasa Gaharu dibakar kemenyan berbau. . Dengan ini, masyarakat akan menaruh kepercayaan terhadap keluarga tersebut, justeru maruah keluarga akan dimatrabatkan. Hubungan mesra antara ahli kekeluargaan akan merapatkan hubungan adik-beradik, malahan lebih terserlah lagi ahli keluarga lain juga akan diiktiraf dan dihargai oleh masyarakat.
Akibatnya, maruah keluarga dapat meningkatkan kredibiliti khalayak ramai semasa diamanahkan sesuatu tugasan.

Menggugat kesejahteraan sosial.

Menenteramkan kesejahteraan sosial.

Remaja  menjadi liar akan melakukan pelbagai gejala sosial tanpa perasaan bersalah. Menurut kajian, keluarga pincang akan menghasilkan generasi yang akan menggugat kesejahteraan sosial. Mereka akan mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa tidak selamat kerana sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya, gejala sosial yang semakin menular akan meranapkan hasrat negara untuk mencapai misi sebagai negara yang maju.


Keluarga bahagia akan menenteramkan kesejahteraan sosial. Remaja  unggul akan menjauhi pelbagai gejala sosial kerana berasa bersalah jika menyalahi norma masyarakat. Menurut kajian, keluarga harmoni akan menghasilkan generasi yang akan berminda kelas pertama. Mereka tidak akan mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa tidak selamat kerana sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya, keluarga bahagia akan menggembleng hasrat negara untuk mencapai kemajuan negara sejajar dengan pembangunan modal insan yang sempurna.


Membantutkan pembangunan negara.

Merancakkan pembangunan negara
Remaja tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara akan terjebak dengan kegiatan yang merosakkan diri seperti penyalahgunaan dadah. HIDK remaja ialah tulang belakang kemajuan negara. Dengan gejala sosial, remaja yang berkelakuan devian akan menggagalkan usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan dengan itu, negara tidak lagi memiliki modal insan yang berkualiti untuk menggerakkan ekonomi negara kerana tidak mempunyai daya saing yang kuat.

Keluarga bahagia akan merancakkan pembangunan negara dengan melahirkan modal insan yang sempurna.Remaja ini akan berupaya untuk memberikan sumbangan kepada negara dengan menggembleng segala potensi diri dan kapasiliti diri yang sempurna. HIDK remaja ialah tulang belakang kemajuan negara. Dengan keluarga bahagia, remaja yang berhemah tinggi akan memastikan usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan dengan itu, negara yang  memiliki modal insan yang berkualiti akan dapat menggerakkan ekonomi negara kerana mempunyai daya saing yang kuat.

Menjejaskan imej negara.

Mengharumkan imej negara

Majulah keluarga, majulah masyarakat dan negara. Negara-negara lain akan memandang tinggi kredibiliti negara kita kerana dapat mewujudkan kesejahteraan sosial dan keharmonian masyarakat dengan menangani masalah sosial negara sehingga ke tahap yang optimum. Lantaran ini, pelancong asing akan menaruh keterujaan untuk kembali melancong di sini kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.. Akibatnya, negara kita yang selama ini terserlah dengan keamanan dan keharmonian bukan hanyalah bagai indah khabar daripada rupa. Dengan itu, pelancong asing akan  menceritakan keharmonian negara kita kepada rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi,  media massa asing juga kan mengheboh-hebohkan perkara tersebut sehingga memartabatkan imej negara.


Gaya hidup sihat
SUKMA

sukan-
BM soFiMen PS _III
gaya hidup sihat dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda seseorang individu. Dengan aktiviti beriadah, kita dapat memastikan perkembangan sosial, fizikal, dan mental yang optimum.
lebih-lebih lagi, perkembangan psikologi yang seimbang akan mengurangkan tekanan dalam pelajaran mahupun kehidupan.
Natijahnya, daya ingatan(I), daya imunasi(I), dan daya imaginasi(I) peserta akan ditingkatkan kerana aktiviti ini dapat mengimbangkan sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, dan sistem tumbesaran kita. Toksik yang disingkir melalui pepeluhan akan memastikan badan selalu berada di tahap yang ceria supaya senang mencernakan bakat dan kreativiti setiap insan.

Kebersihan
Kebersihan menjamin kesihatan. Penyakit berjangkit bertitik tolak daripada kebersihan diri dan persekitaran yang mengurang.
Pembudayaan disiplin dengan KOP MAK JIH...懒得写了

masa rehat

pemakanan seimbang(penyakit...obesiti)
vitamin
zat
karbohidrat
protein
minyak
serat

懒得写了

INternet
kebaikan barangan buatan tempatan
berjimat cermat
kemalangan ja;an raya(LANGKAH)






Monday, August 27, 2012

REMINDER SMK TP students

OUR STUDY PLAN JUST AS BELOW, do realized time bypassed soon. FINAL YEAR = your step closer to SPM 2013, that your stepping stone to your future.

DUN WORRY< i just wanna u really catch up all the syllabus in form 4, go further, get more in your heart

LIFE tell me, dun delay, go further....dun just saying wait la wait la

Hmmm, just fight

MAKE SURE ALL EXERCISES PASS UP BY 15 SEPT 2012

ON COMING PRESENTATION;

week 35 : Hikayat Khlja Maimun dan Cerpen 3(ISRAK)

week 36(3-7 Sept) : Cerpen 4(Pemain Catur-Zaharah Nawaioi) dan Cerpen 5(Mellisa)

week 37(10-14/sept) : cerpen 6( Biarkan samudera) dan drama 1: Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

week 38(17-21/sept): drama 2:Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary) dan Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

week 39: 24-28/sept : sajak 2: Di Perpustakaan- Shafie Abu Bakar Alam yang Hijau, 2007

Sajak 3:Mengintai Ruang Insaf- Shukri Abdullah-Sesudah Hujan Dahlia, 2002
Sajak 3:Mahsuri-Zurinah Hassan
sajak 4: Adat Sezaman- Wan Nazihah Wan Abdullah
sajak 5:Tiba Waktunya- Ghazali Lateh Momoir Satu Ketika, 2007

Syair Siti Sianah- Raja Ali Haji


Latihan(pastikan anda tulis jawaban dalam ayat penuh)
1.    Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah
Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening.
Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki.

2.    Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.
Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak . Selain itu,  persoalan ketaaatan kepada Allah .

3. Berikan dua gambaran wanita yang terdapat dalam syair ini.[2M]
...wanita yang berperangai janggal kerana mencukur bulu roma di muka dan kening sehingga tajam
 ... wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan menunjuk-nunjukkan mukanya kepada lelaki
 ... wanita yang suka bersolek, berdandan, atau berhias

4.Golongan lelaki wajar bertanggungjawab terhadap golongan wanita.Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab tersebut?Nyatakan tiga bentuk tanggungjawab itu.  [3 markah]
... tidak menindas atau mengeksploitasi golongan wanita
... membimbing golongan wanita ke jalan yang benar
... menjaga kehormatan seseorang wanita

5. Jelaskan empat bentuk syair tersebut.[4M]
... terdiri daripada sebelas rangkap... setiap rangkap terdiri daripada empat baris ... mempunyai tiga hingga lima patah kata dalam setiap baris ... rima akhirnya aaaa

6. Nyatakan tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair.
..ketawa hingga mengilai-ilai...asyik bersolek dan berdandan...suka menunjuk-nunjuk barangan kemas yang dimiliki...suka berjudi sehingga bergadai

7. Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya rakan perempuan di sekolah anda berperangai buruk?Nyatakan tiga tindakan tersebut.  [3 markah]
...menasihatinya agar meninggalkan perangai buruknya ... memberitahu ibu bapanya supaya mereka dapat
membimbingnya - mendoakannya agar diberikan petunjuk

8. Bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam syair di atas.
...masyarakat yang terlalu mementingkan kecantikan diri... masyarakat
gila judi - masyarakat yang lalai akan perintah Allah dan ajaran agama


9. Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah\
Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.

10.Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah\
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong sesetengah remaja bergaul secara bebas?
Berikan tiga punca.     [3 markah]
terpengaruh oleh rakan sebaya...terpengaruh oleh media massa - suka mencuba sesuatu yang baharu..gagal membezakan yang baik dengan yang buruk

11. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut.08/06            [4 markah]
..memelihara maruah diri(tidak melakukan perkara yang tidak bermoral)...kesyukuran(berterima kasih kepada Tuhan atas apa-apa yang telah dikurniakan kepada kita)

12. Berikan maksud jangan menjadi betina sempolah.[2M]
...wanita dilarang agar tidak menjadi sampah masyarakat/tidak berguna.

13.Mengapakah seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan?
Berikan tiga pendapat anda tentang perkara tersebut.[3 markah]
...menimbulkan tarikan kepada lelaki untuk berbuat jahat
...menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita
..dilarang oleh agama
...merosakkan sistem atau norma masyarakat

14.Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.
...hubungan antara perempuan dengan lelaki yang melampaui batasan perlu dielakkan agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat
...tabiat suka berjudi bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri tetapi menghancurkan institusi kekeluargaan

15. Berikan maksud cemara.[2M]
...rambut palsu

(2 markah)
16.Dalam rangkap kesebelas syair ini, dinyatakan perlakuan antara lelaki dan perempuan yang tidak patut dilakukan.Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular dalam kalangan anak-anak?      (3 markah)
Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular ialah mendidik anak-anak sedari kecil tentang kesopanan diri. Selain menyatakan keburukan dan akibat yang mungkin berlaku daripada perlakuan seperti itu. Akhirnya sentiasa berusaha memberi perhatian dan mengawasi pergaulan anak-anak dan mengambil sikap menegur jika berlaku

17. Mengapakah seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan?Berikan tiga pendapat anda tentang perkara tersebut.[3 markah]


18. Berikan maksud memakai cemara berjela-jela dalam syair ini.[2M]
... memakai rambut palsu ... rambut palsu itu pula terlalu panjang

19.Jelaskan tiga kesan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.[3 markah]
... pergauian bebas dilaknati oleh Tuhan/menyalahi nilai moral
... mendorong kepada perlakuan zina
... wanita mengandung anak luar nikah
... bayi yang tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat

20.Huraikan dua persoalan yang tersirat dalam syair ini.       [4 markah
... sesetengah perempuan berperangai buruk seperti mencukur bulu kening dan bulu roma
... sesetengah perempuan suka membuang masa membelek-belek diri di hadapan cermin
 ... terdapat perempuan yang suka berpeleseran dengan kaum lelaki
... pergaulan antara perempuan dengan lelaki tanpa batas akan menyebabkan berbagai-bagai perbuatan negatif berlaku

Jawaban Komsas Tingkatan 4

Prosa Klasik Pelayaran Penuh Peristiwa

1.Apakah maksud baris terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan?(2 markah)
Frasa tersebut bermaksud termangu- mangu sambil memerhati keris.

2. Apakah yang telah diumumkan oleh Nakhoda Tua?(3 markah)
Sesiapa yang mampu menyelamatkan seluruh isi kapal akan dikahwinkan dengan anaknya.   Seterusnya,
Pelayaran mereka akan menempuh dugaan hebat kerana mereka akan melalui laluan yang dipenuhi lanun.

3. Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang comot?(3 markah)
Awang Sulung ingin merasai pengalaman sebagai orang biasa. Seterusnya, Awang Sulung ingin menguji pembesar-pembesar di sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau tidak. Akhirnya, Awang Sulung ingin mengetahui tahap layanan yang diterima oleh golongan bawahan.

4.Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?(2 markah)
Maksud baris ialah bukannya jurumudi yang memberi Awang Sulung Merah Muda makan dan minuman menanggung makan dan minum Awang Sulung Merah Muda.

5. Huraikan dua nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerita ini.(3 markah)
Berhati-hati dan bekerjasama. Ketaatan dan keberanian.

6.Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi jurumudi?
Kerana dia mengasihi Awang Sulung. Selain itu, jurumudi tidak layak untuk memarahi Awang Sulung. Tindakan menghina insan yang lain merupakan tindakan yang tidak wajar.

7.Berdasarkan petikan di atas, jelaskan tindakan Awang Sulung setelah menerima arahan daripada Tuan Puteri Seri Jawa.[3 markah]
Awang Sulung mengambil air di tempat arus yang paling deras di tengah laut  Seterusnya, Awang Sulung mengambil batang nipah sedangkan orang lain mengambil kayu bakau dan temu laut

8.Pada pendapat anda, mengapakah Jurumudi tidak senang akan layanan Tuan Puteri Seri terhadap AS? [3 M]
Jurumudi menyukai Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tetapi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyukai Awang SulungSelain itu, jurumudi cemburu akan Awang Sulung

9.Berikan maksud rangkai kata sekarang hutang pun sudah berbayar.                [2 markah]
Rangkai kata bermaksud kini pinjaman telah dilangsaikan

10. Apakah tujuan pelayaran Awang Sulung Merah Muda ke Bandar Mengkalih?            [3 markah]
Untuk menemani Tuan Puteri Dayang pulang ke negerinya Selain itu, untuk melangsaikan hutang dengan Datuk Batin Alam

11. Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi mengelakkan dirinya daripada berhutang.             [3 markah]
Antara langkah ialah tidak boros berbelanja. Selain itu, membeli barang-barang yang perlu sahaja. Akhirnya, tidak mengamalkan tabiat suka meminjam wang serta membuat simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

12.Terangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas.[2 markah]
Maksud rangkai kata ini ialah orang yang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana berpengalaman seperti kelapa tua yang berminyak, tetapi tua "ayahanda" diibaratkan cendawan yang semakin rosak dan membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa.

13.Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk?Nyatakan dua sebab.            [2 markah]
Ibarat ini digunakan kerana mata ayahandanya sudah kabur, yakni ayahandanya tidak menyiasat lebih dahulu kedudukan yang sebenar Selain itu, ibarat ini digunakan kerana telinga ayahandanya sudah pekak, yakni mudah diperdayakan oleh jurumudi

14.Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi?Nyatakan empat alasan anda.[4M]
tidak wajar kerana Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu Seterusnya,Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi . Lebih-lebih lagi, jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun

15.Berikan maksud rangkai kata telah ayahanda nyahkan dia.              [2 markah]
Rangkai kata ini bermaksud sudah ayahanda sisihkan dia/ketepikan dia

16..Mengapakah Tuan Puteri Dayang terlalu marah kepada Tuanku Nakhoda Tua?Berikan tiga sebab.     [ 3]
Tuan Puteri Dayang terlalu marah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Tuanku Nakhoda Tua . Seterusnya,
baginda tidak bersetuju berkahwin dengan jurumudi . Lagipun,  Tuanku Nakhoda Tua bertindak terburu-buru tanpa menyelidik lebih dahulu kebenaran/kesahihan sesuatu perkara

17.Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata orang bawahannya tanpa usul periksa?
Akibatnya ialah timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas . Seterusnya, hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah . Akhirnya, akan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan, dan sebagainya

18.Terangkan maksud frasa menumpang teduh dalam petikan tersebut.(2 markah)
Maksud frasa menumpang teduh ialah tinggal diam, atau singgah buat sementara.

19.Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung?(3 markah)
Tuanku NakhodaTua memohon maaf kepada Awang Sulung kerana memandang hina terhadap Awang Sulung Selain baginda tidak mengetahui kelebihan Awang Sulung; Akhirnya, baginda tidak dapat melihat keadaan yang berlaku sebenarnya kerana penglihatannya kabur.

20. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan memohon maaf atas kesilapan diri dalam kalangan masyarakat?(3 markah)
Kepentingannya termasuklah dapat mengurangkan perselisihan faham.Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Akhirnya, dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

21. Apakah maksud rangkai kata  meninjau kati dan dacing?
Maksud rangkai kata meninjau kati dan dacing ialah melihat peluang perniagaan.

22. Jelaskan perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh.
Perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh ialah Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun. Apabila baginda melihatkan geliung itu sampai, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan geliung itu.

23. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita merantau di tempat orang?
Pada pendapat saya, kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita merantau di tempat orang supaya kita tidak akan dipandang serong.  Selain orang lain akan menghormati kita. Lagipun, kita mudah mendapat kawan.

24. Berikan maksud masuk tangan dalam petikan di atas.
Maksudnya ialah  menyampuk.

25.Nyatakan tiga tanda yang menunjukkkan Awang Sulung merupakan golongan yang mempunyai taraf sosial yang tinggi.
Tandanya ialah orang besar-besar menjemputnya ke istana. Selain Awang Sulung diiringi oleh jurubatu dan Bujang Selamat . Segala alat kebesaran berbunyi sendiri apabila Awang Sulung datang  serta seluruh isi alam menyambut sama kedatangan Awang Sulung.  

26.Pada pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana?Kemukakan empat pendapat anda.    [4 markah]
Tujuan ialah  tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah. Selain dapat meningkatkan rasa hormat tetamu kepada ketua negeri. Seterusnya, dapat menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut tetamu kehormat serta mengelakkan tetamu daripada berasa tidak dihormati.

27. Pada pendapat anda, apakah keburukan perbuatan menyabung ayam?Nyatakan tiga pendapat anda.              [3]
Kegiatann ini akan mendatangkan kerugian kepada individu yang kalah Seterusnya,  berdosa di sisi Allah S.W.T .Lagipun, akan menimbulkan konflik seperti pergaduhan serta  menyebabkan seseorang lupa akan tanggungjawabnya .Akhirnya, kegiatan ini akan menyebabkan keharmonian keluarga tergugat.

28.Apakah maksud rangkai kata raja termakan cakap puterinya? [2 markah]
Rangkai kata “raja termakan cakap puterinya” membawa maksud pemerintah mendengar kata anakandanya.

29.Berikan bukti bahawa kedatangan tetamu diraikan dengan perasaan gembira.[3 markah]
Bukti tetamu diraikan dengan perasaan gembira ialah raja menitahkan negeri dihiasi. Selain itu, orang-orang besar baginda diarahkan menjemput tetamu itu. Akhir sekali, pembesar negeri membenarkan tetamu itu melakukan aktiviti yang disukai seperti menyabung ayam, bermain catur, atau mengadakan kenduri

30.Pada pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri disambut dengan begitu meriah?[3M]
Kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan meriah kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh. Selain itu, untuk menunjukkan bahawa negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat. Akhir sekali, sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu disambut meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.

31.Apakah maksud berkokok balam tembaga tiga gaya?[2 markah]
Bermaksud sejenis burung berbunyi dengan tiga nada yang berbeza

32. Nyatakan dua perkara yang berlaku dalam diri Awang Sulung yang menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu.[2 markah]
segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama Seterusnya,gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur telah menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu

33. Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk mengesahkan bahawa Awang Sulung anak saudara anda tanpa mengaibkan diri sendiri?Berikan empat cadangan anda.[4 markah]
Tindakan termasuklah menghantar penyiasat khas secara sulit . Selain berjumpa dengan Awang Sulung secara tertutup . Lagipun, akan bertanya dengan orang kanan Awang Sulung . Seterus, juga menggunakan bantuan dukun ataupun bomoh tanpa pengetahuan Awang Sulung.

34. Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur.09       [2 markah]
bak/macam/seperti/umpama cahaya yang memancar di langit berpancaran

35.Nyatakan tiga daripada adat menyabung ayam yang tidak dibenarkan, seperti dijelaskan oleh penghulu gelanggang sebelum acara menyabung ayam dijalankan.         [3 markah]
Adatnya ialah  tidak mencabut keris yang tersisip di pinggang . Selain,  tidak mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala. Akhirnya, tidak menyingsing lengan baju.

36.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam?Kemukakan tiga sebab.[3]
Sebab ialah tidak ada pilihan hiburan yang lain .Seterusnya, untuk mengisi masa lapang. Lagipun masyarakat kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama. Akhirnya, aktiviti ini  dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang.

37. Berikan maksud rangkai kata adat bergelanggang?  (1 markah)
Maksud rangkai kata adat bergelanggang ialah peraturan pertandingan.

38. Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung?(3)
Rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung kerana gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

39. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat? (4 M)
Pada pendapat saya, aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat kerana perbuatan itu dianggap menganiayai binatang. Selain itu,. unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini Lagipun,  dalam Islam perkara ini adalah haram.

40. Nyatakan tiga pantang larang apabila berada di gelanggang.[2M]
- mencabut keris yang tersisip di pinggang — mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala- menyingsing lengan baju

41. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.Pada pendapat anda, mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding? {3}
Pantang larang diamalkan untuk mengelakkan sebarang konflik seperti penipuan berlaku. Seterusnya, wujudnya persaingan sihat antara kedua-dua pihak. Akhirnya, hubungan mesra akan dijalin.

42.Berikan maksud mengikut puputan angin.              (2 markah)
Bermaksud mengikut arah tiupan angin

43. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan Si Kembang Cina sebelum berjaya membuat AS menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal itu.     (3 markah)
Tindakan-tindakan Si Kembang Cina sebelum berjaya membuat Awang Sulung Merah Muda menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal itu ialah menyampaikan arahan daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Awang Sulung. Seterusnya,memujuk semula Awang Sulung dengan menggunakan bahasa yang lembut dan bersopan. Akhirnya,
memberi Awang Sulung Merah Muda makan.

3. Pada pendapat anda, mengapakah AS tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan kapal tersebut?
Pada pendapat saya, Awang Sulung tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan kapal tersebut kerana
Awang Sulung ingin menunjukkan kehebatan dan keistimewaannya kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Seterusnya, Awang Sulung Merah Muda menggunakan kebolehannya menyuruh angin membawa kapal tersebut mengikut haluannya. Akhirnya,sebagai seorang anak raja besar, Awang Sulung Merah Muda memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan boleh digunakan walaupun terhadap benda seperti kapal termasuklah unsur-unsur alam seperti angin, air, tanah dan api



 LATIHAN PENGUKUHAN Merah Silu
Latihan Booster T4
1.Apakah maksud bantunkan rambut? [2 markah]
Bermaksud cabutkan rambut

2.Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas rambut Puteri Betong dibantun oleh Merah Gajah.[3 markah]
Kesannya ialah keluar darah dari liang rambut itu  Seterusnya, Puteri Betong pun hilang selepas darah yang keluar dari liang rambut kering  Lagipun, Raja Muhammad, iaitu ayahanda Puteri Betong marah akan Merah Gajah Akhirnya, Merah Gajah telah dibunuh.

3.Pada pendapat anda, siapakah yang bersalah,Puetri Butong atau Merah Silu dalam isu rambut Puteri Butong dibantun oleh suaminya Berikan tiga alasan anda.
Pada pendapat saya, Merah Gajah yang tidak bersalah kerana Puetri Butong tidak menjelaskan secara terperinci tentang rambut tersebut  Puetri Butong tidak menyembunyikan rambutnya dengan baik- Puetri Butong tidak membuat perjanjian dengan suaminya sebelum mereka berkahwin berhubung rambutnya itu.

4 Berdasarkan petikan cerita, nyatakan sebab-sebab Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. (3M)
Sebab baginda menyangka tidak akan berlaku apa-apa terhadap Puteri Betong . Puteri Betong tidak memberitahunya dengan serius akan akibat jika rambutnya dicabut . Puteri Betong tidak membenarkan baginda mencabut rambutnya yang sehelai walaupun sudah berkali- kali baginda menyatakan hasratnya itu

5. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada sikap tidak amanah? (3M)
Pada pendapat saya,kesan daripada sikap tidak amanah ialah akan menanggang dosa akibat perbuatan lalu. Sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain . Berkemungkinan menimbulkan kekecohan dan menggangu keamanan pihak-pihak yang terlibat.

A++ Pelangi
6. Apakah maksud rangkai kata alamat perceraian tuan hamba dengan hamba?               [2 markah]
maksud ialah tandanya Puteri Betong dan Merah Gajah akan berpisah  

7.Apakah yang berlaku setelah rambut Puteri Betong dicabut oleh Merah Gajah?   [3 markah]
Perkara yang berlaku ialah darah keluar dari liang rambut yang dicabut itu  Setelah darah itu berhenti keluar, Puteri Betong pun mangkat

8.Pada pendapat anda, wajarkah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah atas kematian Puteri Betong? Kemukakan dua alasan anda.[3 markah]
tidak wajar - kerana kejadian itu sudah ditakdirkanlagipun, perbuatan membalas dendam menimbulkan akibat yang lebih buruk Lebih-lebih lagi, Merah Gajah bukan sengaja hendak membunuh Puteri Betong.

Latihan expert cerdik
4.    Apakah maksud rangkai kata Setelah putus bicara?[2M]
Maksud rangkai kata Setelah putus bicara ialah sesudah membuat keputusan/mencapai persetujuan bersama.

5.    Bagaimanakah reaksi Raja Ahmad selepas mendengar berita kematian anakandanya, Merah Gajah?[3M]
Reaksi Raja Ahmad selepas mendengar berita kematian anakandanya, baginda menghempaskan dirinya.Mengoyak-ngoyak baju sambil mencarik-carik kainnya.Raja Ahmad pun terlalu murka lalu serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

6.    Pada pandangan anda, selain berperang, bagaimanakah cara untuk menyelesikan masalah antara dua buah negara yang bermusuh?[3M]
Pada pandangan saya, selain berperang, cara untuk menyelesaikan masalah antara dua buah negara yang bermusuh termasuklah melalui rundingan dengan menggunakan orang tengah, selain membawa perselisihan ini ke mahkamah antarabangsa..

Latihan Pelangi A++ T4
7.     Berikan maksud rangkai kata mendengar khabar saudaranya.[2M]
Bermaksud mendapat tahu berita tentang Merah Silu

8.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang terjadi kepada cacing-cacing gelang itu setelah direbus?[3
Cacing-cacing gelang bertukar menjadi emas Selain itu,  buihnya bertukar menjadi perak

9.Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelah mendengar khabar tentang MS?[3 ]
Pada pendapat saya, Merah Harum tidak menyangka bahawa Merah Silu memperoleh harta yang banyak secara tiba-tiba  Selain itu, Merah Harum beranggapan bahawa Merah Silu memperoleh rezeki terpijak

10.Apakah maksud rangkai kata Setelah putus bicara dua bersaudara itu?(2 markah)
Selepas Merah Silu dan Merah Hasum sama-sama bersetuju/mencapai kata sepakat/mencapai persetujuan.
7.      Beliau turut gembira apabila mendengar berita itu.
8.      Merah Hasum juga mungkin tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal itu.
9.      Merah Hasum mempunyai banyak urusan lain yang perlu difikirkan.

10.  Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacing gelang?(3 markah)
Merah Silu tetap menahan bubunya. Dia tidak berputus asa. Lalu dia telah merebus cacing-cacing itu dan cacing-cacing gelang bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak

11.Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum tidak berkata apa-apa apabila diberitahu tentang kurniaan Allah kepada Merah Silu?
Pada pendapat saya, Merah Harum tergamam selepas mendapat tahu berita tentang Merah Silu. Dia tidak menyangka bahawa Merah Silu memperoleh harta yang banyak secara tiba-tiba  di samping dia beranggapan bahawa Merah Silu memperoleh rezeki terpijak

Latihan expert cerdik
12.Berikan bukti yang menunjukkan Merah Silu seorang yang tidak mudah berputus asa.[2M]
Bukti yang menunjukkan Merah Silu seorang yang tidak mudah berputus asa ialah Merah Silu tetap memasang bubu walaupun setiap kali dia mengangkat bubu hasilnya hanyalah cacing gelang. Merah Silu berfikir kemungkinan cacing itu anugerah Allah kepadanya.

13.Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu dengan cacing gelang itu?[3M]
Perkara yang dilakukan oleh Merah Silu dengan cacing gelang itu ialah Merah Silu membawa pulang semua cacing gelang itu. lalu dimasukkan ke dalam kawah. Selepasnya, semua cacing gelang itu direbus.

14.Selain menggunakan bubu, nyatakan 3 cara untuk menangkap ikan secara tradisional?[3M]
Selain menggunakan bubu, tiga cara untuk menangkap ikan secara tradisional ialah dengan menggunakan pukat. menggunakan jala. atau memancing dengan mata kail.

NuSAMAS
15.Berikan maksud rangkai kata muslihatkan kerbau jalang.            [2 markah]
Maksud rangkai kata tersebut ialah berikhtiar untuk menangkap kerbau liar.

16.Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah caranya Merah Silu menangkap kerbau liar?            [3 markah]
Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

17.Pada pendapat anda, kenapakah masyarakat pada masa itu tidak memelihara kerbau?   [3 markah]
Pada pendapat saya, perbuatan memelihara kerbau dianggap mengaibkan. Seterusnya, masyarakat zaman ini tidak mampu untuk membela kerbau.( mana-mana jawapan yang sesuai.)

Setia Emas
18.Berdasarkan petikan, nyatakan tiga perwatakan Merah Silu berserta contohnya. [3 markah]
Perwatakan Merah Silu ialah bernasib baik . Buktinya, memperoleh emas dan perak setelah merebus cacing gegelang. Seterusnya,dia pandai bekerja. Buktinya, dia menyuruh orang membuat bubu untuk menangkap ikan dan anderak untuk menangkap kerbau.Akhirnya, diagigih berusaha. Buktinya, dia  menangkap ikan dan menjinakkan kerbau jalang walaupun baginda seorang raja.

19.Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelah mendengar khabar tentang saudaranya?       [3 markah]
Merah Hasum mendiamkan diri kerana hairan masakan cacing boleh bertukar menjadi emas dan perak.
Dia berasa dengki kerana Merah Silu menjadi kaya-raya dengan sekelip mata. Dia juga bimbang pada suatu hari nanti Merah Silu lebih kaya daripada dirinya

Offord
20.Apakah maksud frasa jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba?(2 )
Frasa tersebut bermaksud jika tuan tidak keberatan. saya sanggup menerima tuan sebagai bapa angkat.

21Apakah yang telah berlaku setelah Merah Silu tiba di negeri itu?(3 markah)
Ketika dalam perjalanan ke hulu Semenda, Merah Silu bertemu dengan Megat Iskandar dan mereka makan minum bersama-sama. Sambil makan Megat Iskandar bertanyakan tujuan kehadiran Merah Silu ke situ.  Akhirnya, Merah Silu mengatakan bahawa dia ke situ adalah untuk mendapatkan tempat tinggal.

22.Pada pendapat anda, mengapakah penduduk sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan MS?(3)
Penduduk sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan Merah Silu kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra. . Merah Silu berkemungkinan mempunyai ilmu pelembut hati orang lain seperti yang terdapat pada orang zaman dahulu.  Masyarakat zaman ini suka melayan tetamu.

Setia Emas
23.Apakah maksud rangkai kata lalu dia bertahan? [2 markah]
Maksud rangkai kata tersebut ialah tabah menanggung kesusahan/ sanggup menderita.

24.Apakah tindakan Merah Silu untuk mengalakkan rakyat menyabung ayam?       [3 markah]
Tindakan Merah Silu ialah orang yang kalah dalam pertaruhan menyabung ayam akan diberi semula taruhannya.
Orang yang datang kembali untuk menyabung ayam, diberikan seekor kerbau. Akhirnya, sesiapa yang datang untuk menyaksikan pertandingan menyabung ayam juga, diberikan seekor kerbau.

25.Tuliskan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas.[3 markah]
Nilai murni termasuk nilai baik hati contohnya, Merah Silu memberi seekor kerbau kepada sesiapa sahaja yang menyabung ayam dan menyaksikan pertandingan menyabung ayam. Selain nilai bermuafakat untuk memilih pemimpin. Contohnya, Megat Iskandar bermesyuarat dengan pembesar negeri, orang tua-tua dan rakyat sebelum menabalkan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Nilai keberanian menentang musuh. Contohnya, Merah Silu menentang Sultan Maliku’l-Nasar yang enggan menerima baginda menjadi raja di Rimba Jerun.

Kosa Kata
kersang
1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); gersang.
picik
1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor;
kampit
karung yg dianyam drpd mengkuang dll.
lekuk
1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan);
cemeti
tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu; cambuk; pecut.
senawat
sj cemeti drpd rotan (utk menyebat kerbau dll).
sahaya
1. abdi, hamba; 2. kata ganti diri per-tama, saya.
nyah-
(awalan yg bererti) buang, hapus.
anderak
ark, anderik lubang utk menangkap gajah.
perkenakan
menyuruh seseorang mem­perdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang;
jalang
1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb).
kawah I
1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan.
bantun I
; membantun mencabut dgn akar-akarnya: ~ rambut; membantuni mencabuti; terbantun tercabut.
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
anderak, dibantunnya, senawat
Bahasa istana
baginda, adinda, kakanda , anakanda
Bahasa Arab
berkat , Allah Taala
Personifikasi
matahari mati
Metafora
kerbau jalang
hiperbola
Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.

Hikayat Indera Nata
Latihan Booster T4
1.Nyatakan dua kebijaksanaan Tuan Puteri Cendera Kesuma menghadapi raksasa yang ingin memakan Indera Nata dan dirinya.     [2 markah]
Kebijaksanaannya termasuklah menyembunyikan Indera Nata . Selain itu, baginda melambatkan raksasa daripada memakannya dengan menyuruhnya mencari gajah bergadingkan emas.

2.Berdasarkan petikan, nyatakan dua unsur tahyul.   [2 markah]
Unsurnya ialah raksasa yang memakan manusia  Selain itu,gajah bergadingkan emas

3. Sekiranya anda Tuan Puteri Cendera Kesuma, jelaskan dua tindakan yang mungkin akan anda ambil untuk melepaskan diri daripada tawanan raksasa.    [4 markah]
Tindakan ialah memperdayakan raksasa itu dengan memintanya mencari sesuatu yang tidak wujud Selain itu, meletakkan syarat jika raksasa itu gagal mencarinya, baginda dan enam puteri yang lain dibebaskan.

3.Huraikan maksud kata-kata dalam perenggan Maka Indera Nata pun amat takut, katanya, “Hai tuan puteri, betapa bicara kakanda ini, kalau didapatinya kakanda ini oleh raksasa itu?”.(2 markah)
Kebimbangan Indera Nata tentang kehadirannya di mahligai itu. Dia bimbang kehadirannya diketahui oleh raksasa.

4.Huraikan bukti kebijaksanaan Puteri Cendera Kesuma.(3 markah)
Bukti kebijaksanaan Tuan Puteri Cendana Kesuma ialah menyembunyikan Indera Nata di dalam peti emas bagi mengelak daripada diketahui oleh raksasa.Selain itu, bijak membuat helah apabila raksasa bertanya tentang bau manusia. Lagipun, dia menyuruh raksasa mencari gajah yang bergading emas untuk membesarkan hati semua puteri yang ada di situ sedangkan perkara itu mustahil berlaku.

5.Pada pendapat anda, mengapakah raksasa ingin makan ketujuh-tujuh puteri itu?(3 markah)
Pada pendapat saya, kerana manusia merupakan makanannya supaya menunjukkan kehebatan kepada raksasa-raksasa yang lain dan menunjuk-nunjuk kekuasaannya. Seterusnya, makanan manusia dianggap paling sedap sebagai kurniaan Tuhan. Lagipun, ketujuh-tujuh puteri ini merupakan golongan bangsawan yang dimuliakan.




a.       Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu mengambil semua barang yang ada di dalam istana tempat tinggal tuan puteri yang tujuh itu. Keberanian seorang anak raja - Indera Nata berani berhadapan dengan binatang buas. Tanggungjawab sesama manusia - Indera Nata menyelamatkan tujuh orang tuan puteri daripada tawanan raksasa.
b.      Kerana dia gagal mencari kijang putih. Raksasa juga pulang kerana marah akan tuan puteri.
Mereka juga pulang kerana isteri raksasa gagal memutihkan kain hitam yang diberikan

Setia emas
1.        Mengapakah raksasa sakit hati?          [2 markah]
Raksasa sakit hati kerana ia telah ditipu oleh ketujuh-tujuh puteri. Sebenarnya tidak ada kijang putih bertanduk emas dan kain hitam tidak mungkin berwarna putih setelah dicuci.

2.        Tuliskan tiga latar tempat dan peristiwa yang berlaku di tempat tersebut.   [3 markah]
Latar tempat ialah di dalam hutan , yakni tempat raksasa merampas gajah bergading emas daripada Raja Rom. Setelah itu, raksasa memakan Raja Rom dan pengikutnya. Yang kedua ialah sebuah mahligai di puncak gunung, yakni tempat raksasa menyerahkan gajah bergading emas kepada tuan puteri. Akhirnya, di tepi laut , iaitu tempat raksasa perempuan mencuci kain berwarna hitam kepunyaan tuan puteri.

3.        Huraikan bahagian peleraian Hikayat Indera Hata. [3 markah]
Peleraian cerita ialah Indera Nata berjaya menyelamatkan tujuh orang puteri dengan bantuan Betara Gangga. Mereka naik di belakang ular sakti dan naga untuk menyeberang laut.    Manakala, raksasa mati dimakan oleh ular sakti dan naga. Akhirnya, ketujuh-tujuh tuan puteri tinggal dengan bonda Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati. Mereka hidup gembira.

Oxford
1.      Apakah maksud baris segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya?(2 markah)
Rangkai kata bermaksud Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu mengambil semua barang yang ada di dalam istana tempat tinggal tuan puteri yang tujuh itu.

2.      Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam Hikayat Indera Nata.(3 markah)
Persoalan keberanian seorang anak raja, yakni Indera Nata berani berhadapan dengan binatang buas.
Persoalan tanggungjawab sesama manusia , yakni Indera Nata menyelamatkan tujuh orang tuan puteri daripada tawanan raksasa.

3.      Pada pendapat anda. mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumah mereka?
Raksasa  gagal mencari kijang putih. Raksasa juga pulang kerana marah akan tuan puteri. Mereka juga pulang kerana isteri raksasa gagal memutihkan kain hitam yang diberikan.

Penerbit Ilmu Bakti
a.    Apakah maksud berjalan di tanah menghelakan gajah itu berdasarkan petikan di atas?      [2 markah]
Maksud frasa ‘berjalan di tanah mettghelakan gajah itu' berdasarkan petikan di atas ialah berjalan dengan menarik, mengheret, menyeret atau menghalakan gajah ke sesuatu arah.
b.     Nyatakan reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain hitam agar menjadi putih tidak berhasil.          [3 markah]

Setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain hitam agar menjadi putih tidak berhasil, raksasa lelaki pun sakit hati dan berasa marah. Raksasa suami isteri pun segera pulang ke mahligai, kemudian raksasa itu mengejar Merah Silu mengikut kesan tapak gajah.
c.Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah anda berpendapat demikian?            [3 M]
Pada pendapat saya, memang wajar ular dan naga membunuh raksasa itu kerana mereka amat berbahaya. Jikalau dibiarkan hidup, raksasa tersebut akan menawan orang lain pula untuk dijadikan makanannya. Kemungkinan juga, Merah Silu dan tujuh orang puteri itu menjadi korbannya. Sebelum itu pun, raksasa tersebut telah membunuh semua rakyat Rom yang mengiringi Raja Rom berburu dengan memakannya sehingga tidak bersisa walau seorang pun.

Pelangi Top Gear
1.    Berikan maksud rangkai kata tiada berapa antaranya.         [2 markah]
tidak lama kemudian

2.    Jelaskan tindakan Indera Nata setelah keluar dari mahligai raksasa.         [3 markah]
menghela gajah yang menunggang ketujuh-tujuh orang puteri itu - masuk keluar hutan sehingga sampai di tepi laut

3.    Sekiranya anda tuan puteri, bagaimanakah anda membalas jasa Indera Nata yang telah menyelamatkan anda daripada raksasa itu?Berikan tiga cadangan.  [3 markah]
mengucapkan terima kasih - berkahwin dengan Indera Nata - memberikan ganjaran wang/ harta benda


Cerdik pandai
1.                  Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.?[2]
Maksud rangkai kata habisiah koyak-koyak tiada juga mahu putih ialah kain itu carik, namun masih lagi hitam.
2.                  Mengapakah raksasa itu menjadi sangat marah?[3]
Raksasa itu menjadi sangat marah kerana gagal mencari kijang putih. Gajahnya sudah kehilangan, tuan puteri juga sudah hilang.   Lagipun, raksasa melihat tuan puteri ketujuh-tujuh orang itu berada di atas gajah.

3.                  Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam diri kita?[3]
Pada pendapat saya, cara untuk menangani perasaan marah dalam diri kita dengan banyak bersabar.
Lagipun cuba mententeramkan diri sendiri. Pandai berfikiran secara rasional.  Selalu ingat akan Tuhan

Latihan A++ T4
i)                    Nyatakan maksud rangkai kata bercintakan anakku ini.[2M]
Rangkai kata ini bermaksud terlalu merindui Indera Nata

ii)Apakah yang terjadi kepada Tuan Puteri Cenderawati selama anaknya menyelamatkan tujuh orang puteri yang ditawan oleh raksasa? [3 markah]
Tuan Puteri Cenderawati tidak lalu makan dan minum serta tidak dapat tidur kerana terlalu rindu akan anaknya

iii)Pada pendapat anda, mengapakah golongan raja pada zaman dahulu diceritakan mempunyai kuasa magis?[3
Kuasa magis ini untuk menunjukkan kehebatan golongan raja. Selain itu, untuk meningkatkan kesetiaan dan rasa takut rakyat kepada golongan raja . Lagipun, untuk membezakan golongan raja dengan rakyat . Labih-lebih lagi,  untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik


Latihan Prosa Tradisional: Hikayat Khoja Maimun
Kertas peperiksaan countdown 2012/kertas peperiksaan pertengahan tahun TP T4(ms69-70)
1.       Berikan maksud tuan hamba kampungkanlah sanbal.[2M]
Bermaksud Khoja Maimun kumpullah wangi-wangian
2.       Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah Bayan meyakinkan Khoja Maimun supaya membeli dirinya?[3M]
Bayan meyakinkan Khoja Maimun dengan mengatakan bahawa dirinya bukan seperti burung-burung lain yang biasa. Bayan dapat melihat kejadian-kejadian akan datang di dunia selain memberitahu Khoja Maimun bahawa ia sudah mengetahui perkara yang akan berlaku pada sepuluh hari yang akan datang. Bayan menyuruh Khoja Maimun supaya jangan membelinya dahulu lalu mengajar Khoja Maimun cara-cara untuk mendapatkan wang yang banyak kerana Bayan memberitahu bahawa seorang saudagar dari negeri Babil akan datang untuk membeli sanbal lalu menyuruh Khoja Maimun supaya mendapatkan semua sanbal di dalam negeri kemudiannya menjual sanbal tersebut kepada saudagar itu untuk mendapat keuntungan yang banyak.
[pilih mana-mana tiga ]

3.       Sekiranya anda Khoja Maimun, adakah anda akan membeli burung Bayan itu? Berikan 3 sebab untuk menyokong keputusan anda. [3]
Ya. kerana saya akan menjadi lebih kaya dengan adanya burung Bayan yang dapat membantu saya. lagipun saya dapat mengelakkan diri daripada musibah yang akan berlaku kerana Bayan akan dapat memberi amaran kepada saya. Saya dapat menjadi lebih berkuasa dan mengatasi semua musuh saya dengan bantuan burung Bayan

Latihan Booster T4 (ms71-72) ^^Sebermula diceterakan orang yang... emaslah kita carikan
4.Apakah maksud barang satu pekerjaan pun tiada hasil dalam petikan tersebut?           [2 markah]
maksudnya  semua pekerjaan tidak berjaya / tidak akan terlaksana

5.Nyatakan tiga nasihat yang telah disampaikan oleh isteri Khoja Maimun berkaitan dengan perniagaan.[3M]
Antara nasihat ialah perniagaan itu banyak mempunyai laba dan balanya tetapi perniagaan banyak mempunyai dugaan.Lagipun mereka yang tidak kuat iman akan mendapati keuntungan perniagaan yang diperoleh sentiasa tidak cukup-cukup

6.Pada pendapat anda, apakah kebaikan jika Khoja Maimun membawa isterinya bersama-sama semasa belayar untuk berniaga? Kemukakan tiga pendapat anda. [3M]
sekiranya Khoja Maimun ingin belayar untuk berniaga hendaklah membawanya bersama-sama supaya Khoja Maimun tidak mengalami masalah atau binasa . Lagipun isterinya dapat dilindungi daripada sebarang kejahatan.
Lagipun, isterinya dapat membantunya berniaga.

Topik A+ Sasbadi
4.       Berikan dua sebab Khoja Maimun ingin sangat pergi belayar.[2 markah]
Khoja Maimun memerlukan wang untuk hidup/berbuat sesuatu  selain dia ingin mendapat untung yang banyak

5.       Nyatakan tiga perkara yang membimbangkan  isteri Khoja Maimun membenarkan suaminya pergi belayar untuk berniaga.[3 markah]
Yang dibimbangkan ialah balanya pun amat besar  dan banyak dugaan dalam dunia ini . Lagipun banyak yang mahal dan cemar dalam dirham.

9.Sebagai isteri, apakah tindakan yang akan anda lakukan ketika suami keluar mencari nafkah?Nyatakan tiga tindakan tersebut.[3]
Tindakannya ialah menjaga kehormatan diri . Memelihara maruah suami dan melaksanakan urusan rumah tangga sebaik-baik mungkin

Offord(ms73-74)
10..Apakah maksud kata-kata anak raja katakan aku berkehendakkan dia dengan barang- barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini?(2 markah)
Dia mahu perempuan tua menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu menggunakan pelbagai muslihat supaya hasratnya tercapai.

7.       Nyatakan perwatakan Bibi Zainab berdasarkan petikan.(3 markah)
Seorang isteri yang menduakan suaminya. Seorang wanita yang mudah tergoda dengan godaan.Seorang wanita yang cantik.

6.       Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian?(3M)
Bibi Zainag terlalu rindu akan belaian suaminya. Lagipun dia telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat kacak. Yang penting dia tidak mempunyai pegangan agama yang kuat


Ms74sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun.....neraka jahanam)
7.       Berikah maksud rangkai kata istimewa pula sangat kejahatannya. [2 m]
Maksud rangkai kata istimewa pula sangat kejahatannya ialah lebih-lebih lagi kesalahannya itu.

8.       Berdasarkan petikan di atas, apakah amaran yang diberikan oleh Tiung kepada Bibi Zainab?[3m]
Amaran yang diberikan oleh Tiung kepada Bibi Zainab ialah ketakutan terhadap Allah dan malu kepada Nabi SAW kerana perbuatan itu ditegah oleh Allah dan dilarang oleh Nabi SAW. Perempuan yang menduakan suami juga akan dimasukkan oleh malaikat ke dalam neraka.

12.Jika anda ialah Bibi Zainab, apakah yang akan anda lakukan supaya rasa rindu kepada suami dapat diatasi dengan cara yang baik?[3
Jika saya ialah Bibi Zainab, saya kan mengatasi rasa rindu tersebut dengan melaku- kan aktiviti yang berfaedah bersama jiran-jiran. Saya juga boleh mengikuti kelas atau kursus kemahiran seperti kelas jahitan atau sulaman.Selain itu, saya juga akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti membantu anak-anak yatim dan orang tua-tua.

Ms75-76 Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu... . Demikianlah adanya!”
9.       Berikan maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya yang terdapat dalam petikan.(2)
Maksud serta disentapkannya dari sangkamya lalu dihempaskannya adalah ditarik dengan kuat dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya.

10.          Mengapakah Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung?(3 markah)
Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Tiung yang telah dibunuh oleh Bibi Zainab. Selain itu. Bayan tidak mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh oleh Bibi Zainab.

15.Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu?            (4 markah)
Pada pendapat saya, Bibi Zainab tidak wajar menemui anak raja itu kerana Bibi Zainab telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki lain.
Selain itu, Bibi Zainab tidak wajar menduakan suaminya kerana perbuatan itu dilarang oleh agama


Bab 2 Cetera Pertama Ms78 Setelah didengar oleh saudagar itu, ...- perempuan itu seperti kata Bayan itu.
16.Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?(2 markah)
Bayan hendak membantu isteri saudagarkembali semulakepada suaminya/membantu isteri saudagar memulihkan semula hubungannya dengan suaminya.

17.Huraikan dua nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerita ini.(3 markah)
Nilai Bijaksana, contohnya Bayan menggunakan akal untuk mengangguhkan tindakan  Bibi berjumpa dengan anak raja. Nilai  kesedaran.contohnya, isteri sauudagar Istanbur telah insaf dan bertaubat. Pada keseluruhannya, nilai ketaatan, contohnya Taif taat kepada raja Tabristan. Nilai kasih sayang.Contohnya, khoja maimun sangat sayang kepada isterinya.

18.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang isteri mesti mentaati suaminya?(3M)
Suami merupakan ketua keluarga dan sewajarnya dia dihormati. Sifat yang diamalkan oleh isteri akan dicontohi oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ketaatan seseorang isteri juga akan menjadikan rumah tangga sentiasa tenang.