Wednesday, September 18, 2013

extra class PMR


for today class,
i focused discussing past year kertas 2 2005, 3006 qustion

tahun lepas 2005
1) pembentukan disiplin bermula dari rumah
a) kepentingan disiplin- ko p mak jih motu pp tl
b) ST+B+G+LM+M+KS+P
c) PDA
d) PD+MPK

Kitar Semula(2005)
Kini, Malaysia semakin maju, namun masih terbelenggu dengan masalah pencemaran alam yang serius. Oleh itu, Kempen Kitar Semula wajar dijalankan dari semasa ke semasa.
Aktiviti ini bertujuan untuk memulihara alam sekitar daripada tercemar. Oleh itu, tempat rekreasi akan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya industri pelancongan akan terus maju. Seterusnya, aktiviti ini akan memajukan ekonomi negara. Jelaslah bahawa pelbagai pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat tempatan telah menjanakan  pendapatan yang lumayan kepada pengusaha tempatan.
Seterusnya, kos pengeluaran akan dikurangkan. Pelbagai sumber seperti kertas, tin-tin, dan plastik boleh diubah suai untuk menghasilkan produk yang lain. Oleh itu, ekosistem dan habitat flora fauna akan terpelihara.

Tuntasnya, kitar semula wajar digalakkan supaya  melonjakkan pembangunan negara menjelang ambang 2020.

soalah tahun lepas 2006( kami telah menggunakan formula:
dimensi kendiri: I-I-I-I-G untuk mempraktikkan dalam semua soalan berikut,
Kebaikan gotong-royong
1. faedah program kecemerlangan PMR (saya) - 
a) pi sai mai gaul- (pomis- mai-jeri-cbk)
b) sasimifiti kkr
c) disiplin-kop mak jih motu pp tl ( focus to masa/motu/pp/jadual)
d) bm-sofitmen ps-iii-betahan-
e) jadi pa

2. suratusaha mencapai kejayaan dalam kejohanan sukan tahunan(saya)
a) i-impian
b) ilmu-rajin menuntut ilmu tentang teknik sukan tanpa jemu(pi sai mai gaul)
c) inovasi - mencekau maklumat melalui alat telekomunikasi seperti melayari Internet: nilai: kerajinan
d) iman - selalu berdoa, bertawakal, bersolat - diredai Tuhan-nilai:kesyukuran
e) Disiplin - koP mak jih motu pp tl (masa-tumpu-kawalan dalaman)-nilai:kegigihan
e) gaya hidup sihat - SUKMA(masa rehat / amalan pemakanan seimbang)
3. syarahanpembentukan disiplin anak bermula dari rumah
4.cerita…(just 4get it)
5. perkembangan ICT mempercepat kemajuan negara. Bersetujukan anda ?
1) pi sai mai gaul- pomis mai jeri cbk

karangan spm;

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli barang buatan Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan


FAEDAH MEMBELI BARANG BUATAN TEMPATAN
 
 
















Barangan buatan tempatan seperti industri automobile, kraf tangan dan sebagainya semakin mendapat tempat di persada dunia. Malaysia kini sedang dilanda kegawatan ekonomi dan kemerosotan nilai wang yang serius. Senario ini amat merimaskan ahli masyarakat tempatan bagai cacing kepanasan kerana jika nilai mata wang terus susut, kemelut inflasi akan menjadi satu angkara yang akan merosakbinasakan pembangunan Negara. Penggemblengan kudrat semua strata komuniti di Negara Malaysia merupakan jalan pintas untuk merungkai masalah ini sebelum kuman menjadi kudis. Persoalannya, sejauh manakah rakyat tempatan memahami bahawa hujan emas di negara orang , hujan batu di negeri sendiri? Adakah rakyat Malaysia bersedia dan bersiap siaga untuk menjulang jenama barangan tempatan seperti Perduo dan Proton di persada global? Tepuklah dahi Tanya selera.

Tidak lain dan tidak bukan, peruntukan dalam pelbagai bentuk seperti subsidi, insentif, mikro pinjaman dan pelbagai skim bantuan telah disalurkan kepada pengusaha tempatan untuk menggiatkan perindustrian barangan tempatan. Menurut bajet 2013, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Razak telah menegaskan pembangunan ekonomi mestilah berlandaskan usaha sama untuk mengurangkan pergantungan kepada bantuan luar Negara. Usaha untuk menggurangkan defisit merupakan jalan penyelesaian yang perlu diambil agar ekonomi Negara tetap melonjak menjelang ambang 2020. Memandangkan kesungguhan kerajaan untuk memakmurkan Negara, perindustrian kecil dan sederhana seperti pengeluaran barangan tempatan mestilah diberikan perhatian yang sepenuhnya. Contohnya, barangan tempatan seperti kereta nasional, peralatan elektronik dan tin-tin makanan perlulah disokong padu oleh rakyat tempatan. Dengan itu, pengaliran wang ringgit Malaysia ke luar Negara akan berkurang di samping menstabilkan nilai mata wang Negara kita. Selaras dengan defisit kewangan dan hutang Negara yang semakin membimbangkan, rakyat Malaysia mestilah menyokong barangan tempatan agar Negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara atas angin.

Integriti dan komited Negera Jepun merupakan iktibar yang perlu diambil. Segala rintangan akan ditempuhi dengan muafakat dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Selepas Tsunami yang melanda Negara Jepun, banyak ramalan telah mengatakan bahawa Jepun akan mengikut jejak Negara Eropoh, iaitu mengalami kemelesetan ekonomi atau kemuflisan yang teruk. Namun, negera matahari terbit timur ini dengan mengutamakan industri teknologi dan pengeluaran barangan tempatan seperti bioteknologi, sepintas kilat sahaja Negara Jepun telah bujur lalu, lintang patah. Negera Korea pula merupakan teladan lain yang perlu kita contohi. Pengeluaran barangan tempatan seperti barangan elektronik Samsung telah memonopoli pasaran elektronik di negera sendiri mahupun ke luar Negara seperti Malaysia. Sekiranya, Negara kita menurut ikhtiar Negara tersebut, nescaya Negara kita mampu menjadi Negara yang maju dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan. Natijahnya, perusahaan tempatan akan dikembangkan sekiranya rakyat Malaysia dapat menggembleng minda dan memerah otak untuk mengembangkan perindustrian kecil dan sederhana tanpa pergantungan kepada barangan import lagi, khususnya barangan makanan seperti beras, barang keperluan dan sebagainya.

Akhir sekali, Malaysia memanglah tersohor dengan Negara yang kaya dengan sumber alam seperti minyak, kayu balak, kelapa sawit dan sebagainya. Sesungguhnya, khazanah alam ini merupakan anugerah Tuhan yang perlu dimanfaatkan dengan optimum. Pergantungan kepada komoditi akan menemui halangan selepas kehabisan sumber ini, manakala pergantungan kepada teknologi untuk menghasilkan barangan tempatan seperti biotenologi memungkinkan kita mencapai kekayaan dan menjana pendapatan per kapita yang memuaskan. Negara Singapura yang mementingkan pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan telah berjaya menjadi Negara yang tersohor dan terkaya di persada global. Sedangkan Negara Malaysia yang kaya dengan sumber alam ini, rakyat Malaysia mestilah berusaha untuk mengekspoitasi sumber alam ini untuk mengembangkan industri tempatan. Contohnya, barangan plastik, barangan aluminium dan ekonomi hijau dapat menjayakan Malaysia sebagai Negara yang mengekspoitasi sumber alam untuk mempelbagaikan pengeluaran barangan tempatan di Malaysia.

Tuntasnya, sepakat membawa berkat. Kita mesti berbangga dan berintegriti untuk menjayakan setiap aspirasi Negara, yakni pencapaian diutamakan. Gagasan 1 Malaysia yang berlandaskan perpaduan merupakan visi suci yang perlu didukung oleh Rakyat tempatan supaya menghargai sumber alam yang tidak ternilai kepada kita. Manfaatkan setiap kurniaan Tuhan dengan sebaik-baiknya akan merangsang ekonomi Negara kita agar standing dengan Negara maju. Jangan sekali-kali hidup dalam dunia menyendiri bagai kera sumbang, hanyalah berpegang pada prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan untuk memajukan setiap bidang yang diusahakan oleh penggiat tempatan.