Wednesday, July 25, 2012

Pelayaran yang penuh peristiwa


Cerita ini mengemukakan tema kelebihan dan kesaktian yang ada pada Awang Sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

Persoalan
1.      Keistimewaan dan kelebihan seseorang tidak dapat dinilai daripada penampilan luaran semata-mata.
2.      Dugaan semasa pelayaran.
3.      Sesuatu tempat pasti mempunyai adat resam tersendiri.
4.      Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran dan pujian.
5.      Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.
Watak dan Perwatakan Awang Sulung Mcrali Muda
1.      Awang Sulung ialah anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
2.      Awang Sulung menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.      Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.
4.      Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
5.      Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
6.      Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian. Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, tidak perlu memegang kemudi semasa belayar, menukarkan air masin menjadi air manis, dan sebagainya.
7.      Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
8.      Awang Sulung pandai berpantun.
9.      Awang Sulung suka bersabung ayam.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
1.      Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
2.      Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung.
3.      Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu mengikut perasaan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
4.      Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tegas dalam menegakkan kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi.
Si Kembang Cina
1.      Si Kembang Cina orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2.      Si Kembang Cina taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.      Si Kembang Cina pandai memujuk Awang Sulung.
4.      Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.
Tuanku Nakhoda Tua
1.      Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2.      Tuanku Nakhoda Tua mudah percaya akan percakapan orang.
3.      Tuanku Nakhoda Tua kesal akan kesilapannya yang memandang rendah terhadap Awang Sulung.
4.      Tuanku Nakhoda Tua menepati janji, iaitu mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puterinya.
1.      Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan serangan lanun.
2.      Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.      Jurumudi berasa iri hati terhadap Awang Sulung yang mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4.      Jurumudi pengecut apabila lari lintang-pukang menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.
Latar tempat dalam cerita ini adalah di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, di Pulau Tapai, di Pulau Salah Nama, dan di Negeri Pati Talak Terengganu.
Latar masanya pula ialah siang dan malam, iaitu sepanjang pelayaran menuju ke Tanah Jawa.
1.      Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi pemerintah. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu yang memerintah di situ.
2.      Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja, misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.      Masyarakat yang taat akan pemerintah seperti Si Kembang Cina dan Bujang Selamat.
4.      Masyarakat lanun yang suka melakukan rompakan di laut.
5.      Masyarakat yang suka bertaruh seperti Awang Sulung yang mempunyai ayam sabung, Kinantan Suci, dan pihak di Negeri Pati Ttlak Terengganu pun siap mempunyai ayam dan gelanggang sabungan.
6.      Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula berminat untuk mengetahui adat di negeri itu.

Binaan Plot
Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1.      Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedang mengemudi geliung panjangnya dengan laju. Dia kemudiannya meminta bantuan Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.
2.      Plot terus berkembang dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan kelebihan dan kesaktian Awang Sulung semasa dalam pelayaran.
3.      Pada bahagian perumitan, kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu. Apabila Awang Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu, jurumudi pula memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir menikahkan jurumudi itu dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4.      Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi ayahandanya kerana terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun.
5.      Pada bahagian peleraian, Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Terengganu dan singgah di sana.
1.Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan keadaan di dalam geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Contohnya:
Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali. Oleb sebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu babis muntah-muntah dan mabuk Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masib comot dan hitam itu. (hal. 31)
(b) Pengarang memerihalkan perjalanan Awang Sulung Merah Muda yang turun ke Negeri Pati Talak Terengganu. Contohnya:
Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disurubnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.(hal. 46)
Teknik dialog
Dialog antara Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Si Kembang Cina. Contohnya:
Si kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
“Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakanlah bahasa yang lembut sedikit!”“Baiklah, Tuan Puteri.” (hal. 31)
Dialog antara Tuanku Nakhoda Tua dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Contohnya:
Mendengar jawapan itu Tuanku Nakboda Tua bertanya kepada puterinya, “Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula. ”
“Anakanda tidak mahu, ayabanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.” (hal. 41)
Teknik saspens
Ketika Tuanku Nakhoda Tua mempercayai penipuan jurumudi buat kali yang kedua, lalu terus menitahkan Mualim Cik Mas untuk menikahkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi. Pembaca tertanya-tanya apakah agaknya tindakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda?
Ketika Kinantan Suci berlaga dengan ayam di Negeri Pati Talak Terengganu, Kinantan Suci menggelepar kerana kepaknya cedera. Pembaca tertanya-tanya mampukah Kinantan Suci memenangi pertandingan itu?

Gaya Bahasa
Bahasa klasik. Contohnya: geliung. (hal. 31)
Bahasa istana. Contohnya: santap (hal. 32), bonda (hal. 36), beta, patik, adinda, kakanda, titab. (hal. 37)
Simile. Contohnya: bagai pncuk dilancarkan (hal. 31), bagaiair di kuali (hal. 32), bagai purnama empat belas hari bulan (hal. 40), baga kilat sembur-menyembur. (hal. 47)
Peribahasa. Contohnya: bagai kumbang putus tali (hal. 31), berkecil bati, enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan. (hal. 41)
Pantun. Contohnya:
Anak udang kepit kepayang,
Berderai-derai pucuknya jati;
Anak orang tengahlah sayang,
Pada bercerai maulah mati. (hal. 44)
Seloka. Contohnya:
Nobat merpati di gunung,
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambaitg denak,
Membalas kinantan suci,
Bertutu ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tigagaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. (hal. 47)
1.      Nilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.
2.      Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
3.      Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
4.      Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya, Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu dengan yang lain.
5.      Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak yang ada membantu kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi jurumudi apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.
6.      Nilai rasional. Setiap orang mestilah berhkir dan bertindak secara rasional. Contohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.
7.      Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang Sulung berminat untuk mengetahui adat resam masyar^kat luar dengan bertanya kepada penghulu gelanggang tentang adat bergelanggang.
1.      Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.
2.      Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.
3.      Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
4.      Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.
5.      Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
6.      Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan ddak mudah diperdayakan.
7.      Kita hendaklah mengutamakan kehidupan bermasyarakat.


Monday, July 23, 2012

Syair Definisi Orang Berakal


Latihan:
(1) Berikan maksud rangkap yang ketiga syair ini.[2 markah]
bermaksud -mengasihi rakan-rakan
... membenci orang-orang yang berbuat jahat
... takut terpengaruh oleh kejahatan

(2) Pada pendapat anda, apakah kekurangan yang terdapat pada orang yang kurang menggunakan akal fikiran?Nyatakan tiga kekurangan tersebut. [3 markah]
... mudah diperdayakan oleh orang lain
dalam setiap urusan ... sering mengambil tindakan yang terburu-buru yang akhirnya memakan diri
... sukar untuk memperoleh kejayaan dalam setiap lapangan yang diceburinya


(3) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.[4 markah]
... orang yang terbaik merupakan orang yang berakal. Contohnya, orang berakal sahaja yang dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk . ...
orang yang berakal dan taat kepada agama. Contohnya, orang berakal sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan pasti reda terhadap apa-apa yang berlaku

(4) Nyatakan tiga kebaikan berkawan dengan orangyang berilmu.  [3 markah]
...akan mengecapi kebahagiaan di dunia.... memperoleh kebahagiaan di akhirat... akan membela kita jika dianiaya dapat mencontohi sikapnya

(5) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti melantik seseorang yang berilmu pengetahuan sebagai pemimpin? Berikan tiga alasan anda.     [3 markah]
..pemimpin itu dapat mengatasi masalah secara bijaksana...pemimpin itu berkemampuan mengepalai sesebuah organisasi/syarikat/negara... pemimpin itu akan dihormati oleh semua orang... pemimpin itu tidak mudah diperdaya oleh orang lain

(6) Huraikan tiga gaya bahasa dalam syair di atas.       [3 markah]
Baris yang puitis. Contoh: Perintah syarak tidak menyangkal
Kata ganda. Contoh: melanja-lanja
Asonansi. Contoh: pengulangan vokal a - Orang berakal sangatlah mulia

(7) Nyatakan tiga sifat orang berakal dalam syair di atas.
...tidak menyukai orang yang melakukan kejahatan - cinta akan ilmu pengetahuan- tidak menyombong dengan pangkat dan jawatan – membawa kebahagiaan kepada orang lain.

(8) ) Pada pendapat anda, apakah perbuatan generasi muda kini yang dilakukan tanpa menggunakan akal yang dianugerahi Tuhan?Kemukakan tiga contoh.[3 markah]
...menunggang motosikal secara berbahaya - melepak dan membuang masamenyalahgunakan najis dadah – lari dari rumah untuk mengikuti teman atau kekasih – membuang bayi


(9) Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diteladani berdasarkan syair di atas.
...setiap orang hendaklah mencari ilmu agar menjadi orang yang berakal – kita hendaklah sentiasa merendah diri – janganlah kita mendekati orang yang jahat

(10) Nyatakan dua ciri orang berakal.
- mampu menyelesaikan banyak masalah – sentiasa patuh akan perintah Tuhan

(11) Pada pendapat anda, mengapakah segelintir orang bijak turut melakukan perbuatan yang salah?
Kemukakan tiga sebab.   [3 markah]
...dipengaruhi oleh perasaan tamak untuk mendapatkan wang atau kuasa – kurang ilmu agama dan kesedaran moral – beranggapan bahawa kesalahan yang dilakukan sukar dibuktikan

(12) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut.
- merendah diri(orang yang bijak tidak bersikap angkuh dan bangga akan diri)  . . .

(13)Apakah sifat mulia seseorang yang berilmu apabila dia dikasihi raja? [2M]
..tidak lupa diri/bongkak/sombong/riak
...sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik
...tidak terpengaruh dengan rakan



(14) . Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang berilmu tidak mendampingi orang yang jahat? [3M]

...takut terpengaruh oleh sifat negatif mereka
...menjafi fitnah dalam masyarakat
...menjatuhkan maruah diri


(15). Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut. [4M]
...seseorang itu tidak harus riak atau lupa diri apabila mendapat penghargaan ataupun gelaran kerana semakin dia diberi perhatian semakin dia merendah diri..
...orang berilmu mestilah pandai memilih seseorang untuk dijadikan teman kerana tersilap memilih boleh membinasakan diri sendiri

(16) Bagaimanakah tingkah laku orang berakal apabila diaksihi atau mendapat penghargaan daripada raja berdasarkan puisi ini?]3M]

(17) Satu daripada tanda orang berilmu ialah suka menelaah tanpa rasa jemu. Pada pandangan anda, apakah cara-cara lain yang wajar dilakukan oleh orang yang berilmu untuk membuktikan bahawa dia cinta akan ilmu? [3M]
...menyebarkan ilmu itu kepada orang lain...
...mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari...
...mendidik masyarakat berdasarkan ilmu yang dipelajari..
...tidak takut menegur sesiapa yang melakukan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat

(18) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut. [3M]
...kasih sayang, contohnya..
...bersimpati, contohnya...
...merendah diri, contohnya...