Wednesday, May 2, 2012

amalan nilai murni


Tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menyemai amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.
Berbudi bahasa ialah perlakuan positif seperti cara kita bertutur dan berinteraksi dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita . Hari ini gejala sosial dan kejadian jenayah berlaku akibat pertembungan budaya Timur dengan Barat yang amat berbeza. Sebagai contoh kejadian ragut, samseng jalan raya, buli, cabul dan vandalisme yang berlaku menggambarkan nilai-nilai murni semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Hal ini demikian kerana gejala ini berpunca daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain
Sehubungan dengan itu,  kerajaan cukup prihatin apabila mengorak langkah yang bijaksana dengan melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Selain itu, syarikat pengangkutan awam seperti bas teksi, monorel dan LRT haruslah menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah menerapkan nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam agar mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat tercapai
Institusi pendidikan formal iaitu sekolah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani emosi rohani dan intelek. Selain memberi pelajar ilmu pengetahuan pihak sekolah haruslah menyemai sikap berbudi bahasa. Oleh itu guru haruslah menjadi suri teladan kepada anak didik mereka Dalam hal ini warga pendidik haruslah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar
Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa tidak harus mengambil sikap bena tidak bena dalam memberikan didikan kepada anak- anak. Ibu bapa haruslah menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak- anak. Ketika bercakap janganlah menggunakan kata-kata nista. Selain itu masyarakat haruslah peka untuk memberikan teguran kepada para remaja yang membuat salah atau yang menunjukkan perlakuan sumbang.
Kesimpulannya semua pihak haruslah menggembleng tenaga menyahut kempen yang dilancarkan kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi(Dipetik dan diubah suai daripada Berbudi bahasa Amalan Hidup Kita oleh Tuan Jamil Tuan Muhammad Dewan Siswa Jilid 30 Bil 2 Februari 2008)
1 Berikan maksud rangkai kata sikap bena tidak bena.
Maksud rangkai kata sikap bena tidak bena ialah tidak ambil peduli.

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua punca berlakunya gejala sosial dan kejadian jenayah.
Punca berlakunya gejala sosial dan jenayah adalah disebabkan pertembungan budaya Timur dengan Barat yang amat berbeza. Selain itu, nilai-nilai murni semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Seterusnya, gejala ini berpunca daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain.

3 Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat negara ini tidak berbudi bahasa?
Pada pendapat saya, jika masyarakat kita tidak berbudi bahasa, kesannya ialah imej negara akan terjejas di mata pelancong. Seterusnya, masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa. Selain itu, negara akan kehilangan bakal pemimpin yang berkaliber.


ciplak langkah-langkah membentuk masyarakat penyayang.




Masyarakat penyayang ialah mayarakat yang mementingkan nilai-nilai kasih sayang sesama ahli masyarakat   di sekeliling kita . Hari ini gejala sosial dan kejadian jenayah berlaku akibat pertembungan budaya Timur dengan Barat yang amat berbeza. Sebagai contoh kejadian ragut, samseng jalan raya, buli, cabul dan vandalisme yang berlaku menggambarkan nilai-nilai murni semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Hal ini demikian kerana gejala ini berpunca daripada sikap mementingkan diri dan tidak menghormati hak orang lain
Sehubungan dengan itu,  kerajaan cukup prihatin apabila mengorak langkah yang bijaksana dengan melancarkan Kempen Masyarakat Penyayang peringkat kebangsaan. Selain itu, syarikat pengangkutan awam seperti bas teksi, monorel dan LRT haruslah menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah menerapkan nilai kasih sayang dan prihatin dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam agar mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat tercapai.
Institusi pendidikan formal iaitu sekolah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani emosi rohani dan intelek. Selain memberi pelajar ilmu , pihak sekolah haruslah menyemai sikap penyayang antara manusia. Oleh itu guru haruslah menjadi suri teladan kepada anak didik mereka Dalam hal ini warga pendidik haruslah menunjukkan nilai-nilai penyayang seperti cara pertuturan dan pergerakan lemah lembut apabila berinteraksi dengan pelajar
Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa tidak harus mengambil sikap bena tidak bena dalam memberikan didikan kepada anak- anak. Ibu bapa haruslah menyemai sikap penyayang yang tinggi kepada anak- anak. Ketika bercakap janganlah menggunakan kata-kata nista. Selain itu masyarakat haruslah peka untuk memberikan teguran kepada para remaja yang membuat salah atau yang menunjukkan perlakuan sumbang.Aktiviti kemasyarakatan wajar dipergiat dalam semua lapisan masyarakat. Cintohnya program penjanaan jati diri wajar dijalankan dengan lebih giat lagi.
Kesimpulannya semua pihak haruslah menggembleng tenaga menyahut kempen yang dilancarkan kerajaan agar amalan sayang-menyayang yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisas