Tuesday, October 6, 2015

koleksi karangan pelajar menjelang peperiksaan SPM 2015

1. kepentingan semnagat kejiranan - OOI GIA WEN

Pohonan selasih menyirna siantan,
Melayang puspa patah berkurang;
Jalinan kasih pembina kekuatan,
Dibayang apa berpatah arang?

Pantun di atas telah jelas memanifestasi bahawa semangat kejiranan merupakan antara unsur yang penting untuk melahirkan masyarakat yang aman sejahtera. Tepuk dada, Tanya selera, apakah semangat kejiranan? Sebenarnya, semangat kejiranan merupakan semangat atau hubungan yang sudah lama dijalin antara jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Semangat kejiranan ini telah menjadi sebahgian daripada budaya hidup dalam masyarakat berbilang kaum terutamanya negara kita yang terdiri daripada orang Melayu, orang India, orang Cina dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan terjalinnya semangat ini dalam kehidupan seharian, rakyat yang berbilang kaum,agama dan bangsa dapat hidup sejahtera kerana semangat kejiranan dapat menyemai nilai-nilai toleransi, silaturahim dan kasih sayang khususnya dalam kalangan warga kota yang terdiri daripada pelbagai kaum. YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pernah berkata, “semangat kejiranan ialah tanggar amanat yang memangkinkan kemakmuran dan kemajuan negara kita.” Oleh itu, sedah terang lagi bersuluh bahawa banyak faedah yang akan kita nikmati sekiranya semangat kejiranan dipraktikkan. Persoalannya, apakah kepentingan semangat kejiranan ?

Pertamanya, semangat kejiranan yang diamalkan dalam kehidupan rutin seseorang akan melahirkan masyarakat yang sanggup menghulurkan bantuan kepada seseorang terutamanya jiran yang tinggal berhampiran dengan rumahnya. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kejiranan yang ditanam dalam sanubari setiap marhaen akan menyebabkan mereka menolong jiran secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan rezeki daripada penerima bantuannya. Mereka akan menyedari bahawa ini hari orang, besok hari kita yakni malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan. Orang lain yang lebih muda juga mungkin dapat membantu kita untuk menyelesaikan masalah pada suatu hari nanti kerana kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Mafhum daripada sepotong maksud Hadith yang menyatakan, “Kehidupan kita diibaratkan sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit”. Dengan mengamalkan semangat kejiranan,sikap bernafsi-nafsi bagi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dapat dielakkan. Oleh itu, terbuktilah bahwa sikap saling membantu yang diwujudkan melalui semangat kejiranan merupakan cara yang terbaik untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.

Selain itu, semangat kejiranan yang dipupuk antara warga metropolitan penting dalam mengurangkan kes berlakunya gejala sosial seperti kes penculikan kanak-kanak, meragut, mencuri, vandalisme dan sebagainya. Hal ini dijelaskan demikian kerana jiran akan prihatin sesama diri dan seterusnya peka terhadap perkara yang berlaku di sekelilinginya. Mereka akan melaporkan polis sebaik-baik sahaja mendapati sesuatu kes gejala sosial berlaku tetapi bukan mengabaikannya dan membiarkan sahaja. Sikap takut dikatakan jaga tepi kain orang lain tidak akan wujud kerana menganggap jiran sebagai orang yang terdekat dengannya. Buktinya, rukun tetangga telah dijalankan dengan menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Hal ini yang digalakkan oleh pihak kerajaan sejak tahun 1975 telah berjaya mengurangkan kes berlakunya jenayah. Jelaslah bahawa masyarakat yang aman dan bebas daripada gejala sosial dapat diwujudkan melalui semangat kejiranan yang disuntik dalam lubuk kalbu setiap anggota masyarkat.

Di samping itu, semangat kejiranan juga digalakkan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya seseorang. Jiran seseorang pasti terdiri daripada beberapa kaum. Rumah terbuka yang diadakan terutamanya pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Depaavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain dapat meningkatkan persefahaman antara pelbagai kaum dalam pelbagai aspek. Jiran dapat memahami makanan tradisional kaum lain dan memahami serta bersikap toleransi terhadap adat yang diamalkan oleh mereka. Perselisihan faham antara kaum tidak akan berlaku sekali gus rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Amalan kunjung-mengunjungi yang dipraktikkan turut merapatkan hubungan silaturahim sesama jiran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, semangat kejiranan perlulah diamalkan kerana melaluinya semangat perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat dapat dipupuk. Lagi terang, lagi bersuluh bahawa semangat kejiranan yang diwujudkan dapat mengikis sikap curiga dan prasangka antara rakyat berbilang kaum di Malaysia justeru menjana perpaduan antara kaum.

Seterusnya, kerjasama antara masyarakat juga akan dipupuk melalui semangat kejiranan. Setiap aktiviti yang diadakan untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat secara langsung dapat menggalakkan kerjasama antara penduduk setempat terutamanya jiran tetangga. Dengan adanya kerjasama antara masyarakat, setiap kerja yang susah menjadi mudah kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kerja yang diberi juga dapat disiapkan dalam masa yang tertentu. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota masyarakat secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Misalnya, aktiviti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti yang digiatkan dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Lebih-lebih lagi, menurut laporan majalah “The Times” di Australia, kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara kegiatan yang terbaik di dunia. Jadi, jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat menggalakkan kerjasama antara masyarakat melalui penglibatan anggota masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan secara aktif.

Akhirnya, secara tidak langsung, semangat kejiranan juga berperanan maslahat untuk membantu pembangunan Negara justeru menjamin kesejahteraan rakyat. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa keadaan Negara yang harmoni dan aman damai merupakan langkah pertama untuk memajukan nusa dan bangsa negara kita. Bagi mewujudkan masyarakat yang saling menghormati dan membantu antara satu sama lain untuk kestabilan Negara kita, semangat kejiranan perlulah disemarakkan. Slogan ‘Negara Maju Rakyat Sihat’ turut menjelaskan bahawa rakyat yang hidup sihat dalam keadaan aman damai memudahkan program pembangunan yang diadakan oleh pihak kerajaan dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika setiap anggota masyarakat memahami kepentingan semangat kejiranan dalam usaha memupuk semangat kekitaan dan perpaduan antara kaum, Negara kita akan terus maju sehingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju seperti Jepun. Nama negara kita akan diharumkan dan Malaysia akan dikenali sebagai negara yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Rakyat Malaysia turut dipandang tinggi dan dihormati. Oleh itu, pembangunan Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum berkait rapat dengan semangat kejiranan antara masyarakat.

Memetik kata-kata orang Cina, “apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal tetapi mimpi kita masih sama”. Kata mutiara ini terbuktilah bahawa persefahaman antara jiran tetangga yang berbeza agama, kaum dan budaya amatlah vital dalam menyemarakkan semangat kejiranan. Hidup berjiran juga ibarat aur dengan tebing, susah senang sama-sama merasa, umpama ke gunung sama didaki dan ke luruh sama dituruni. Semangat kejiranan inilah yang menyebabkan Negara kita dianggap unik di seantero dunia.oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah angkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif tetapi perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Marilah kita bersatu padu memupuk semangat kejiranan dalam sanubari setiap warganegara untuk menjana satu bangsa Malaysia yang bersatu padu kerana rakyat bersatu, negara maju!

2. faktor kelunturan semangat kejiranan

Semangat kejiranan merupakan semangat atau hubungan yang sudah lama dijalin antara jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang.Semangat kejiranan ini telah menjadi sebahgian daripada budaya hidup dalam masyarakat berbilang kaum terutamanya negara kita yang terdiri daripada orang Melayu, orang India, orang Cina dan sebagainya. Pada masa dahulu, sikap saling menghormati dan menyayangi antara jiran telah diwujudkan. Hubungan antara jiran yang cakna juga diibaratkan darah daging yg tida dapat dipisahkan. Walakin begitu, muktahir ini, sudah menjadi lumrah seseorang remaja mampu menghafal dengan pantas dan lancar nama-nama selebriti dan penghibur sanjungan mereka namun mereka begitu jengkel untuk menyebut nama jiran mereka walaupun sentiasa berjumpa. Sebenarnya, semangat kejiranan merupakan amalan penting yg perlu diamalkan dalam negara kita untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum,agama, budaya ataupun warna kulit yang dimiliki oleh seseorang. Persoalannya, tepuk dada tanya selera ,apakah faktor yang menyumbang kepada kelunturan semangat kejiranan pada masa ini?

Pertamanya, faktor utama yang menatijahkan kelunturan semangat kejiranan ini ialah sikap masyarakat yang kian hari kian mementingkan diri sehingga melupakan tanggungjawab diri sebagai jiran untuk menjalin hubungan yang baik sesama diri. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat kini sebenarnya sedang mempraktikkan sikap individualistik dan tidak ingin memberikan prihatin kepada jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Kini, masyarakat yang tinggal bersebelahan dan berjumpa tiap-tiap hari masih malas untuk bertegur sapa, apatah lagi untuk mewujudkan semangat kejiranan? Lebih-lebih lagi, sikap masyarakat yang mengganggap bahawa sesuatu kemalangan yang ditimpa oleh kejiranan adalah tidak berkaitan dengan diri dan mengabaikannya. Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golngan masyarakat yang bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tempelak ini bagaikan sedah sinonim dengan gaya hidup manusia moden. Sifat individualistik dan mementingkan diri sebenarnya telah menakibatkan hubungan kejiranan yang kian hari kian renggang.

Seterusnya, kesibukan masyarakat hari ini dalam mengejar kemewahan dan kekayaan telah menyebabkan semangat kejiranan semakin pupus ditelan zaman. Amalan yang diamalkan ole masyarakat kini yakni bekerja sepanjang separuh hari , keluar sejak pagi dan balik ke rumah pada waktu malam telah menggurangkan masa seseorang untuk berinteraksi dengan jiran. ibu bapa tiada lagi masa untuk berkomunikasi dengan jiran dan tidak mengenali sesama diri. Memetik peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Jelas menunjukkan bahawa masa yang had meyukarkan proses saling mengenali dijalankan sehingga sikap prihatin dan mengambil berat akan jiran tetangga tidak dapat diwujudkan dan dipupuk. Contohnya, seseorang yang telah keletihan untuk menyiapkan kerja yang diberi apabila bekerja, manakan dia lagi bersemangat untuk bergaul dengan jiran-jiran? Manaka dia lagi bersemangat untuk prihatin akan perkara yang berlaku pada jiran? Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap materialistik yang banyak ditunjukkan oleh masarakat ini telah menjadi antara punca yang menatijahkan semangat kejiranan yang semakin luntur.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat pada alaf digital ini secara tidak langsung menyebabkan semangat kejiranan semakin terhakis. Hal ini demikian kerana ahli masyarakat teutamanya generasi muda terlalu ghairah menggunakan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer . Menurut tinjauan terkini, genrasi muda telah menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain. Mereka turut berbual-bual dengan rakan-rakan melalui Facebook, Twitter, Wechat dan Whatsapp. Ada juga mereka yang asyik bermain permainan atas tarian seperti Will, PSP sehingga larut malam . Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling. Mereka tidak perlu keluar rumah dan jarang untuk keluar berinteraksi dengan orang lain. Mereka tidak mengetahui bahawa kepentingan semagat kejiranan tetapi lebih menumpukan perhatian kepada kemajuan teknologi yang dinikmati mereka. Oleh itu, secara tidak langsung, budaya ini sudah menjadi biasa sehingga amalan kunjng-mengunjungi semakin terhakis sekali gus melunturkan semangat kejiranan yang telah lama diamalkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kekurangan didikan agama yang selalu mengajar penganutnya untuk menjalin hubungan yang baik antara jiran seperti cubit pahat kiri, pahat kanan terasa juga telah mengakibatkan semangat kejiranan semakin hilang. Hal ini dikatakan demikian kerana agama mengajar seseorang untuk sentiasa berbudi bahasa dan bersopan santun supaya direstu, diredha dan dilimpahi rezeki oleh tuhan. Amalan ini yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan jiran tetangga melalui bertegur sapa, kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka terutamanya pada hari perayaan semakin kurang ditunjukkan oleh masyarakat kini. Lama-kelamaannya, jiran tetangga tidak lagi saling mengunjungi , berkongsi pengalaman dalam kehidupan , justeru tidak lagi mengenali sesame diri. Oleh itu, agama sebagai enjin atau kuasa dalaman telah menggerakkan individu menjadi insan yang sempurna, saling menghormati dan menyayangi terutamanya antara jiran tetangga amat perlu ditanam dalam lubuk hati seseorang supaya semangat kejiranan tidak ditelan zaman begitu sahaja.

Di samping itu, persekitaran rumah yang tidak selamat juga menyukarkan semangat kejiranan dipupuk antara jiran tetangga. Hal ini demikian kerana kes penculikan yang hangat diperkatakan telah membimbangkan kebanyakan ibu bapa sehingga tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan orang lain termasuk jiran-jiran yang tinggal berhampiran. Sifat curiga yang timbul dalam setiap anggota masyarakat menyebabkan seseorang hilang keyakinan terhadap orang lain. Jiran tetangga yang merupakan orang yang terdekat dengan seseorang selain dengan saudara-saudari tidak mempercayai sesama diri. Sikap saling mempercayai merupakan jambatan untuk menghubungkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekiranya mereka tidak mengenali jiran dan tidak tahu untuk menghayati semangat kejiranan yang sebenarnya penting untuk mengelakkan polarisasi kaum, apakah yang akan ditimpa oleh masyarakat? Jawapannya ada pada diri. Jadi, ternyatalah bahawa sikap prasangka antara jiran secara langsung menyebabkan semangat kejiranan tidak lagi wujud.

Berdasarkan hujah yang berkaitan dengan faktor kelunturan semangat kejiranan yang telah dibincangkan pada petikan dahulu, terbuktilah bahawa kelunturan semangat kejiranan
bukan disebabkan sesuatu pihak sahaja. Setiap marhean dunia perlu menanggung peranan untuk menghidupkan semangat kejiranan semula. Sebagai contoh, rukun tetangga, rumah terbuka, amalan bergotong-royong dan lain-lain telah digiatkan untuk meningatkan kesedaran setiap ahli masyarakat tentang pentingnya semangat kejiranan. Memetik kata orang Cina, “Jiran yang tinggal bersebelahan kita adalah lebih diperlukan dan penting jika dibandingkan sausara-saudari yang tinggal jauh daripada kita terutamanya pada kecemasan.” Oleh itu, lagi terang lagi bersuluh bahawa hubungan yang akrab sesama jiran perlulah dipupuk dan disuntik dalam lubuk kalbu setiap anggota masyarakat supaya jiran dapat saling membantu dan menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada jiran yang sedang berada dalam kecemasan. Marilah kita bermula menghayati semangat kejiranan yang telah lama terhakis pada era globalisasi ini !

countdown SPm 2015 6 - 5E1 salin n pass up the next monday



Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan.

Bukanlah orang yang beriman
Jika sendiri kekenyangan
Sedangkan jiran menangis kelaparan
            Sepotong hadis di atas memanifestasikan kepentingan untuk menjalin hubungan ukhuwah sesama jiran tetangga tanpa mengira latar belakang yang berbeza. Dalam konteks Islam, jiran merujuki deretan rumah ke-40 yang melangkau rumah di sebelah kiri dan kanan, rumah di belakang dan di depan, rumah di tingkat atas dan bawah dari rumah kita. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud, “ jiran tetangga ada tiga jenis, yakni jiran yang terdiri daripada kaum keluarga, kaum muslim dan kaum kafir.” Manakala aktivis terkenal negara Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkali-kali menegaskan kepentingan semangat kejiranan untuk membangunkan tamadun bangsa negara kita. Izharnya, semangat kejiranan yang telah lama mendarah daging dan sebati dalam tradisi kehidupan leluhur telah menunjangkan norma masyarakat majmuk di Malaysia. Kini, sampailah masa untuk kita membenamkan kotak minda menelusuri kepentingan semangat ini. Apakah kepentingan semangat kejiranan kepada nusa dan bangsa?Tepuk dada tanya selera.

            Afdalnya, semangat kejiranan merupakan pangkal pokok untuk membentuk masyarakat yang sakinat dan madani. Secara fitrahnya, manusia tidak dapat hidup bersendirian kerana nilai kasih sayang merupakan sebahagian daripada kehidupan hakiki manusia. Nilai kemanusiaan ini ternyata dalam hadis yang berbunyi, “barang siapa yang beriman kepada hari kianat, maka berbaik-baiklah kepada jiran tetangga dan tetamu.” Dengan jelasnya, manusia yang menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan akan memahami sifat kasih sayang ialah sifat Tuhan yang patut menjadi anutan manusia supaya meluaskan nilai kemanusiaan ini kepada semua makhluk di buana ini. Kempen Budi Bahasa dan Budaya Kita yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Rais Yatim menekankan jiran tetangga ialah saudara kita yang terdekat. Walhal, segala perbalahan dan konflik berakar umbi daripada sikap individualistik yang bercanggah dengan agama dan nilai murni masyarakat timur. Bolehlah dibayangkan bahawa masyarakat kontemporari yang bersikap evasif lantaran terlalu mengejar kemewahan dalam hidup. Maka, nilai ketimuran ini wajarlah disuburkan kembali demi memugarkan nilai kasih sayang, toleransi dan ikatan silaturahim sesama manusia, khasnya jiran tetangga yang paling berhampiran dengan kita.

            Selain pembentukan masyarakat yang bertunjangkan nilai ketimuran, semangat kejiranan juga merupakan pemangkin untuk meningkatkan imej negara yang terdiri daripada masyarakat yang multiagama, multibudaya dan multietnik. Sesungguhnya, banyak kajian barat telah dijalankan untuk menilai nilai perpaduan yang berjaya dijanakan oleh pemimpin negara kita. Sebagai analoginya, setiausaha PBB semasa sambutan Hari ASEAN 2015 mengagumi kejayaan Gagasan 1M sebagai payung untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian kebudayaan. David Cameron, mantap Perdana Menteri British pada tahun 2012 pernah melaporkan kegagalan negara British untuk mewujudkan pendidikan yang multikebudayaan. Begitulah juga yang berlaku di Jerman, Amerika Syarikat dan negara maju lain yang menyuarakan kebimbangan untuk mewujudkan masyarakat yang multibudaya. Namun, sudah banyak kali negara kita dijadikan peran contoh untuk pakar penyelidik menelusuri semangat perpaduan dan kejiranan di negara kita. Pendek kata, jiran tetangga yang berbeza kaum dan kepercayaan bukan menjadi penghalang untuk hidup bermasyarakat kerana budaya bertoleransi dan saling memahami telah lama menjadi nilai tradisi negara kita.

            Walhal,bukan merupakan kes keterasingan lagi jika kita melihat jiran tetangga yang berbilang bangsa menghulurkan bantuan untuk menjayakan sesuatu agensi nasional. Di bawah kepemimpinan YAB Najib Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan NKRA( Bidang Keberhasilan Utama Negara) telah menekankan kesejahteraan dan keadilan untuk menyelaraskan perkongsian harta khazanah di bumi yang bertuah ini. Sesungguhnya, selepas menghela nafas 58 tahun, masyarakat majmuk di negara ini sudah mendarah daging dengan konsep memberi dan menerima sesama masyarakat yang heterogen. Agak biasanya apabila kita menyaksikan jiran tetangga yang berbeza kepercayaan menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Contohnya, Hari Keluarga, Rumah Terbuka Kebangsaan dan pelbagai program seni dan kebudayaan telah mengumpulkan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan kulit. Lebih mesra lagi, masyarakat Malaysia terkenal dengan nilai budi bahasa dan kemurahan hati sanggup membantu jiran tetangga dalam waktu kecemasan atau semasa ditimpa musibah. Hal ini dibuktikan semasa banjir berlaku di Kelantan, jiran tetangga dengan serta-merta membantu mangsa tanpa sekelumit perbandingan kulit yang berbeza.

            Lebih mengagumkan masyarakat domestik dan negara luar, ikatan kejiranan yang erat telah mengurangkan kes jenayah jalanan dan indeks jenayah sejak pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Hal ini telah dilaporkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Indeks Jenayah Jalanan menunjukkan penurunan sejak kepimpinan YAB Najib Tun Razak. Sungguhpun jenayah demi jenayah dipaparkan dalam dada media akhbar, namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Nilai kejiranan pernah ditegaskan oleh Tan Sri Lee Lam Thye sebagai senjata mujarab untuk memerangi segala pidana dan kebobrokan yang melibatkan manusia. Dengan sikap berwaspada terhadap kerenah orang asing yang tidak dikenali, jiran tetangga mampu mengecam dan sekurang-kurangnya melaporkan perasaan syak wasangka ini kepada pihak berwenang. Talian kecemasan 999 dan telefon numbor balai polis berdekatan telah diedarkan kepada ahli masyarakat setempat. Maka, dalam meladeni kerenah penjenayah yang tidak berhati perut, penggemblengan kudrat dan minda sesama jiran tetangga mampu mengurangkan indeks jenayah seperti pecah rumah, ragut, penculikan dan sebagainya yang sudah lama membelenggu kehidupan masyarakat kita.

            Akhir sekali, semangat kejiranan mampu menjadi elemen untuk melonjakkan industri pelancongan desa dan ekopelancongan. Panorama yang saujana mata memandang memerlukan kerjasama masyarakat setempat dengan menyahut seruan pihak kerajaan. Sebagai contohnya, program Inap Desa mustahillah berjaya untuk menggamit pelancong asing sekiranya masyarakat setempat tidak berusaha sama untuk melestarikan kehijauan saujana dan tidak bersikap siapa lu siapa gua. Sebagai contohnya, kehijauan Australia dan kebersihan Singapura mempamerkan rakyat murba yang menjunjung kedaulatan negara dan sifat empunya terhadap negara yang menaungi mereka. Kini, sekiranya rakyat murba di setiap kawasan perumahan sanggup mendukung aspirasi kerajaan seperti menyokong program pengasingan sampah sarap, amalan bercucuk tanam dan Kempen Sepokok Serumah, nescayalah persekitaran yang membersih dan menghijau mampu merancakkan industri pelancongan negara kita. Program Mybeautiful Neighbourhood dan RTC contohnya merupakan agensi nasional untuk mempromosikan produk pelancongan desa kepada pelancong asing. Khasnya, persembahan kebudayaan dan pertunjukan seni yang ditonjolkan oleh masyarakat desa berjaya mewujudkan aura yang muhibah. Makanan tradisional kini telah menjadi lambang keunikan negara kita apabila makanan 1Malaysia yang bercirikan ala kepelbagaian kebudayaan dihidangkan kepada pelancong asing. Mukhtasarnya, kepelbagaian kebudayaan merupakan sebahagian daripada ikatan kejiranan dalam masyarakat kampung telah dijadikan sebagai produk pelancongan yang unik.  

            Tuntasnya, semangat kejiranan mendatangkan seribu satu kemaslahatan kepada nusa dan bangsa. Transformasi pembangunan sosioekonomi bukanlah satu anjakan yang mudah, memetik kata mantan Presiden Amaerika Syarikat, John F Kenneny, “ janganlah Tanya apa yang boleh diberikan oleh negara, tetapi tanyalah apa yang boleh diberikan kepada negara. “ Semasa menempuhi cabaran yang semakin sengit dan kemelesetan ekonomi yang cukup merimaskan masyarakat, masyarakat Malaysia seakan-akan masih berada dalam zon keselesaan. Kita perlu memahami bahawa ikatan ukuhwah dan nilai kemanusiaan tanpa membatasi ideologi yang berbeza merupakan penawar untuk merungkaikan masalah global ini. Ayuhlah kita kembali kepada nilai tradisi dan norma masyarakat leluhur untuk menghayati suasana musim berderau yang pernah berlaku pada zaman nenek moyang kita;
Yang buta penghembus lesung,
Yang pekak pembakar meriam,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang kurap pemikul buluh.