Sunday, August 2, 2015

punca-punca berlakunya fenomena jerebu.



1.Kedah 2014                        Bahagian A  [30 markah]  [Masa yang dicadangkan : 45 minit]
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya fenomena jerebu.
Pembakaran terbuka
Penebangan hutan secara berleluasa
Pembebasan asap dari kenderaan dan kilang

IKUK( 死背,划线的地方什么作文都能用)
          Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (经济) negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara Malaysia semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun, bagai ditelankan mati ibu, diluahkan bapa mati, pembangunan pesat ini juga menimbulkan masalah sampingan, iaitu fenomena jerebu yang bukan lagi merupakan isu tuba dipolemikkan dalam kalangan marhaen. (I) Senario ini menunjukkan tahap keseriusannya memandangkan setiap rubrik akhbar tempatan  mestilah  mencatatkan Indeks Pencemaran Udara(IPU) di setiap lokasi di negara kita. (K) Sesungguhnya, Rancangan Malaysia ke-11 telah merangka tumpuan pada pertumbuhan hijau demi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.(U) Persoalannya, sejauh manakah Dasar Alam Sekitar berjaya menjanakan pembangunan mampan di negara kita? Apakah pula punca-punca berlakunya fenomena jerebu?

          Jerebu membawa maksud kewujudan zarah, asap dan debu pada atmosfera rendah yang mampu mengaburi pelihatan dan mencemari alam sekitar.(P) Fenomena ini akan tercetus pada cuaca panas atau menjelang musim Ekuinoks atau fenomena El-Nino.(P)  Sebagai tamsilannya, pembakaran hutan terbuka di Indonesia telah berlaku di Sumatera dan Kalimantan pada tahun 1997, 2005, dan 2013. (C) Disebabkan cuaca panas dan perubahan angin monsun barat daya, jerebu telah melanda Asia Tenggara secara teruknya pada tahun-tahun berkenaan.(M)  Menurut laporan JAS dan Jabatan Meteorologi Negara, negara kita pernah mencecah IPU melebihi 700 di Johor ( Muar, Ledang) dan Melaka( Bukit Rambai) pada tahun 2013.(C) Secara langsung, pengisytiharan darurat di negeri Selangor, Johor dan Melaka pada Jun 2013 menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.(K)
Pembakaran hutan meninggalkan fenomena kegondolan hutan bagai padang jarak padang tekukur. Lebih teruk lagi, pelepasan karbon dan habuk di atmosfera meninggalkan jerebu teruk yang dikenali sebagai asbut. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum barah menjadi parah, kerjasama serantau Asia Pasifik untuk menangani isu ini tidak wajar dianggap tetek-bengek lagi. 

          Sementara itu, penebangan hutan secara berleluasa di negara Malaysia atau negara jiran juga menatijahkan fenomena ini. (A) Hal ini disebabkan penebangan hutan untuk aktiviti pertanian seperti membajak pada cuaca panas telah menghasilkan sumber partikel yang terampai pada atmosfera dan terperangkap dalam lapisan udara. (M) Lebih teruk lagi, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sosial telah membakar hutan dan membersihkan kawasan pertanian dengan racun serangga, jadi, sumber partikel ini mengandungi nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.(C)  Kehijauan dan kesaujanaan alam akan hangus dibakar  Tegasnya, perbuatan pembersihan hutan bukan sahaja menjejaskan pembangunan lestari dan memusnahkan ekosistem persekitaran, malahan kesihatan manusia akan terencat sehingga mendatangkan risiko dalam jangka masa yang panjang. (P)
         
        Akhir sekali, pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang mengeruhkan keadaan ini lagi. Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara, di Kuala Lumpur sahaja, kira-kira sebanyak 3 juta kenderaan masuk keluar dalam sehari, pada tahun 2013 pula, sebanyak 350 ribu kenderaan baharu telah didaftarkan. Manakala di bawah pelaksanaan Dasar Perindustrian Negara dan perkembangan pesat ekonomi negara, pertumbuhan kilang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, khasnya di kawasan IKS dan berat seperti Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Mak Mandin dan Pasir Gudang. IPU di kawasan yang berkenaan lumrahnya mencatatkan peningkatan zarah halus atau organisme yang berbahaya seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monosida dan ozon. Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan penyakit kardiovaskular dan barah pada sistem respiratori. Sudah terang lagi bersuluh, sampailah masa teknologi hijau dan pembangunan mampan perlu dikuatkuasakan demi menjanakan pertumbuhan ekonomi yang selari dengan  peningkatan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif.

          Sebagai penghias penutup bicara, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009, Malaysia telah dengan secara sukarela menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020. Sehingga akhir tahun 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33 peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK. Maka, RM ke-11 yang bertumpu pada strategi pertumbuhan hijau amatlah bersesuaian dengan fenomena sejagat demi memastikan kesejahteraan manusia sejagat dan kelestarian bumi kita.

Percubaan SPM 2015 - 13



                    Budaya membawa maksud akal budi, peradaban dan ketamadunan yang terlibat dengan cara hidup, perasaan, pemikiran dan pergaulan. (I) Budaya tegur-menegur sinonim dengan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan sesama masyarakat yang multietnik, multiagama, multibudaya dan berlatarbelakangkan sosioekonomi yang heterogan.(I) Namun, budaya mahmudah ini semakin sirna ditelan arus globalisasi yang melewati sempadan dan mentaliti. (K) Tegal itu, Dasar Perpaduan Negara dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan telah digarapkan selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia, yakni mewujudkan masyarakat madani dan uthopia di negara kita. (U) Persoalannya, sejauh manakah strategi tersebut  berhasil menghidupsuburkan budaya tegur-menegur sesama masyarakat majmuk? Apakah pula langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut? (K)

          Pepatah Melayu berbunyi, adat bersendi syarak, syarak bersendi adat, yakni pergaulan dalam masyarakat mestilah bersesuaian dengan tradisi dan kerukunan. Untuk menghidupsuburkan budaya tegur-menegur dalam masyarakat, warisan tradisi bangsa mestilah dididik kepada seantero strata masyarakat, khasnya generasi muda.(A) Amsalnya, Rumah Terbuka Kebangsaan yang dianjurkan membayangkan budaya perkongsian etos dan jalinan antara masyarakat yang berbeza latar belakang. (C)Semasa kunjungan ke rumah terbuka sempena hari perayaan tertentu, masyarakat berpeluang untuk menikmati juadah, makanan tradisional, sekali gus mengintegrasikan diri dengan warisan tradisi masing-masing seperti kepercayaan dan adat resam yang berbeza. (K) Mukhtasarnya, tahap kefahaman terhadap warisan tradisi masyarakat silam dapat mewujudkan masyarakat yang mengenang budi, sekali gus melapangkan dada untuk mengenali masyarakat lain kerana tak kenal maka tak cinta.(P) Bertitik tolak daripada manifestasi ini, budaya tegur-menegur seyogianya bermula daripada pengenalan dan persefahaman terhadap warisan tradisi masyarakat silam, khasnya di negara bertuah yang sarat dengan kebudayaan yang heterogan.(P)

          Dari sudut keagamaan, budaya tegur-menegur merupakan tuntutan agama yang perlu diamalkan. Bahawasanya, sifat kasih sayang merupakan limpahan rahmat daripada Tuhan kepada umat di buana ini. Jadi, sifat ini sepatutnya menjadi anutan manusia agar meluaskan kasih sayang kepada semua makhluk sejagat. Secara fitrah, kehidupan hakiki manusia memerlukan kasih sayang kerana manusia tidak dapat hidup bersendirian. Lantaran itu, jiran tetangga amatlah diutamakan dalam agama Islam. Mengikut tafsiran syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan atau di belakang mahupun di tingkat atas ataupun di bawah hingga 40 rumah dari rumah kita. Nabi Muhammad bersabda, “ sebaik-baik manusia ialah memberi manfaat kepada orang lain.” “Kami telah mencipta lelaki dan perempuan, pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.”. Maka, memanglah penting untuk menuntut setiap hidayah dan petunjuk Tuhan supaya dilimpahi rahmat dan keredaan dalam kehidupan kita. Contohnya, hari keluarga yang dianjurkan oleh Jawatankuasa keselamatan dan kemakmuran kampung(JKKK) merupakan platform untuk berkongsi suka duka sesama jiran tetangga. Solat berjemaah atau aktiviti amalan beribadat juga dapat mengumpul semua komuniti setempat di bawah payung yang sama. Ijmalnya, budaya tegur-menegur dapat dihidupkan semula melalui pengukuhan keimanan yang kental pada setiap tuntutan agama.

          Dari sudut etiket sosial, budi pekerti merupakan tanggar amanat dan warisan tradisi golongan leluhur. Maka, amatlah penting nilai mahmudah ini diterapkan dan bersebati dengan hidup kita sejak azali lagi. Walhasil, Imam Al-Ghazali pernah berkata, “ ingin mengenali diri, lihatlah pada cermin; ingin mengenali peribadi, lihatlah pada wajah.” Maksudnya, perwatakan kita ditonjolkan melalui gerak laku, tutur kata, cara hidup, perasaan, pemikiran dan pergaulan dalam hidup berkhalayak. Seyogianya, anak bangsa kita diakulturasi sejak kecil untuk bermurah hati dan sifat bersederhana. Bagi manusia yang beretika dan kerohanian, budaya tegur sapa, bersenyum dan berterima kasih akan diterapkan dalam kehidupan rutin harian. Senario ini diterangkan dalam gurindam di bawah;
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Maka, setiap manusia mestilah berpegang pada prinsip hidup pokok biar berkayu, hidup manusia biar berjasa dan ada ubi ada talas, ada budi ada balas untuk mengembalikan kegemilangan tradisi silam ini.

          Meninjau skop yang lebih lanjut lagi, kasih sayang sesama manusia merupakan penawar segala kekhilafan dan tonik mujarab untuk memperkasakan tautan bersama. Demi mengembalikan kegemilangan budaya ini, amalan kunjung-mengunjung dan unjuk-mengunjuk用手传 sesama masyarakat majmuk dan berbeza status amatlah penting kerana orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Dalam Teori Hierarki Maslow, keperluan asas manusia ialah kasih sayang dalam hidup bersosial. Dengan nilai kasih sayang, terwujudlah masyarakat yang saling memerlukan, saling membantu dan saling merasai seperti peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada. Tamsilannya, semasa amalan kunjung-mengunjung pesakit atau mangsa musibah, kita akan menyelami hati budi setiap manusia sekali gus merapatkan hubungan antara satu sama lain. Senario ini didendangkan dalam lagu P Ramlee, lagu dengan irama. Walhasil, hidup kita saling bergantungan dan hidup secara simbiosis, budaya tegur-menegur merupakan pemangkin untuk memperkasakan konsep memberi dan menerima dalam masyarakat. Pendek kata, kasih sayang yang sejati mestilah  diperkukuh melalui pengalaman yang luas, kerana jauh perjalanan luas pandangan.



          Akhirulkalam, hidup sinonim dengan pohon yang perlu berbuah. Memetik kata Confucius, “ ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok; ingin hidup 100 tahun, tanamlah manusia.” Kesinambungan budaya tradisi masyarakat silam amatlah penting agar hidup kita tetap berakar umbi dan berpokok pangkal. Budaya tegur-menegur yang semakin mengikis lantaran pertembungan budaya dan perkembangan peranti elektronik perlulah dikembalikan secepat mungkin kerana
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh Budi runtuhlah bangsa.
Janganlah kita bagai kacang melupakan kulit kerana amalan murni ini perlulah ditegakkan demi menjanakan kelangsungan bangsa dan negara.