Sunday, April 29, 2012

F1---kerja CIPLAK

模仿是写作的开始,ciplak is the step to sharpen your skill to write a good message
i try to up load my sample after teaching your ringkasan kepentingan aktiviti kokurikulum, just have a view and then try yourself
2. Bincangkan faedah-faedah menyertai persatuan badan beruniform di sekolah.
            Dakam era pascakemodenan ini, ciri-ciri kecemerlangan pelajar tidak lekang menghiasi dada akhbar. Prestasi akademik bukan lagi merupakan prasyarat untuk menempa kejayaan diri semata-mata, malahan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum juga merupakan batu loncatan untuk menggilap potensi seseorang pelajar. Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu aktiviti persatuan dan kelab, sukan, dan pasukan berpakaian seragam. Terserlahlah bahawa persatuan badan beruniform bukan alang kepalang menonjolkan kemaslahatannya sejak belakangan ini.
            Penyertaan murid dalam persatuan badan beruniform banyak mendatangkan manfaat. Antara manfaat yang diperoleh murid adalah dapat mengisi masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif. Masa ini emas, pelajar akan memasang tekad untuk menetapkan misi dan visi masing-masing sekiranya masa senggang dimanfaatkan dengan aktiviti perkhemahan dan berkawad kaki. Memetik kata Dr Fazilah Kamsah, pakar motivasi terbilang negara bahawa setiap manusia mempunyai fitrah sendiri untuk mencapai kejayaan, cumalah menunggu-nunggu potensi diri diasah melalui cara yang betul. Tegasnya, persatuan badan beruniform seperti pengakap, persatuan bulan sabit merah dan sebagainya merupakan medan untuk merealisasikan impian masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan sejak bangku sekolah lagi.
            Dalam konteks yang lain, kegiatan persatuan badan beruniform juga merupakan suatu alternatif untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan mengembangkan minda, murid juga memperoleh pengalaman baharu dan pengetahuan yang lebih mendalam apabila  menyertai aktiviti kokurikulum ini. Tak pecah ruyung, masakan dapat sagunya. Sungguhpun pelajar menempuh cabaran untuk mengimbangi masa antara aktiviti akademik dengan aktiviti kokurikulum, namun pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang.
            Dalam perspektif yang lain, perkara yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan dalam diri mereka apabila menyertai kegiatan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu, nilai kepemimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum ini. Tegal itu, dikatakan persatuan badan beruniform merupakan wadah yang penting untuk menjana modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bakat yang terpendam wajarlah diserlahkan sejak bangku sekolah lagi. Pelajar yang pernah memegang jawatan seperti ketua kumpulan, pengerusi, bendahari dan sebagainya lazimnya akan menggambarkan nilai-nilai kepemimpinan mereka semasa di arena kerjaya bakal hari nanti. Tepuk dada, tanya selera. Tanpa aktiviti ini, masakan pemimpin seperti tokoh-tokoh negara dapat dijanakan.
            Yang pentingnya, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri. Sebagai  contoh, jika murid menyertai aktiviti kawad kaki dan aktiviti kemasyarakatan,  sudah tentu murid tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam pasukan. Selain itu, peserta  juga perlu menepati masa latihan. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid yang  menyertai kegiatan kokurikulum. Seterusnya, melalui kegiatan persatuan badan beruniform murid juga dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai peringkat usia, bangsa, dan jantina yang berbeza. Mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran dalam bidang pelajaran mahupun pengetahuan am.Lantaran ini, dikatakan bahawa persatuan badan beruniform merupakan wadah untuk menjalin hubungan kemasyarakatan dari latar belakang berbeza. Pelajar akan menghayati kata-kata hikmah para cendekiawan, iaitu ‘banyak orang banyak ragam.’ , ‘ lurah sama dituruni, bukit sama didaki.’, lebih-lebih lagi ‘Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.’ Jelaslah bahawa nilai-nilai murni yang disuntik dalam lubuk kalbu mereka akan menjadi prasyarat mereka ke arah kecemerlangan diri.
            Sesungguhnya, melalui pembabitan yang aktif dalam kegiatan persatuan badan beruniform , murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja pada masa sekarang.Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanpa barisan remaja yang berwawasan, hilang patah putulah kemudi negara kita.

Tuesday, April 17, 2012

Form 2: Jawaban Koleksi K2-T2-2012(Masa : 2jam)

Koleksi K2-T2-1/2012(Masa : 2jam)
Masa dicadangkan : 40 minit langkah-langkah mengatasi masalah Mat Rempit.( Cemerlang-T2/1/12)
Jawaban K1
Langkah-langkah mengatasi masalah Mat Rempit:
1.       Kerajaan menjalankan pelbagai kempen menyedarkan masyarakat agar jalan raya tidak dijadikan medan perlumbaan.
2.       Kerajaan telah membina lebih banyak tempat riadah termasuklah litar lumba motor.
3.       Ibu bapa juga diharapkan jangan terlalu memanjakan anak- anak mereka.
4.       Undang-undang yang ketat, hukuman yang berat, dan penguatkuasaan yang berterusan daripada pihak polis dan JPJ.
5.       Operasi besar-besaran hendaklah dibuat
6.       Mewujudkan papan-papan tanda yang menunjukkan statistik bulanan tentang bilangan remaja yang meninggal dunia akibat lumba haram, mahupun patah atau putus kaki tangan akibat berlumba diletakkan di kawasan yang menjadi tumpuan para remaja melakukan aktiviti lumba haram.
Bahagian A(ii)
1.      Maksud membingitkan telinga ialah bunyi kuat yang menyakitkan telinga.
2.      Faktor yang menyebabkan golongan remaja melakukan aktiviti lumba haram ialah:
*        pengaruh rakan sebaya
*        untuk menunjukkan kehebatan mereka meniru aksi-aksi dalam televisyen
*        melepaskan tekanan yang dialami
3.      Perlakuan Mat Rempit ketika melakukan aktiviti lumba haram ialah:
a.       melakukan perlumbaan haram setiap malam antara pukul 10.00 malam hingga pukul 4.00 pagi
b.      motosikal mereka telah diubah suai supaya dapat mengeluarkan bunyi kuat yang membingitkan telinga
c.       membawa pasangan bohsia bawah umur, bersaing sesama sendiri
d.      berdiri di atas motor sambil mengangkat tayar depan, memecut motosikal selaju mungkin sambil mencelah ke kiri dan ke kanan

Bahagian C:
 1.     LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA Anjuran : PBSM Peserta : 35 orang Tarikh : 25 Mac 2008
Selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap mengenai lawatan tersebut untuk diserahkan kepada pengetua sekolah. Tulis laporan tersebut selengkapnya.
LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA
            Pada 22 Mei 2012 yang lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Orang Tua Sinar Harapan Menanti bersempena dengan program Minggu Kasih Sayang. Sebanyak 35 orang ahli mengikuti rombongan ini dan diiringi oleh tiga orang guru penasihat, iaitu Puan A, Puan B, dan Puan C.
            Peserta bertolak dengan menaiki bas pada jam 8.30 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.00 pagi. Rombongan disambut oleh pegawai dan petugas rumah tersebut. Pengetua Rumah Sinar Harapan, Puan E melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kunjungan yang dilakukan. Kami dibawa ke dewan utama untuk mendengar taklimat tentang pengurusan rumah kebajikan rumah orang tua.
            Kami diperkenalkan dengan 42 orang warga emas di sini yang berumur antara 60 tahun hingga 75 tahun. Apabila melihat kedatangan kami, wajah mereka kelihatan begitu ceria. Mereka memeluk kami dengan mesra. Kami diminta duduk bersebelahan dengan setiap orang tua-tua itu.
            Pengerusi majlis, Encik F memulakan acara pada hari ini. Beliau mengalu-alukan kehadiran kami dan kesudian kami melawat ke rumah orang tua. Puan E melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas sambutan yang diberikan. Kumpulan nasyid rumah orang tua telah mengalunkan lagu “Sayangi Daku” dan “Oh Ayah dan Ibu”.
            Acara penyampaian cenderamata berupa makanan dan keperluan harian sekolah telah disampaikan oleh Puan B kepada semua orang tua. Ternyata, sumbangan yang tidak seberapa itu begitu menceriakan warga tua tersebut. Sesudah itu, sesi bergambar dengan semua penghuni rumah orang tua diadakan di pentas utama.
Peserta rombongan dibawa ke dewan makan untuk menikmati hidangan tengah hari. Kami duduk semeja dengan mereka. Pada ketika itu, ada yang menceritakan kisah hidup mereka yang rindu akan anak-anak yang sibuk mencari periuk. Kami mendengar rintihan, keluhan, dan harapan mereka.
            Pada pukul 1.30 tengah hari para peserta berangkat pulang. Tergambar kesayuan pada wajah orang tua-tua tersebut. Para peserta yang mengikuti lawatan ini menyatakan perasaan simpati mereka kepada penghuni asrama. Para peserta memperoleh pengalaman yang bermakna daripada lawatan itu.
Disediakan oleh,                                                                                                         23 Mei 2010.
(NORELYANA ABU ZARIM)
Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah,
SMK Desa Indah.

1.     Baru-baru ini, anda telah berpindah sekolah kerana mengikuti bapa yang telah ditukarkan ke negeri lain.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda dengan menceritakan pengalaman anda di tempat baharu tersebut.
Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi
 Pendahuluan
Nama dan alamat pengirim serta tarikh, bertanya khabar
 Isi-isi Penting
Isi 1 – Perasaan di tempat baharu-seronokkeranamendapat kawan bahara
Isi 2 - Keadaan - di kampung lebih tenang berbanding dengan di bandar - jiran-jiran baik - aman damai
Isi 3 - keadaan sekolah - kemudahan pengajaran dan pembelajaran banyak walaupun sekolah kawasan luar bandar - cikgu komited terhadap tugas
Isi 4 - mengajak rakan ke tempat anda
Penutup
Harapan agar bertemu pada cuti sekolah akan datang

1.     Akhir-akhir ini, masalah disiplin pelajar semakin hangat diperkatakan. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya masalah tersebut?
Punca masalah disiplin
Institusi kekeluargaan goyah-
kurangnya
kS+P, B+G,ST,M+M, PDA, MIPk, PD, M+M
bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing

Sikap remaja sendiri
1.sikap-mengagungkan budaya HIM
2. pemikiran –terpesong dari landasan keimanan, agresif, memberontak, terikut-ikut oleh pengaruh rakan sebaya, bagai lalang ditiup angin,
3. berada di fasa- konflik, mencari-cari identiti,
4. hidup bagai hidung kerbau dicucuk jarum , terolang-aling
Sistem pelajaran yang membosankan
1. longgarnya PD-kop Mak JIH
2. terlalu berorientasikan peperiksaan- guru:
Kurangnya B+G, kS+P, tidak MIPk
3. kurangnya PDA dalam
4. pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan
Pengaruh kawan
1. mencari penghargaan dan pengiktirafan daripada rakan
2. pemikiran tidak matang
3. melepasan tekanan, kesepian bersama dengan kawan
4. perasaan harga diri diterima

Koleksi K2-T2-3/2012(Masa : 2jam)
Bahagian A(i): Ringkasan(Masa dicadangkan: 40 minit)
sebab-sebab berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
            Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia semakin serius. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan peningkatan peratus yang agak membimbangkan. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa. Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. Masalah ini berlaku apabila tisu lemak bertambah secara keterlaluan. Masalah obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang banyak dihadapi oleh penduduk di Asia.
            Antara faktor berlakunya obesiti ialah genetik dan persekitaran. Beberapa individu mengadu bahawa mereka mengawal tabiat pemakanan, namun masih menghadapi masalah , berat badan berlebihan kerana mewarisi genetik berbadan gemuk. Ibu bapa yang mempunyai berat badan yang normal, risiko anak mereka mengalami obesiti ialah 10 peratus dan jika ibu bapa mengalami obesiti, berkemungkinan risiko anak mengalami obesiti sebanyak 70 peratus. Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak disebabkan sikap ibu bapa yang membiarkannya berlaku. Tambahan pula, pada peringkat kanak-kanak ini, mereka kurang pendedahan tentang pelbagai kesan buruk sebagai akibat berat badan yang berlebihan.
            Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa masalah berat badan berlebihan ini disebabkan kurang tidur, iaitu kurang daripada enam jam. Seterusnya, faktor penyumbang yang lain kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan atau bersenam. Peningkatan taraf hidup dalam kalangan ibu bapa menyebabkan mereka mampu menyediakan makanan yang mencukupi untuk anak-anak. Di samping itu, kesibukan ibu bapa yang bekerjaya juga mendorong mereka memberikan pelbagai makanan segera kepada anak-anak yang akan menyumbang kepada masalah obesiti.
            Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan seperti mengurangkan kalori pemakanan serta melakukan senaman. Sebagai contohnya, berjalan kaki, berbasikal, mendaki bukit, menari, dan sebagainya dapat mengawal berat badan seseorang. Di samping itu, elakkan daripada duduk terlalu lama seperti menonton televisyen, bermain komputer, dan lain-lain lagi. Obesiti boleh memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan badan. Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti akan berasa rendah diri serta tidak berkeyakinan dan menghadapi masalah hubungan sosial dengan rakan-rakan sebaya. Ibu bapa haruslah mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
1.      Berikan maksud mewarisi genetik.       [2 markah ]
2.      Jelaskan dua langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah obesiti. [4 markah]
3.      Pada pendapat anda, apakah punca menyebabkan seseorang tidak dapat mengawal pemakanannya?(4M)
          Antara faktor masalah obesiti dalam kalangan kanak- kanak termasuklah faktor genetik dan persekitaran. (A1)Tambahan pula, sikap kebanyakan ibu bapa yang membiarkan obesiti berlaku kepada anak-anak mereka.(A2)  Pada peringkat kanak-kanak ini, mereka kurang didedahkan dengan kesan buruk obesiti. (A3) Selain itu, masalah obesiti juga dikaitkan dengan kurang tidur serta kurang melakukan aktiviti fizikal. (A4) Seterusnya, peningkatan taraf hidup menyebabkan ibu bapa mampu memberikan makanan yang mencukupi kepada anak- anak mereka. (A5) Akhirnya, ibu bapa yang bekerja telah memilih jalan mudah dengan memberikan makanan segera kepada anak-anak disebabkan kesibukan mereka.(A6)
Bahagian A(ii) Pemahaman
1                      Maksud mewarisi genetik ialah "mengikut baka atau keturunan".
2                      Dua langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah obesiti ialah mengawal atau mengurangkan kalori pemakanan seharian dan bersenam. Selain itu, kita mengelakkan diri daripada duduk yang terlalu lama.
3                      Pada pendapat saya, punca menyebabkan seseorang tidak mengawal pemakanannya ialah makanan mudah diperoleh sama ada di rumah, di restoran, dan di gerai makan serta taraf hidup yang semakin meningkat. Selain itu, ada banyak jenis makanan segera yang dijual serta dalam simpanan di rumah. Mereka mempunyai sikap buruk makan tanpa memikirkan bahawa makan terlalu banyak boleh menjejaskan kesihatan.

               Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) bahawa, dianggarkan setiap satu pertiga penduduk dunia mati disebabkan penyakit kronik, iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis(diabetis), dan penyakit sakit jantung.”Ada anjin, ada pokoknya.” sebelum kudis menjadi tokak, barah menjadi parah, punca timbulnya masalah ini wajar diteliti hingga akar umbinya.
            Menurut statistik terkini bahawa setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia atau bangsa makin berada di ambang penghidapan kronik. Hakikatnya,corak pemakanan kini telah mengghairahkan amalan budaya barat yang mengagung-agungkan makanan segera dan bergoreng. Restoran burger,kentang goreng, roti dan makanan ala Barat memenuhi pasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Manakan penyakit kronik tidak menular dalam kehidupan kita sekiranya amalan pemakanan seimbang makin diketepikan.
            Selain itu,  pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga mendorong penyakit ini. Ilmu yang betul dan rosional wajar ditelusuri kerana api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.Keterlebihan pengambilan minyak akan menyumbang kepada masalah obesiti, sehingga memudaratkan kesihatan. Akhirnya, kurangnya senaman juga penyumbang utama masalah ini. Tanpa sistem pengaliran darah yang konsisten, peluh dan metabolisme akan terganggu.
            Tuntasnya,semua orang harus menjaga kesihan diri kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

                  Makanan segera seperti mi segera, coklat, aiskrim, ayam goreng, burger,dan sebagai makin memenuhi pasaran sehingga mendambakan perhatian khalayak ramai. Makanan ala barat ini seakan-akan menunjuk-nunjuk status kemewahan seseorang individu.
            Makanan ini lazimnya mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet yang akan menjejaskan kesihatan pengguna. Kalori, lemak dan karbohidrat yang keterlaluan akan menyebabkan masalah obesiti yang kian merimaskan masyarakat bagai cacing kepanasan. Api kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Keterlaluan pengambilan diet yang tidak seimbang akan merencatkan tumbesaran dalam kalangan kana-kanak khususnya. Kerana mulut badan binasa menggambarkan peri bahaya sekiranya pengambilan makanan yang semata-mata untuk memenuhi nafsu dan bukan untuk membekalkan tenaga.
            Seterusnya, proses metabolisme dan daya taakul juga akan terganggu. Kanak-kanak akan terjurus kepada kelembapan atau hiperaktif sehingga menjejaskan pembelajaran. Tegal itu, daya ingat dan daya tumpu perhatian juga terganggu sehingga menatijahkan kanak-kanak kini senang murung atau menghadapi tekanan emosi yang tanpa sembarangan fasal.
             Menurut kajian,hanyalah gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang akan menjurus kesejahteraan hidup. Tanpa kesihatan, kehidupan melarat. Tepuk dada, tanya selera.

bahagian C
2.Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk "Pentingnya Menjaga Kesihatan" Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

kata alu-aluan mengikut protokol - menjelaskan tajuk syarahan - kesihatan amat penting
Isi Penting
( a) kesihatan yang tidak baik - sering sakit-sakit - banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk membiayai kos rawatan
(b)sekiranya badan sihat - hidup dengan bahagia - menyumbangkan tenaga demi pembangunan negara
(c)belajar dengan selesa dan ceria - melakukan perkara yang diminati seperti bersukan - berjaya dalam hidup
(d)pergaulan dengan rakan-rakan lebih baik - menjalani kehidupan yang bahagia dan ceria
Penutup
mementingkan penjagaan kesihatan - rakyat sihat negara maju dan makmur

Bahagian D
Novel Erti Sebuah Pengorhanan
Dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan memaparkan nilai kasih sayang yang terpapar melalui watak Iman Zulaikha. Iman Zulaikha amat sayang akan ibu bapanya dan berasa sedih atas perceraian ibu bapanya itu. Dia berusaha untuk menyatukan ibu bapanya.
Nilai pengorbanan yang terpapar melalui Yusri, ayah Iman Zulaikha. Yusri terus melupakan hasratnya ingin berkahwin lain demi kebahagiaan dan kegembiraan anaknya.
Nilai ketabahan turut digambarkan melalui watak Iman Zulaikha. Sebagai contohnya, Iman Zulaikha tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga serta dugaan sebelum menyertai pertandingan pidato.

Koleksi K2-T2-4/2012(Masa : 2jam)
Pengamalan tabiat pemakanan yang sihat dalam menjamin kesihatan badan.
            1Makanan yang seimbang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan manusia. Pada kebiasaannya, makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, air, vitamin, garam mineral dan pelawas yang mencukupi untuk kegunaan badan manusia. Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel yang mati atau yang rosak dengan yang baru; membina tisu-tisu yang baru dan menjamin proses pertumbuhan yang berterusan.
            Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, 2Piramid Makanan haruslah dijadikan rujukan. Piramid Makanan terbahagi kepada empat peringkat. Bahagian dasar terdiri daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian seperti roti, nasi, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah banyak dimakan untuk 3menjamin bekalan tenaga yang berterusan agar aktiviti-aktiviti seharian dapat dilakukan. Peringkat kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein seperti susu, dadih, daging tanpa lemak, daging ayam, kekacang dan telur. 4Protein merupakan sumber makanan yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dengan yang baru.
            5Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan minyak 5serta manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus memberi lebih tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi6 tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.

Pengamalan tabiat pemakanan yang sihat menjamin kesihatan badan kerana makanan seimbang mengandungi pelbagai nutrisi yang menjamin pertumbuhan dan kesihatan badan manusia. Seterusnya, piramid nombor menjadi rujukan kepada makanan seimbang. Selanjutnya, makanan pembekal tenaga utama seperti karbohidrat dan gentian harus banyak dimakan. Tambahan pula, protein, iaitu kelas makanan yang menduduki peringkat kedua merupakan penjamin pertumbuhan fungsi badan berterusan dan kesihatan sel-sel serta tisu badan. Selanjutnya, makanan di puncak piramid. iaitu lemak dan gula harus dimakan sedikit kerana lemak merupakan penyebab kepada beberapa jenis penyakit kronik. Akhirnya, orang ramai harus mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar badan sihat dan cergas.

1.Beri maksud bagi rangkai kata “memudaratkan kesihatan".            (2 markah)
“Memudaratkan kesihatan" bermaksud mendatangkan kesan- kesan negatif kepada badan.

2.Beri dua bukti bahawa pengambilan lemak dan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan manusia.         (4 M)
Makanan ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.

3.Pada pendapat anda, mengapakah manusia pada zaman sekarang gagal mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat?(4M)
Pada pendapat saya, tabiat permakanan sihat gagal diamalkan kerana kesibukan manusia dalam aktiviti seharian.Selain itu, tertarik dengan iklan atau promosi yang dijalankan oleh pengusaha makanan segera. Akhirnya, kurangnya  kesedaran manusia tentang kepentingan pengalaman tabiat pemakanan yang sihat.

dadih
air susu (kerbau, lembu dll) yg pekat.

Bahagian B: Huraikan pendapat anda tentang amalan tabiat pemakanan yang sihat

                    Kini, amalan tabiat pemakanan sihat makin menjadi agenda polemik oleh masyarakat umum. Kata pujangga, “Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.” wajar dijadikan iktibar umum.

            Piramid Pemakanan Sihat merupakan panduan yang jitu. Bahagian dasar terdiri daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian .Makanan ini haruslah banyak dimakan untuk 3menjamin bekalan tenaga yang berterusan Peringkat kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein. 4Protein merupakan sumber makanan yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dengan yang baharu.
           
            5Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan minyak 5serta manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus memberi lebih tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi6 tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.

Bahagian C

1. “Pemakanan Seimbang Dapat Mencegah Jangkitan Penyakit.” Kemukakan hujah-hujah anda.
         
    1Makanan yang seimbang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan manusia. Pemakanan seimbang merupakan penyumbang kepada kesihatan manusia yang berterusan. Tanpa gaya hidup sihat, mustahil kita dielakkan daripada masalah jangkitan penyakit, khususnya penyakit kronik khasnya.

               Pada kebiasaannya, makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, air, vitamin, garam mineral dan pelawas yang mencukupi untuk kegunaan badan manusia. Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel yang mati atau yang rosak dengan yang baru; membina tisu-tisu yang baru dan menjamin proses pertumbuhan yang berterusan.
            Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, 2Piramid Makanan haruslah dijadikan rujukan. Piramid Makanan terbahagi kepada empat peringkat. Bahagian dasar terdiri daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian seperti roti, nasi, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah banyak dimakan untuk 3menjamin bekalan tenaga yang berterusan agar aktiviti-aktiviti seharian dapat dilakukan. Peringkat kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein seperti susu, dadih, daging tanpa lemak, daging ayam, kekacang dan telur. 4Protein merupakan sumber makanan yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dengan yang baru.
            5Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan minyak 5serta manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.

             Makanan seimbang seperti hasil tenusu dan sayur- sayuran dapat menghasilkan enam jenis vitamin yang berfungsi mencegah penyakit. Vitamin A berfungsi mencegah penyakit mata. Vitamin B mencegah penyakit beri-beri. Vitamin C mencegah penyakit skurvi. Vitamin D mencegah penyakit lemah tulang. gusi dan penyakit kulit. Vitamin E mencegah kemandulan.Vitamin K mencegah penyakit pembekuan darah. Pengambilan zat-zat makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesejahteraan kita pada masa depan. Namun, ingatlah bahawa, api kecil menjadi kawan, besar menajdi lawan. Pengambilan makanan supplemen ini tidak wajarlah keterlanjuran.

             6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus memberi lebih tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi6 tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.

Bahagian B: huraikan pendapat anda tentang manfaat aktiviti persatuan beruniform di sekolah.
Bahagian C: 2. Bincangkan faedah-faedah menyertai persatuan badan beruniform di sekolah.