Sunday, July 28, 2013

novel F1 - F3

Perwatakan utama: wu Nur Sukma Haji Syaqir.
nilai
persoalan
pengajaran
Hikmah(Amri)
Iman Zulaikha
Nur Sukma Haji Syaqir
Sifat
Penyayang
Nilai kasih sayang
Kasih sayang seorang anak Kita hendaklah saling menyayangi
Masy yang miskin dan penyayang
Kita haruslah kasih-mengasihi sesama manusia
Contohnya: Amri sangat sayang akan ibunya.Buktinya dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer untuk pergi ke farmasi di pekan semata-mata mahu membelikan ubat demam dan ubat luka untuk ibunya yang sakit.
Contohnya, dia menyayangi ibu bapa
Dan berazam menyatukan ibu bapa . Visinya akhir termakbul. Iman menyayangi gurunya yang bernama Cikgu Julia.
Iman  menyayangi rakannya dan selalu mengambil berat terhadap mereka
Dia juga menyayangi datuk dan neneknya. Buktinya
Iman bersapakat dengan Pei Wen untuk merahsiakan kecederaan disebabkan kerenah Linda kerana tidak ingin menimbulkan kebimbangan datuk neneknya.
Contohnya, Sukma amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya yang telah memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya sejak kecil lagi.
Buktinya walaupun awalnya dia menyangka ibunya pengkhianat negara tapi setelah dia mengetahui kisah sebenar, dia makin menyayangi ibunya. Sukma masih menyayangi ibunya walaupun awalnya dia menyangka ibunya pengkhianat negara tetapi setelah dia mengetahui kisah sebenar, kasih sayang terhadap ibunya semakin mendalam.
Kegigihan/ ketabahan
ketabahan remaja dalam menghadapi dugaan hidup


Iman begitu sabar dalam menempuh pelbagai dugaan hidup. Iman menghadapi pelbagai konflik dalam hidupnya. Ketika dia berumur 12 tahun, ibu bapanya telah bercerai, kemudian tinggal dan bersekolah di kampung datuk dan nenek kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.Sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup, Di sekolah, Iman menghadapi masalah dengan Linda yang begitu membencinya. Oleh sebab perbuatan khianat Linda, Iman terjatuh di tangga dan teks pidato yang mahu diserahkan kepada Cikgu Julia hilang.(bab6)
Sukma tetap tidak berputus asa untuk mencari maklumat tentang penubuhan Kelab WX2 yang dianggap menyalahi undang-undang negara dan boleh membawa kero- sakan pemikiran generasi muda.
Sukma tetap tidak berputus asa untuk mencari maklumat tentang penubuhan Kelab WX2 yang dianggap menyalahi undang-undang negara dan boleh membawa kerosakanpemikiran generasi muda
Pemaaf


kita mesti memohon maaf jika melakukan kesilapan dengan ibu bapa dan harus sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita,
Ayah Amri yang terlibat dengan dadah telah ditangkap oleh polis dan dipenjarakan. Amri sedia memaafkan kesalahan dan kesilapan ayahnya apabila ayahnya memohon maaf kepadanya dan ibunya. Amri tidak menyimpan perasaan dendam terhadap ayahnya kerana dia sedar bahawa bumi mana tidak ditimpa hujan.
Rakan kelas dan guru yang menyaksikan peristiwa Iman memaafkan Linda berasa kagum dengan sikap mulia Iman
“Saya sedia memaafkan Linda seandainya dia sedia berubah”
contohnya Sukma begitu menghormati ibu bapanya dan segera memohon maaf apabila bapanya menasihati Sukma agar memohon maaf daripada ibunya sekiranya membuatkan ibunya tersinggung. Sukma segera memohon maaf daripada ibunya.
Baik hati




Sukma memberi layanan yang baik terhadap budak kecil yang bernama Aim yang muncul di pintu pagar rumahnya. Aim diberikan makanan kerana ia lapar. Sukma membawa Aim masuk ke dalam rumahnya dan memberi Aim makanan. Sukma juga melayan wanita tua dengan baik.




kita mesti rajin berusaha untuk berjaya dalam pelajaran


contohnya Sukma rajin membaca dan sentiasa berbincang dengan rakan-rakannya dalam melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh sebab itu, Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya.
berani
berani menegakkan kebenaran



berani menyiasat aktiviti kumpulan Ruang Sepi dengan pergi ke Kelab WX2 berseorangan . Dia juga menemui nenek Aim dan Abang Aim untuk mendapatkan kebenaran. 1Nilai persahabatan kukuh akan melahirkan keberanian ingin membantu sesama diri. Buktinya, Sukma berusaha membebaskan Jerry daripada pengaruh negatif akibat kemunculan Kelab WX2.
2persahabatan dalam kalangan remaja

Masyarakat yang mengambil berat akan hal rakan sebaya



Contohnya dia berusaha untuk membawa sahabat baiknya sejak kecil untuk kembali ke pangkal jalan. Sukma bersahabat dengan rakan sekuliah daripada pelbagai lain belakang dan  bangsa. Teja dan Rafiq bersama Sukma untuk menyiasat aktiviti  di Kelab WX2.
amanah dan tanggungjawab
Tanggungwajab ibu bapa.
Sebagai ibu bapa wajarlah bertanggungjawab terhadap anak mereka. Contohnya, Yusri
Kita haruslah bertanggungjawab untuk membela nasib ahli keluarga
Tanggungjawab sebagai seorang anak. Walaupun di sekolah Amri dikenali sebagai pembuli, namun pada pandangan ibunya, di rumah, Amri ialah seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. Amri amat prihatin dengan penderitaan yang ditanggung oleh ibunya. Keinginannya untuk menjadi pelindung kepada ibunya setiap kali ayahnya bertindak kasar terhadap ibunya tidak tercapai berikutan fizikal dan usianya yang masih muda. Namun, apabila ibunya jatuh sakit, dialah orang yang bertanggungjawab untuk membeli ubat ibunya.
Contohnya Iman tidak rela mengkhianati amanah yang diberi oleh guru dan rakannya dalam pertandingan. Buktinya walaupun Linda beberapa kali memintanya supaya menarik diri daripada pertandingan pidato namun dia tetap dengan pendiriannya.
Sukma bertanggungjawab membantu rakan-rakan mereka daripada terus hanyut dalam pemikiran moden yang lebih kebaratan dan terlibat dalam pe nyalahgunaan dadah.

bijaksana




pemikiran dan pan- dangan Sukma mendapat pujian daripada pensyarah dan rakan- rakan sekuliahnya. Pendapatnya berjaya menyedarkan Iskandar yang dipengaruhi oleh ideologi Kelab WX2



Sering ke luar negara
Bekas pensyarak bersama-sama bekas isterinya, Ruhaida                                                                         
(Yusri-melupakan kepentingan diri-kebahagiaan Iman dan masa depan keluarganya)
(Iman-berkorban masa,tenaga,keringat-peperiksaan-pertandingan)
bertanggungjawab
Penglibatan bumiputera dalam dunia korporat
penyayang
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Yusri sentiasa mengunjungi,menelefon dan memberikan semangat kepada Iman dalam menghadapi pertandingan pidato.
pemimpin yang bertanggungjawab, contohnya beliau berjaya mencari dana untuk membiayai pembedahan jantung seorang kanak-kanak bernama Ehsan.
Dedikasi terhadap tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Haji Syaqir, terlibat dalam kerja amal membantu penduduk yang memerlukan bantuan dan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Begitu juga dengan ibu Sukma, iaitu Puan Delia yang suatu ketika dahulu merupakan seorang pemimpin wanita yang disegani dan dihormati di tempat kerja kerana kerajinan dan dedikasinya dalam menjalankan tugas.
bertanggungjawab, ayah Sukma, iaitu Haji Syaqir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diwakilinya. Beliau sering tiada di rumah kerana sibuk dengan urusan yang melibatkan anggota masyarakat di kawasannya. - menghadiri majlis kebajikan yang dianjurkan untuk memberikan sumbangan kepada Ehsan.
seorang yang penyabar, beliau sentiasa bersabar apabila dia disindir oleh Iskandar ketika berada dalam majlis amal untuk membantu Ehsan. Beliau hanya tersenyum dan membalas dengan nada lembut akan kata-kata sinis Iskandar. Beliau juga bersabar dalam mengatasi masalah Sukma dan Puan Delia dan sentiasa menasihati anak dan isterinya dengan nada yang lembut.
Ibu bapa mesti sabar melayan kerenah anak . di samping bersabar dengan tugas berat yang dipikul selaku wakil rakyat.
seorang yang penyayang, contohnya beliau amat rapat dengan anaknya, Sukma. Walaupun sibuk dengan tugas, beliau masih meluangkan masa dengan bertanyakan perkembangan anak tunggalnya itu.
Kita mestilah menyayangi anak dan isteri serta amat mengambil berat akan keadaan mereka.



Perwatakan sampingan

Ruhaida
Puan delia

Anak kedua daripada 5 orang adik-beradik
Bekas pensyarah di sebuah kolej
Bercerai dengan Yusri, anak Iman Zulaikha
Melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di New Zealand
Bertanggungjawab. Contohnya, dia mengambil berat tentang anaknya, lman Zulaikha(Halaman 85)
Penyayang. Contohnya, dia menyayangi anaknya, Iman Zulaikha. (Halaman 15)
Tabah. Contohnya, dia tabah menghadapi perpisahan dengan suaminya, Yusri. (Halaman 5)
Bercita-cita tinggi. melanjutkan pelajaran peringkat ijazah kedoktoran
Pengorbanan yang dilakukan demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Contohnya, ibu Sukma sanggup merahsiakan  tugas berat yang sedang digalasnya daripada pengetahuan orang lain termasuk suami dan anak kesayangannya. Lelaki bernama Aim dicemuh  masyarakat kerana menyangka dia lelaki yang  jahat kerana menghidap penyakit AIDS sedangkan dia dianiaya dan diberi dadah yang menjadi punca dia menghidap penyakit
seorang wanita yang bertanggungjawab, contohnya Puan Delia telah membantu pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan kumpulan Ruang Sepi yang memesongkan pemikiran remaja.
4keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak, contohnya Puan Delia sangat prihatin akaii keselamatan Sukma dan sentiasa memastikan Sukma tidak berhubung dengan oran orang yang tidak dikenali yang datang pada awal pagi di rumah mereka.
seorang yang bijak contohnya, Puan Delia merupakan seorang graduan yang pernah menuntut di luar negara dan pernah menjadi seorang wanita yang berjaya dalam kerjayanya ketika masih bekerja.
seorang wanita yang berani, contohnya ketika serbuan dibuat oleh pihak polis di sebuah bangunan biru, beliau turut berada di situ sehingga menyebabkan beliau ditembak oleh anggota kumpulan berkenaan untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar sekiranya Puan Delia ditangkap.
Bertanggungjawab menyara hidup
Ibu Amri hidup dalam serba kekurangan. Hidupnya menderita kerana bersuamikan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana sering meminta wang daripadanya. Apabila dia enggan memberikan Wang, suaminya akan bertindak kasar terhadapnya. Banyak barang kemasnya telah diambil oleh suaminya. Kesannya, dia hidup menderita.
Penyayang
Dia amat menyayangi Amri. Walaupun ramai penduduk kampung merungut tentang perbuatan Amri yang membuli anak-anak mereka di sekolah, namun dia tidak percaya kerana pada pandangannya Amri seorang anak yang penyayang dan taat kepada ibunya.
Tabah mengharungi cabaran dan dugaan hidup
Walaupun dia hidup menderita, dia tetap tabah mengharungi cabaran hidup berikutan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
Sedia memaaflan
Dia sedia memaafkan suaminya apabila suaminya memohon maaf daripadanya ketika dia melawat suaminya di penjara.

Program keceriaan sekolah - syarahan

( untuk ceramah, syarahan, ucapan, hafallah pantun sebagai pembuka bicara dan penutup bicara)

Sungguh rendah pohon cemara, 
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan BM, Tuan haji Muhammad bin Ali, barisan penolong-penolong kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan syarahan sempena sambutan Hari Alam Sekitar. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yaini keceriaan, keselamatan, dan kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang beretika secara konsisten di institusi pendidikan. Program ini semakin pudar dalam kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah? Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada tanya selera.

Sidang dewan yang saya hormati,

       Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan dampak kepada setiap individu. Hal ini memanglah wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria, sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan  ini wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor  penyakit juga akan dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang rumit, di samping menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap digalakkan setiap bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.

        Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku, syurgaku' agar menyuntik semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa. 

      Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya mengundurkan diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Burung kelicap terbang sekawan,
Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri.Sekian, terima kasih. 

cara ciplak tunjuk ajar cikgu phong

Punca kemerosotan pencapaian akademik pelajar
Pada era siber ini, perkembangan media massa sebagai penyebar maklumat yang pantas sekilat telah menerobos sempadan sarwajagat tanpa batasan. (AP) Media massa sebagai arus perdana yang bersifat sarwajagat ini telah mendominasi minda dan masa seantero lapisan masyarakat mayapada. Ironinya, rancangan yang berunsur picisan, pornigrafi, dan kelucahan telah meracuni minda dan mengabui pandangan masyarakat, khususnya golongan pelajar yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang. Tanpa penapisan filem oleh Lembaga Penapian Filem Negara yang sepatutnya, pelajar akan hanyut dalam dunia maya kerana mereka tidak memahami bahawa perbuatan ini ialah kawan syaitan. Menurut Menteri Perdana Malaysia, Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak, barisan remaja yang berminda kelas pertama adalah penting untuk menjulang nama negara ke puncak jagatraya, walakin begitu YAB Dato’ Sri menegaskan bahawa persekitaran kini yang sarat dengan godaan syaitan ini telah menjejaskan pencapaian akademik pelajar dalam semua bidang, khususnya prestasi akademik. Pembangunann fizikal yang tidak seiring dengan pembangunan modal insantidak wajarlah dipandang enteng lagi. Peribahasa tak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya, ayuhlah kita seia sehati dan sejiwa untuk memanfaatkan Teknologi maklumat dan media massa sebagai wadah untuk menggarap kecemerlangan, dan bukan sekadar terbenam dalam budaya hedonisme sehingga terlupa akan tanggungjawab hakiki sebagai pelajar yang ditaruh harapan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.(200pp)
Negatif
Semak
ape
do
mi
ra
PSL
mona
lembata
seksa
Punca
cara
Sebar
maklumat
Arus perdana
dominasi
Minda
masa
rancangan
Picisan
Pornografi
Lucah
seks
Motivasi
nasihat
Lembaga
Penapisan Filem Negara
Seks
Seksa
sadis

Cara-cara meningkatkan minat pelajar terhadap meta pelajara Sejarah

Cara-cara meningkatkan minat pelajar terhadap meta pelajara Sejarah(3A3 SMJK Jit Sin OGW)
            Marcapada, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat tentang isu mata pelajaran Sejarah, Mata Pelajaran Sejarah yang memberi iktibar kepada remaja semakin diabaikan masyarkat. Isu ini haruslah diberi perhatian yang sepenuhnya. Setiap pihak terutamanya pihak sekolah dan pihak kerajaan wajar bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, usaha-usaha yang efektif perlu dilaksanakan secepat mungkin.(55)
            Bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaranSejarah, pihak sekolah haruslh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Guru harus lebih kreatif dan inovatif apabila mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu berorientasikan peperiksaan sebaliknya mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat pelajar untuk mengetahui peristiwa Sejarah tersebut berlaku. Contohnya, guru sebagai warga pendidik bertanggungjawab memartabatkan profesional diri dan menerusi kaedah lakonan, temu ramah atau tayangan video supaya lebih menarik pelajaran. Dengan ini, semangat patriotik akan ditanam pada pelajar erana memahami kepahlawanan orang untuk mendapat kemerdekaan.
            Selain itu, kita wajib membawa pelajar melawat tempat-tempat bersejarah. Sebenarnya, proses pengajaran tidak harus di bilik kelas sahaja tetapi juga pelajar harus dibawa melawat tempat bersejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana lawatan membolehkan pelajar melihat tempat tersebut dan mengetahui kisah yang berlaku di situ. Ini memudahkan pelajar ingat bahawa peristiwa yang telah berlaku. Contohnya, kota A’ Farmosa di Melaka telah menunjukan egemilangan Kesultanan Melaka kerana kota pertahanan yang kukuh ini. Sememangnya sudah terang lagi bersuluh bahawa lawatan dapat meningkatkan perasaan cinta pelajar terhadap subjek Sejarah.
            Seterusnya, pelajar telah diberikan tugasan untuk melakukan kajian atau folio Sejarah. Apabila masa lapang, pelajar haruslah pergi untuk melakukan kajian mengenai tajuk kajian yang diberi. Contohnya, meneliti atau menemu ramah tooh-tokoh tertentu kajian dan temu ramah ini memberikan pengetahuan secara langsung kepada pelajar tentang Sejarah tempatan. Dengan mencari maklumat melalui pelbagai kaedah, pengenalan tentang mata pelajaran Sejarah akan ditingkatkan. Secara langsung, kajian ini mampu menyuntik perasaan minat akan Sejarah dalam kalangan pelajar.
            Dari perspektif lain, pihak sekolah boleh menjemput tokoh-tokoh Sejarah berceramah di sekolah. Hal ini memanglah wajar kerana ceramah yang disampaikan oleh tokoh sejarah itu kepada para pelajar mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui sejarah negara. Tokoh-tokoh sejarah lebih memahami perkembangan sesuatu peristiwa. Pengalaman yang disampaikan ereka merupakan fakta yang benar-benar dihadapi mereka. Para pelajar juga berkesempatan untuk mengenali tokoh sejarah negara yang banyak memberikan sumbangan terhadapnegara. Sesungguhnya, bergelanggang di mata orang banyak bahawa minat pelajar akan ditingkatkan sehingga pelajar sanggup bersungguh-sungguh membangunkan negara kita.

            Subjek Sejarah penting dipelajari bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi banyak manfaatnya. Kegemilangan Melaka dalamm pelbagai bidang juga membuktikan bahawa masyarakat kita bijak mentadbir negeri. Kegemilangan Melaka harus mengambil inspirasi untuk menigkatkan kemajuan negara. Marilah pelajar mengambil peristiwa sejarah sebagai iktibar untuk membangunkan negara yang kita cintai sehingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. (420pp)

(28/40)