Monday, September 9, 2013

karangan pelajar kelas 3A

Soalan 2: cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Anak-anak cemerlang: IIIIG
(saya akan memfokus kepada iman, gaya hidup sihat , dan  ilmu, disiplin )

“Syurga di bawah telapak kaki ibu” memanifestasikan peri berjasanya seorang insane yang digelar sebagai ibu. Hadis nabi bersabda, “ sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang berbaik-baik kepada ibu bapa.” Manakala lidah pendeta Cina ada menyebut, “ budi ibu bapa menggunung tinggi.”  Jelasnya bahawa tiada ibu bapa, siapalah kita? Tepuk dahi fikirlah minda, adakah kita menggalas amanah untuk menunaikan perintah Tuhan dengan membalas jasa ibu bapa dengan sebaik-baiknya? Atau adakah kita telah menjadi anak derhaka seperti Si Dagang yang tidak berhati perut?

Sebagai anak soleh dan solehah, tidak lain dan tidak bukan, saya mestilah sering mendoakan kesejahteraan ibu bapa saya agar usianya menongkat langit. Dengan beriman dan menunaikan solat, saya akan tersemat hidayah Ilahi agar mewarnai hidup ibu bapa saya dengan kegembiraan semata-mata. Contohnya, saya akan menurut petunjuk Tuhan dengan setulus hati. Hadis bersabda,”Janganlah menengking atau meninggi suara kepada kedua-dua orang tua ..” Maka, saya akan selalu menjadi anak yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia dengan berbahasa lembut bagai lunak gigi daripada lidah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, hukum bersendi syarak, syarak bersendi hukum, saya mestilah selalu bertawakal dan hidup kayu biarlah berbuah, hidup manusia biarlah berjasa. Hanyalah bersoleh atau bersolehah, barulah kita akan diredai Tuhan sehingga hari akhirat nanti kerana keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa.

Sebagai balasan kepada ibu bapa, saya mestilah mendisiplinkan diri menjadi insan yang akan meninggalkan nama di duniawi ini. Hanyalah menjadi insan yang berjaya, kita akan memartabatkan imej keluarga dan mengharumkan nama ibu bapa yang membesarkan kita. Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang sama ada ialah khalifah atau kufur, sama ada berjaya atau terkandas. Dengan mengikut peraturan si sesebuah organisasi, semua insan akan dilatih mengawal tingkah laku dan pertuturan diri agar disanjung tinggi oleh semua orang. Pakar motivasi di Malaysia, Dr Fadzillah kamsah menguar-uarkan kebejatan akhlak dan keborbokan masyarakat gara-gara kehakisan jati diri anak. Dengan ini, sebagai balasan kepada jasa ibu bapa, saya mestilah menjaga maruah diri dan memanfaatkan setiap detik masa agar menjadi insan cemerlang dalam semua bidang, bak kata tak bulat yang datang bergole, tak pipih yang datang melayang. Justifikasinya, saya akan menumpukan perhatian sepenuh dalam setiap usaha agar menunaikan hasrat ibu bapa supaya mereka tidak berhati walang.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, selain bersoleh dan berdisiplin, saya mesti membudayakan gaya hidup sihat. Dengan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, saya akan memastikan hala tuju dengan jelas bak kata “ seribu melangkah bermula dari tapak pertama”.  Bekas presiden Indonesia, Soekarno permah mengatakan bahawa, “ Gantunglah cita-cita anda sekalipun kaki di pelimbah.” Amatlah jelaslah bahawa saya mestilah menjauhi perbuatan bercermin di air keruh atau memalitkan arang pada muka ibu bapa. Jangan sekali-sekali sampai liang lahad barulah insaf akan kekhilafan yang dilakukan kerana sesat kemudian tidak berguna. Impian yang terpijak ke bumi nyata akan menjauhkan saya daripada lembah laknatullah dan menjauhi bala api neraka kerana tidak ingin menjadikan ibu bapa bagai cacing kepanasan. Bersuluh di tengah hari bahawa saya akan memastikan selagi ibu bapa masih hidup, saya akan bersemangat waja dan berhati nurani kerana saya tidak sampai hati melihat ibu bapa saya megeluh atau merintih terkilan.

SEbagai penghias penutup bicara, ibu bapa ialah entiti mithali atau uswah hasanah yang membesar dan mendidik kita. Jasa mereka bukan alang kepalang, kasih sayang kepada ibu bapa ialah tuntutan semua agama. Tidak sekali-kali saya membalas air susu dengan air tuba, atau ulat melupakan kacang kerana saya memahami bahawa segala perbuatan khianat akan dilaknat oleh Tuhan. Berkat daripada Tuhan adalah berdasarkan kebahagiaan ibu bapa kita. Segala jasa ibu bapa akan saya kenang dan tersemat sepanjang hayat sampai ke hari akhirat.

(577pp)


Jawaban pelajar:

1) 3B5

Seperti pohon yang berdiri teguh
Akarnya kukuh
Kasih sayang ibu bapa abadi kukuh

                Kenyataan ini menunjukkan ibu bapa menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh. sebagai tanda hormat serta kesyukuran, Adakah anda menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa?
                Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kasih sayang ibu bapa terhadap kita tidak limit dan abadi wujud. Oleh sebab itu, kita juga haruslah menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa.
                Saya akan menghadiahkan ibu bapa kad kesyukuran pada hari ibu bapa dan hari keluarga sebagai tanda kesyukuran bagi mereka yang menyayang saya mulai kecil lagi.
                Tambahan pula, saya menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan senantiasa menemani mereka berdua berbual-bual, makan selera dan sebagainya. Menurut pakar motivasi yang tersohor di Malaysia serta juruacara rancangan Selami Jiwa, Dr Fadzillah Kamsah, anak yang sayang ibu bapanya juga akan disayangi segenap lapisan masyarakat.
                Saya akan menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan mengikuti arahan mereka dan menjadi seorang anak yang taat. Situasi ini akan menatijahkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga.
                Selain itu, saya juga akan menghadiahkan ibu bapa ciumn yang seikhlas hati apabila kami menjelang ulang tahun perkahwinan ibu bapa serta hari jadi mereka.
                Kalau bukanlah ibu bapa, siapalah kita? Oleh sebab itu, kita mestilah menunjuk perasaan kasih ayang serta membalas jasa mereka. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kita menjadi orang yang berguna, apabila kita Berjaya, itulah hadiah yang terbaik kepada mereka.
                Di samping itu, tepuk dada Tanya selera,adakah kamu pernah memberi kehormatan ibu bapa dengan secawan the. Itu juga cara-cara untuk menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa.
                Secara tuntas, kita mestilah mengenang budi ibu bapa dan menunjukkan perasaan kasih sayang bila-bila masa. Jangan sampai ibu bapa tidak, baru ingin mentaati. Bak kata pepatah, jangan terhantuk baru tergadah. Jangan bagai kacang lupakan kulit. Lupakan jasa ibu bapa. (277 patah perkataan)

K-32
E-1
31

Menurut statistic Kementerian Pendidikan, sebanyak 204 orang pelajar melepak sekolah saban hari. Antara sebab remaja melepak adalah berikut.

Pertama, pelajar berasa proses pengajaran dan pembelajaran agak bosan menyebabkan mereka semakin malas belajar di sekolah. Bak kata pepatah Tamil, malas merupakan kubur untuk kehidupan.

Pada alaf modenisasi ini, pelajar mudah terpesong daripada aktiviti kurang sihat seperti game video, laman pono dan sebagainya. Oleh sebab itu, pelajar asyik aktiviti kurang sihat dan enggan melanjutkan pelajaran.
Seterusnya, barang-barang yang ada di pusat beli-belah membuka mata peajar yang terlibat dalam budaya materialistic, oleh sebab itu pelajar berasa bosan belejara di sekolah dan lebih suka melengah-lengah di pusat beli-belah.

Akhirnya, pihak sekolah perlulah membendung masalah ini secepat mungkin.
(13%)


2) Khaw Jia Sheng 3A5
Pada era yang moden ini, ibu bapa sangat menyayangi anak-anak mereka bagai menantang minyak penuh. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa telah banyak berkorban terhadap kita dan menunjukkan perasaan sayang yang banyak kepada kita. Oleh itu, kita wajarlah menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Persoalannya, adakah anda mengetahui cara-cara untuk menyayangi ibu bapa?

Cara perdana untuk saya menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa ialah menjadi anak yang taat. Misalnya, saya perlulah senantiasa membantu mereka membuat kerja rumah untuk meringankan beban ibu bapa. Filosofer Cina iaitu Kong Zi pernah berkata bahawa :”taat kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak.” Ekoran itu, saya sering menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa dengan taat kepada mereka.

Selain itu, saya percaya bahawa setiap ibu bapa berharap agar anak-anak mereka menjadi seorang yang Berjaya. Oleh itu, saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Adakah ibu bapa yang tidak berharap agar anak-anaknya mendapat keputusan yang cemerlang? Jawapannya tentulah tidaksekali-kali tidak! (Wahai semua anak, marilah kita belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda sayang akan ibu bapa!)

Seterusnya, saya mesti akan mengingati hari jadi ibu bapa pada setiap masa. Pada hari jadi ibu bapa, saya merai bersama-sama mereka. Pada hari itulah juga masa yang  terbaik untuk saya menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Saya selalu menunjukkan perasaan sayang akan mereka dengan membuat kad hari jadi, memasak lauk-pauk sendiri , membuat kek dan memberi hadiah yang disukai mereka. Tentulah mereka akan faham akan perasaan sayang saya terhadap mereka sekarang.



Orang yang paling saya terhutang budi ialah ibu bapa. Tiada sesiapa pun yang lebih berkorban kepada saya selain daripada ibu bapa saya. Oleh itu, saya akan berdoa kepada Tuhan agar ibu bapa sentiasa dalam keadan bahagia, gembira dan juga sihat. Apabila saya berdoa terhadap ibu bapa, sudah bermakna saya sayang akan ibu bapa saya. Mulailah berdoa terhadap ibu bapa sekarang!

Anak merupakan permata kepada ibu bapa. Tetapi yang menyedihkan ialah anak-anak selalu bersikap bagai kacang lupa akan kulit, ulat lupa akn daun. Adakah anak-anak seperti ini mempunyai hati perut? Adakah anda telah menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa? Tepuk dada, Tanya selera. Menunjukkanlah perasaan sayang akan ibu bapa sekarang supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kes-kes remaja melapak semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak manakah yang perlu dikambinghitamkan dan apakah sebabnya?
Sebab utama ialah sikap remaja yang malas. Mereka yang berfikiran bagai setahun jagung, setampuk pinang tidak menyedari bahawa kepentingan belajar. Selain itu, remaja yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa suka melepak kerana mereka ingin menyebabkan ibu bapa lebih mengambil berat terhadap mereka.

Seterusnya, pembelajaran di sekolah yang bosan dan guru yang garang menyebabkan remaja suka melepak. Remaja takut akan guru yang garang dan melepak untuk mengurangkan ketakutan. Akhirnya, kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa tertekan dan melepak. Remaja melepak untuk melepaskan tekanan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menangani masalah yang dianggap duri dalam daging ini kerana bertepuk sebalh tangan tidak akan berbunyi.

(17)

Pada era globalisasi ini, isu tentang keluarga sering diuar-uarkan dan telah menjadi agenda polemic dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa pada masa kini sangat menyayangi anak-anaknya bagai menatang minyak penuh. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu sama ada ibu bapa ataupun aak-anak sepatutnya melakukan dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga yang diimpikan. Persoalannya, bagaimanakah anak-anak menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa?

                Untuk menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa, saya telah menuruti ajaran ibu bapa saya. Saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi membalas jasa ibu bapa saya. Walaupunsudjaga ah saya Berjaya dalam bidang akademik serta bidang sukan, namun jasa ibu bapa saya yang telah mendidik, membimbing dan menjaga saya akan saya kenangkan hingga akhirat dan sikap kacang lupakan kulit mestilah saya abaikan.

                Sesungguhnya, saya mentaati ibu bapa saya. Saya akan meluangkan masa senggang untuk membantu ibu bapanya membuat kerja rumah supaya beban ibu bapa saya akan dikurangkan. Selain itu, saya dan ahli keluarga saya saling menghormati dan memahami ibu bapa dan juga sesame kita agar mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham daripada berlaku. Kita juga mengamalkan sikap tolong-menolong, bak kata pepatah ke bukit sama dinaiki, ke lurah sama dituruni dan tidak mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  Hal ini akan menimbulkan keselesaan ibu bapa apabila berada di rumah selepas membanting tulang di luar.

                Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang individu. Tegal itu, saya telah berkecimpung dalam kegiatan kokurikulum supaya dapat melatih disiplin saya. Kebersihan sebahagian keimanan. Oleh itu, saya telah menjaga imej diri saya dengan berpakaian kemas. Saya juga tidak bergaul dengan seseorang yang buruk akhlak supaya diri sendiri saya tidak terpengaruh dan tidak terjebak dalam kancah maksiat, bak kata pepatah gara-gara nila setitik, rosak susu sebelangga. Hal-hal ini dilakukan saya adalah untuk mengelakkan keluarga saya daripada dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini juga kana menimbulkan perasaan bangga dan beryukur dalam hati ibu bapa saya serta mengelakkan perasaan sedih daripada timbul dalam hati ibu bapa.

                Hadis mengatakan bahawa kemurkaan Allah berdasarkan kemurkaan ibu bapa, keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa, barang siapa yang telah diredai ibu bapa tidak akan diredai oleh Allah. Oleh itu, setiap individu perlulah menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. (364)

K 32
E -1
( pada keseluruhannya, olahan dengan pemerenggan yang sangat seimbang, tafsiran dan pengembangan isi yang baik)

Belakangan ini, isu tentang remaja melepak sering terpampang pada dada akhbar. Persoalannya, apakah sebab-sebab remaja melepak?

Perasaan bosan dan malas merupakan penyumbang utaa. Guru sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik serta memberikan kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa bosan dan malas untuk menghaidri sekolah. Didikan agama dan moral yang menjadi benteng jiwa tidak diterapkan kepada remaja.

Kekurangan kasih sayang dan prihatin daripada ibu bapanya juga merupakan factor utama. Ibu bapa yang begitu rakus akan harta duniawi telah menyebabkan mereka menjadi sibuk dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap remaja.


Akhirulkalam, terdapat banyak sebab yang mengakibatkan remaja melepak. Setiap individu perlu bekerjasama menangani kemelut ini kerana remaja bakal menerajui Negara kita pada masa depan, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. (120pp)