Saturday, March 12, 2011

Guitar

yeahhh...i wanna bring my guitar tour around the world

karangan keluarga bahagia(keluarga citra masyarakat pembina tamadun bangsa)


specially dedicate to zhu han, this question consider important for this year PMR exam o…(surelah, not in speech format)

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua ,penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan seterusnya para pelajar yang dikasihi. Salam sejahtera dan ucapan terima kasih saya dahului atas undangan ini untuk menyampaikan ceramah yang _bertemakan kepentingan keluarga bahagia.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama dengan bayang-bayang pemodenan, institusi keluarga diumpamakan jantung sesebuah negara. Ahli keluarga menjalankan tugas dengan sempurna sekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan talian ukuwah dan silaturahim yang mapam. Institusi kekeluargaan sewajarnya hidup dalam suasani harmoni dan saling bertolak-ansur, sekali gus saling mempercayai dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga.

Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam menyemai benih-benih kebahagiaan dalam keluarga. Konsep Rumahku Syurgaku diaur-aurkan oleh masyarakat sawarjagat sejak zaman leluhur lagi. Suka dan duka wajar ditanggung bersama-sama sesama ahli keluarga dengan fikiran yang tenang dan berhati nurani yang menjauhi segala kepincangan dan kemelut k jiwa. Oleh itu, ibu bapa dapat mengejar periuk nasi tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan hal-hal rumah tangga. Pembentukan keluarga bahagia menjadi tonggak masyarakat penyayang yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita.
            Selain itu, seandainya sesebuah keluarga itu bahagia, sudah tentu anak-anak rnempunyai nilai moral yang baik. Pembentukan modal insan yang berwawasan dan mempunyai harga diri yang tinggi merupakan citra masyarakat madani, sementelahan kelangsungan tamadun bangsa yang berkiblatkan jati diri dan berkualiti. Remaja merupakan pewaris bangsa yang menerajui dan menongkah cabaran zaman dengan nilai kepimpinan yang utuh. Merealisasikan impian Wawasan 2020 hanya dapat digapai dan bukan sekadar indah khabar daripada rupa seandainya rata-rata masyarakat memperkasakan peradaban bangsa dan menongkah arus globalisasi mutakhir yang semakin kompleks dan mencabar. Tamsilannya, ibu bapa seyogia meraikan kejayaan bersama-sama dengan anak mereka, justeru memberikan motivasi kepada anak mereka sekiranya anak mereka dibelenggu dalam gangguan emosi dan trauma dalam tekanan hidup.
            Memang tidak dapat disangkal bahawa keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan masyarakat sakinah, sementelahan membangunkan generasi yang berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berilmu. Keluarga yang bahagia penting untuk menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi nusa dan bangsa, sekali gus  nilai keinsanan yang syumul dapat dizahirkan. Dalam konteks ini, kebobrokan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dibanteraskan dan menjauhkan anasir-anasir negatif yang dapat merudumkan dan merencatkan agenda pembangunan negara. Jangan sekali-kali sudah terhantuk baru tengadah gara-gara keabaian ibu bapa hanya sekadar mementingkan prestasi akademik anak mereka. Natijahnya, anli keluarga wajar digalakkan mengadakan solat berjemaah di rumah di samping menjamu selera bersama-sama.
Tuan-tuan dan puan-puan,
                Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Hidup bukan keseorangan, sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial yang ditanggung bersama sebagai khalifah di muka bumi ini. Tanpa keluarga bahagia, siapalah kita? Mengendalikan bahtera
rumah tangga dengan penuh kasih sayang waima dunia pascakemodenan ini penuh dengan pancaroba. Ole itu, keluarga bahagia akan menjadi pemangkin untuk mengekalkan keharmonian negara. Remaja merupakan entiti sesebuah negara. Sebagai contoh , “Ibukulah yang menyebabkanku berjaya. Dia amat menyayangiku, begitu percaya akan aku; dan aku berasa aku mempunyai suatu tujuan untuk hidup, suatu orang yang harus aku tidak mengecewakan." Siapakah tokoh ini yang akhirnya menempa kejayaan dalam melayar bahtera hidup di persada global? Ya, Thomas Edison yang dicungkil bakat oleh seorang ibu yang diibaratkan penggoncang buaian. Ungkapan bapa borek anak rintik memanifestasikan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam menjana anak watan yang akhirnya dapat menjulang prestig negara.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Akhirulkalam, negara kita dapat bersaing dengan negara lain seandainya kita  dapat mengurus institusi kekeluargaan yang syumul, membentuk modal insan yang berteraskan tamadun bangsa, justeru menerajui tampuk negara yang penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan.  Ingat dan praktikkan semua ini. Kejayaan pasti digapai sekiranya ibu bapa menyedari peri mustahaknya peranan mereka. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa keluargaku syurgaku. Tepuk dada tanya selera, anak-anak yang cemerlang akan menzahirkan keluarga dan negara yang gemilang dan terbilang. Bak kata pepatah, tidak ada pelaburan yang lebih baik daripada menyuapkan susu ke mulut bayi.
Sekian, terima kasih.

holidayyy...

..jz finished my retarded tuition..2hr plus..jz repeated and repeated the lesson..
their result still bad, right
ZH failed in his Bm exam, i knew he wont feel well and quite guilty when telling me that he was failed
ZH..dun give up easily///ok, i known u quite well, you can follow, you shd prefer writing essay than tatabahasa, right? as well JACK..cikgu know, but sometime you shd practice more. do more ..right..

bah bao have come this week, yup, i thought she quit already..well, frankly to say that i lost my confidence when got two students fr 2A1 and 2A3 quit from my class..i know, my style a bit tense..i wanted to finish my notes as fast as i can..u know, wanna to prepare my notes, i burnt midnight oil..and twist and twist my mind..but i know ..i ain't acquainted and adapted to most of the students.



during this holiday, i will go to JPN to request my transfer whether can be proceed asap..i waiting for it..i really want go to my new school after this holiday..can i get it?


again and again, only avoiding and silence ..the answer you give me..THE GIFT ..as my last gift to you..perhaps..i m retarded, ps,i love you