Friday, March 4, 2011

kata ganda


Berbolak-balik
Bas itu ~ mengangkut penumpang.2. Dia ~ dlm percakapan.
Berborak-borak
Ketika hari hujan; banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi./ ramai juga orang sedang ~ di situ
carut-marut
berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor;
Karut-marut
a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb);
Desas-desus
Kedengaran ~ orang berbisik dr  bilik itu.
Desas-desus
Jangan suka mendengar ~ orang.
Bersesak/berdesak
Para penonton ~ di hadapan pentas./ Para penumpang ~ menaiki bas.  Berhimpit/ beraseh-aseh
Berpusu-pusu
Orang ramai ~ menaiki kereta api./ orang ~ berdiri di kaki lima  berduyun/berkerumum/berbondong-bondong
Beramah-tamah
mereka tidak ada masa langsung utk ~;
Berdolak-dalik
dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang.
Terketar-ketar
dia kelihatan ~ kerana ketakutan.
Ternganga
Dia ~ mendengar berita yg memeranjatkan itu. Tercenggang/terpinga/tergamam/terlopong/terkinja/termangu/terkulat
ternganga
Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~.
Tercungap
Dia ~ selepas berlari.  Termengah/terngap/tergagap-gagap

Tom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ spt orang mengah
menyeret
1 menarik se­suatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu.
menyeret
2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis.
Terseret/terpalit
2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu.
terseret
3 terpaksa meng­ikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan.
Terkial-kial
seorang Cina tua kelihatan ~mengayuh sebuah beca;
Terkial-kial
kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan ~. ber­gerak-gerak keras (kerana tertawa atau me­nangis), bergoncang-goncang (badan):
Berkilau-kilauan
laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari;  gemerlap
Gilang gemilang
1. terang benderang :Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~,
Gilang gemilang
2. baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~.
Gegak
bising, riuh, sangat ramai. Gempita  riuh; gempar.
Gegak gempita
~  bunyi meriam hingga tidak kedengaran yg lain lagi.
Berbolak-balik
bas itu pergi ke Singapura ~;
Berbolak-balik
fikiran itu masih ~ dlm kepalanya;
Berbolak-balik
Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja.
Kumat-kamit
Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan;
Lesi
apa mulanya maka engkau pucat ~ bagai tiada makan nasi?
Terherot-herot
kaca itu membuat rupanya kelihatan ~;
Herot
ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya
Lentam-lentum
~ bunyi spt bunyi meriam yg ber­ulang-ulang.  Dentam-dentum
Pontang-panting
1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir
Berlari~~
Bertempiarn, bertebaran, menggerapak,lintang-pukang,pontang-panting, tunggang-langgang  susup-sasap
Kelam-kabut
a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan;
Mundar-mandir
pergi balik, berulang-alik, hilir mudik: dia berjalan ~ di dlm bilik itu.
Berjerih-jerih
sungguh-sungguh. Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. betul-betul
betul-betul
demokrasi ~ diamalkan di sini. / benar-benar, sungguh-sungguh
betul-betul
biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati  sudah sempurna, cukup, benar-benar
betul-betul
dia berdiri ~ di hadapan saya. tepat benar
betul-betul
dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;
Bulat-bulat
ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;
mengelam-kabutkan
terdapat satu lagi anasir yg dikira tidak bertanggungjawab yg sentiasa ~ keadaan perdagangan. mengacau-bilaukan
kelam-kabut
tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau:
kelam-kabut
keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~;
berkacau-bilau
wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu;  berkelam-kabut
Gelap gelita
gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa
lalu-lalang
banyak orang ~ di jalan raya
lalu-lalang
b) mencurah-­curah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~begitu.
lalu-lalang
a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau.
ulang-alik
empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya;
Ulang-alik
aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam;
simpang-siur
3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana ber­liku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll);
Huru-hara,
Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku  kacau-bilau
bersimpang-siur
4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik;
bersimpang-siur
Kereta ini ~ di lebuh raya semasa hari kebesaran.
kacau-bilau
kelam-kabut; huru-hara. kalut-marut, bercelaru
bergemuruh
ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg ~
Bergemuruh
2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;
Hingar-bingar
Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat
Hingar-bingar
Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~.
Riuh-rendah
~ di pasar itu membuat dia tidak selesa.
Hiruk-pikuk
majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak
Hiruk-pikuk
keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara
hiruk-piruk
ketawa hilai yg bercampur dgn ~ suara orang yg mabuk;
hiruk-piruk
dlm ketika ~ itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan;
menghebohkan
Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll).
menghebohkan
Dia dilarang ~ berita angin itu.
menghuruharakan
gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal
Huru-hara
dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya;
ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 2012;
Porak-peranda
Rumah tangganya ~.
Kalut-marut/malut
kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara.
Haru-biru
haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan
mengharubirukan
rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu. masalah itu ~ fikirannya; yg sangat ~ fikir­annya ialah perceraian dgn anaknya
Berbolak-balik
memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;
pontang-panting
berlari ~ (mengusir, mengejar, dll); berlari rebah bangun
Susup-sasap
menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~­sasap dlm hutan senduduk;
Kusut-masai
rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang
Kusut
kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah
Porak-peranda
1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak;
Tetupai
keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu.
Lelangit
1 bahagian sebelah atas rongga mulut
Kekuda
alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian.
Terolang-aling
kayu bercabang ~ dlm air yg penuh; aku semakin lemah dan tubuhku terasa ~;
berdenyot-denyot
berjalan terhincut-hincut: Pengemis itu ~ di tengah-tengah orang ramai sambil menadahkan tangannya.
Terhincut-hincut
berjalan tempang (spt orang yg kakinya pendek sebelah).
Terkapai-kapai
1. bergerak-gerak seolah­olah hendak memegang (menggapai dll) se­suatu (bkn tangan atau kaki): jurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah;
Compang-camping
koyak-koyak (ttg kain baju); cabik-cabik: Bajunya ~.
Rombeng robek
pakaian yg ~; barang-barang yg lama atau rosak: tukang~
Rombang-rambing
compang-camping, ro­bak-rabik.
Bersetai-setai
koyak rabak (pakaian), compang-camping, berse­pai: pakaiannya yg ~ itu terketar-ketar ditiup angin.
Rempang-rempong
luka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian).
Koyak-rabak
koyak yg panjang dan lebar.
Comot-momot
kotor sekali (spt berlumuran lumpur, arang,dll): pakaian mereka ~ dan kotor kena tanah;
Serbah-serbih
tidak kemas pakaiannya dll; tidak rapi.
Latihan kesalahan pergandaan:
1.Dia memegang erat-erat tangan ibunya.
2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan anak kami.
3.Semua orang tahu bahawa tuduhan terhadap pemimpin itu ialah fitnah mata-mata.
4.Pada waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam merayau-rayau ke masjid. (berbondong-bodong)
5.Ibu terkial-kial pergi ke sekolah sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada pengetua. (tergesa-gesa)
6.Kenduri itu riuh dengan ketawa hilai yang bercampur dengan hiruk-pikuk suara orang yang mabuk.
7.Orang ramai di tempat kejadian itu berpura-pura seolah-olah tidak melihat apa pun.
8.Pertandingan drama dianjurkan itu adalah julang kali di daerah itu.
jawapan:
1. memegang tangan ibunya erat-erat
2. mudah-mudahan kehadiran..
3. semata-mata
4. berbondong-bondong
5.tergesa-gesa
6. ketawa ilai
7. berpura-pura seolah-olah 
8. julung-julung kali
.