Tuesday, August 11, 2015

analisis karangan paling HOTS 2015



Analisis 2015
1.     Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
2.     Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Petikan gurindam di atas menjelaskan perlunya bersifat sabar dalam diri seseorang. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bersabar dalam melaksanakan sesuatu tugas.
3.     jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
4.     Puisi Melayu lama banyak mengetengahkan nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup.Jelaskan penyataan di atas dengan berpandukan contoh-contoh yang sesuai.
5.     Fenomena segelintir pelajar yang bekerja secara sambilan sehingga menjejaskan prestasi pelajaran semakin membimbangkan.
6.     Tulis satu rencana tentang fenomena berkenaan untuk disiarkan dalam sebuah majalah remaja.
7.     Komponen sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Ulaskan pernyataan di atas.
8.     Huraikan faedah-faedah media massa kepada diri anda.
9.     Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita?
10. Sebagai remaja yang berwawasan, huraikan pendapat anda tentang kepentingan puisi tradisional kepada masyarakat.
11. Huraikan faedah yang anda peroleh dengan menguasai teknologi maklumat.
12. Keluarga penyayang tonggak keharmonian dalam kehidupan.Bincangkan langkah-langkah untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di Malaysia.
13. Bincangkan kesan-kesan positif yang dibawa oleh pekerja asing itu kepada negara kita.
14. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.
15. Tajuk ceramah tersebut ialah “Kemalangan Jalan raya Berpunca daripada Sikap Pemandu itu Sendiri”.
16.  aspek keselamatan murid sekolah diutamakan melalui pelaksanaan Program Sekolah Selamat.Pada pendapat anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan program tersebut.
17. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya tersebut.
18. ituasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk budaya penyayang di sekolah.
19. .Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negara ini.
20. rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang berkesan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
21. Kedatangan buruh asing ke negara kita mendatangkan pelbagai kesan. Bincangkan.
22. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum tersebut.
23. Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan lain-lain semakin dilupakan oleh masyarakat pada masa sekarang. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
24. Anda telah dipilih untuk menyertai syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan tersebut ialah "Semangat Kejiranan Teras Keharmonian Masyarakat”Tulis teks syarahan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan semangat kejiranan.
25. Pantun di atas menjelaskan pentingnya menghargai jasa seseorang walaupun seseorang itu telah tiada di dunia ini. Huraikan cara-cara untuk menghargai jasa seseorang.
26. Hari  Terbuka  Sekolah,  Dialog Prestasi  dan   Diskusi  Akademik  merupakan   program perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa yang dapat meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.    Bincangkan faedah-faedah mengadakan program tersebut di peringkat sekolah.
27. 'Peranan pelbagai pihak dalam mempopularkan permainan tradisional'.  Tulis rencana itu selengkapnya.
28. Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya pilihan anda.
29. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian. Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
30. Aktiviti membaca karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dan mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan seseorang.Berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca, buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
31. Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan melalui pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Jelaskan faedah-faedah yang akan diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.
32. Semangat kejiranan yartg semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagai-bagai masalah dalam masayarakat.Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya.
33. Petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas mengetengahkan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja. Berikan pendapat anda tentang cara-cara memanfaatkan usia remaja.
34. Pantun Empat kerat (Budi) apakah faedah amalan berbudi kepada masyarakat?
35. Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan remaja
36. Huraikan kesan positif daripada pembinaan taman permainan dan kawasan rekreasi tersebut.
37. Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Kegiatan Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah'.
38. ‘Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang’. Tulis ceramah anda selengkapnya.
39. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu. Ulaskan pernyataan tersebut.
40. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
41. ceramah ‘Amalan Baik dalam Penjagaan Kesihatan’ sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.
42. Sajak ‘Adat Sezaman' yang membawa maksud sikap masyarakat yang semakin melupakan adat resam, memandang remeh ajaran agama dan mengamalkan budaya kuning. Huraikan peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja
43. “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.Tulis esei anda selengkapnya.
44. generasi muda masa kini kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
45. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang. Ulaskan pernyataan tersebut.
46. Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.
47. Kerajaan mewajibkan Dasar 1Murid 1Sukan di setiap sekolah. Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara.
48. Membaca karya sastera dapat menyemai perasaan cinta akan negara, menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengajaran kepada pembaca. Bincangkan.
49. Ibu bapa menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan sedemikian.
50. Sesebuah karya sastera memang kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk peribadi mulia dan mampu dijadikan pedoman serta teladan dalam kehidupan seseorang. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
52. ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.” Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
53. Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program pertukaran pelajar. Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
54. Bincangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam kalangan pelajar lepasan SPM tersebut.
55. Keluarga bahagia merupakan salah satu teras menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara.Ulaskan pernyataan tersebut.
56. Tuliskan satu rencana yang lengkap bertajuk 'Mendekatkan Remaja dengan Program Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi Komunikasi'
57. Kesesakan lalu lintas merupakan satu isu yang sering menghantui penduduk terutama di bandar-bandar besar. Salah satu usaha untuk mengatasinya ialah dengan meningkatkan keupayaan dan kecekapan sistem pengangkutan awam. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut.
58. Peribahasa melayu ada menyebut seperti melukut di tepi gantang. Peribahasa ini memberi gambaran bahawa keadaan hidup seseorang yang tidak dipedulikan.Huraikan persediaan yang perlu dilakukan agar anda dihargai oleh masyarakat.
59. “Menerusi konsep 1Malaysia, kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama”.Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai konsep 1Malaysia tersebut
60. Hidup kita akan lebih bahagia jika sentiasa disukai oleh semua orang.Apakah yang perlu anda lakukan agar anda sentiasa disenangi oleh semua orang?
61. Sarankan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
62. Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
63. Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.
64. Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyayangi dalam kalangan guru dan murid.  Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
65. Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
66. Berdasarkan sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan amalan-amalan baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini
67. Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
68. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja. Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
69. Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini. Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.
70. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.
71. Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu selengkapnya.
72. Masyarakat pada hari ini semakin melupakan karya sastera tradisional. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan minat masyarakat terhadap karya sastera tradisional semakin berkurangan.
73. Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
75. Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
77. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
79. Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas, terangkan kepentingan menjaga maruah diri sendiri.
80. Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
81. Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Ulaskan pemyataan di atas.
82. ‘Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan’. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
83. Puisi lama di atas menjelaskan kepentingan menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat.  Bincangkan.
84. langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, dan persekitaran fizikal.
85. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. 
86. Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita tetapi kini amalan mumi ini semakin terhakis. Bincangkan.
87. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk apabila wujudnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
88. Minat bersukan dalam kalangan remaja path hari ini semakin berkurangan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
89. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan. Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
90. Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.
91. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari rumah.Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.
92. Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
93. “Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita.”Tulis rencana itu selengkapnya
94. Kempen kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan  menyayangi alam sekitar.  Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.
95. Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian berlaku?
96. Anda tertarik dengan salah sebuah novel yang menjadi teks KOMSAS di sekolah anda. Berdasarkan novel tersebut, huraikan persoalan-persoalan dalam novel tersebut yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
97. Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
98. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.
99. Anda telah membaca sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan ingin membuat ulasan tentang pengajaran dalam novel tersebut.Tulis ulasan anda selengkapnya.
100.Pendidikan merupakan aspek penting dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran. Huraikan sebab-sebab pendidikan perlu dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran.
101.Bencana alam yang melanda negara di dunia memberi pelbagai kesan. Bincangkan pemyataan tersebut.
102.“Peranan Pembikin Filem dalam Memperkenalkan Budaya Masyarakat Berbilang Kaum.” Tulis rencana itu selengkapnya.
103.Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.
104.huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.
105.Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat, dan efisien. Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.
106.Anda telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
107.Kebersihan tempat awam dan kawasan sekitar kerap kali menimbulkan masalah dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah tersebut.
108.Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Produk Halal Malaysia dapat membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memasarkan industri tersebut ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memajukan industri tersebut. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
109.Slogan "Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
110.Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh.Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.
111.Sebagai seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.
112.Industri batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam masyarakat melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.Huraikan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri tersebut.
113.Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.
114.Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala pembuangan bayi.
115.Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untukmemberi ceramah bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
116.Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga dari satu generasi ke satu generasi, terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan usaha yang murni.Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.
117.Penumpang sering merungut tentang kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan.  Ulaskan strategi-strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam.
118.Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting. Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat tersebut.
119.Kejadian kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga semakin menjadi-jadi walaupun usaha-usaha telah diambil oleh pelbagai pihak untuk menanganinya.Huraikan pendapat anda tentang punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
120.Bincangkan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap bermuafakat dalam hidup bermasyarakat.
121.Anda akan menghadapi pelbagai cabaran selepas tamat alam persekolahan.
122.Berikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna selepas tamat alam persekolahan.
124.Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untuk merealisasikan hasrat Gagasan 1M .
125.Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut dalam usaha kita mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan remaja akhir-akhir ini.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
126.Tajuk esei anda ialah 'Disiplin Asas Kejayaan’.
127.Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam perlumbaan haram.
128.Mutakhir ini kes penganiayaan kanak-kanak semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.Jelaskan peranan masyarakat untuk membanteras gejala ini.
129.Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
130.“Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan ke arah mencapai standard kualiti barangan antarabangsa. Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini menjadi realiti.
131.Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor berlakunya kejadian tanah runtuh dan kesan-kesannya.
132.Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi.
133.Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
134.Sebagai seorang pelajar yang juga akan menamatkan alam persekolahan. Jelaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya tidak mengalami masalah selepas tamat alam persekolahan kelak.
135.Ibu bapa pada hari ini lebih cenderung menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen atas kepercayaan bahawa cara ini dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
136.Remaja kini gemar berhibur. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan aset penting kepada negara. Bincangkan kesan-kesan gejala suka berhibur kepada golongan remaja.
137.Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu, kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.
138.Anda akan mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah “Prasarana Berkualiti Memacu Industri Pelancongan”.Tulis syarahan itu selengkapnya.
139.Kegiatan jenayah yang membabitkan perdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
140.“Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Rakyat.”Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.