Sunday, March 27, 2011

laporan


Laporan dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:
(i) Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
(ii) Laporani tragedi atau peristiwa
(iii) Laporan kelab /persatuan akademik, sukan dan permainan atau unit beruniform
(iv) Laporan persediaan sesuatu acara atau majlis
Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
1. Mulakan laporan anda dengan menulis tajuk laporan, diikuti tarikh, tempat, anjuran, biIangan peserta, dan majlis perasmian, di samping, tujuan atau ojektif aktiviti terseut.
2.Pada bahagian perkembangan isi, atur cara majlis pengendalian dicatatkan. Misalnya, penceramah, bentuk pameran, peserta yang mengambil bahagian, sambutan dll. Hal ini bermakna setiap aktiviti yang berIangsung pada sepanjang seminar, bengkel, pameran atau kursus itu perlu dicatat.
3. Pada bahagian penutup pula, adalah wajar dituliskan komen. teguran, cadangan atau sanjungan anda terhadap aktiviti terseut. Akhir sekali, tuliskan tandatangan dan nama pelapor,jawatan serta tarikh Iaporan itu ditulis.
Laporan Kegiatan Tahunan Persatuan Sains dan Matematik Sekolah             Menengah Kebangsaan Taman Perwira, Bukit Mertajam
Penaung                :
Penasihat               :
Pengerusi              :
Naib Pengerusi     :
Setiausaha             :
Bendahari              :
Ahli Jawatankuasa                :
Pemeriksa Kira-kira             :
1.0                   Pendahuluan
2.0                   Kegiatan Tahun
2.1                   Semester Pertama
2.2                   Semester Kedua
3.0                   Penutup
Dilaporkan oleh,                                                   30 NOV 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira, BM
Bukit Mertajam


Laporan Lawatan ke Muzium Arkeologi
         Lembah Bujang,Kedah
Tarikh     : 30 November 20xx
Masa       : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat   : Lembah Bujang,Kedah
Anjuran: Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin
Bahagian perkembangan isi:
— atur cara lawatan
— nama pengendali (penceramah/pegawai)
— bilangan peserta
— majlis perasmian/
— objektif/cadangan
— perjalanan ceramah dan bengkel

Dilaporkan oleh,                                   3 DEC 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin,
Bukit Mertajam.


Laporan Kelab/Persatuan Akademik./Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform
1. Laporan seperti ini disediakan untuk keperluan yang berikut:
(i) Mengadakan mesyuarat agung tahunan
(ii) Dimuatkan dalam majalah sekolah
(iii) Diserahkan kepada tuan pengetua atau guru penasihat
2. Pada bahagian penutup, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru penasihat, AJK  dll yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan semua rancangan atau program.
3. Diakhiri dengan nama pelapor, tandatangan, jawatan, dan tarikh laporan ditulis.
Laporan Persediaan Sesuatu Acara atau Majlis
1. Di sekoIah, terdapat peIbagai acara atau majlis diadakan ,cth kejohanan olahraga tahunan, Hari Ucapan dan penyampaian hadiah,mesyuarat agung PIBG,pertandingan syarahan, kuiz, Hari Kantin dll
2. Laporan ini mesti didahului tajuk laporan dan diikuti senarai ahli jawatankuasa pengelola, Tarikh,masa dan tempat berIangsungnya sesuatu majlis .
3. perkembangan isi, persiapan dan masalah yang mungkin dihadapi.
Laporan Tragedi dan Peristiwa
1. didahului tajuk Iaporan- Kemudian, diikuti tarikh, masa, dan tempat kejadian,  latar belakang peristiwa  tersebut.
2. perkembangan isi, perkara penting seperti bilangan kemalangan jiwa, taksiran kerugian, punca kejadian dll
3. penutup pula, cara penyelesaian /cadangan untuk mengelakkan tragedi daripada berulang. Kemudian, disusuli dengan ucapan terima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan dalam tragedi tersebut.
4. Akhir sekali, catatkan nama pelapor, didahului oleh tandatangan dan diikuti jawatan serta tarikh laporan itu ditulis.

Contoh:
Kelab Pencinta Alam sekolah anda telah menganjurkan suatu ekspedisi dan perkhemahan di sebuah gunung.
Anda selaku setiausaha kelab dikehendaki untuk menyediakan laporan ekspedisi dan perkhemahan tersebut.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Ekspedisi dan Perkhemahan di Gunung Nuang
Sebanyak 40 orang ahli Kelab Pencinta Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan
Afzan, Bentong, Pahang telah mengadakan ekspedisi dan perkhemahan di Gunung Nuang pada 23 hingga
25 Nov 2xxx. Empat orang guru penasihat kelab turut serta, iaitu Encik Hanif Asraf, Encik Mohd. Zahir.
Puan Ainah Sidik, dan Puan Syarifah Sauna.
Kami menaiki bas dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tapak pendakian pada pukul 10.30
pagi. Kami terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke Kem Wira Waja, Janda Baik mengikut kumpulan masing-
masing. Empat orang jurupandu mengawasi perjalanan kami. Destinasi sejauh tiga kilometer itu melalui
jalan di ladang sayur kacang botor dan halia yang subur di kawasan berbukit. Dua buah bukit kecil sudah
kami tempuh menyebabkan keringat mengalir dan membasahi pakaian. Sepanjang perjalanan tersebut, kami
telah berhenti sebanyak tiga kali untuk berehat sambil meneguk air minuman yang diambil dari sungai
yang berdekatan. Keadaan tanah yang lembap dan becak menyebabkan pacat membiak. Kebanyakan ahli
kelab belum mengenali pacat. Oleh itu, ada yang menjerit kerana kegelian sambil meminta rakan lain
menolong mereka menarik pacat yang kuat melekap pada kulit kaki.
Kami bersorak gembira sebaik-baik sampai di tapak perkhemahan. Ketibaan kami kira-kira pukul 4.30 petang disambut dengan deruan air terjun yang jernih dan sejuk. Tanpa melengahkan masa, kami mendirikan
khemah iglu dan menyediakan makanan untuk makan malam. Pada masa inilah para peserta belajar memasak
di dalam “mess tin” dengan ketulan lilin pembakar empat segi yang kebiasaannya digunakan oleh anggota
tentera. Selepas makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada jurupandu. Kami diarahkan berjalan dalam kumpulan mengikut kesan denai yang diketuai oleh jurupandu. Selain itu, kami dilarang daripada membuang sampah.
Pada hari kedua, tepat pukul 9.00 pagi bermulalah pendakian kami ke puncak Gunung Nuang yang ketingiannya 1 493 meter. Kami membawa bekalan yang secukupnya untuk makan tengah hari seperti biskut, mi segera, dan sebotol air. Mengikut perancangan, kami akan turun ke tapak perkhemahan semula pada petangnya.
Cabaran mendaki tujuh buah bukit bukanlah sesuatu yang mudah. Kami perlu berhati-hati ketika meredah hutan ini, terutamanya tumbuhan liar bukit. Kami berpaut dan memegang mana-mana bahagian anak pokok sebagai sokongan untuk mengimbangi badan daripada terjatuh. Hutan simpanan kekal yang menjadi kawasan tadahan
 air ini kaya dengan flora dan fauna. Kami mencatat perkara penting dan menarik yang ditemui di hutan ini. Batang-batang balak yang besarnya lebih daripada dua pemeluk menjadikan persekitaran di sini redup dan dingin. Mereka yang cergas dan bertenaga berada jauh di hadapan. Bagi kumpulan yang sederhana mengekori mereka dari belakang. Setelah berpenat lelah selama empat jam yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer, kota Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Genting kelihatan berbalam-balam. Kami sungguh bertuah kerana cuaca ketika itu begitu baik.
Peluang kami bersantai di puncak Gunung Nuang tidak lama. Mengikut jangkaan awal, kami diberikan
masa dua jam untuk menikmati panorama ketika berada di puncak Gunung Nuang yang merupakan sebahagian
daripada Banjaran Titiwangsa. Di puncak tersebut terdapat sebatang pokok tunggal yang menjadi sasaran kerana banyak peserta yang menunggu giliran untuk memanjat dan melihat pemandangan yang memisahkan  Negeri Sembilan, Pahang, dan Selangor itu. Perkara yang tidak diduga telah berlaku apabila tiga orang peserta tersesat. Kami terpaksa turun ke kaki gunung dengan segera untuk menjejaki mereka. Walau bagaimanapun, selepas setengah jam perjalanan turun, kami menemui mereka. Mereka bertindak bijak kerana berpatah balik mencari simpang asal setelah menyedari tiada kesan denai baharu. Perjalanan turun dari puncak gunung ke tapak kem memakan masa lebih kurang tiga jam. Namun begitu, semua peserta lebih berwaspada agar tidak tergelincir dan tersungkur ke dalam curam.
Tugas kami seterusnya menyediakan minum petang dan makan malam. Makanan Barat ala Malaysia, iaitu telur bersama-sama dengan kentang goreng dimakan dengan SOS cili begitu menyelerakan. Bagi mereka yang
kaki pancing, sungai yang berhampiran sesuai untuk mernancing ikan tengas. Umpan yang digunakan untuk menangkap ikan ini sangat mudah, iaitu hanya dengan menggentel tepung atau roti dan dilekatkan pada mata pancing. Pada sebelah malamnya, kami berkumpul untuk berkongsi pengalaman. Jurupandu kami, Abang Zainal menceritakan asal usul wujudnya nama Janda Baik. Bunyi riang-riang dan kodok memeriahkan suasana malam yang gelap itu. Pelita karbaid dan lilin juga terpadam setelah “bekalannya” habis. Kami dibangunkan untuk solat Subuh. Ketika mengambil wuduk, kesejukan air sungai terasa hingga tulang sumsum. Solat berjemaah dilakukan dalam kumpulan yang kecil kerana kawasan yang terhad.
Aktiviti mencari harta tersembunyi dilakukan ketika dalam perjalanan keluar sejauh tiga kilometer ke Kem Wira Waja. OIeh sebab didorong impian untuk bergelar juara, ada peserta yang sampai di kem lebih awal tanpa
berasa penat walaupun meredah dua buah bukit. Kami membersihkan badan dengan berendam di dalam sungai. Beberapa orang peserta terkejut apabila mendapati pacat sudah kekenyangan sebaik-baik saja menanggalkan kasut. Pada pukul 4.00 petang, bas sekolah datang menjemput kami. Perjalanan hampir dua jam setengah untuk sampai di sekolah menyebabkan mata terlelap kerana keletihan.
Kesimpulannya, ekspedisi dan perkhemahan ke Gunung Nuang ini banyak memberikan manfaat kepada kami  dalam mengenali keindahan alam semulajadi di negara ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, semangat tolong-menolong dan nilai murni dapat kami terapkan secara praktikal.

Pelapor,                                                                                                                                                 30 NOV 2xxx.
…………….
(PHONG SERENE)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan Afzan.