Sunday, April 29, 2012

F1---kerja CIPLAK

模仿是写作的开始,ciplak is the step to sharpen your skill to write a good message
i try to up load my sample after teaching your ringkasan kepentingan aktiviti kokurikulum, just have a view and then try yourself
2. Bincangkan faedah-faedah menyertai persatuan badan beruniform di sekolah.
            Dakam era pascakemodenan ini, ciri-ciri kecemerlangan pelajar tidak lekang menghiasi dada akhbar. Prestasi akademik bukan lagi merupakan prasyarat untuk menempa kejayaan diri semata-mata, malahan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum juga merupakan batu loncatan untuk menggilap potensi seseorang pelajar. Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu aktiviti persatuan dan kelab, sukan, dan pasukan berpakaian seragam. Terserlahlah bahawa persatuan badan beruniform bukan alang kepalang menonjolkan kemaslahatannya sejak belakangan ini.
            Penyertaan murid dalam persatuan badan beruniform banyak mendatangkan manfaat. Antara manfaat yang diperoleh murid adalah dapat mengisi masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif. Masa ini emas, pelajar akan memasang tekad untuk menetapkan misi dan visi masing-masing sekiranya masa senggang dimanfaatkan dengan aktiviti perkhemahan dan berkawad kaki. Memetik kata Dr Fazilah Kamsah, pakar motivasi terbilang negara bahawa setiap manusia mempunyai fitrah sendiri untuk mencapai kejayaan, cumalah menunggu-nunggu potensi diri diasah melalui cara yang betul. Tegasnya, persatuan badan beruniform seperti pengakap, persatuan bulan sabit merah dan sebagainya merupakan medan untuk merealisasikan impian masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan sejak bangku sekolah lagi.
            Dalam konteks yang lain, kegiatan persatuan badan beruniform juga merupakan suatu alternatif untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan mengembangkan minda, murid juga memperoleh pengalaman baharu dan pengetahuan yang lebih mendalam apabila  menyertai aktiviti kokurikulum ini. Tak pecah ruyung, masakan dapat sagunya. Sungguhpun pelajar menempuh cabaran untuk mengimbangi masa antara aktiviti akademik dengan aktiviti kokurikulum, namun pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang.
            Dalam perspektif yang lain, perkara yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan dalam diri mereka apabila menyertai kegiatan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu, nilai kepemimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum ini. Tegal itu, dikatakan persatuan badan beruniform merupakan wadah yang penting untuk menjana modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bakat yang terpendam wajarlah diserlahkan sejak bangku sekolah lagi. Pelajar yang pernah memegang jawatan seperti ketua kumpulan, pengerusi, bendahari dan sebagainya lazimnya akan menggambarkan nilai-nilai kepemimpinan mereka semasa di arena kerjaya bakal hari nanti. Tepuk dada, tanya selera. Tanpa aktiviti ini, masakan pemimpin seperti tokoh-tokoh negara dapat dijanakan.
            Yang pentingnya, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri. Sebagai  contoh, jika murid menyertai aktiviti kawad kaki dan aktiviti kemasyarakatan,  sudah tentu murid tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam pasukan. Selain itu, peserta  juga perlu menepati masa latihan. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid yang  menyertai kegiatan kokurikulum. Seterusnya, melalui kegiatan persatuan badan beruniform murid juga dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai peringkat usia, bangsa, dan jantina yang berbeza. Mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran dalam bidang pelajaran mahupun pengetahuan am.Lantaran ini, dikatakan bahawa persatuan badan beruniform merupakan wadah untuk menjalin hubungan kemasyarakatan dari latar belakang berbeza. Pelajar akan menghayati kata-kata hikmah para cendekiawan, iaitu ‘banyak orang banyak ragam.’ , ‘ lurah sama dituruni, bukit sama didaki.’, lebih-lebih lagi ‘Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.’ Jelaslah bahawa nilai-nilai murni yang disuntik dalam lubuk kalbu mereka akan menjadi prasyarat mereka ke arah kecemerlangan diri.
            Sesungguhnya, melalui pembabitan yang aktif dalam kegiatan persatuan badan beruniform , murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja pada masa sekarang.Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanpa barisan remaja yang berwawasan, hilang patah putulah kemudi negara kita.