Sunday, October 7, 2012

karangan PMR

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup.Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka.Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar.Justeru,ibu bapa yang menginginkananak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini  sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat.Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tanbahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2.Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.
  Oleh : razliqah raghazli


Soalan : Sikap berjimat cermat merupakan nilai murni yang harus disemai dalam jiwa setiap orang dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ulaskan pendapat ini dengan selengkapnya.

Pendahuluan

Jenis 1

-   Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. 
-   Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. 
-   Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
-   Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. 
-   Sikap boros dilarang oleh Allah. 
-   Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. 
-   Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
-   Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.

Amalan berjimat cermat dan menabung.


............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

frasa menarik tingkatan 3


frasa menarik

1Setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani secara bijaksana, ibarat menarik rambut daiam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
2Sikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sepatutnya tidak wujud dalam hidup berjiran kerana jiran atau tetangga saling memerlukan demi mencapai permuafakatan dan kesejahteraan.
3Dalam menuju konsep satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan, rakyat negara ini mesti sanggup mengetepikan kepentingan diri dan meletakkan kepentingan negara sebagai prioriti kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
4Pesan orang tua-tua, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan jangan jadi seperti kaduk naik junjung. 5Sikap tersebut bukan sahaja merugikan diri sendiri, tetapi juga menjejaskan peribadi dan kewibawaan seseorang.
6Kita haruslah berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya kerana geruh tak berbunyi, malang tak berbau.



1. tema remaja/ pelajar cemerlang
责任/青年问题/优秀特征/心想事成
责任:menggalas tanggungjwab untuk memartabatkan imej keluarga, sekolah dan negara
berperanan vital untuk merealisasikan setiap misi dan visi negara
mendukung tanggungjwab untuk memastikan pembangunan negara
generasi muda penaraju dan pelapis pembangunan nusa bangsa
pemuda yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang cenderung mengikut-ikut idola mereka
pemuda-pemudi bakal peneraju kepimpinan negara
优秀特征pelajar cemerlang akan berusaha untuk menempa kejayaan
pelajar cemerlang akan berpegang pada prinsip genggam bara api menjadi arang supaya membuahkan hasil yang diidamkan
pelajar cemerlang akan menghayati masa ini emas dengan  mempunyai pengurusan masa dan pengurusan kendiri yang baik
pelajar cemerlang selalu memasang tekad supaya menerokai pengalaman baharu untuk mengotakan aspirasi dalam kehidupan mereka.
pelajar cemerlang gigih mempercayai bahawa kegagalan ialah kunci segala kejayaan
sikap tidak mengenal erti putus asa bagai perencah untuk mencapai titik kejayaan dalam kehidupan mereka


2. tema gejala sosial( cikgu sudah kasi setiap pelajar satu set yang lengkap pada semesta yang pertama)
kekurangan kesedaran diri akan menatijahkan anak remaja terpesong dari landasan keimanan
ketandusan KS akan mengakibatkan anak remaja bergelumang dengan anasir negatif
kedangkalan didikan agama memungkinkan anak remaja terjerumus dalam kancah kemungkaran
kerakusan pihak media untuk mengaup keuntungan maksimum telah mengabaikan tanggungjawab mereka dengan menghebahkan siaran yang berunsur negatif.
remaja
Anak-anak mengalami kekosongan jiwa akan cuba mencari-cari penghargaan dan pengiktirafan daripada luar rumah. 

3. tema guru/ sekolah
1.CAME MMPP- ceramah, aktiviti kemasyarakatan, pertandingan, program pembinaan diri, memotivasikan, melancarkan pengajaran dan pembelajaran , supaya membentuk pelajar beretika
2. Pro Ma CBK MIS HO KAM MMPP
memartabatkan(MA) profesionalisme(PRO) guru dengan menggunakan corak pembelajaran yang kreatif (CBK) supaya membentuk modal insan seimbang(MIS) dari segi JERI.
pelajar suka belajar di persekitaran kondusif dan pendidikan holistik(Ho) kerana penghargaan dan pengiktirafan(PP) dapat dikenalpasikan.
Komunikasi dua hala penting untuk menganjak minda pelajar supaya melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi anak didiknya.
Kelakuan yang tidak baik akan dicontohi oleh pelajar, bak nyiru bak tampian, bak gura bak anak sasian. 
guru wajar memartabatkan profesionalisme meraka dengan menekankan corak pembelajaran komprehensif supaya menarik perhatian dan keterajuan pelajar ketika pelajaran disampaikan
Kementerian Pelajaran Malaysia selalu merombak sukatan pelajaran supaya tidak terlalu berorientasikan pretasi pelajaran semata-mata.

- komunikasi dua hala antara ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat menganjak minda pelajar 
- Keberkesanan pelaksanaan pelbagai strategi akan memahamkan pelajar yang sesat di hujung jalab, balik ke pangkal jalan.

 4。tema keluarga
• Hubungan kekeluargaan yang longgar disebabkan ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya hingga mengabaikán anak-anak 
Sikap ibu bapa bagai “ anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui” tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak 
• ibu bapa menunjukkan teladan yang negatif seperti pergaduhan suami isteri di hadapan anak ,penderaan anak sehingga membibitkan emosi trauma anak-anak.
anak akan  mencari ketenangan di luar rumah melalui berkenalan dengan remaja liar 
• anak berasa kongkongan umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
 jiwa remaja memberontak kerana kerakusan KS daripada ibu bapa atau persekitaran yang terlalu mengongkong
 mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang kerana kehidupan  bagai layang-layang putus tali
 • kadangkala  Ibu bapa  menetapkan jalan hidup anaknya pada masa akan datang . Anak tidak berpeluang mengikut naluri sendiri . Akibatnya remaja mula memberontak supaya .mereka mencari keseronokan di luar.
 • Perceraian ibu bapa amat memberikan kesan mendalam terhadap  anak -anak 


Kepentingan keluarga bahagia
Gejala sosial akan menjejaskan masa depan remaja.HIDK remaja yang terlibat dalam gejala sosial akan menjadi sampah masyarakat atau  dipandang hina bagai melukut di tepi gantang. Lazimnya, remaja tidak mempunyai hala tuju matlamat yang jelas pada masa depan atau tidak bercita-cita tinggi kerana kekurangan B+G yang sepatutnya. Dengan ini, mereka sukar mendapat kepercayaan daripada masyarakat lagi kerana selalu dipandang serong tentang kredibiliti mereka.  Impaknya,  hidup yang terumbang-ambing bagai layang-layang putus tali akhirnya menjadi musuh negara.

Keluarag bahagia akan mencerahkan masa depan remaja.HIDK remaja yang dibesarkan dalam keluarga bahagia  akan menjadi pelapis negara atau  dipandang berat oleh semua lapisan masyarakat. Lazimnya, remaja ini mempunyai hala tuju matlamat yang jelas pada masa depan atau bercita-cita tinggi kerana terdapat  B+G yang sepatutnya. Dengan ini, mereka akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat kerana selalu dipandang berat tentang kredibiliti mereka.  Impaknya,  hidup meraka bagai diterangi bulan purnama akhirnya menjadi tampuk kepimpinan negara yang penting.

Mencemarkan maruah keluarga.

Memartabatkan maruah negara
Akibatnya, maruah keluarga yang tercalar memerlukan masa yang lama untuk memulihkan maruah keluarga dan dihormati oleh khalayak ramai.

Kelaurag bahagia akan memartabatkan maruah keluarga. Hal ini demikian kerana situasi ini persis peribahasa Gaharu dibakar kemenyan berbau. . Dengan ini, masyarakat akan menaruh kepercayaan terhadap keluarga tersebut, justeru maruah keluarga akan dimatrabatkan. Hubungan mesra antara ahli kekeluargaan akan merapatkan hubungan adik-beradik, malahan lebih terserlah lagi ahli keluarga lain juga akan diiktiraf dan dihargai oleh masyarakat.
Akibatnya, maruah keluarga dapat meningkatkan kredibiliti khalayak ramai semasa diamanahkan sesuatu tugasan.

Menggugat kesejahteraan sosial.

Menenteramkan kesejahteraan sosial.

Remaja  menjadi liar akan melakukan pelbagai gejala sosial tanpa perasaan bersalah. Menurut kajian, keluarga pincang akan menghasilkan generasi yang akan menggugat kesejahteraan sosial. Mereka akan mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa tidak selamat kerana sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya, gejala sosial yang semakin menular akan meranapkan hasrat negara untuk mencapai misi sebagai negara yang maju.


Keluarga bahagia akan menenteramkan kesejahteraan sosial. Remaja  unggul akan menjauhi pelbagai gejala sosial kerana berasa bersalah jika menyalahi norma masyarakat. Menurut kajian, keluarga harmoni akan menghasilkan generasi yang akan berminda kelas pertama. Mereka tidak akan mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa tidak selamat kerana sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya, keluarga bahagia akan menggembleng hasrat negara untuk mencapai kemajuan negara sejajar dengan pembangunan modal insan yang sempurna.


Membantutkan pembangunan negara.

Merancakkan pembangunan negara
Remaja tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara akan terjebak dengan kegiatan yang merosakkan diri seperti penyalahgunaan dadah. HIDK remaja ialah tulang belakang kemajuan negara. Dengan gejala sosial, remaja yang berkelakuan devian akan menggagalkan usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan dengan itu, negara tidak lagi memiliki modal insan yang berkualiti untuk menggerakkan ekonomi negara kerana tidak mempunyai daya saing yang kuat.

Keluarga bahagia akan merancakkan pembangunan negara dengan melahirkan modal insan yang sempurna.Remaja ini akan berupaya untuk memberikan sumbangan kepada negara dengan menggembleng segala potensi diri dan kapasiliti diri yang sempurna. HIDK remaja ialah tulang belakang kemajuan negara. Dengan keluarga bahagia, remaja yang berhemah tinggi akan memastikan usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan dengan itu, negara yang  memiliki modal insan yang berkualiti akan dapat menggerakkan ekonomi negara kerana mempunyai daya saing yang kuat.

Menjejaskan imej negara.

Mengharumkan imej negara

Majulah keluarga, majulah masyarakat dan negara. Negara-negara lain akan memandang tinggi kredibiliti negara kita kerana dapat mewujudkan kesejahteraan sosial dan keharmonian masyarakat dengan menangani masalah sosial negara sehingga ke tahap yang optimum. Lantaran ini, pelancong asing akan menaruh keterujaan untuk kembali melancong di sini kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.. Akibatnya, negara kita yang selama ini terserlah dengan keamanan dan keharmonian bukan hanyalah bagai indah khabar daripada rupa. Dengan itu, pelancong asing akan  menceritakan keharmonian negara kita kepada rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi,  media massa asing juga kan mengheboh-hebohkan perkara tersebut sehingga memartabatkan imej negara.


Gaya hidup sihat
SUKMA

sukan-
BM soFiMen PS _III
gaya hidup sihat dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda seseorang individu. Dengan aktiviti beriadah, kita dapat memastikan perkembangan sosial, fizikal, dan mental yang optimum.
lebih-lebih lagi, perkembangan psikologi yang seimbang akan mengurangkan tekanan dalam pelajaran mahupun kehidupan.
Natijahnya, daya ingatan(I), daya imunasi(I), dan daya imaginasi(I) peserta akan ditingkatkan kerana aktiviti ini dapat mengimbangkan sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, dan sistem tumbesaran kita. Toksik yang disingkir melalui pepeluhan akan memastikan badan selalu berada di tahap yang ceria supaya senang mencernakan bakat dan kreativiti setiap insan.

Kebersihan
Kebersihan menjamin kesihatan. Penyakit berjangkit bertitik tolak daripada kebersihan diri dan persekitaran yang mengurang.
Pembudayaan disiplin dengan KOP MAK JIH...懒得写了

masa rehat

pemakanan seimbang(penyakit...obesiti)
vitamin
zat
karbohidrat
protein
minyak
serat

懒得写了

INternet
kebaikan barangan buatan tempatan
berjimat cermat
kemalangan ja;an raya(LANGKAH)