Thursday, October 22, 2015

dimensi kemasyarakatan - perpaduan, semangat kerjasama, semangat permuafakatan, semangat kejiranan, patriotisme



Bahagian B(100%)


Cara
perpaduan
kejiranan
Patriotism
Rukun negara(kesopanan dan kesusialaan)
-
Gagasan 1M – perkongsian ekonomi secara adil – Dasar Ekonomi Baharu- tidak menimbulkan iri hati dan isu perkauman
-
Gagasan 1M – perkongsian ekonomi secara adil – Dasar Ekonomi Baharu- tidak menimbulkan iri hati dan isu perkauman
Sejarah – bangunan bersejarah – perjuangan tokoh
-
Aktivi kemasyarakatan – PLKN, aktiviti kesularelawanan (MERCY, MALBAT, PBSM..)
Akta Pelajaran 1961, Laporan Tun Razak 1956, penggunaan BM dlm semua aliran sekolah
RIMUP(Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
-
Sistem pendidikan kurikulum dan kokurikulum diselaraskan mengikut PPPM, melahirkan anak murid yang identiti nasional sejajar dengan FPN
Akta Pelajaran 1961, Laporan Tun Razak 1956, penggunaan BM dlm semua aliran sekolah –sejarah sebagai mata pelajaran yg mesti lulus dlm SPM sejak thn 2013

Skim Rukun Tetangga dipelopori oleh Tun Abdul Razak pada thn 1975.
Skim ROndaan Kenderaan, Skim Pengawasan Rumah..
Keselamatan dan kemajuan kampung

Rumah Terbuka kebangsaan Kementerian Dalam Negara di PWTC
Rumah terbuka kejiranan
Kesetiaan kepada raja dan negara – menghormati pemimpin dan tokoh yang berjasa kpd negara
Jati diri bangsa – asimilasi budaya bangsa lain- pemakanan, cara hidup, kepercayaan
Jati diri bangsa – asimilisi budaya bangsa masing-masing-  cth org cina membakar colok, mmebakar kertas sembahyang..
Kedaulatan undang2 – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Sukan wadah perpaduan

Pencapaian cemerlang dalam semua bidang utk mengharumkan nama –Malaysia Boleh
 

kepentingan
Semangat kejiranan
Semangat kerjasama/ perpaduan
Padu ( jati diri bangsa)
Pembentukan modan insan yang patriotisme
Sekitar aman selamat (jenayah)
Melonjakkan ekonomi negara( pelabur asing)
Kerjasama( pelaksanaan kerajaan berjaya)
Kestabilan politik ( tidak dijajah)
Imej negara
Sosial ( jenayah)
Industri desa
Imej negara


punca
Semangat kejiranan
Semangat kerjasama/ perpaduan
Kekangan masa – sibuk berkerjaya

Perkembangan teknologi – kerja gotong-royong x
Sikap masyarakat apati
Pengaruh budaya barat – dunia liberalisme
Persekitaran - tembok



cara
 
kesemua dalam bentuk KBAT : fikirkan...

Anda akan mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah 'Perpaduan Negara Bermula dengan Pendidikan di Sekolah’Tulis syarahan itu selengkapnya.

Soalan 4 : Syarahan (Karangan Berformat)

Pendahuluan

Kata alu-aluan - memberikan definisi perpaduan  
Isi-isi penting
1.Sekolah ialah wadah perpaduan negara - melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.Sekolah Wawasan perlu diperluas - berkongsi segala kemudahan bersama-sama
3.Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan agar menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka
4.berdasarkan teras dalam Pelan Induk Pembangungan Pendidikan (PIPP)
5.Di peringkat sekolah menengah, tiada iagi pengasingan sekolah mengikut kaum - murid pelbagai kaum dapat berinteraksi dan berkomunikasi - mengeratkan hubungan
6.Interaksi murid dalam kokurikulum - menggalakkan penyertaan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikuium
7.Pengenalan subjek Sivik dan Kewarganegaraan semula memupuk semangat perpaduan
Penutup     
Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan PIBG, ibu bapa, dan masyarakat dalam usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan di sekolah - ucapan terima kasih
 
Perpaduan merupakan perkara asas dalam kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia.  Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak cinta akan perpaduan.
        Sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, beliau telah menggagaskan konsep 1Malaysia, Konsep ini merupakan kesinambungan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu untuk memastikan perpaduan di negara ini terpelihara. Tan Sri Lee Lam Thye iaitu seorang aktivis sosial pernah mengingatkan masyarakat bahawa perpaduan merupakan asas kemajuan sesebuah negara. Beliau turut menyatakan bahawa setiap tindakan kerajaan daiam melaksanakan sesuatu perkarai mesti bermatlamatkan perpaduan. Walaupun pelbagai pihak sering menyatakan kepentingan perpaduan tetapi tiada sesiapa yang yang dapat menafikan peranan ibu bapa dalam menanam perasaan cinta akan perpaduan dalam diri anak-anak. Jadi, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak cinta akan perpaduan?
        Salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak- anak cinta akan perpaduan adalah dengan mewujudkan keluarga bahagia. Keluarga bahagia ialah sebuah rumah tangga yang aman damai, semua keperluan asas mencukupi, dan semua ahli keluarga berbaik-baik antara satu sama lain. Apabila anak-anak dapat merasai kukuhnya kasih sayang dan perpaduan sesama ahli keluarga, mereka akan peka akan kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contohnya, apabila keluarga menghadapi masalah dan seluruh ahli keluarga saling membantu sebagai tanda perpaduan terbentuk dalam institusi keluarga tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka memahami jika rakyat di negara ini bersatu hati dan saling membantu tentulah semua masalah negara akan mudah diselesaikan. Oleh itu, dengan adanya keluarga bahagia, anak-anak akan berasa cinta akan perpaduan kerana natijahnya dapat dilihat dengan mata sendiri.
        Setelah ibu bapa berjaya mewujudkan keluarga bahagia, ibu bapa juga perlu mengamalkan semangat kejiranan supaya anak-anak cinta akan perpaduan. Dalam kehidupan masyarakat moden yang tidak lagi berkesempatan untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. Ibu bapa perlu mengajak anak-anak mengamalkan semangat kejiranan supaya mereka dapat merasai sendiri kepentingan kesatuan hati dan perpaduan sesama jiran. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu membawa anak-anak bertandang ke rumah jiran secara bergilir-gilir supaya anak-anak dapat mengenali jiran dengan mesra. Apabila anak-anak mengenali jiran, hati mereka akan tenang dan gembira kerana mereka mempunyai ramai kenalan yang bersedia bersama-sama mereka ketika senang dan susah. Perpaduan yang terbentuk dalam kawasan kejiranan akan dibawa dalam konteks yang lebih luas seperti pada peringkat daerah, negeri, dan negara. Jadi, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengamalkan semangat kejiranan supaya anak- anak cinta akan perpaduan.
        Ibu bapa juga boleh mengadakan rumah terbuka pada setiap kali sambutan perayaan bagi menyerapkan perasaan cinta akan perpaduan dalam diri anak-anak. Ketika mengadakan rumah terbuka, ibu bapa dan anak-anak bolehlah mengundang rakan-rakan pelbagai bangsa bagi memeriahkan majlis tersebut. Sebagai contohnya, ketika sambutan Hari raya Aidilfrtri, ibu bapa dan anak-anak yang berbangsa Melayu akan mengundang kaum Cina dan India untuk menghadirihya. Dalam majlis tersebut, tuan rumah dan tetamu pelbagai bangsa akan dapat berkenalan dengan lebih rapat sambil memahami dan menyelami budaya pelbagai kaum. Apabila setiap ahli masyarakat memahami budaya kaum lain, mudahlah bagi mereka untuk hidup secara bertolak ansur dan hormat- menghormati. Anak-anak pelbagai kaum juga akan terkesima melihat perpaduan yang erat antara ibu bapa masing-masing. Hal ini demikian akan mendorong anak-anak untuk turut cinta akan perpaduan. Jadi, ibu bapa yang mengadakan rumah terbuka dan mengundang tetamu pelbagai kaum akan mendorong anak-anak cinta akan perpaduan.
        Bagi menanam perasaan cinta akan perpaduan dalam kalangan anak- anak, ibu bapa perlulah menjelaskan kepada anak-anak tentang jerit-perih perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Anak-anak perlu diberitahu bahawa semua kaum telah bangun serentak dan bersatu tenaga untuk mendapatkan kemerdekaan. Parti-parti politik yang terdiri daripada UMNO, MIC, dan MCA yang mewakili kaum yang berlainan telah bersepakat untuk menubuhkan Parti Perikatan yang memperjuangkan kemerdekaan. Ibu bapa boleh menggunakan pelbagai cara untuk membentuk kefahaman dalam diri anak-anak tentang kepentingan perpaduan. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membacakan anak sejarah perjuangan orang-orang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun Vanikamvasagam supaya anak-anak mengerti bahawa perpaduan yang wujud ketika itu telah membawa kemerdekaan kepada negara. Jika orang-orang terdahulu berjuang untuk kemerdekaan melalui wadah perpaduan tentulah perjuangan untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan memerlukan wadah yang sama. Sudah terang lagikan bersuluh, langkah ibu bapa memberi kefahaman kepada anak-anak tentang perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan akan dapat mewujudkan perasaan cinta akan perpaduan dalam kalangan anak-anak.
Usaha lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak cinta akan perpaduan adalah dengan cara mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan. Antara contoh aktiviti kemasyarakatari yang boleh disertai ialah aktiviti gotong-royong, Kebiasaannya aktiviti sedemikian melibatkan pelbagai kaum. Apabila anak-anak melihat orang-orang dewasa daripada pelbagai kaum melakukan aktiviti secara bersama-sama, mereka juga akan terdorong melakukan perkara yang sama dalam kalangan rakan seusia mereka. Perasaan prejudis atau buruk sangka antara kaum akan terhindar apabila anak-anak sering dibawa untuk melakukan akt:viti yang sama dengan kaum lain. Anak-anak yang sudah biasa dengan aktiviti seperti ini akan membesar sebagai seorang yang tidak kekok bergaul dengan kaum yang berbeza. Oleh itu, jelaslah bahawa penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan akan melahirkan anak-anak yang cinta akan perpaduan.
        Secara keseluruhannya, perpaduan merupakan tanggungjawab bersama. Perpaduan amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa perpaduan, seluruh negara akan kacau-bilau. Tanpa perpaduan, semua urusan akan terganggu. Rakyat tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan kerajaan juga tidak akan dapat memerintah dengan berkesan. Tanggungjawab untuk memupuk perpaduan perlu digalas oleh semua pihak. Semua pihak yang berautoriti perlulah memainkan peranan masing-masing dengan bijaksana dan bersungguh-sungguh. Perkara yang lebih penting daripada perpaduan ialah prakarsa untuk mewujudkan nilai cinta akan perpaduan dalam diri anak-anak. Peribahasa Melayu pernah disebut, melentur buluh; biarlah dari rebungnya. Proses pemupukan perasaan cinta akan perpaduan seharusnya bermula sejak anak-anak masih kecil. Kesimpulannya, perpaduan perlu dijana dan dipelihara agar kemerdekaan yang kita miliki ini berterusan sampai bila-bila.
 


1.Peranan remaja memupuk perpaduan
Ku go bawa   rururu ra
1.     kunjung-mengunjungi – masa musibah/ kecemasan
2.     gotong2 – pasejike ( padu/ sekitar/ jimat kos/ kerjasama)
3.     bahasa Melayu/ budaya dan adat resam – jati diri bangsa
4.     sekolah wawasan
5.     rumah terbuka
6.     rukun tetangga
7.     rukun negara
8.     hari perayaan
          Perpaduan merupakan agenda yang diwara-warakan dalam Gagasan 1Malaysia supaya menyatupadukan rakyat Malaysia.(I) Sekiranya mengimbau kembali pembangunan Malaysia, kejayaan pemimpin negara kita untuk memperjuangkan kemerdekaan adalah berkat semangat perpaduan kaum. (I) Di Malaysia, pembentukan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1952 menunjukkan kejayaan yang terulung untuk mengumpulkan semua etnik Malaysia di bawah satu payung yang sama. (I) Namun, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin tersirna ditelan arus globalisasi lantaran pengaruh budaya barat dan perkembangan teknologi. (K) Tegal itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah diamanahkan untuk menghidupsuburkan semangat tersebut. (U) Persoalannya, apakah peranan anak watan untuk menyemarakkan semangat perpaduan?
          Sesungguhnya, aktiviti kemasyarakatan mestilah dipergiat supaya menggalakkan remaja bergaul dengan semua lapisan masyarakat. (A) Aktiviti tersebut sudah lama bersebati dan mendarah daging dalam masyarakat leluhur. (M) Contohnya, semasa musim berderau dan menuai padi, semua lapisan masyarakat setempat akan berkumpul tanpa mengira latar belakang sosioekonomi yang berbeza. (C) Lumrahnya, amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga yang berbilang kaum pada masa kecemasan atau bencana alam juga dapat membangkitkan perasaan kekitaan dan saling membantu. (C) Secara langsung, semangat ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki akan terzahir semasa aktiviti kemasyarakatan itu dijalankan. (K) Menurut Tun Dr Mahathir, semangat perpaduan merupakan pemangkin untuk menjayakan cabaran Wawasan 2020 supaya membentuk masyarakat yang bersatu padu. (T) Maka, aktiviti kemasyarakatan ini perlulah diwarisi kepada generasi muda supaya perasaan kekitaan dan kerjasama tidak hilang tanpa berkubur.

          Jika diselami lebih lanjut lagi, pelibatan remaja dalam aktiviti gotong-royong juga merupakan elemen maslahat untuk mengembalikan semangat perpaduan kaum di negara kita. (A) Aktiviti ini merupakan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan antara komuniti yang berbilang kaum. (M) Semasa remaja berjinak-jinak dengan aktiviti rewang, perpaduan etnik bukan sahaja dimangkinkan, bahkan mewujudkan persekitaran yang kondusif. (C) Sedia kita maklum, vektor pembawa penyakit seperti Demam Denggi telah meragut ratusan nyawa di negara kita baru-baru ini. Hal ini akan ditangani melalui kerjasama antara generadi muda dengan generasi tua di sesuatu kawasan kediaman seperti membersihkan longkang dan semak samun. (C) Tambahan pula, dengan sumbangan jasa golongan anak muda, kos penyelenggaraan kenduri-kendara kemasyarakatan dapat dijimatkan. Jadi, kerja yang susah akan disenangi manakala kerja yang senang akan dipercepat. Jelaslah ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semua memanifestasikan bahawa perpaduan akan dijalinkan melalui aktiviti gotong-royong yang diwarisi daripada nenek moyang.(P)

Ba- jati diri bangsa. Budaya – ATA, cara
          Dari sudut lain, generasi muda mestilah dididik supaya membentuk jati diri bangsa yang teguh terhadap negara. (A) Dalam konteks ini, generasi muda mestilah menyelami budaya dan adat resam setiap kaum sejak azali lagi. (C) Wahasil, budaya bermaksud peradaban, tamadun dan akal budi yang termasuk cara hidup dan pemikiran. (C) Sebagai contohnya, kaum Melayu terkenal dengan tarian Zapin manakala kaum Cina terkenal dengan tarian naga. Kaum India pula terkenal dengan tarian Bhangra. Jadi, setiap generasi muda perlulah mengasimilasi dan mengadaptasi budaya kaum lain supaya membentuk identiti nasional yang unik. Busana kaum yang berbeza juga menonjolkan keunikan negara kita sebagai negara yang saling memahami tanpa sebarang persengketaan. (C) Khasnya, makanan tradisional kini telah diakulturasi oleh kaum masing-masing sehinggalah makanan 1Malaysia berjaya menjadi daya tarikan pelancong mancanegara. Izharnya, proses pengasimilasian budaya bangsa perlulah diimplementasikan dalam kalangan remaja supaya memangkinkan semangat perpaduan kaum.

          Sementara itu, rumah terbuka kebangsaan juga merupakan cara yang proaktif untuk menggalakkan remaja menyemarakkan semangat perpaduan. (A) Sebagai contohnya, media massa berperanan untuk menyiarkan temasya rumah terbuka kebangsaan semasa hari perayaan. Baru-baru ini, sebanyak 20,000 orang pengunjung telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Kebangsaan Aidilfitri yang diadakan di PWTC. (C) Secara langsungnya, generasi muda berpeluang mengenali pemimpin negara dan masyarakat dari seluruh Malaysia. Selain menikmati juadah yang disajikan, generasi muda berpeluang memahami budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Menurut YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa rumah terbuka kebangsaan merupakan senjata utama untuk membangkitkan integrasi nasional di negara kita.

          Akhir sekali, Skim Rukun Tetangga juga perlulah digiatkan dalam kalangan generasi muda. (A) Rukun Tetangga telah dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1975. Pada awalnya, skim ini berfungsi untuk mengawal keselamatan di sesuatu kawasan kejiranan. Namun kini, skim ini telah diperkasakan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan masyarakat yang berpadu. Contohnya, Skim Rondaan Sukarelawan biasanya disertai oleh jiran tetnagga yang berbeza kaum. Secara implisit, pergerakan meronda dan mengawasi kawasan kediaman telah menjalinkan wasilah antara kaum berbeza dan sekali gus mengurangkan konflik perkauman. Menurut aktivis terkenal Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat kejiranan merupakan tonik mujarab untuk melahirkan komuniti yang bersatu padu. Permuafakatan ini ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa perpaduan dalam kalangan generasi muda perlulah dilaksanakan melalui aktiviti yg dijalankan oleh JKKK atau skim RT.

          Tuntasnya, perpaduan negara hanyalah akan terwujud sekiranya setiap lapisan masyarakat khasnya generasi muda dididik sejak kecil lagi. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John Kennedy pernah berkata, “ Janganlah tanya apa-apa yang boleh diberikan oleh negara, tetapi tanyalah diri apa-apa yang boleh disumbangkan kepada negara.” Jadi, anak watan pewaris bangsa menggalas obligasi mutlak untuk memastikan kedaulatan negara terus mekar di persada dunia. Janganlah kita bersikap cauvinis dan terlalu mengagung-agungkan perasaan perkauman. Peristiwa demonstrasi jalanan yang diadakan oleh  kumpulan pakaian kuning dan merah menunjukkan semangat perpaduan semakin tergugat. Khasnya, peristiwa Lowyat seakan-akan mengulangi peristiwa 13 Mei 1969 yang memerlukan keinsafan generasi muda bahawa negaraku, tanah tumpah darahku.


ubah suai dengan formula yang sama dalam soalan


Bahagian B(100%)

Peranan ibu bapa menyemarakkan semangat kejiranan

Ku go ba wa rururu ra

1.     mursyid – aktiviti keagamaan yg diadakan di kawasan kejiranan – rumah terbuka

2.     teladan – BB – BA – kun - ks

3.     guru pertama – pendidikan bermula dari rumah – ba - gotong

4.     rakan karib – meluangkan masa menemani anak menjalankan aktiviti xxx. – rukun tetangga -

5.     Rukun Negara – darurat – hari keluarga

6.     hari perayaan

          Jiran ditakrifkan sebagai manusia yang tinggal berhampiran dengan kita. Dalam konteks agama Islam, jiran melangkau deretan rumah yang ke-40, iaitu rumah yang terletak di sebelah kanan dan di kiri, di depan dan di belakang, di atas dan di bawah dari rumah kita yang berhampiran. Sabda Hadis yang bermaksud, “ sebaik-baik manusia ialah manusia yang berbaik dengan jiran dan tetamu. “ Terdapat hadis juga yang bermaksud, “ orang yang beriman kepada Allah tidak sanggup kekenyangan sendiri tetapi jirannya kelaparan. “ Jadi, kita maklumlah bahawa semua agama mementingkan semangat kejiranan kerana jiran tetangga ialah saudara yang terdekat dengan kita. Tun Dr Mahathir pernah berkata, “ orang yang pertama menghulurkan bantuan kepada kita semasa kecemasan ialah jiran tetangga. “ Namun sayang sekali, semangat kejiranan kini semakin tersirna ibarat hidup segan mati tidak mahu. Maka, ibu bapa berperanan untuk menganjak paradigma generasi muda yang berusia setahun jagung. Persoalannya, apakah peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan semangat kejiranan terus subur dalam kalangan masyarakat Malaysia?

          Sesungguhnya, amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga mestilah dipergiat oleh ibu bapa. (A) Aktiviti tersebut sudah lama bersebati dan mendarah daging dalam masyarakat leluhur. (M) Contohnya, ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak dengan mengunjungi jiran tetangga pada masa kecemasan. (C1) Ibu bapa bolehlah memberikan sedekah khairat kematian kepada jiran tetangga atau membantu jiran semasa kebakaran atau kesakitan. (C2) Secara langsung, perasaan empati akan terzahir semasa pertolongan diberikan kepada jiran. (K) Situasi ini tersirat dalam maksud peribahasa betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.(UM) Sabda Hadis yang bermaksud, “ anak Adam yang meninggal dunia hanya meninggalkan tiga perkara, iaitu ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh solehah.” (UM) Maka, ibu bapa mestilah mengamalkan ketiga-tiga amalan ini khasnya kepada jiran tetangga supaya diwarisi kepada generasi muda.(P) Bibit-bibit kasih sayang antara jiran tetangga akan diteladani oleh anak muda. (P)Hal ini kerana benih yang baik dilontarkan ke laut menjadi pulau. (P)

          Jika diselami lebih lanjut lagi, ibu bapa merupakan penguat kuasa undang-undang di rumah. Sejak kecil lagi, ibu bapa wajarlah memastikan amalan gotong-royong dijadualkan dalam rutin seharian. (A) Semasa ahli keluarga berjinak-jinak dengan aktiviti rewang, perpaduan etnik bukan sahaja dimangkinkan, bahkan mewujudkan persekitaran yang kondusif di kawasan kejiranan. (K) Sedia kita maklum, vektor pembawa penyakit seperti Demam Denggi telah meragut ratusan nyawa di negara kita baru-baru ini. Hal ini akan ditangani melalui kerjasama antara generadi muda dengan generasi tua di sesuatu kawasan kediaman seperti membersihkan longkang dan semak samun. (C1) Tambahan pula, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak muda untuk melibatkan diri dalam penyediaan kenduri-kendara seperti majlis keagamaan di sesuatu kawasan kejiranan. (C2)Jadi, kos penyelenggaraan akan dijimatkan dan hubungan kekeluargaan juga dieratkan. Jelaslah semangat kejiranan akan diwujudkan melalui aktiviti gotong-royong yang diwarisi daripada nenek moyang. Hal ini diterangkan dalam gurindam di bawah;
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jika semua bersatu hati,
Kerja payah menjadi senang.  

Ba- jati diri bangsa. Budaya – ATA, cara
          Dari sudut lain, ibu bapa mestilah menyelami warisan budaya bangsa setiap kaum yang berbeza semasa hidup berjiran. (A) Dalam konteks ini, anak muda akan meneladani ibu bapa supaya menghayati budaya dan adat resam setiap kaum sejak azali lagi. (C) Walhasil, budaya bermaksud peradaban, tamadun dan akal budi seperti cara hidup dan pemikiran. (M) Sebagai contohnya, ibu bapa wajarlah memberitahu anak tentang pantang larang jiran tetangga. (C)  Jadi, setiap generasi muda akan mengasimilasi dan mengadaptasi budaya masing-masing sejak kecil lagi. (K) Khasnya, ibu bapa semasa menyediakan hidangan makanan tradisional bolehlah berkongsi dengan jiran di sebelah. (C)Seyogianya, keluarga mengadakan rumah terbuka semasa sambutan hari perayaan. (C) Secara langsungnya, jiran tetangga akan sempat menikmati juadah yang disajikan, justeru berpeluang berkongsi suka duka. (K) Situasi ini seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. (UM) Jelaslah bahawa ibu bapa pencorak anak supaya membudayakan semangat kejiranan sejak kecil lagi. (P)

          Demi menyemarakkan semangat kejiranan, ibu bapa mestilah menghayati doktrin dalam Rukun Negara. (A) Sesungguhnya, peristiwa Darurat yang berlaku di Kampung Baru telah menimbulkan perselisihan faham yang sengit antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Maka, ibu bapa mestilah menanamkan sikap berwaspada supaya tidak dicerobohi oleh sebarang anasir perosak yang mampu menggugat semangat kejiranan yang berbeza kaum. Jadi, ibu bapa seyogia mematuhi prinsip Rukun Negara seperti kesopanan dan kesusilaan supaya mengeratkan wasilah antara jiran tetangga tanpa mengira warna kulit dan budaya yang berbeza. Contohnya, ibu bapa menyokong Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga. Pelbagai acara sukaneka seperti senamrobik dan beriadah akan memperkasakan persefahaman antara jiran tetangga mahupun ahli keluarga. Pendek kata, pendidikan ibu bapa pembentuk minda anak muda sama ada bersemangat nasionalise mahupun bersikap cauvinis.
          Akhir sekali, ibu bapa mestilah membawa anak bersama menyertai Skim Rukun Tetangga. (A) Rukun Tetangga telah dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1975. Pada awalnya, skim ini berfungsi untuk mengawal keselamatan di sesuatu kawasan kejiranan. Namun kini, skim ini telah diperkasakan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan masyarakat yang berpadu. Contohnya, ibu bapa yang bergiat dalam Skim Rondaan Sukarelawan akan menjadi ikutan kepada anak. Secara implisit, pergerakan meronda dan mengawasi kawasan kediaman secara sukarela akan diwarisi kepada anak muda. Menurut aktivis terkenal Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat kejiranan merupakan tonik mujarab untuk melahirkan komuniti yang bersatu padu. Permuafakatan ini ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa perpaduan dalam kalangan generasi muda perlulah dilaksanakan melalui aktiviti yg dijalankan oleh JKKK atau skim RT.

          Tuntasnya, semangat kejiranan hanyalah akan terwujud sekiranya setiap lapisan masyarakat khasnya generasi muda dididik sejak kecil lagi. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John Kennedy pernah berkata, “ Janganlah tanya apa-apa yang boleh diberikan oleh negara, tetapi tanyalah diri apa-apa yang boleh disumbangkan kepada negara.” Jadi, anak watan pewaris bangsa menggalas obligasi mutlak untuk memastikan semangat kejiranan terus bercambah pada masa akan datang. Janganlah kita bersikap apati dan hanya mementingkan diri. Jenayah indeks jalanan yang semakin mewabak menyedarkan kita bahawa keselamatan di kawasan kediaman memerlukan sinergi antara jiran tetangga. Ayuhlah kita teruskan usaha untuk memastikan semangat kejiranan dilestarikan bagai tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
 

Peranan ibu bapa ... semangat patriotik

Kugo bawa rururu ra

1.     Sejarah – ii ( iktibar, inspirasi) – bangunan bersejarah

2.     Ikon – pemimpin –  mengisi kemerdekaan – kepimpinan melaui

3.     Kempen membeli baranga tempatan

4.      Aktiviti kemasyarakatan – Rakan Muda – Malbatt(JPA)- PLKN – aktiviti kemerdekaan ( mengibar jalur gemilang)
5.     Rukun Negara – mematuhi undang2 – kesetiaan raja

Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu maju
          Laungan Merdeka sebanyak 7 kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957 telah melakarkan sejarah baharu kepada Malaysia. Kejayaan perjuangan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah asing telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersemangat waja. Sesungguhnya, semangat nasionalis telah terbakar dalam sanubari rakyat Malaysia sejak 1900-an. Namun kini, semangat patriotik jelasnya semakin tersirna di negara kita bagai hidup segan mati tidak mahu. Demi mengisi kemerdekaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berusaha untuk melahirkan anak watan yang beridentiti nasional. Ibu bapa pula pembakar semangat ini. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa agar semangat patriotik terus bercambah dalam sanubari anak muda?

          Sesungguhnya, ibu bapa perlulah menghayati sejarah pembangunan negara Malaysia dan menyalurkan ilmu ini kepada anak mereka sejak kecil lagi. (A) Menurut Tun Dr Mahathir bahawa sejarah menuntut kita tidak megulangi kesalahan yang pernah dialami. (M) Contohnya, ibu bapa mestilah membawa anak melawati tempat bersejarah seperti Pasir Salak, kota A Farmosa, Pulau Pangkor dan bandar raya Melaka. (C1) Pada masa yang sama, ibu bapa wajarlah mengadakan takzirah tentang kisah silam yang berlaku pada zaman perjuangan kemerdekaan selepas bersolat jemaah bersama anak mereka. (C2) Seyogianya, ibu bapa menghadiahi anak buku cerita tentang Bukit Kepong, Kapten Hassan, Leftenan Adnan dan Dolby Rosli. (C3) Secara langsungnya, sejarah akan menjadi iktibar dan inspirasi kepada generasi muda supaya membibitkan kecintaan yang mendalam terhadap tanah air. (K) Bahawasanya, sejarah mencatatkan segala peristiwa yang benar sekali gus merakamkan sebab dan akibat sesuatu tindak tanduk.(M) Mukhtasarnya, ibu bapa yang mementingkan sejarah akan melahirkan anak yang menghormati negara dan mengisi kemerdekaan dari masa ke masa.  
         
          Sementara itu, ibu bapa perlulah mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan semasa di rumah. (A) Pelbagai acara sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlulah diraikan bersama ahli keluarga. Antaranya mengibarkan Jalur Gemilang dan menyaksikan temasya perarakan di Dataran Merdeka.(C1) Seyogianya, ibu bapa tidak menyebarkan fitnah-menfitnah tentang isu perkauman dan memburukkan nama pemimpin di depan anak mereka. (C2) Sebagai uswah hasanah kepada anak, ibu bapa sepatutnya memastikan ahli keluarga menyokong segala pelaksanaan agenda kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia. (C3) Ibu bapa yang sanggup membiayai cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negara juga menunjukkan sikap kecintaan kepada negara. (C4) Lebih-lebih lagi, membeli barangan buatan Malaysia merupakan sokongan padu kepada negara. Ibu bapa seyogia membeli produk berjenama Malaysia seperti Proton, Pensonic, Pedini dan sebagainya. (C5) Dengan itu, anak muda akan mewarisi pembawaan ibu bapa yang mencintai ibu pertiwi. (K1) Situasi ini ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (UM) Walhal, kecintaan terhadap negara merupakan sebahagian kepada keimanan. Jadi, ibu bapa mestilah menjadi ikon kepada anak mereka agar negara kita terus berdaulat pada masa akan datang. (P)

          Dari sudut lain, ibu bapa mestilah menghayati doktrin dalam Rukun Negara semasa menuntut anak mereka mencintai ibu pertiwi. (A) Dalam erti kata lain, ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak. (M) Rukun Negara digubal oleh MAGERAN pada 18 Mei 1969 selepas peristiwa rusuhan kaum yang berdarah. (M) Sebagai bangsa yang bermaruah, anak watan mestilah mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan negara di samping kepercayaan kepada Tuhan. (C1) Ibu bapa yang mematuhi Perlembagaan Persekutuan akan mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada sebarang angkara yang menderhakai negara. (C2) Ajaran yang tersirat dalam peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung akan bersama-sama diselami oleh ahli keluarga. (UM) Maka, sebarang anasir parasit yang akan menggugat keamanan negara akan disematkan dalam hati anak watan kerana terbawa-bawa oleh sikap orang tua di rumah yang mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang. (K) Jelaslah ibu bapa penguat kuasa undang-undang di rumah mestilah mendirikan teladan yang baik kepada anak mereka supaya memastikan anak kita bersyukur di bawah teduhan negara yang berdaulat. (P)

          Lain daripada itu, ibu bapa perlulah menjadi kaunselor kepada anak supaya menggalakkan anak menyertai aktiviti kenegaraan.(A) Dalam hal ini, PLKN yang dibentuk pada tahun 2004 telah berjaya menyuntik patriotisme dalam kalangan remaja. Modul kenegaraan telah mendidik anak muda tentang modus operandi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. (C1) Jadi, ibu bapa mestilah menggalakkan anak mereka menyertai Program Khidmat Latihan Negara atau aktiviti kesukarelawanan seperti MERCY, PBSM, RELA dan sebagainya. Kejayaan MALBATT di Lebanon dan membantu pelarian mangsa Roninya telah menyerlahkan kewibawaan Malaysia sebagai negara yang penyayang. Seyogianya, ibu bapa memahami polisi kenegaraan agar mendedahkan anak tentang pelbagai program kenegaraan sejak kecil lagi. (C2) Oleh itu, ibu bapa mestilah menjadikan anak mereka menjadi ikon kenegaraan dalam pelbagai bidang pada masa depan. Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Datuk Lee Chung Wei, Jimmy Choo dan sebagainya telah mengharumkan prestij negara. Jika dikaji kejayaan mereka, tentulah disebabkan keberkatan ibu bapa yang beriman kepada Tuhan.

          Akhirnya, ibu bapa mestilah meneguhkan jati diri bangsa anak mereka agar menanamkan kecintaan terhadap negara. (A) Sebagai negara yang berbilang kaum, isu sensitiviti dan perkauman akan meruntuhkan pembangunan negara kita. (M) Maka, ibu bapa mestilah memastikan anak hidup secara bermaruah dan berbangga sebagai anak Malaysia. (C1) ‘ Harimau mampu mencengkam Geruda’ dan ‘ sudah kami tunggu 40 tahun’ pernah tertera dalam kain rentang dan pelanduk dalam temasya karnival sukan antarabangsa. Slogan ini menzahirkan perasaan kecintaan terhadap pencapaian negara agar setanding dengan negara maju lain. (C2) Tanpa disedari, anak muda akan berusaha untuk mengisi kemerdekaan dan menterjemahkan setiap aspirasi negara. (K1) Jati diri bangsa atau identiti nasional merupakan inti pati dalam pelaksanaan Gagasan 1Malaysia. Negara Malaysia akan maju sekiranya rakyat murba mencontohi kejayaan Korea dan Jepun. Kejayaan sesebuah negara bergantung pada semangat patriotik daripada setiap pelapis generasi muda. Maka, ibu bapa yang menyayangi negara pastilah melahirkan anak yang berbakti kepada negara jua.

          Tuntasnya, setiap anak watan mestilah menghayati prinsip setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau. Sejauh mana kita merantau, akhirnya akan balik ke ibu pertiwi. Saya tetap bersyukur kepada pemimpin dan negara. Pelarian mangsa Rohinya dan Bangalesh ke negara kita disebabkan kemiskinan di negara asal. Jadi, rakyat Malaysia wajarlah mendabik dada kerana berteduh di bawah tampuk kepimpinan negara yang adil dan integriti. Malaysia Boleh. Sekali-kali kita laungkan semasa Datuk Lee Chung Wei berjuang untuk menggondol pingat emas yang pertama buat Malaysia dalam Sukan Olimpik. Sungguhpun tertewas, namun semangat akan terus mekar dalam hati setiap rakyat Malaysia. Yakinilah, Malaysia tetap boleh sungguhpun dilanda badai kegawatan ekonomi dan konflik perkauman baru-baru ini.



TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN

RANGKA ISI:
  • mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
  • mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
  • mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
  • menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
  • memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
  • membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
  • membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
  • mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
  • menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
  • menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
  • membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
  • memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.
            Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah.  Mereka ini tidak menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu, masyarakat dan negara?
            Salah satu signifikan hidup berjiran ialah semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat dapat dipupuk. Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota masyarakat secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut laporan majalah “The Times” di Australia, kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia.  Impaknya, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma bukan sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada kesihatan anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana dengan mengadakan aktiviti gotong-royong kawasan perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga membawa kebaikan kepada kesihatan masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui kehidupan berjiran dan seterusnya dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
            Selain itu, hidup berjiran juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap rakyat hidup berjiran maka secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan  dalam institusi masyarakat  bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.  Contoh pendekatan yang boleh diambil untuk memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua kaum dalam pada masa yang sama seperti mengadakan “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasian program ini, semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini agar boleh meluaskan horizon pemikiran dek kerana berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar  dapat diterapkan dengan nilai saling menghormati, bertolenrasi  dan saling menyayangi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei  1969 yang merupakan sejarah hitam negara di mana berlaku perbalahan antara kaum di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat huru-hara dan negara kucar-kacir hanya akan berada dalam kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi lagi kelak. Ringkasnya, hidup berjiran mampu membentuk masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
            Di samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara kerana dapat memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat’ menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastruktur di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif kehidupan berjiran dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Kesannya, bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai keselesaan  yang disediakan bahkan juga masyarakat akan pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa kehiduppan berjiran penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sekali gus membantu kerajaan melaksanakan pembagai program rakyat.
            Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka  melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara dapat dilahirkan melalui kehidupan berjiran.
            Dari sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar dan mampu memikat hati barisan pemimpin dunia untuk mempelajari formula Malaysia dalam mengekalkan perpaduan antara rakyat seperti yang diutarakan Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Presscott suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya, pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program ’Homestay’ atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi negara yang memberangsangkan akan dapat dicapai oleh Malaysia. Pendek kata, kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dalam industri pelancongan negara.
            Kalau ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat. Hal ini kerana dengan wujudnya Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan pada waktu malam secara berkumpulan bagi memastikan kawasan perumahan mereka berada dalam keadaan selamat sejahtera. Program ini juga  mampu membantu pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan  kegiatan jenayah yang biasa berlaku di kawasan perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika perkara ini tidak ditegah secara serius, dikhuatiri akan  membawa kepada banyak implikasi seperti harta benda dirompak dan yang paling memilukan jika membawa maut kepada ahli rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini. Maka, apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak, purata kes jenayah dalam negara akan berkurangan dari semasa  ke semasa. Secara tidak langsung, nama Malaysia juga harum di segenap seantero mayapada dek kerana Malaysia merupakan antara negara paling selamat untuk didiami di dunia hasil daripada kajian yang dilakukan oleh “The World Justice Project” yang bertempat di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat”. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana kawasan perumahan yang harmoni dan aman.
           
           Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu padu.  Kemukakan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan kaum di negara kita.
          Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
          Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.



          Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.




         Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.


          Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

          Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.


          Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

          Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian

 

2011N( Perpaduan Rakyat Asas Kemajuan dan kemakmuran negara( pertandingan ceramah)

Isi
1.Mengamalkan sikap kejiranan – meluangkan masa untuk berinteraksi dengan jiran tetangga – anak-anak haruslah diajar berkawan dengan anak-anak jiran – dapat mengeratkan perpaduan sekali gus mengikis fahaman perkauman – hubungan erat dan mesra akan mewujudkan negara yang harmoni.

2.menyambut dan merayakan hari kebesaran bersama-sama – amalan kunjung-mengunjungi perlulah diteruskan – membolehkan kita saling bermaafan dan menjalinkan semangat muhibah – tradisi rumah terbuka terus dikekalkan – melambangkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum

3.penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial – bersatu hati untuk menjayakan sebarang aktivti –keselamatan taman dan kampung juga dapat dijaga melalui projek rkn tetangga – ikatan kerjasama yang mantap akan mewujudkan suasana sejahtera – dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian

4.pemupukan sifat toleransi dan persefahaman dalam kalangan masy -  kita haruslah mengamalkan nilai murah hati dgn bersedia menghulurkan sebarang bantuan – membuktikan keutuhan perpaduan dan nilai murni jiwa kita – menjadi pemangkin untuk melahirkan masy dan negara yg makmur dan sejhatera

5.persaingan sihat dlm kalangan masy majmuk – janganlah iri hati terhadap kejayaan dan pencapaian kaum lain sebaliknya menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan dan perangsang – amalkan konsep seia sekata – langkah kerajaan membina negara melalui perkongsian kekayaan dan kuasa berjaya memupuk perpaduan dan kestabilan politik