Tuesday, March 8, 2011

oh my justin bieber ..oh my lady gaga

hey..gal and boys..tomorrow is your first time sitting in bm test in jitsin..

my 1E, 1F and 1G babies...best regardss ooo..

you will be my justin bieber or lady gaga regardless who you are

dun stressful for the first time, but you must promise to try your best..okie???


i will be like polar star.. steady as a rock-fixed clinging in the sky space..just wanna to lighten my babies lives..( meluatnya aku..)

In fact, i jz realized that my leaving will be made you leaping in the sky..haha..never and never, that's a good news for me..LOL

jawapan set 5


Set Latihan Tatabahasa 1
Jawapan:
1.      mengetengahkan
2.      Beribu-ribu orang
3.      Anggur
4.      Kuning telur
5.      Membongkokkan
6.      diserikan lagi
7.      Sesiapa
8.      Ke depan dan ke belakang
9.      Anda isi
10.  Barisan pemain
11.  Sejak mengalami

1. I. diam-diam..apabila
II. semua pelancong

2. I. memperoleh
II.  masa hadapan

3.      I baru
II.Oleh sebab …memberinya
IV. tetapi juga bahkan, malahan
4.  semua betul..perhatikan diperbuat daripada dan daripada sama, soalan IV..tanda juga betul
Set Latihan Tatabahasa 2
1.      Beberapa orang pegawai darpada ..menjalankan
2.      kalau.. makanan-makanan tin
3.      mengkajipunca
4.      apa-apa
5.      memberikan (ikut dengan objek benda) memberi (ikut dengan objek orang)
6.      teresak-esak apabilakompleks beli belah
7.      serahkan
8.      ^
9.      Siapa-siapa…  bersalah
10.  dalam kegiatan kokurikulum.
11.  dari Asia Timur sehingga Asia Barat.  Sehingga atau hingga??? Adakah kedua-dua sama?? Perbincangan akan upload later
12.antara penyebab
13. dalam tempoh beberapa hari lagi.
menempuh 1 maju menye­rang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan
14. Cikgu menyoalkan Kim tentang pergaduhan itu
Cikgu mempersoalkan pergaduhan itu kepada Kim.
Sama dengan memperkatakan …menjadikan sesuatu perkara dikatakan orang
Memepersoalkan…menjadikan perkara …bersoal
Mempersoalkan-mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; / Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini.
Menyoalkan-menanyakan sesuatu kpd;
1.       tetamu kehormat
2.      ulang kajinya
3.      bukan hanya berasaskan kepada kebijaksanaan pemimpinnya.
4.      membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
5.      menghuru-harakan

Set Latihan Tatabahasa 3
1.      I Kami tertarik dengan persembahan yang hebat itu. akan
II Saya akan berjumpa dengan jurureka itu pada lain hariHari lain
III Tempat peranginan itu sesuai untuk seisi keluarga beristirahat.
IV. Kesesakan lalu lintas di ibu kota sering menghantui minda pengguna jalan raya.
2.      I.  Jangan membiarkan dia bersendirian di situ.
II. Komputer itu diberikan oleh bapa kepada adik.
III. Dialah bibiku.
IV. Janganlah dikau melupakan daku.  ^^(rujuk nota daku dan dikau)
3.      I. Mereka berarak malam tadi sehingga mabuk. Minum arak
II. Buku-buku di atas meja itu tebal-tebal belaka.
III. Usaha mereka sia-sia sahaja walaupun mereka bersungguh.
IV. Peluang bertemu semula dengan gurunya amat nipis. tipis
4.       I. Kalian harus prihatin terhadap isu alam sekitar. Akan/kepada . terhadap (ikut dengan objek konkrit sahaja)
II.Tangkisan bayi yang nyaring itu jelas kedengaran. tangisan
III. Masa senggangnya terbuang begitu sahaja.
IV. Setelah membeli habis, kami pun balik.  Setelah habis membeli

5.       I. Belajarlah dengan tekun supaya beroleh kejayaan.  memperoleh
II. Penjelasan yang diberikannya berlandaskan fakta-fakta sejarah.
III.Nasi belum bertanak meskipun waktu makan hampir tiba.  namun
IV. Beberapa buah sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan bahas itu.

6.       I. Nasi yang saya masak rangup sedikit.(benyek)
II.Dia memakai kebaya yang berpotongan bengkok.(serong)
III. Hubungan Faud dan Asri ibarat retak menanti belah.
IV. Mangsa kemalangan itu berkejar ke rumah sakit dengan segera. (dikejar)

7.       I.Kedua-dua orang pengedar dadah telah dijatuhkan hukuman mati.(dijatuhi)
II.Lama-kelamaan perbuatannya ketahuan juga.  (ketahuan=diketahui) ..betul
III.Dia akan sampai ke sini dalam masa satu setengah jam.  Jam setengah
IV. Dalam pertarungan bola sepak itu pasukan Selangor telah menang. Perlawanan/pertandingan

8.       I. Mereka datang ke rumah saya di waktu kami sedang menjamu selera.  pada
II. Saya tidak keberatan untuk memperdua hasil kebun ini dengan kamu.
III.Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan ke rumah wakil rakyat.
IV.Saya sekeluarga diundang ke majlis makan malam di hotel tiga bintang itu.
9.      I. Gadis itu cantik meskipun sombong.  tetapi
II.Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang tuan-tuan berikan.
III. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati.
IV. Abang sentiasa kemelesetan wang sejak menggunakan kad kredit.  Kesempitan/ kepincangan

10.  I. Kamala basah kuyup kerana kehujanan di jalan tadi.
II.Para penduduk dinasihatkan untuk menakung air kerana bekalan air akan terputus esok. dinasihati
III.Kaum belia diperingatkan semoga hidup berdikari dan menjauhkan diri dalam kancah penyalahgunaan dadah.  
IV. Semua orang warga Malaysia digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang.
11.  I. Sarah memulangkan semula novel yang dipinjamnya kepada saya tempoh hari.semula
II.Para belia selalu diingat supaya menjauhkan dadah dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.  Diingatkan/diperingatkan… menjauhi( jauh dari) menjauhkan diri daripada dadah
III. Pemburu itu akan menemui kesan tapak kaki gajah di hutan minggu lepas. telah
IV. Adik-beradik itu dipertemukan melalui rancangan “Jejak Kasih”.

12.  I. Dia terkenangkan datuk dan neneknya yang telah lama tidak ditemukannya.  Terkenang akan..ditemuinya
II.Pemuda itu sentiasa merendah diri sungguhpun dia berjawatan tinggi.
III.Kanak-kanak yang kurang akal perlu menerima kasih sayang dari keluarganya. daripada
IV.Adik dijaga oleh nenek sepeninggalan ibu bekerja setiap hari.

13.  I. Kenderaan yang bersimpang-siur di jalan raya menuju ke pusat bandar itu menyukarkan perjalanan.
II.Beberapa orang dikatakan menjadi anggota kumpulan samseng itu telah ditangkap.

 


Bm exam...ujian kelas pertama smjk jitsin

dun worry...


good luck too..

sajak: persahabatan(Mohd Amran Daud)


Persahabatan (Mohd Amran Daud)    
berbaju kurung nampak cantik
berlesung pipit beralis lentik (kata puitis)
 bermain-main riang, bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembira (pada: anaphora)
 pada bibirnya menguntum ceria

berderai ketawa mengocak suasana.
(hiperbola/personifikasi)

(Rima akhir:abbcdddd)
Persoalan:jiwa kanak-kanak hanya memahami keriangan.

R2:Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
menghulur senyum dan ketawa manja (personifikasi)
pada wajahnya menyerlah keriangan
 mereka bermain alang-kepalang
 berkejar-kejaran tanpa halangan.
(rima akhir:abbbbcdc)
Persoalan: a)keramahan antara dua bangsa
yang berbeza, Cina dan melayu
b)gelagat kanak-kanak sangat ceria dan
bermain dengan gembiranya tanpa diganggu
oleh sesiapa.

R3:Seorang kanak-kanak (repetisi)
 bersari bergelang kaki
bertindik hidung menguntum seri (personifikasi
 melihat saja telatah manja
si comel berdua, bermain, dan tertawa(lambang)
dirinya bagai digamit bermain bersama (simile)
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan.
(rima akhir:abbcccdd)
Persoalan:a)kelangsungan adat tersendiri waima
hidup di negara yang sama. b) keinginan dirinya                                         
 untuk turut mengongsi kemesraan sebagai lambang
kejiranan.
seri I
1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll);  c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya;
jati diri
sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan se­mangat patriotik yg utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi mem­bentuk sahsiah dan ~ belia masa ini.
curiga II
1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu);

 
R4:Ah, kanak-kanak                         kata ganda
biar berlainan agama                 biar:anafora
biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman
dan berpeluk mesra
tanpa menghiraukan adat dan budaya;
membina keakraban tanpa curiga   tanpa: responsi
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
kea rah wawasan lebih bererti
( rima akhir:abbcbbbbdd)
persoalan: a)Sungguhpun kanak-kanak tersebut
 datang daripada pelbagai agama dan bangsa,
namun mereka saling bersalaman dan bergaul
 mesra antara satu sama lain tanpa memikirkan
 adat dan budaya yang berbeza. B) Mereka  menjalinkan persahabatan tanpa ada rasa curiga dan prasangka. C)Mereka sama-sama membentuk jati diri ke arah pembentukan wawasan yang lebih baik. D) perpaduan dapat dijalin sungguhpun budaya dan agama berbeza.

Nilai: a)Kebebasan..berlainan keturunan tetapi masih beramah-tamah
           b)semangat bermasyarakat: menjalin persahabatan
           c) kejujuran: keikhlasan
           d) kasih sayang dan hormar-menghormati
            e) semangat patriotism
           F) toleransi
Tema
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, dan budaya. Rakyat Malaysia hidup aman damai walaupun mereka berbeza agama dan budaya kerana mereka saling menghormati. Mereka hormat akan kepercayaan dan adat resam kaum yang lain.
Persoalan
1. Setiap kaum mewarisi amalan hidup dan adat resamnya yang tersendiri. Perbezaan identiti dan cara hidup diwarisi daripada keluarga sejak zaman dahulu lagi, justeru wajar disemai sejak kecil lagi.
2. Setiap anggota keluarga perlu mengamalkan tradisi keluarga masing-masing secara berterusàn dalam hidup.
3. Kepentingan berfikiran terbuka untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
4. Kehidupan pada peringkat umur kanak-kanak amat mengembirakan kerana banyak masa diisi dengan bermain.
5. perpaduan menjamin keamanan.
6. Anak-anak kecil tidak mengenal erti perkauman.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas.  //pemilihan diksi: mudahi faham
2. empat rangkap. R1= 7 baris,R2=8 baris, R3=8 baris, R4=10 baris.
3. Setiap baris mempunyai dua hingga lima patah perkataan.
4. Setiap baris mempunyai antara tujuh hingga empat belas suku kata.
Nada: romantic dan patriotik
Latihan;

      
membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati dir
1.Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak?
 kita hendaklah menanamkan sifat kasih sayang dalam diri agar dapat menjalinkan persahabatan yang lebih bermakna
2.       bertindik hidung menguntuk seri…vocal I berunsurkan _asonansi_
3.       menterjemah makna kejiranan bermaksud mengamalkan semangat kejiranan
4.       Tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam sajak ini,
berkejar-kejaran, bersalaman, berpelukan
5.       menguntum ceria bermaksud tersenyum dengan perwatakan yang gembira
6.       pengajaran yang tersirat dalam sajak ini:
     (i) hendaklah bersikap gembira

(ii) hendaklah berkawan dengan semua kaum
(iii) hendaklah berbaik-baik sesama jiran





lesung pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak-caung, lekuk, cauk;
keseorangan
terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian: dia betul-betul ~ jauh dr segalanya;
lentik
lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Penari-penari itu melentikkan jari dgn lembut.
alis
bulu yg berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening;
meriak
1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, se­tenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg me­nunjukkan kan­dungan hatinya): perasaan benci ~ di muka­nya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya).
ceria I
1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni;
derai II
; berderai, berderai-derai 1. berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), me­nitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang ke­luarganya melarat.
derai I
bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik; berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik.
mengocak
1. menggon­cang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll
mengocak
Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok.
alang kepalang
(terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll);
menyerlah
1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan bercahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya;
menerpa
1. menyerbu dan menerkam (me-nye­rang dll): ia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk, berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di tangan Rosnah;
bertindik
berlubang pd cuping telinga, pd hidung dsb.
telatah
gerak-geri; tingkah laku; kela­kuan; perangai.


 



 

Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)


Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan;
Di  atas dunia kau tak sampai,(tak:sinkope)
Di dalam syurga bernantian.
(maksud: hasrat atau hajat seseorang yang tidak kesampaian di dunia, namun berbalas jua di akhirat.
Persoalan: Manusia sentiasa mempunyai sifat sabar kerana balasan atas kebaikan tidak semestinya diperoleh semasa di dunia kerana mungkin akan dibalas di akhirat.)

Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
(maksud:kehidupan kita di dunia yang hanya pinjaman semata-mata dan akhirat yang akan kekal abadi.

Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
 Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
(maksud:sentiasa sedar akan kesilapan kerana tidak ada semua umat tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)
(Persoalan: Sedar akan kesilapan yang dilakukan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
 Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
(Maksud: penyesaIan seseorang yang tidak mengamalkan tuntutan agama.)

Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam;
Serban bukan semuanya haji,
 Haji terletak pada amalan.
(maksud: ukuran keimanan seseorang itu diukur berdasarkan amalan yang diperintahkan oleh agama)
(persoalan:Penyesalan seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sehingga dihukum di akhirat.)
 (Rima akhir: bebas: abac)

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
 Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
(maksud: Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah-Nya.)
(persoalan: Menurut perintah agama supaya terhindar daripada segala 4ksiian di alam kubur.)


Maksud Keseluruhan Pantun - bertemakan nasihat terhadap amalan kebaikan.
Gaya Bahasa
(a) Imej alam — kemuning, halia, teritip, asam kandis, asam gelugur, padi.
(b) Anafora — (pengulangan perkataan yang sama pada awal baris).
(c) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab.
Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, Tumbuh di pusara paduka tuan (pengulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya, Ketiga asam si riang-riang (pengulangan konsonan g).
(c) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun
Nilai
keJIh yng Tuhan amat mengasihi makhluknya tanpa mengira bangsa dan agama.
tanggungjawab manusia yang baik ialah manusia yang dapat melaksanakan amanah yang diberikan.
Sikap saling menghormati merupakan amalan yang dituntut oleh agama.

Bentuk
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat bans.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
(d) Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
(e) Rima akhir setiap rangkap abab.
(f) Ada pembayang dan maksudnya.