Wednesday, May 5, 2010

Make Learning is Fun: peribahasa

Make Learning is Fun: peribahasa

peribahasa

1. Peribahasa yang sesuai bagi mengambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar ialah
A sekali air bah, sekali pantai berubah.
B sambil menyelam minum air,
C pahit dahulu, manis kemudian
D sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain.

Sambil menyelam minum air.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).
Dalam menyelam, cetek bertimba.Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat).
Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah). sekali air bah, sekali pantai berubah

Surat tak rasmi- kepentingan menguasai pelbagai bahasa

bina ayat:
1. globalisasi
  • matlamat seterusnya adalah utk mengglobalisasikan perniagaannya ke tahap antarabangsa;
  • komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan mengglabalisasikan bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.
  • dlm era glabalisasi sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar.
  • semarak I1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan berse marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari.