Thursday, August 18, 2016

Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus(ms6-8)



Lengkapkan maksud sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus”.
Rangkap 1: Penyajak menghantar anak gadisnya ke tempat baharu yang jauh berbeza kehidupannya supaya anaknya itu menimba ilmu dan pengalaman di menara gading

Rangkap 2: Penyajak melepaskan anak gadisnya tanpa sebarang halangan dan sekatan untuk membolehkannya mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan akal yang waras.

Rangkap 3: Penyajak mengingatkan bahawa kehidupan di kampus bukan sahaja  penuh dengan ilmu pengetahuan bahkan juga sarat dengan dugaan yang boleh dan meninggikan ego.

Rangkap 4: Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap anak suntinya itu tidak pulang dengan kedukaan dan kegagalan.

i.Berdasarkan maksud rangkap ketiga sajak, apakah nasihat penyajak kepada anak gadisnya?        [2 markah]
Berdasarkan rangkap ketiga sajak, nasihat penyajak kepada anak gadisnya ialah kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan, bahkan  sarat dengan dugaan. Di kampus juga menyebabkan seseorang berasa ego sehingga mengetepikan budi pekerti.

i. Berikan maksud dengan percikan duka dan balutan luka. [2 markah]
 Maksud dengan percikan duka dan balutan luka adalah dengan kesedihan dan kekecewaan.

i.Apakah harapan penyajak kepada anak gadisnya seperti yang terdapat dalam rangkap keempat sajak di atas?
Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai menjaga diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dara suntinya itu tidak pulang dengan kesedihan dan kekecewaan.

i.Berikan maksud bumantara asing dan yang sering kaumesrai. [2 markah]
... keadaan yang sangat berbeza dengan yang biasa dirasai

i.Berikan maksud: Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang [2 markah],
... penyajak melepaskan anak gadis suntinya tanpa sebarang halangan

ii.Pada pendapat anda, mengapakah penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri ketika berada di kampus? Nyatakan tiga sebab itu. [3 markah]
...agar anak gadis suntinya tidak terpengaruh dengan sebarang anasir negatif ...agar anak gadis suntinya boleh menempuh sebarang cabaran dan dugaan hidup ...agar anak gadis suntinya boleh hidup berdikari dan sentiasa cekal

iiPada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada antara anak kampung yang tidak
berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading? [3 markah]
... kesusahan hidup hingga tidak mampu untuk membayar yuran pengajian yang tinggi ... terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran kerana ingin bekerja bagi membantu keluarga ... tidak ada wang uruuk persediaan awal bagi melanjutkan pelajaran

ii.Sebagai pelajar, apakah yang sepatutnya anda lakukan untuk memenuhi impiai kedua-dua ibu bapa? [3 ]
Sebagai pelajar, perkara yang sepatutnya saya lakukan untuk memenuhi impian kedua-dua ibu bapa ialah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga memperoleh kejayaan. Selain itu, tidak melibatkan diri dalam masalah sosial. Akhirnya, berusaha untuk mencapai cita- cita.

ii. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh golongan mahasiswa? [3
Pada pendapat saya, masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh golongan ahasiswa ialah masalah kewangan untuk menampung kos sara hidup di universiti. Selain itu, sukar untuk membahagikan masa antara pembelajaran dengan aktiviti sosial secara seimbang. Akhirnya, mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat.

ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat baharu?[3
Pada pendapat saya, cara untuk menyesuaikan diri apabila berada di tempat baharu termasuklah mempelajari budaya setempat. Selain itu, kita hendaklah bergaul mesra dengan masyarakat setempat.  Akhirnya, menghormati masyarakat di tempat baharu.

iii. Pelbagai masalah dihadapi oleh para mahasiswa di universiti. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang sewajarnya dilakukan oleh mahasiswa untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Cara mahasiswa menyelesaikan masalah di universiti ialah berjumpa dengan kaunselor atau pensyarah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu, berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan rakan-rakan. Akhirnya, meminta nasihat daripada ibu bapa.

i.Pada pendapat anda, mengapakah penyajak berani melepaskan anak gadis suntinya berjauhan daripada keluarga?Nyatakan empat sebab anda. [4 markah]
... supaya anak gadis suntinya boleh hidup berdikari tanpa bergantung hidup pada keluarga semata-mata ...kerana anak gadis suntinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti ...kerana penyajak yakin anak gadis suntinya mampu menjaga diri dengan baik ... untuk melatih anak gadis suntinya agar boleh berdepan dengan pelbagai cabaran dalam hidup

ii.Jelaskan dua nilai mumi yang terdapat dalam sajak di atas.           [4 markah
Nilai Murni ialah keberanian. Contohnya, penyajak berani melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di menara gading. Selain itu, nilai kasih sayang. Contohnya penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadisnya.

            .
iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.          [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita mestilah berani untuk melepaskan anak-anak menuntut ilmu demi kebaikan mereka. Selain itu, kita haruslah cekal menghadapi segala cabaran supaya matlamat yang ditetapkan tercapai. Akhirnya,  kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa mengingati pesanan kita.

       
iii. Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.
Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas ialah Personifikasi. Contohnya: hadir sihir angin bernafas api
Unsur alam. Contohnya: angin; burung putih; kabut. Akhirnya, bahasa Klasik. Contohnya bumantara; sunti; azimat.

iii.Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sajak di atas.
... masyarakat yang penyayang. Contohnya, sebagai seorang bapa, penyajak amat menyayangi anak gadis suntinya ... masyarakat yang baik hati sesama insan. Contohnya, sebagai seorang bapa, penyajak memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada di kampus


iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.          [4 ]
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus. Seterusnya, keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya untuk menimba ilmu di menara gading. Akhirnya, kehidupan di kampus yang penuh dengan cabaran.

i.Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas.
Maksud rangkap kedua sajak di atas ialah penyajak melepaskan anak dara suntinya untuk menghadapi kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan akal yang waras.


iii.Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
 ... Baik hati. Contohnya, penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepada anak gadisnya yang berada di kampus.
... Keberanian. Contohnya, keberanian penyajak sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu.

ii.Huraikan empat nilai yang terkandung dalam sajak di atas. [5 markah]
... keberanian. Contohnya, keberanian penyajak sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading ... kasih sayang. Contohnya, penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadis suntinya ... baik hati. Contohnya, penyajak bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya agar pandai membawa diri ... kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihati oleh bapanya agar cekal menempuh cabaran dan dugaan semasa hidup di kampus

No comments: