Wednesday, April 20, 2011

surat kiriman tidak rasmi

pelajar seyogia menanam iltizam untuk mencapai markah yang cemerlang.

TIPS UNTUK CEMERLANG
ASPEK TAKRIF
tepat, yakni menjawab berdasarkan tugasan dalam soalan.

ASPEK BAHASA
1.ayat gramatis
2.kosa kata yang luas
3. laras bahasa yang tepat
4.ada variasi ayat
5.tanda baca yang betul
6.ejaan yang betul
7.ada ungkapan menarik

PEMERENGGANAN
1. satu perenggan satu isi
2.seimbang, yakni sama panjang
3. Ada kesinambungan, iaitu penggunaan penanda wacana yang sesuai.

orang panggilan hormat
ayah ayahanda
ibu bonda
abang kanda
kakak kakanda
adik adinda
kawan lelaki saudara
kawan perempuan saudari





anda mendapat tahu bahawa rakan baik anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. Sebagai rakan baik, anda ingin berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kecemerlangannya.

perenggan pendahuluan
Ke pangkuan sahabatku yang diingati, moga-moga hari-hari yang berlalu dilimpahi dengan rahmat dan hidayah dari Ilahi. Sama-samalah kita ucapkan kalimah syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terperi kepada kita. Harapan saya, moga-moga tali [ersaudaraan yang telah dibina ini kekel terjalin erat selama-lamanya.

perenggan isi yang cemerlang:

Saudari Aliza yang diingati,
Sejak sekian lama kita tidak berjumpa, saya mengambil kesempatan ini untuk mengutuskan warkah buat saudari sebagai tanda ingatan saya kepada saudari. Adakah saudari tergamam menerima warkah daripada saya? Pada kesempatan ini, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi kegembiraan dengan saudari yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM iaitu mencapai 11A+. Tahniah saya ucapkan atas kecermelangan yang saudari peroleh berkat swadaya daripada saudari sendiri. Kecermelangan yang saudari peroleh itu memang selayaknya saudari terima kerana saudari merupakan pelajar yang tidak mengenal erti berputus asa dan mempunyai semangat yang kental dalam perjuangan sebagai seorang pelajar. Saya amat bangga dengan falsafah hidup yang saudari jadikan asas dalam perjuangan, iaitu agi idup, agi ngelaban. Inilah kunci kejayaan kita sebagai manusia kerana dalam perjuangan, kita pasti akan menempuh pelbagai cabaran. Saya kagum dengan saudari yang sentiasa membuat muhasabah diri untuk mencari punca kelemahan dan berusaha membaikinya tanpa rasa segan seperti merujuk kepada guru ataupun rakan-rakan. Benarlah kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, kita tidak sepatutnya membiarkan diri kita dibelenggu masalah ketidakfahaman dalam pelajaran. Prakarsa yang saudari lakukan demi memajukan diri dalam akademik sewajarnya dicontohi oleh pelajar lain.

Latihan:

Anda mendapat tahu bahawa rakan baik anda menghadapi masalah. Sebagai rakan baik, anda ingin menasihatinya agar tabah menghadapi dugaan. Tulis surat kepada rakan anda itu.

contoh: Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada sahabatku ini. Tidak perlulah rasanya kita mengungkit kisah sendu ini, biarlah semua kepahitan yang dirasai ditelan waktu.Buang yang keruh, ambillah yang jernih, jangan sekali-kali saudari berputus asa, teruskan berjuang untuk bangkit kembali. Moga-moga keputusan saudari untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian swasta dapat memulihkan keyakinan saudari dan melakar kecermelangan. Ingatlah bahawa tenaga bakti saudari amat bermakna untuk memajukan agama, bangsa dan negara Saya yang berada di kejauhan ini amat-amat berharap agar saudari sentiasa menenangkan diri kerana dengan menenangkan diri kita dapat mencari jalan untuk membuat refleksi diri dan seterusnya berubah kepada yang lebih baik. Usah saudari mengenang peristiwa lampau, jadikanlah kegagalan lalu sebagai pengajaran dan kita bangkit daripada kegagalan untuk mengorak langkah menuju ke puncak jaya. Dalam hal ini, seorang cendekiawan pernah berkata yang antara lainnya berbunyi 'langkah seribu batu bermula dari langkah pertama.' Oleh itu wahai sahabatku, tabahlah hatimu, atur langkah yang tersusun dan afektif demi mencapai kecermelangan.