Wednesday, September 22, 2010

Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

Saban hari, kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya melalui pelbagai media massa. Fenomena kecelakaan jalan raya telah menjadi agenda aktuil yang glamor dipertikaikan dalam persidangan parlimen. Kejadian ini bukan sahaja melibatkan kecederaan biasa, malahan melibatkan kecacatan anggota badan serta kehilangan nyawa pengguna jalan raya. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengorak langkah yang drastik dan pragmatik untuk mencegah fenomena ini daripada terus menular.

Langkah dominan yang diambil adalah dengan meningkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan-kawasan yang kerap kali tercetusnya kemalangan oleh pihak berkuasa. (AJ) Hal ini demikian kerana amalan pemantauan ini diibaratkan mencegah lebih baik daripada merawat, malahan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.(M) Tindakan kawalan dan pemantauan ini wajar dilaksanakan terutamanya semasa musim-musim perayaan. (C) Hal ini kerana pada musim tersebut, bilangan kenderaan di jalan raya meningkat secara mendadak, justeru para pengguna jalan raya seakan-akan melupakan keselamatan diri mereka lantaran dibuai dalam kegembiraan menyambut sesuatu hari perayaan. (M) Dalam konteks ini, tindakan pihak polis menjalankan operasi mendadak secara berkala amatlah diperlukan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (P)

Selain itu, kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya yang lebih tegas. (AJ) Hal ini kerana hukuman yang setimpal dengan kesalahan akan menyerikkan pesalah malahan menanam kesedaran para pengguna jalan raya agar menghargai nyawa setiap individu mengikut nilai-nilai syamul keinsanan. (M) Misalnya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, dan lain-lain wajarlah dikenakan denda atau kompaun secara serta-merta. Di samping, kesalahan berat misalnya membabitkan kehilangan nyawa orang lain, lessen pemanduan mereka perlulah digantung atau dikenakan hukuman mandatori. (C ). Dengan ini, pihak berkuasa yang melaksanakan undang-undang mestilah tidak bersikap memilih bulu.(K) Sesungguhnya kealpaan mereka walaupun dalam sedetik akan menyebabkan kedukaan seseorang akan berlanjutan sepanjang hayat mereka.(P)

Seterusnya, kempen kesedaran yang berkesan dipraktikkan secara berterusan melalui usaha sinergi antara pihak media massa dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).(AJ) Kempen sifar kemalangan ini tidak patut melepaskan batuk di tangga sahaja kerana kempen ini penting untuk mendedahkan kesedaran kepada masyarakat bahawa jalan raya bukan medan perlumbaan.(M) Melalui ceramah dan iklan yang disiarkan atau penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah amat penting untuk mendedahkan para pelajar tentang peraturan jalan raya yang wajar dipatuhi. (c) Dalam konteks ini, sikap pandu cermat jiwa selamat akan terpasak dalam jiwa raga semua pengguna jalan raya, khususnya anak watan pewaris bangsa sejak di bangku persekolahan lagi.(P)

Sementara itu, dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pihak kerajaan juga hendaklah menyelenggarakan keadaan jalan raya. (AJ) Hal ini kerana permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata akan mencetuskan kemalangan, justeru pemandu terpaksa berhenti secara mendadak untuk mengelak lubang ini. (M) Misalnya, peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan wajarlah berterusan untuk membaiki keadaan jalan raya yang tidak selamat. (C) Sesungguhnya persekitaran dan keadaan jalan raya di negara kita masih ketinggalan dan masih tidak mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang mempunyai persekitaran yang konduktif di jalan raya.(P)

Dalam perspektif yang lain, para pemilik kenderaan perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan mereka secara berkala.(AJ) Hal ini penting kerana keadaan tayar yang botak dan brek yang kurang berfungsi akan menyebabkan kemalangan halimun. (M) Misalnya, kenderaan pemandu boleh diselenggara melalui Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM) yang terdapat di merata-rata tempat. (C) Sesungguhnya sikap sediakan paying sebelum hujan perlu dipraktikkan oleh semua pemandu. (P)

Tuntasnya, kemalangan jalan raya merupakan musibah yang tidak diingini oleh semua orang. Oleh itu, semua pihak wajar menarik rambut di tepung semasa menggunakan jalan raya kerana malang tidak berbau.

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan melanda masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

Usaha perdana untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.(AJ) Wadah ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain. (M) Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman penghuni, fenomena ini bersesuaian dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. (M) Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong dijalankan melalui pembersihan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. (C ) Oleh itu, aktiviti ini dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata pujangga yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni.(P)

Selain itu, perpaduan kaum di Malaysia dapat dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum secara bersama. (AJ) Melalui aktiviti ini, talian ukhuwah dan hubungan silaturahim antara jiran daripada pelbagai kaum dapat dijalinkan. (M) Contohnya, sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. (C ) Melalui aktiviti kunjung-mengunjungi sesama kaum, perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain dapat diterbitkan, sementelahan semangat kental ini akan memacu anak watan ke arah kegemilangan dan menangani syak wasangka antara kaum. (K) Ibarat kata mutiara, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (P)

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum. (AJ) Wahana yang dijalankan ini dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia, justeru semangat patriotik dapat ditanam malahan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. (M) Tamsilannya, sepak takraw yang dikuasai oleh kaum Melayu sejak zaman leluhur juga dikongsi bersama-sama dengan kaum lain. Dalam konteks ini, sukan badminton merupakan teladan yang relevan kerana mampu dikuasai oleh pelbagai kaum sejak belakangan ini. (C ) Dalam kontek ini, bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan semasa pertandingan di peringkat antarabangsa akan mengutuhkan masyarakat sarwajagat sekali gus meningkatkan imej negara di seantero pelosok dunia. (P)

Memang tidak dapat disangkal, sambutan Hari kebangsaan afdalnya membuka tabir dalam usaha memupuk perpaduan masyarakat mutakhir. (AJ) Hal ini kerana tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang mengingatkan rakyat jelata tentang jerih perih yang pernah ditempuhi oleh pejuang kita. (M) Melalui pelbagai aktiviti dan upacara sambutan yang dijalankan ini nescaya dapat menyemarakkan ukhuwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, malar-malar sebagai sumber inspirasi kepada para remaja. (C + M) Di samping, penghayatan sambutan Hari Kebangsaan akan menyuntik elemen positif dalam jiwa anak watan sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. (K) Amalan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri perlulah dipasakkan hingga akar umbinya agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.(P)

Intihanya, semua pihak wajar sedar akan pentingnya memupuk perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka malahan memandang enteng akan perpaduan, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya. Sesungguhnya, terlajak perahu boleh dilundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.


Permainan tradisional dan Usaha Mempopularkannya

Kini, permainan tradisional makin dipandang enteng oleh generasi muda malah kedapatan juga telah pupus ditelan zaman. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Oleh itu, pelbaga langkah pragmatik telah diambilkan untuk mempopularkan permainan tradisional yang dijalankan sejak zaman leluhur lagi.

Ghalibnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional yang dicipta oleh masyarakat leluhur merupakan lambang sesuatu bangsa. (AJ) Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. (M) Pada kebiasaanya, permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing dan sepak takraw dimainkan pada masa lapang pada perayaan tertentu seperti musim menuai padi. (C ) Namun demikian, permainan tradisional kini hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini kerana permainan tradisional diibaratkan warisan tradisi dan lambang kemegahan masyarakat terdahulu semakin dikikis dalam arus globalisasi. (P)

Realitinya, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini. Faktor perdana disebabkan remaja zaman muasir ini beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman. (AJ) Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer merupakan ancaman halimun kepada permainan tradisional. (M) Malahan remaja mutakhir lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar sekali gus memerlukan daya saing serta daya tahan yang kental. (C ) Oleh itu, generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai asal-usul sesuatu permainan tradisional. (P)

Walakin begitu, pelbagai usaha wajar ditelaah hingga akar umbi agar memartabatkan permainan tradisional seperti kata pujangga tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pihak sekolah merupakan pundak harapan nusa untuk menyemarakkan semangat ini. Untuk melaksanakan wadah ini, pihak sekolah mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam permainan tradisional. (AJ) Langkah ini akan memperkanalkan cara-cara memain agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. (M) Sebagai contoh, Festival Layang-layang peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. (C ) Oleh itu, selain dapat memperkenalkan warisan tradisi masyarakat, malah dapat menggamit kedatangan pelancong asing dari seantero glabal.(P)

Sementara itu, pihak kerajaan bersinergi dengan media massa domestik dan luar negara untuk mempopularkan permainan tradisional. (AJ) Pihak berkuasa wajar berganding bahu untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mempromosikan permainan tersebut dengan mengadakan pameran dan pertandingan kepada khalayak ramai dan para pelancong di tempat pelancongan. (C ) Hal ini kerana kempen tersebut akan meningkatkan publisiti negara kita serta menuntut anak watan mengotakan aspirasi nenek moyang leluhur. (M) Tegasnya, semua pihak perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. (P)
Ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikant untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. (AJ) Ibu bapa merupakan modal teladan untuk mengajar anak mereka tentang cara-cara permainan tradisional sejak kecil lagi. (C ) Situasi ini dapat bersangkut paut dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional , malah bermain bersama-sama dengan anak mereka. (C ) Situasi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air. (P)

Natijahnya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama mempopularkan permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda.

nota tatabahasa

bentuk jamak

1.Deretan kereta-kereta - Deretan kereta
2.Beberapa buah buku-buku- Beberapa buah buku
3.Lima orang murid-murid-Lima orang murid
4.Jumlah peserta-peserta - Jumlah peserta
5.Ibu bapa-ibu bapa - Ibu bapa
6. Burung-burung berterbangan - burung berterbangan
7. Penduduk-penduduk negara kita - Penduduk negara kita
8. Setiap butir-butir - setiap butir
9. Sebahagaian daripada calon-calon - sebahagian daripada calon
10.Rangkaian pasar-pasar raya - rangkaian pasar raya

Hukum D-M

1.Lembu kereta 牛车 - kereta lembu
2.Penghawa dingin 冷气 - dingin penghawa** (weird lor)
3.Pejabat besar pos 大的邮政局 - pejabat pos besar
4.Ekspress bas 快车- bas ekspress

Frasa kerja transitif
1.Meningkatkan lagi pencapaian - meningkatkan pencapaian lagi
2.Menyatakan tentang perkara - menyatakan perkara
3.Membawa juga alat - membawa alat juga
4.Memahami akan masalah - memahami masalah
5.Menyalin semula lirik lagu itu - menyalin lirik lagu itu semula

kk transitif mesti diikuti dengan kana nama

Frasa kerja tak transitif
1.Bergantung kepada – bergantung pada
2.Tertakluk kepada – tertakluk pada
3.Berdasarkan kepada – berdasarkan
4.Berjumpa pengetua – berjumpa dengan
5.Muncul juara - muncul sebagai juara
6.Teringatkan kekasihnya – teringat akan kekasihnya
7.Rindukan – rindu akan
8.Sukakan – suka akan

(kk tak transitif mesti diikuti dengan kata sendi)

Frasa kerja pasif

1.Dibaca oleh saya - saya baca
2.Kami akan kaji - akan kami kaji
3.Terambil Ali - terambil oleh Ali
4.Akan ditulis oleh kamu - akan kamu tulis
5.Mereka tulis - mereka menulis atau ditulis oleh mereka

(** kalau ter- mesti diikuti OLEH)

Frasa sendi nama
1.Hingga ke petang
2.Demi untuk
3.Selain daripada
4.Oleh kerana
5.Di dalam pelbagai
6.Dalam bilik

Kata adjektif

1. memper…kan cth: memperbesarkan (X) - memperbesar
2. KA( perasaan) tanpa berimbuhan + kata sendi akan apabila diikuti KN
suka
Benci
Rindu
Sayang
Cinta
Kasih
Marah
Gemar
Yakin
Percaya
Lupa
Ingat
Sedih

3. KA (perasaan) berimbuhan ter- + KS oleh ( diikuti KN)
Tertarik oleh kejelitaan
Terpesona oleh
Terpengaruh oleh
Terpedaya oleh

4. KA berapitan ke…an yang bermaksud SEPERTI tidak diikuti oleh KN
Perangainya seperti keanak-anakan sahaja ( salah)
Perangainya keanak-anakan sahaja. (betul)
Perangainya seperti anak-anak sahaja. (betul)

5. KA berawalan se- bermaksud sama dengan tidak diikuti oleh KS dengan
Kehebatannya setanding dengan pemain import itu. (salah)
Kehebatannya setanding pemain import itu. (betul)
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu. ( betul)

6. KA ke…an bermaksud seakan-akan / agak tidak diikuti dengan kata penguat agak
Warna bajunya agak kekuning-kuningan.(salah)
Warna bajunya kekuning-kuningan. (betul)
Warna bajunya agak kuning. (betul)

7. Kata Ganda tidak perlu diikuti dengan Kata Penguat
Sangat hiruk-pikuk(salah) agak riuh rendah (X)

8. kata penguat kurang tidak digunakan untuk menegaskan kata adjektif yang mempunyai sifat negatif.
Keadaannya kurang tenat semalam. (salah)
Keadaannya kurang baik semalam. (betul)

sempang

Kata ganda memerlukan sempang, tetapi kata majmuk tidak memerlukan sempang. Dalam konteks di atas kuih-muih ialah kata ganda, dan muih tidak ada makna dan tidak boleh berdiri dengan sendiri. Jadi memerlukan tanda sempang.

1. kata ganda dieja dengan tanda sempang ((kuih-muih)
2. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang - apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan (bukit bukau)cth sampah sarap, sangkut paut, semak samun
2. Yang tiada sempang dipanggil kata majmuk)
3. Penggunaan sempang
i. kata ulang cth. anak-anak,
ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,
iii. memperjelaskan ungkapan,
iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,
v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar.

4. kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang (rakan-rakan, kuih-muih, dll)
5. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang - apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan (bukit bukau, sampah sarap). (Kata majmuk)

6. Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun).

7. Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.

8. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu, penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 76.

9. Kata ganda berentak dieja tanpa tanda sempang jika kedua-dua perkataan ada makna tersendiri spt bukit bukau, namun kekecualiaan pada beberapa perkataan spt kiuh-muih (kedua-duanya ada makna tetapi tidak berkaitan - saki bermaksud kawan), tanah-tanih (tanih ialah istilah dlm bidang Geologi)

10. berjimat- cermat ada sempang.

11. Ejaan yang betul ialah "bukit bukau" = kata ganda tetapi dieja terpisah kerana kerana kedua-dua perkataan membawa makna tersendiri (bukau juga bermakna lembah)

12. Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:

13. i. penggandaan penuh
ii. penggandaan separa
iii. penggandaan berentak.

16. Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya:

17. laki ---> lalaki --- >lelaki

18. siku ---> sisiku ---> sesiku

19. jari --- > jajari --- >jejari

20. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus .

21. Gerak kerja dan kemas kini dieja terpisah sebagai dua perkataan.
Kasih sayang dieja dua perkataan tanpa penggunaan tanda sempang.

22. Tanda sempang digunakan untuk menyambungkan unsur-unsur kata ulang, cth. anak-anak, gotong-royong, adik-beradik