Peribahasa:
|
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
Muafakat membawa berkat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Bersatu teguh, bercerai roboh
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu amalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa. (asonansi: vocal a)
(maksud: hidup bermuafakat harus diamalkan di negara pelbagai bangsa)
Persoalan: amalan kehidupan harmoni dalam masyarakat(R1:B3)
Nilai: keharmonian; pengajaran: kita mestilah mengamalkan kehidupan yang harmoni.
Rima: abab jeda:
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya, (aliterasi: konsonan b)
Kerana muhibah hidup bersatu.
(maksud: rakyat berbilang bangsa dan budaya hidup bersatu padu kerana semangat muhibah yang diamalkan)
Persoalan: bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah dalam masyarakat majmuk(R2:B4)
Nilai: perpaduan pengajaran: kita mestilah selalu bersatu padu
Rima: abab jeda:
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung; ( relungan lekuk atau jeluk (di tanah dll); ~ hati lubuk hati (dlm hati); ~ langit ruang langit, kolong langit;)
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
(maksud: Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan semangat perpaduan.)
Persoalan: bekerjasama dan bersatu padu dalam semua tindakan(R3:B3/4)
Nilai: bekerjasama pengajaran:
Rima; abab
Tuan Puteri dan kayangan, (negeri yang-yang, tempat dewa dewa; ®yang II.)
Senyuman manis seperti madu; simile
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
(maksud: kepelbagaian keturunan bukanlah satu penghalang untuk membina bangsa yang bersatu padu.)
Persoalan: pembinaan bangsa yang bersatu walaupun hidup dalam pelbagai keturunan(R4:B3,4)
Nilai: hormat-menghormati,
Enak nian air kelapa, imej alam, diksi : penggunaan kata-kata indah
Penawar sakit mujarab sekali;( mujarab Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan penyakit dsb;)
Kebudayaan asal tidak dilupa, (anaphora)
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(maksud: Keseluruhan cara hidup asal mereka)
Persoalan: kebudayaan nasional sentiasa diamalkan dan budaya asal kita sendiri tidak boleh dilupakan.(R5:B3,4)
Nilai: penghargaan, kebebasan
Tema:perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
Bentuk: 5 rangkap 4 baris, Rima a,b,a,b, pantun nasihat
1.Apakah persoalan yang diutarakan oleh penulis?
A Kepentingan mengamalkan sernangat muhibah dan perpaduan
B Tanggungjawab masyarakat untuk mencapai perpaduan
C Kepentingan bangsa yang bersatu padu
D Mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat
2.Tema Pantun Empat Kerat(Muhibah dan Perpaduan) ialah...
A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
B masyarakat yang terdiri danpada pelbagai latar belakang.
C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.
|
No comments:
Post a Comment