Tuesday, July 6, 2010

latihan kesalahan 2

Latihan kesalahan tatabahasa 2

1. 1. Kilang memilin kain songket itu sudah beroperasi sejak sebulan yang lalu.

2. 2. Sejak Farah Berjaya menyelamatkan Alia, hubungan mereka bertambah ketat.

3. 3. Ribut kencang semalam mengakibatkan lima batang pokok tumbang.

4. 4. Kecergasan murid itu dalam pelajaran tidak dapat ditandingi oleh murid-murid yang lain.

5. 5. “Adik tidak perlu ke mana-mana kerana kakak akan datang mengundang adik sekejap lagi.”kata Yasti.

6. 6. Para pengunjung ke pusat seni sedang meneliti cara orang buta itu menyulam bakul rotan.

7. 7. Tukang masak itu merebus sayur bendi dan kacang panjang itu sebelum dimasukkan ke dalam masakannya.

8. 8. Mayat seorang lelaki terapung di bahagian muka air sungai itu.

9. 9. Dia sakit di bahagian muka matanya sejak semalam.

10. 10. Dia mempercepat langkah untuk segera menamatkan larian itu.

11. 11.Perhimpunan sajak-sajak karya sasterawan terbilang diusahakan oleh anaknya.

12. 12.Ada kalangan pelajar-pelajar yang didapati sengaja melanggar peraturan sekolah.

13.13. Setengah sahabatnya sedang melanjutkan pengkajian dalam bidang kedoktoran di beberapa universiti di negara

j

1.

memilin

1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial;

menenun

membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri;

menyulam

1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu;

menyulam

menjahit sulam, menekat, me­nyuji: Aini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang;

menganyam

1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut;

mengundang

mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

menjemput

1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu:

mencelur

memasukkan (mencelupkan) se­suatu (spt sayur dsb) utk beberapa ketika ke dlm air panas (supaya lembut dsb): ~ sayur;

mencelup

1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge;

j

j

ja