Monday, April 2, 2012

JAWABAN SISTEM BAHASA 2012

Latihan 1:Bubuh garis di bawah kata nama am dalam ayat-ayat yang berikut.
1. Cadangan itu dipersetujui oleh semua ahli kelab.
2. Kita haruslah tabah menghadapi ujian dan dugaan Tuhan.
3. Hal inilah yang dikatakan mimpi menjadi kenyataan.
4. Sejak peristiwa itu, perasaannya sering terganggu.
5. Kejayaannya menjadi kebanggaan keluarga.
6. Berita itu diketahuinya menerusi televisyen.
7. Permohonannya untuk bercuti telah ditolak.
8. Cita-citanya untuk menjadi juruterbang akhirnya tercapai juga.
9. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
10. Dia sungguh bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
Latihan 2: Asingkan kata-kata dalam ayat-ayat tersebut mengikut jenis kata nama konkrit dan kata nama abstrak.
1. Ahli panel dikehendaki memberikan pandangan mereka tentang gagasan itu.
2. Fikirannya amat bernas.
3. Para pengadil tertarik oleh tarian yang dipersembahkan oleh Kumpulan Boria Sungai Pinang.
4. Nyanyiannya sungguh enak didengar.
5. Permintaannya tidak dapat ditunaikan kerana terlalu luar biasa.
6. Pemuda itu memeluk agama Islam sejak lima tahun yang lalu.
7. Perasaan jurulatih itu amat terganggu sejak kekalahan pasukan bolanya di tangan pasukan yang lemah itu.
8. Cita-citanya untuk menjadi peguam terkubur apabila terkandas dalam peperiksaan undang-undang baru-baru ini.
9. Pertandingan bahas itu dianjurkan oleh Sekolah Menengah Selayang Baru.
10. Dia menceritakan kisah hidupnya kepada Razman dan pengisahan itu disampaikan dengan penuh perasaan.