Friday, July 16, 2010

Hikayat Marakarma- bab 1

kosa kata bab 1:

keinderaan

tempat segala dewa kayangan.

keinderaan

inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~.

betara

1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit.

Betara Indera

dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu);

kesaktian

kuasa atau ke­bolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~.

paduka

1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato P~; Imam P~ Tuan.

kurnia

1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda;

ampun

kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan;

temasya

1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan menyam­paikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut;

2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar me­ngem­­bara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk meng­hiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan permai.

murka

bd marah; meradang.

perkenan

izin (keizinan), kelulusan, kere­laan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb

kenan I

; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu. perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kere­laan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis per­kenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta.

nescaya

tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau; menescayakan menjadikan tidak boleh tidak; kenescayaan perihal tidak boleh tidak.

masyghul

Ar 1. berasa dukacita kerana se­suatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; sugul, murung, benguk, kesal hati

hatta maka

sesudah itu; selepas itu; kemudian dr itu.

mendapatkan

1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

adinda

bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat dsb).

menemani

1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng;

menemani

menjadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar.

jangankan

usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu;

walau... sekalipun

meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

jika... sekalipun

meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

sekalipun

walaupun; sungguhpun; mes­­ki­­­­­pun.

ufti

persembahan (wang, emas, dll) yg wajib dibayar kpd raja atau negara yg berkuasa (menaklukkan): maka segala negeri takluk pd tanah Melaka itu pun sekaliannya mem-beri ~ kpd Melaka pd tiap-tiap tahun.

takluk

takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri;

menghadap

1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda;

penghadapan

tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam.

hulubalang

1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada.

rombang-rambing

compang-camping, ro­bak-rabik. rebek, tersetai-setai, berse­pai, rompang-ramping (pakai­­­an dll),

plot cerita ( Bab 1)

1. Betara angkasa indera Dewa- kesaktian-gagah-berani-dermawan,budiman, setiawan- besar.
Maharaja keinderaan bernama Betara angkasa indera Dewa terkenal dengan kesaktian, gagah, berani, dermawan, budiman, setiawan dan kerajaan baginda amat besar.
2. menghadap-betara guru-Paduka Sri Betara-memohon-dunia-temasya
Baginda menghadap ke Betara Guru dan bertitah, jika baginda diampuni dan dikurniai Paduka Sri Betara, baginda memohon akan turun ke dunia melihat temasya raja-raja.
3. berdiam diri- BAID- persetujuan- 3 kali- betara guru – bertitah-murka
Betara Guru berdiam diri, BAID meminta persetujuan sebanyak 3 kali daripada betara guru. Betara Guru bertitah dengan murka.
4. perkenan- dunia- nescayakesukaran
Jika Betara Guru memperkenankan permintaan BAID tturun ke dunia, nescaya BAID akan kesukaran.
5. istana- masyghul-berfikir- hasrat- kebesaran-
BAID kembali ke istana dengan masyghul. Baginda berfikir tentang hasrat untuk melihat kebesaran raja-raja di dunia.
6. mendapatkan- temasya- adinda-
Baginda mendapatkan isterinya, Dewi Kencana tentang hasratnya hendak melihat temasya raja-raja dunia. Baginda menanya adindanya sama ada ingin menemani suaminya
7. sukacitamemelukmencium
Sungguh cukacita BAID mendengar kata-kata adindanya lalu memeluk dan mencium adindanya.