Thursday, August 18, 2016

sejadah rindu(ms4-5)



Sejadah Rindu
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Penyajak _terkedu  di atas sejadah semasa melafazkan kalimah syahdu yang menyentuh hati. Penyajak menginsafi dosa- dosanya yang lalu.

Rangkap 2 - Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon peluang agar ruang keampunan dibukakan sebelum penyajak meninggal dunia pada waktu yang ditakdirkan oleh Tuhan.

Rangkap 3 - Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, akhirnya penyajak bersujud kepada Tuhan dalam suasana yang sunyi untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak.

Rangkap 4 - Hati penyajak sedih dan jiwanya tersentuh dengan ayat- ayat cinta yang disusun rapi sewaktu dia  memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang gemuruh.

Rangkap 5 - Penyajak berdoa kepada Tuhan agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah Tuhan. Penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal.

Persoalan keinsafan atas segala dosa yang lalu.
Persoalan pengharapan terhadap pengampunan dosa daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.

Persoalan keikhlasan untuk memohon keampunan daripada Pencipta.

Latihan C1
i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara.           [2 markah
Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal.

i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan.         [2 markah\
Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum ...penyajak meninggal dunia

i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
..mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
... berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara

i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf.  [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata ...penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat ...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan
i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia

i.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4 markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan ... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata ... kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya

ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor        untuk mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya?  [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang serong terhadap mereka.

ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu?  [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu ialah supaya mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
... tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
... alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal

ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda. [3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
... agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan

ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?            [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan ...tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat...kurang bimbingan daripada pihak lain

iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan atas segala dosa yang lalu. Selain itu, persoalan pengharapan terhadap pengampunan dosa daripada Pencipta sebelum meninggal dunia. keinsafan___________ atas segala dosa lalu yang menghantui_hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk _melafazkan  taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan.  Seterusnya, __keikhlasan______________ dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan _bersaksikan_______ air mata. Akhirnya,  kehidupan di dunia hanyalah bersifat __sementara____________. Contohnya, penyajak berdoa祈祷 ke __hadrat Ilahi______________ agar mengizinkan允许 dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan对于 perintah-Nya命令


iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.       [4 ]
Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan. Contohnya, penyajak Penyajak berasa insaf atas segala dosanya yang lalu. Seterusnya, terdapat nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan hati yang jujur dan ikhlas hingga menitiskan air mata... kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia

iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu. Selain itu, kita mestilah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh keampunan. Akhirnya, kita hendaklah memohon keampunan daripada Tuhan dengan penuh keikhlasan.


iii. Nyatakan tiga bentuk sajak yang terkandung dalam sajak “Sejadah Rindu”.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat . Selain itu, sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Akhirnya, jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara satu hingga enam patah kata sebaris.


iii.Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.       [4 markah]
...personifikasi. Contohnya, Air mata menjadi saksi ...penggunaan bahasa Arab. Contohnya, kalimah,
Ilahi, dan taubat ...metafora. Contohnya, sejadah rindu


iii.Huraikan tema sajak tersebut.
Sajak “Sejadah Rindu’ bertemakan keinsafan. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu lantas penyajak memohon keampunan dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insat dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

No comments: