Thursday, March 29, 2012


Sains dan teknologi telah membuka dimensi baharu dalam kehidupan manusia. Pelbagai ciptaan yang terhasil daripada eksploitasi bidang ini telah memudahkan kehidupan sejagat.
      Antara kepentingan ciptaan sains ialah dapat meningkatkan daya pengeluaran sesuatu produk. Produktiviti ini dapat meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, sistem perhubungan menjádi lebih fleksibel. Masa dan tenaga dapat dijimatkan dengan penciptaan telefon bimbit dan kenderaan.
       Penciptaan teknologi baharu seperti komputer dan Internet serta perkembangan telekomunikasi dapat melahirkan anggota masyarakat yang berilmu. Segala informasi dapat diperoleh dan dijana dengan cepat dan mudah. Ciptaan sains juga dapat memudahkan dan mempercepat sesuatu kerja. Contohnya, pengangkutan barangan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat,
     Kesimpulannya, usaha-usaha perlu dilakukan dengan melakukan inovasi terhadap alat-alat teknologi demi memajukan negara agar setanding dengan negara-negara maju.(119)

Kes ragut
I
Kes ragut telah mendambakan perhatian masyarakat.(6)
K
Senario ini bagai darah daging yang menusuk ketenteraman masyarakat sehingga merimaskan ahli masyarakat bagai cacing kepanasan.(16)
Isi 1: punca
A1
Kemelut sosial ini acap kali dikaitkan dengan kepincangan institusi kekeluargaan dan kemelesetan ekonomi.(13)
P1
Ahli masyarakat bagai anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui. Untuk memenuhi tuntutan kehidupan, mereka sanggup mencari alternatif  lain untuk memuaskan hawa nafsu yang tiada penghujungnya.(27)
A2
Kadar penggangguran yang meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan mendorong mereka terjerumus dalam kes ragut semata-mata untuk melepaskan diri daripada tekanan hidup dan krisis kewangan.(25)
Isi 2: kesan dan langkah
A3
Sekiranya kemelut ini terus menular, peragut yang menangguk dalam air keruh akan membantutkan pembangunan negara.(15)
A4
Lebih-lebih lagi, golongan yang terlibat dalam kes ini rata-ratanya terdiri daripada barisan remaja yang mendukung aspirasi negara yang perdana.(19)
Intihanya, tepuk dada, tanya selera. Siapakah tidak ingin menetap di negara yang bebas daripada ancaman kes ragut?(16)
137 pp
mendarah daging, = menjadi darah daging sudah meresap dlm sanubari (jiwa); menjadi biasa.
Menangguk dalam air keruh.

Takrif

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.
Takrif
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.





Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang cara-cara memanfaatkan masa lapang yang betul. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pendahuluan:
I
Masa itu emas. Seseorang individu yang berdisiplin tinggi akan berhemah dalam memanfaatkan masa terluang.[14]
Perenggan Isi : 2 isi
A1
Membaca jambatan ilmu. Kita mestilah menerapkan amalan membaca sedari kecil kerana manusia tanpa ilmu diibaratkan pokok tidak berbuah.
A2

Kecemerlangan diri akan dikecap sekiranya kita bijak menguruskan masa antara aktiviti riadah dengan pembelajaran.
P
Kecerdasan mental dan kecergasan fizikal akan memastikan status kita pada masa depan, justeru menjamin kejayaan kita. [48]
Perenggan isi : 2 isi
A1
Keteguhan iman akan menjana jati diri ampuh untuk menangkis dan menepis segala kekangan dalam hidup.
M1

Masa senggang wajar diluangkan untuk menjalankan amalan pahala dan ibadah kerana Tuhan akan melimpahkan rahmat kepada individu yang bertakwa.
A2

Kita mesti mengaplikasikan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa senggang untuk melayari laman web yang berunsurkan  sumber maklumat .[53]
P

kesimpulan:
R
Justifikasinya, kita wajarlah mengimbangi masa untuk memanfaatkan setiap detik agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju.[20]





Huraikan[U1]  pendapat anda tentang penggunaan komputer.
Pendahuluan:
I
Kini, penggunaan komputer semakin popular dalam kalangan masyarakat seperti cendawan tumbuh selepas hujan [13pp]
Perenggan Isi : 2 isi
A1
Hakikatnya, komputer dapat menyediakan peluang pembelajaran melalui internet seperti Pendidikan Jarak Jauh yang bersifat global
P1

Kita dapat mempelopori bidang yang baharu dengan melayari laman sesawang  justeru meningkatkan ilmu dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung.
A2

Revolusi Teknologi Maklumat mampu membentuk masyarakat intelek kerana kita dapat menjelajah ke perpustakaan globalisasi untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, dan kajian.
Perenggan isi : 2 isi
A3
Perkembangan komputer dapat memudahkan urusan kehidupan tradisi dalam pelbagai bidang.
P3

Urusan yang komprehensif dapat ditangani dengan pantas dan percuma seperti pembayaran bil tarif, penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
A4

Bagai serampang dua mata, penggunaan komputer dapat menjalinkan persahabatan sesama ahli masyarakat sekali gus merupakan wadah perhubungan yang menjimatkan kos.
kesimpulan:
R
Tuntasnya, semakin tinggi kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, semakin tinggilah martabat di persada dunia.



Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
 
Pendahuluan:
I
Manusia tanpa ilmu diibaratkan pokok tidak berbuah.Amalan membaca wajar dijadikan sebagai wadah untuk membentuk akhlak dan membina jati diri yang ampuh.[22]
Perenggan Isi : 2 isi
A1
Jika amalan membaca menjadi budaya hidup, kita tidak akan terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hedonisme kerana masa senggang telah diluangkan dengan berhemat.
A2

Seterusnya, semakin tinggi ilmu, semakin tinggi darjat dan martabat dalam masyarakat kerana jika ilmu tersemat di dada, ke mana-mana sahaja kita tidak akan ditipu atau dihina kerana daya fikir kita yang mapan.[57]
Perenggan isi : 2 isi
A3
Dengan ilmu, kita dapat bersaing dengan negara maju dan  membangunkan tamadun bangsa.
A4

Fikiran yang komprehensif akan menjurus ke landasan keimanan justeru membentuk masyarakat madani seperti negara Jepun yang mempunyai kadar celik huruf yang membanggakan.
kesimpulan:
R
Tuntasnya, menuntut segala pengetahuan merupakan kemestian kita , amalan ini wajar diterapkan sedari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
1.      父母的高知识可以成为他们的孩子学习的参考专家

2.      父母是在确定的销子、 行为和永远的孩子态度关键

3.      各种应采取务实的措施为了产生学者,以刺激经济增长。
4.      知识产权文化


huraikan pendapat anda tentang cara-cara belajar yang betul[U1] .
Pendahuluan:
I
“Tidak pecahkan ruyung,masakan dapat sagunya?” . Teknik belajar yang betul akan membentuk modal insan yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri yang ampuh.[25]
Perenggan Isi : 2 isi
A1
Pembudayaan disiplin akan menjamin kita mengecap dan merealisasi setiap azam dalam kehidupan.
P1

Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang, walhal pelajar yang beretika dapat menguruskan masa dengan bijak kerana menghayati ‘Masa itu Emas’.
A2

Justifikasnya, jadual harian akan ditetapkan dan menumpukan sepenuh perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.[46]
Perenggan isi : 2 isi
A3
Keteguhan iman sebagai benteng untuk menepis dan menangkis segala dugaan, rahmat akan dilimpahkan kepada seseorang yang bertawakal kepada Tuhan.
A4

Perbincangan dalam kumpulan bagai serampang dua mata kerana merupakan wadah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sekali gus berkongsi ilmu.[36]
kesimpulan:
R
Dr Fazilah Kamsah menegaskan bahawa hanyalah diri kita mampu mengubah segala-gala permasalahan. Kita dikurnai fitrah atau potensi diri untuk menjurus ke arah kecemerlangan holistik.




 [U1]Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja berwawasan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Pendahuluan:
I
Kini, peranan usahawan sering diuar-uarkan oleh masyarakat.

K
Usahawan berjaya mampu menongkah arus globalisasi yang pantas berubah.
(16 pp)
Perenggan Isi : 2 isi
A1
 Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang individu. (5)

M1

Remaja berdisiplin akan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi, di samping merupakan asas kejayaan dalam hidup. (14)


C1

Contohnya,menghormati ibu bapa dan guru  kerana mereka mengutamakan hubungan silaturahim yang mesra dan karib. (15)


A2


keteguhan iman dan patuh kepada Tuhan merupakan perisai jiwa untuk menjana jati diri.(13)

M1

Remaja yang beriman mampu memartabatkan harga diri dan tidak sekali-kali bercermin di air keruh(13)

P

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Remaja berwawasan mampu menyemarakkan semangat kental. (7)

Perenggan isi : 2 isi
A1

Ilmu pelita hidup. cinta akan ilmu pengetahuan akan membentangkan minda kita.(11)

M1



Penjanaan tamadun bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara dicapai sekiranya pembudayaan ilmu berjaya dalam hidup remaja. (15)
C1


Contohnya,pandai melayari lebuh raya maklumat dalam dunia maya.(9)

P


Gelaran katak di bawah tempurung akan dijauhi dan membentuk masyarakat madani.(8)
kesimpulan:
R

Remaja berwawasan menggalas tanggungjawab maslahat untuk memperkasakan kegemilangan negara.(9)
S

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.(1)



JUMLAH – 158 PATAH PERKATAAN


 [U1] 

Huraikan pendapat anda tentang sumbangan teknologi kepada kehidupan manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
cadangan jawaban daripada Cikgu Phong:
Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat. Dalam bidang pengangkutan khususya, penciptaan komuter, Transit aliran ringan (LRT), moneral , dan ERL telah mempercepat perjalanan di samping menjimatkan masa pengguna.
Dalam bidang kesihatan dan perubatan, penggunaan teknologi seperti radioaktif  dan alat pengesan penyakit telah membuka era baharu terutamanya untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan bagi penyakit kronik. Bagai serambang dua mata, taraf hidup yang meningkat telah mengurangkan kadar kematian pada ambang yang muda. Penciptaan peralatan pertanian, khususnya kaedah bioteknologi dan akuateknologi telah meningkatkan hasil produk pertanian selain mengurangkan penggantungan pada tenaga manusia dan tenaga suria semata-mata.
Akhirnya, bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah diadaptasikan dalam semua bidang, pinta masuk maya ini telah mewujudkan kampung globalisasi yang bebas daripada kekangan masa dan batasan lokasi. Tegasnya, semakin tinggi teknologi, semakin tinggi martabat sesebuah negara. (129 patah perkataan)