Sunday, October 25, 2015

Ramalan 2015 Tn Haji Samad




MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN            ( Jiran sepakat membawa berkat)
            Jiran sepakat membawa berkat. Itulah peribahasa yang digunakan sebelum ini oleh masyarakat di luar bandar dalam tradisi hidup bermasyarakat. Realiti kehidupan manusia kini mencapai tahap ketamadunan yang tinggi tetapi pada masa sama manusia kadangkala tergelincir daripada hakikat kehidupan sebenar. Budaya hidup berjiran tidak lagi diamalkan. Bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing, mungkin perumpamaan itu yang menggambarkan masyarakat bandar walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Ada sebahagiannya yang tidak mengenali jirannya secara dekat, atau sekadar bertegur sapa tanpa mengetahui asal usul jirannya. Mereka tidak merasakan soalan kejiranan satu keperluan dalam hidup. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas keharmonian kehidupan.

            Pada masa ini, konsep kejiranan amat ditekankan dalam masyarakat supaya mereka dapat saling membantu dan memahami jiran tetangga tidak kira bangsa dan agama. Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Sebelum ini, jiran merupakan tempat mengadu dan meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Kehidupan berjiran ghalibnya dipenuhi nilai kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan. Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran amat penting untuk negara kerana keutuhan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum yang memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara maju. Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengorak langkah menghidupkan semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan masyarakat. Pemuafakatan antara jiran tetangga dapat membantu kerajaan menjayakan agenda transformasi nasional seperti usaha mencegah jenayah. Seyogia diingatkan bahawa kemakmuran sesebuah negara bergantung pada keutuhan hubungan setiap lapisan masyarakatnya. Masyarakat yang berkualiti juga dilahirkan melalui persefahaman dan kerukunan antara jiran tetangga.

            Kempen menggalakkan keharmonian hidup berjiran seharusnya diperkenalkan semula khususnya kepada masyarakat bandar. Antaranya, Program Kenali Jiran Kita yang dilancarkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di kawasan perumahan di bandar. Program ini telah menghidupkan kembali tradisi semangat kejiranan. Selain mewujudkan suasana harmonis dan mengeratkan pemuafakatan pelbagai kaum, program itu juga menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setia kawan, serta gotong-royong. Ibarat pepatah Melayu, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’, menjelaskan betapa pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran di bandar besar. Program Kenali Jiran Kita juga menjadi platform ideal sebagai penghubung pihak kerajaan dengan masyarakat setempat. Sebenarnya program ini memberi kesedaran mengenai tanggungjawab dalam hal-ehwal kemasyarakatan. Pelbagai akitivi bagi menggalakkan jiran tetangga berinteraksi secara bersemuka seperti bergotong-royong, penglibatan dalam akitiviti kesukarelawan dan khidmat sosial. Perancangan berterusan sedang dibuat untuk memperluas program ini termasuk kawasan perumahan mewah.

            Satu lagi usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam masyarakat majmuk termasuk mengadakan rumah terbuka semasa musim pelbagai perayaan yang sudah menjadi satu budaya di Malaysia sejak sekian lama. Acara itu sama ada diadakan di rumah masing-masing atau ditaja parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan. Tradisi yang diadakan secara besar-besaran sebagai simbol perpaduan dan keharmonian masih mekar di Malaysia. Apa-apa yang menarik dan unik tentang budaya di negara ini ialah rakyat pelbagai kaum mengambil peluang bersama-sama menyambut Hari Raya, Deepavali, Krismas dan Tahun Baharu Cina. Rakyat tidak nengira kaum dan anutan agama mengambil peluang tersebut untuk bersama-sama menyambutnya sambil mengetepikan ideologi politik masing-masing untuk semata-mata meraikannya sebagai tanda hormat dan toleransi terhadap kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini. Konsep rumah terbuka hanya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Pada awalnya, konsep rumah terbuka diadakan berikutan kebanyakan orang bandar bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menerima kunjungan tetamu setiap hari. Oleh itu, mereka menetapkan hari tertentu bagi membolehkan semua yang dikenali datang pada masa yang ditetapkan. Kini seakan-akan sudah menjadi salah satu budaya yang diterima segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

            Sebagai intiha, sudah tiba masanya kita menghayati konsep kejiranan yang semakin dilupakan dalam masyarakat khususnya di bandar. Keghairahan mengejar dunia materialistik akan memberi kesan amat mendalam kepada institusi kemasyarakatan kita. Sikap individualistik, tidak ambil kisah dan tidak boleh berkompromi dengan jiran tetangga jika berlarutan boleh membawa kepada persengketaan yang membabitkan seluruh ahli keluarga. Secara tidak langsung semua ini akan menyebabkan kualiti kehidupan terganggu. Tegasnya, hakikat kehidupan ini tidak dapat lari daripada amalan kejiranan. Oleh itu, jadilah jiran yang baik dan carilah jiran yang baik.
 

MENYUBURKAN BUDAYA PENYAYANG
          Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Tun Dr. Mahathir mentafsirkan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan ahlinya yang mesra dan bertimbang rasa, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Setiap orang saling memahami dan menghormati, iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya ikram”. Ungkapan ini memberikan seribu gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan.
          Islam amat menekankan usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam menjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang menjadi dasar pembentukan masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan pembentukan masyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar, iaitu hubungan manusia dengan Ilahi, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan sebuah negara yang aman tidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individu yang berteraskan Islam terlebih dahulu. Keperibadian mulia dan pegangan agama mantap adalah faktor penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Walau bagaimanapun tahap kesedaran masyarakat terhadap konsep masyarakat penyayang masih rendah. Masalah penganiayaan dan penculikan kanak-kanak, kes pembuangan bayi,pengabaian terhadap orang-orang tua serta penderaan isteri masih menjadi buah mulut masyarakat. Keadaan ini memerlukan perhatian serius daripada setiap ahli masyarakat. Persoalan ini perlu dirungkaikan supaya masing-masing membuka mata agar masyarakat sebegini akan terus menjadi amalan di negara kita.
          Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ialah menerusi institusi keluarga. Pembangunan pesat yang dinikmati negara telah memberikan tekanan terhadap institusi keluarga yang berupaya menggugat keutuhan masyarakat. Gejala pengabaian anak-anak, keganasan rumah tangga, penderaan dan perceraian meningkat gara-gara masyarakat alpa mengejar kebendaan dalam kehidupan serba pantas ini. Kebejatan akhlak golongan remaja hari ini turut mengundang gundah, apatah lagi apabila generasi yang sepatutnya menjadi waris negara rebah sebelum waktunya. Senanio ini jika tidak ditangani secara bijak mampu memusnahkan harapan negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang. Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak. Anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang dalam keluarga bahagia akan membesar sebagai individu yang berkualiti. Anak ini akan mewarisi sifat positif dan nilai murni daripada ibu bapa mereka. Kempen konsep “Keluarga Bahagia”, “Rumahku Syurgaku” (Baiti Jannati) diharapkan dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab sekali gus membentuk masyarakat penyayang.
          Konsep masyarakat penyayang dapat direalisasikan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan nilai murni yang perlu ada pada individu ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum dapat menyemaikan nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah juga berfungsi untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah. Pendidikan ialah wahana perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian, dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketerampilan, di samping melahirkan insan yang intelektual.
          Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid. Konsep Sekolah Penyayang merupakan konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Konsep ini mempunyai hubungan yang erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, masyarakat dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani, dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah kini. Kementerian Pelajaran menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpanggil, dan tergerak untuk ke sekolah. Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan melahirkan individu yang baik dari segi amalan dan sahsiah.
          Kementerian Pelajaran turut merancang membudayakan Program Guru Penyayang di setiap sekolah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Program yang diperkenalkan sejak Februari 2012 memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar. Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka. Konsep Guru Penyayang tersebut bertujuan untuk membudayakan sikap kasih sayang dalam kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa. Program tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan, iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee. Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 87.5 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang dan mengambil berat terhadap murid mereka di sekolah. Peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak diperkenalkan.
          Badan-badan bukan kerajaan dan badan sukarela juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Pada asasnya, NGO ialah kumpulan berdaftar yang sah bagi kegiatan bukan politik dan bukan berorientasikan keuntungan. NGO tempatan yang jelas inti pati perjuangan mereka ialah persatuan pengguna, belia, alam sekitar, badan kebajikan warga tua, dan anak yatim, serta persatuan rekreasi. Badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary,dan Kelab Interact merupakan beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif sekian lama dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Selain menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan ini supaya mereka tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan NGO dalam melaksanakan kegiatan kebajikan serta menyanjung tinggi semangat kesukarelawan mereka sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi melaksanakan misi mereka. Kita telah menyaksikan ketabahan dan keberanian MERCY semasa misi damai mereka menyampaikan bantuan kepada mangsa perang di Afghanistan dan Iraq. Terdapat juga NGO lain yang telah bersama-sama kerajaan membanteras masalah sosial seperti penagihan dadah, HIV atau AIDS,serta membela mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan tua dan terbiar, orang kurang upaya, dan mereka yang ditimpa penyakit kronik.
          Sebenarnya, pembentukan masyarakat penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Masyarakat penyayang menggambarkan masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Mereka saling membantu kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam dalam naluri mereka. Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu contoh amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah dan perpaduan. Ketika rakan atau saudara-mara ditimpa musibah, kita akan memberikan bantuan yang sewajarnya dan berkongsi suka duka dengan mereka kerana masing-masing mengamalkan sikap cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka mengamalkan hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu Malaysia akan terlaksana dengan jayanya.

Ramalan 2015 Bahagian B( kepada pelajar 5E1, 5P3, 5A1 SMK JD)



1B. Langkah2 memupuk perpaduan kaum
            Perpaduan merupakan ikatan hati setiap ahli masyarakat yang hidup bersama di sesuatu tempat. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa perpaduan merupakan matlamat utama bagi setiap dasar kerajaan kerana tanpa perpaduan semua perkara tidak akan bernilai. Sejak zaman-berzaman, masyarakat di negara ini menjadikan perpaduan sebagai perkara paling penting dalam kehidupan mereka. Kemerdekaan yang kita capai juga bertitik tolak daripada kesanggupan pemimpin pelbagai kaum untuk bersatu. Kini, masyarakat semakin prihatin berkaitan isu-isu perpaduan. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, perpaduan merupakan tunjang utama ke arah kelangsungan kecemerlangan negara. Sebagai persoalannya, apakah langkah- langkah bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk?

            Pendidikan asas daripada ibu bapa tentang kepentingan perpaduan merupakan langkah awal yang perlu dilakukan bagi memahamkan anak-anak tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat. Ibu bapa perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak sama ada secara langsung atau tidak langsung tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Hal ini dikatakan demikian supaya anak-anak akan membesar sebagai ahli masyarakat yang dapat menghayati erti perpaduan sebenar. Sebagai contohnya ibu bapa boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan ketika berbual-bual dengan anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Oleh Itu, ibu bapa tidak boleh sama sekali mengabaikan penerapan nilai perpaduan ketika mendidik anak-anak kerana keutuhan masyarakat pada masa depan bermula dari rumah.

            Sikap tolak ansur perlu diamalkan oleh setiap ahli masyarakat bagi memupuk perpaduan antara kaum. Tanpa sikap ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tegang dan penuh prasangka. Ahli masyarakat perlu bersikap terbuka dan berlapang dada sepanjang masa demi kebaikan bersama. Sikap saling bermaafan antara ahli masyarakat merupakan contoh terbaik dalam pengamalan nilai tolak ansur. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dijauhi oleh masyarakat bagi merealisasikan perpaduan. Setiap ahli masyarakat perlu mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri supaya dapat menyerlahkan nilai kasih sayang dalam masyarakat. Jadi, ternyatalah bahawa setiap ahli masyarakat perlu mengutamakan kepentingan bersama dan bertolak ansur dalam melayari kehidupan demi perpaduan masyarakat.

            Semua pihak perlu memahami adat resam dan kepercayaan kaum lain bagi memupuk perpaduan kaum. Sekolah memainkan peranan untuk menerapkan maklumat berkaitan adat resam dan kepercayaan kaum melalui mata pelajaran tertentu. Dengan cara ini, pelajar akan memahami sebab sesuatu kaum melakukan sesuatu perkara dan salah sangka terhadap kaum lain akan berakhir. Sebagai contohnya,  masyarakat bukan Islam perlu memahami bahawa orang Islam sangat sensitif berkaitan khinzir dan masyarakat bukan beragama Hindu pula perlu memahami bahawa masyarakat beragama Hindu agak sensitif tentang daging lembu. Oleh itu, jelaslah bahawa dalam usaha memupuk perpaduan kaum, semua pihak perlu memahami adat resam dan kepercayaan masyarakat majmuk.
Text Box: laduan k-anak smberi •gsung atakan I dapat ooleh a_ ahli taikan utuhan
il bagi it akan 6"sikap Sikap daiam h oleh I Derlu a- nilai ya^akat ayari
in bagi sracon
ta a-an l <aum e-3Khir. i crang i - ndu •erang
            Aktiviti kemasyarakatan perlu diperbanyak supaya ahli masyarakat lebih kerap bertemu dan dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Pemimpin setempat boleh merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti secara beramai-ramai. Ahli masyarakat pula hendaklah mengutamakan kepentingan orang ramai berbanding dengan kepentingan diri sendiri dengan menyertai setiap program yang dianjurkan. Ahli masyarakat perlu memasukkan aktiviti kemasyarakatan dalam takwim tahunan mereka supaya mereka tidak ketinggalan daripada menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti seperti gotong-royong di kawasan kejiranan merupakan contoh aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan kaum. Jadi, jelaslah bahawa kekerapan pertemuan sesama ahli masyarakat melalui pelbagai program yang dianjurkan merupakan antara kaedah terbaik untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk.

            Kempen kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum perlu diadakan sepanjang masa oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan kaum. Kempen yang diadakan oleh kerajaan tidak boleh dilakukan seperti hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Kesungguhan dalam menyatakan kepentingan perpaduan perlu ditunjukkan oleh kerajaan supaya rakyat dapat menjiwai mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, kerajaan perlu menggunakan saluran media elektronik, media cetak atau media sosial untuk memaparkan mesej tentang kepentingan perpaduan secara konsisten. Pemimpin yang menyampaikan ucapan di mana-mana majlis perlu menjadikan perpaduan sebagai mauduk. Oleh itu, sudah terang lagikan bersuluh, kempen kesedaran perpaduan merupakan pendekatan yang sangat relevan untuk memastikan kesedaran orang ramai tentang kepentingan perpaduan kaum.

            Berdasarkan huraian-huraian tersebut, ternyatalah bahawa semua pihak memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat murni ini. Langkah-langkah ini perlu diamalkan secara kolektif seperti kata orang tua-tua, ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Perpaduan umpama sebuah kapal yang sempurna dan dapat menyelamatkan semua penumpang manakala perpecahan umpama sebuah kapal bocor yang akan menenggelamkan semua penumpang. Kerajaan dan rakyat sama-sama berharap agar perpaduan yang dipupuk sejak awal kemerdekaan dapat diteruskan sampai bila-bila. Tanpa perpaduan utuh seperti yang telah ditunjukkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu, usaha bagi mengisi kemerdekaan akan tergendala. Kesimpulannya, kemerdekaan tidak akan bererti sekiranya negara berada dalam keadaan huru-hara.


(Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis. Bincangkan)
            Semangat kejiranan sangat penting dalam kehidupan seharian. Masyarakat zaman dahulu mengiktiraf jiran sebagai darah daging mereka sendiri. Segala susah senang dikongsi bersama-sama. Mereka akan bantu-membantu tanpa sedikit pun perasaan dengki atau iri hati. Jika kita menyaksikan corak kehidupan masyarakat pada zaman dahulu, kita akan sukar untuk meneka sama ada mereka hanyalah jiran atau adik-beradik kerana hubungan mereka terlalu akrab. Masyarakat zaman sekarang pula lebih mementingkan keluarga sendiri dan pekerjaan sahaja tanpa mempedulikan jiran tetangga. Kehidupan masyarakat sekarang umpama enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan penghayatan semangat kejiranan antara kedua-dua masyarakat ini?

            Masyarakat zaman dahulu sentiasa menghayati agama secara bersungguh-sungguh termasuklah soal semangat kejiranan. Mereka sentiasa menegur dan membantu antara satu sama lain. Agama yang dipelajari menyebabkan mereka tidak pernah bersikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing- masing. Mereka tidak mementingkan diri sendiri malah mengutamakan jiran yang tiada kaitan adik-beradik dengan mereka. Mereka mengamalkan semangat kejiranan secara ikhlas kerana amalan tersebut merupakan tuntutan agama. Sebagai contohnya, masyarakat zaman dahulu sentiasa cakna akan jiran mereka walaupun berbeza budaya dan agama. Oleh itu, ternyatalah bahawa pendidikan agama yang dipelajari oleh masyarakat zaman dahulu menyebabkan semangat kejiranan dapat dihayati oleh mereka dengan begitu baik.

            Masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan kerana mereka mempunyai banyak masa terluang. Kebanyakan ahli masyarakat hanya bekerja separuh hari. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, waktu yang diperlukan hanyalah beberapa jam sahaja. Waktu yang selebihnya digunakan untuk menyantuni jiran. Bagi wanita pula, mereka mempunyai masa untuk memasak dan menghulurkan sedikit makanan kepada jiran. Masa terluang akan digunakan oleh golongan wanita untuk bertanya khabar. Sebagai contohnya, pada waktu petang masyarakat akan berkumpul di suatu tempat untuk berbual-bual atau melakukan apa-apa aktiviti bersama-sama. Jadi, ternyatalah bahawa kelapangan masa yang dimiliki masyarakat zaman dahulu memungkinkan mereka dapat menghayati semangat kejiranan dengan baik.

            Kedudukan rumah yang tidak dipisahkan oleh tembok juga menyebabkan masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan. Kedudukan rumah pada zaman dahulu seolah-olah tiada sempadan dengan rumah di sebelahnya. Semangat saling menyayangi dan menghormati wujud dalam masyarakat ketika itu kerana tiada pagar yang memisahkan mereka. Mereka seolah-olah saling memiliki kawasan rumah. Bukan sahaja kawasan rumah mereka disatukan malah hati mereka juga bersatu. Sebagai contohnya, rumah-rumah di kampung yang tidak berpagar menyebabkan jiran-jiran dapat bertegur sapa dan berkunjung sesama jiran pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, struktur pembinaan rumah pada zaman dahulu merupakan salah satu punca masyarakat zaman dahulu lebih menghayati semangat kejiranan.

            Masyarakat zaman sekarang terlalu materialistik menyebabkan mereka gagal menghayati semangat kejiranan yang sebenar. Kebanyakan masyarakat sekarang keluar rumah pada awal pagi dan balik pada waktu malam menyebabkan mereka tidak mengenali Jiran. Anak-anak mereka yang dihantar ke rumah pengasuh berasa kekok untuk berinteraksi dengan jiran sendiri. Bagi mereka, setiap perkara yang ingin dilakukan perlu dikira untung rugi terlebih dahulu. Sebagai contohnya, masyarakat sekarang asyik memikirkan cara untuk mengumpul kekayaan dan tiada sedikit pun perasaan untuk memikirkan keperluan jiran. Jadi, sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap materialistik yang wujud dalam diri masyarakat sekarang menyebabkan mereka tidak dapat menghayati semangat kejiranan seperti masyarakat terdahulu.

            Keadaan di luar rumah yang selalu dianggap berbahaya menyukarkan masyarakat sekarang untuk membenarkan anak-anak bergaul dengan masyarakat sekeliling. Berita yang dipaparkan berkaitan penculikan kanak-kanak dan sebagainya menambahkan kegusaran masyarakat. Mereka telah hilang kepercayaan antara satu sama lain. Hal ini demikian menyebabkan anak-anak membesar sebagai masyarakat yang tidak mengenali jiran lantas tidak mampu menghayati semangat kejiranan. Sebagai contohnya, anak-anak zaman sekarang berasa takut apabila didekati orang yang tidak dikenali sedangkan orang tersebut ialah jirannya sendiri. Jadi, jelaslah bahawa keadaan sekarang yang dikatakan bahaya menyebabkan anak-anak terdidik untuk tidak mengenali jiran dan terus membesar sebagai masyarakat yang tidak menghayati semangat kejiranan.

            Berdasarkan perbandingan yang telah dinyatakan, terbuktilah bahawa terdapat perbezaan besar antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat sekarang dalam aspek penghayatan semangat kejiranan. Pelbagai prakarsa perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak berautoriti untuk memastikan semangat kejiranan tidak terus luntur dalam kehidupan masyarakat. Pemimpin masyarakat juga perlu menyusun program khas bagi memastikan semangat kejiranan terus terpelihara dalam masyarakat zaman sekarang supaya mereka dapat hidup bagi aur dengan tebing. Media massa yang canggih sekarang diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kejiranan merupakan asas kemajuan sesebuah negara. Sesungguhnya penghayatan semangat kejiranan merupakan tunjang utama keutuhan masyarakat dan negara.

3B. Kerjaya seseorang perlu ditentukan oleh ibu bapa. Bahaskan.
            Setiap orang ingin mempunyai kerjaya sendiri. Perkara terpenting dalam memilih kerjaya ialah gaji lumayan. Ibu bapa pula ingin melihat anak-anak bekerjaya profesional. Jika kita bertanya murid-murid sekolah sekarang tentang cita-cita, kebanyakan daripada mereka akan menjawab bahawa mereka ingin menjadi doktor. Jawapan ini mungkin disebabkan oleh pengalaman sedia ada mereka yang pernah melihat kehebatan doktor yang sedang bertugas di hospital. Ada juga murid-murid sekolah bercita-cita untuk menjadi guru disebabkan oleh ibu bapa mereka merupakan guru. Aktual, ibu bapa sendiri meletakkan harapan tinggi terhadap anak mereka supaya menjadi seperti yang dikehendaki mereka. Sebagai persoalannya, wajarkah kerjaya seseorang perlu ditentukan oleh ibu bapa?

            Kerjaya seseorang wajar ditentukan oleh ibu bapa kerana ibu bapa makan garam terlebih dahulu daripada anak-anak. Ibu bapa lebih memahami pahit getir kehidupan berbanding dengan anak-anak. Pengalaman hidup ibu bapa yang banyak dapat dijadikan panduan kepada anak-anak untuk menentukan kerjaya masa depan. Ibu bapa juga dapat memberi dorongan kepada anak-anak ke arah kecenderungan minat anak-anak. Sebagai contohnya, jika anak-anak didapati amat berminat akan haiwan peliharaan seperti kucing atau arnab, ibu bapa boleh menghalakan pendidikan anak-anak dalam bidang perubatan haiwan atau perniagaan haiwan. Oleh itu, sewajarnya anak-anak menurut cakap ibu bapa dalam menentukan kerjaya kerana faktor pengalaman luas yang dimiliki oleh mereka. 

            Kerjaya anak-anak wajar ditentukan oleh ibu bapa kerana mereka berakal panjang berbanding anak-anak. Ibu bapa mempunyai visi dan misi berkaitan sesuatu kerjaya demi masa depan anak-anak. Sebagai orang tua, ibu bapa dapat berfikir jauh ke depan dalam menentukan kerjaya anak-anak. Ibu bapa bukan hanya berfikir kerjaya anak-anak untuk tempoh setahun dua malah mereka berfikir untuk menentukan masa depan anak mereka sehingga anak-anak mereka berada pada usia tua. Sebagai contohnya, ibu bapa mahukan anak mereka bekerja di sektor awam kerana perkhidmatan kerajaan menjanjikan kesenangan sehingga selepas seseorang bersara. Oleh itu, ibu bapa wajar menentukan kerjaya anak-anak kerana kebijaksanaan mereka membuat keputusan.

            Selain itu, ibu bapa juga perlu menentukan kerjaya anak-anak kerana merekalah insan paling jujur dalam kehidupan anak-anak. Semua ibu bapa ingin melihat anak-anaknya senang dan bahagia pada masa depan. Oleh itu, setiap kehendak ibu bapa berkaitan kerjaya anak-anak mesti didahului dengan kajian yang mendalam terlebih dahulu. Ibu bapa memelihara, menjaga, dan mendidik anak-anak sejak kecil dan mereka sangat mengetahui keupayaan anak-anak mereka, Sebagai contohnya, dalam menentukan kerjaya anak-anak, mereka sendiri akan menganalisis keupayaan anak-anak mereka agar bersesuaian dengan kerjaya yang dipilih. Oleh sebab itu, anak-anak tidak perlu meragui ketetapan kerjaya oleh ibu bapa kerana mereka sangat jujur dalam kehidupan anak-anak.

            Ibu bapa wajar menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak terlalu muda untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan kerjaya. Anak-anak tidak pernah mengetahui prospek masa depan bagi sesuatu kerjaya. Mereka memilih kerjaya berdasarkan minat secara rambang semata-mata. Mereka sendiri tidak mengetahui sama ada mereka betul-betul berminat akan sesuatu kerjaya atau sekadar terikut-ikut rakan. Sebagai contohnya, terdapat 28 peratus pekerja memberi alasan tidak meminati kerjaya yang dipilih sebagai punca kemerosotan prestasi kerja. Lantaran kurang pengalaman, anak-anak hanya memilih kerjaya berdasarkan mata kasar sahaja tanpa berfikir panjang. Jadi, ternyatalah bahawa pemilihan kerjaya sewajarnya ditentukan oleh ibu bapa kerana
anak-anak terlalu muda untuk membuat keputusan.

            Ibu bapa perlu menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak belum mempunyai konsistensi dalam membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang keputusan untuk menentukan kerjaya diubah-ubah oleh mereka sendiri. Sebagai contohnya, pada awalnya mereka berminat untuk mempelajari bidang perubatan tetapi mereka menukar haluan pada tahun akhir pengajian. Hal ini  akan menyebabkan usaha ke arah tercapainya matlamat kerjaya terbantut di pertengahan jalan. Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan ujian psikometrik terhadap murid tingkatan tiga supaya ibu bapa dapat melihat kecenderungan anak-anak seterusnya menentukan kerjaya anak-anak mereka. Jadi, ternyatalah bahawa ibu bapa wajar menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak tiada ketekalan dalam membuat sesuatu keputusan.

Text Box: Dekerja di ' sehingga >aya anak-
ak kerana taDa ingin 'rt- setiap jan kajian mendidik B"ak-anak t mereka ^esuaian l meragui tenidupan
i« terlalu na< tidak I memilih idin tidak pya atau ; Dekerja ■ punca fc hanya 5 Jadi, e «erana
y
fc D«lum ^adang Seoagai
            Berdasarkan hujah berkaitan kerjaya sama ada ditentukan oleh ibu bapa atau tidak, sebaik-baiknya kedua-dua pihak perlu berbincang supaya nasi tidak menjadi bubur. Ibu bapa perlu diberi peluang untuk memberi pandangan kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri berbanding anak-anak. Situasi menang menang perlu diwujudkan dalam perbincangan. Ibu bapa perlulah bertenang apabila mendengar pandangan anak-anak yang bercanggah dengan pendapat mereka. Anak-anak pula perlulah bersabar apabila pendapat mereka disanggah oleh ibu bapa. Pada akhir perbincangan, biarlah Ibu bapa yang membuat keputusan kerana keputusan ibu bapa dipenuhi keberkatan. Sebagai kesimpulannya, penentuan sama ada kerjaya anak-anak ditentukan oleh ibu bapa atau tidak perlulah ditangani secara bijaksana.

            Kesihatan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan saya. Jika saya tidak sihat, bermakna saya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah saya juga akan menyusahkan keluarga dan rakan-rakan saya. Apabila saya tidak sihat, pelajaran saya juga akan terganggu dan menyebabkan saya terpaksa mengulang kaji pelajaran yang tertinggal. Pepatah Inggeris pernah disebut bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Peribahasa ini menggambarkan bahawa kita perlu menjaga kesihatan bagi mengelak penyakit yang memaksa kita mendapatkan rawatan. Kesihatan saya maksudkan sebagai keselesaan diri saya sama ada dari segi fizikal, mental atau spiritual. Sebagai persoalannya, apakah usaha-usaha yang saya lakukan untuk mengekalkan tahap kesihatan saya?

            Saya menjaga kesihatan dengan cara bersenam setiap hari. Bersenam bagalkan rutin harian yang penting bagi saya. Saya mengkhususkan masa selama sejam sehari untuk bersenam. Ketika mula-mula saya cuba bersenam, saya terasa amat malas dan sentiasa memberi alasan tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang setelah saya cuba berkali-kali. Orang tua-tua pernah berkata bahawa alah bisa tegal biasa. Kini, saya akan berasa kehilangan sesuatu jika tidak bersenam. Kehadiran saya ke gimnasium pada setiap petang untuk menggunakan kemudahan seperti mesin joging merupakan contoh kesungguhan saya untuk mengekalkan kesihatan badan. Oleh itu, ternyatalah bahawa senaman setiap hari merupakan salah satu cara saya mengekalkan tahap kesihatan saya.

            Selain bersenam, saya juga sentiasa menjaga pemakanan untuk mengekalkan tahap kesihatan saya. Saya mematuhi piramid makanan seperti yang dinasinati oleh pakar-pakar pemakanan. Saya selalu makan sayur dalam kuantiti yang banyak supaya proses pencernaan menjadi mudah. Antara sayur yang sangat saya suka ialah bayam, kubis, dan sawi. Saya juga mengambil ulam-ulaman bersama-sama hidangan saya. Saya sentiasa mengawasi cara pemakanan supaya saya tidak makan makanan yang akan menjejaskan kesihatan saya. Sebagai contohnya, ketika saya menghadiri kenduri yang dlhidangkan makanan berlemak, saya hanya akan makan buah-buahan dan sayuran. Jadi, ternyatalah bahawa menjaga pemakanan merupakan langkah yang baik bagi saya untuk mengekalkan tahap kesihatan.

            Saya sentiasa memastikan rehat yang mencukupi setiap hari bagi mengekalkan tahap kesihatan saya. Waktu rehat yang munasabah sangat penting supaya saya sentiasa cergas dan bertenaga. Jika saya menggunakan tenaga secara maksimum tanpa memikirkan keperluan rehat, badan saya akan menjadi lemah dan menjejaskan kesihatan saya. Sebagai contohnya, saya akan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari supaya badan sentiasa segar. Bagi saya, tidur dan rehat yang cukup merupakan asas kecergasan diri dan kecerdasan akal saya. Saya akan berasa kurang bertenaga dan malas jlka tidak cukup tidur, Oleh itu, ternyatalah bahawa rehat yang cukup merupakan antara kaedah yang tepat untuk mengekalkan tahap kesihatan saya.

            Selain kesihatan fizikal, saya juga sentiasa menjaga kesihatan mental dalam usaha untuk mengekalkan tahap kesihatan. Saya sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Para fuqaha回教法律或教义专家berkata bahawa amalan secara tergopoh-gapah dan bersangka buruk terhadap orang lain merupakan amalan syaitan. Untuk mengekalkan ketenangan dalam diri saya mengamalkan nilai sabar dan bertolak ansur. Sebagai contohnya. saya akar senyum dan memikirkan secara positif  apabila mendapat sesuatu berita yang tiada kesahihan seperti fitnah terhadap saya atau sebagainya. Pada hemat saya, kesihatan mental sebenarnya yang menyebabkan mental saya kuat untuk menghadapi kehidupan yang mencabar. Oleh itu, saya perlu menjaga kesihatan mental bagi memastikan tahap kesihatan saya kekal.

            Sebagai muslim yang baik, saya sentiasa mematuhi perintah Tuhan supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan. Bagi saya, ketaatan akan perintah Allah merupakan asas ketenangan dalam kehidupan dan ketenangan pula merupakan teras kesihatan dalaman bagi seseorang. Jika saya taat akan Allah, tempat yang sempit dirasakan luas, suasana kelam-kabut dirasakan hening, dan kesihatan saya juga akan terpelihara. Sebagai contoh ketaatan, saya bukan sahaja akan menunaikan solat fardu lima kali sehari malah saya juga akan menunaikan solat sunat secara konsisten serta berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa ketaatan akan perintah Tuhan merupakan momen penting untuk mengekalkan tahap kesihatan saya.

            Para cendekiawan selalu berkata bahawa kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Berdasarkan cara-cara saya mengekalkan tahap kesihatan seperti yang dihuraikan, temyatalah bahawa penjagaan kesihatan merupakan iltizam setiap individu. Penjagaan kesihatan bukan untuk diri sendiri sahaja malah penting untuk ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Saya akan terus menjaga kesihatan kerana saya memahami bahawa keuzuran akan menyukarkan pelbagai pihak. Saya menyeru rakan-rakan dan masyarakat agar menjaga kesihatan masing-masing demi kebaikan bersama. Saya berharap agar kesihatan saya akan kekal pada tahap yang baik sehingga ke akhir hayat. Sebagai kesimpulannya, hargailah kesihatan kerana tanpa kesihatan yang baik, wang berjuta akan hilang nlainya.

5B. Persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar
            Remaja merupakan golongan insan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Hampir separuh daripada penduduk Malaysia terdiri daripada remaja. Kebanyakan remaja masih di bangku sekolah atau pusat -pusat pengajian tinggi. Ahli psikologi mengatakan bahawa usia remaja merupakan detik paling bergelora dalam kehidupan seseorang. Pembentukan peribadi dalam aspek jati diri dan sebagainya perlu dilakukan ketika remaja. Pada zaman dahulu, remaja diberi peranan penting dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai tanda pengiktirafan terhadap golongan ini. Kini, remaja sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak terutamanya Kementerian Belia dan Sukan. Sebagai persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar ini?

            Remaja perlu menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan untuk mengharungi cabaran kehidupan yang sangat mencabar ini. Ilmu bukan hanya melibatkan duniawi semata-mata tetapi yang lebih penting ialah ilmu ukhrawi. Ilmu duniawi penting untuk meneruskan kehidupan secara fizikal manakala ilmu ukhrawi penting untuk spiritual remaja. Kekuatan dalaman sebenarnya datang daripada ilmu ukhrawi. Ilmu duniawi juga perlu dicari demi kesejahteraan diri, keluarga, dan masyarakat. Sebagai contohnya, remaja perlu mempunyai ilmu agama agar dapat melindungi diri daripada sebarang ancaman buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ternyatalah bahawa ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama merupakan asas panting dalam diri remaja untuk mengharungi kehidupan yang sangat getir ini. 

            Remaja juga perlu menyediakan diri dengan kemahiran untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar ini. Berdasarkan pasaran buruh semasa, orang yang mempunyai kemahiran istimewa akan berpeluang besar untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan. Dengan adanya kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang, remaja akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak berasa gentar untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara contoh kemahiran yang perlu dikuasai oleh reniaja ialah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran ini penting bagi remaja supaya mereka dapat bersaing pada peringkat global. Oleh itu. ternyatalah bahawa dalam usaha untuk mengharungi kehidupan yang rencam dan mencabar, remaja perlu melengkapkan diri dengan kemahiran.

            Persediaan lain yang perlu dilakukan oleh remaja ialah pengamalan sahsiah yang terpuji untuk mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Antara sahsiah terpuji ialah kerjasama dan hormat-menghormati antara ahli masyarakat. Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam kehidupan kerana masyarakat sangat memerlukan sokongan kuat antara satu sama lain ke arah peningkatan kualiti kehidupan. Peribahasa Melayu yang sering disebut iaitu “bagai aur dengan tebing” bersesuaian dengan kehidupan masyarakat. Pengamalan nilal-nilai murni secara konsisten merupakan contoh sahsiah terpuji yang boleh diamalkan oleh remaja dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan. Jadi, pengamalan nilai-nilai murni perlu diimplementasikan dalam diri setiap remaja supaya mereka dapat mengharungi kehidupan yang mencabar.

            Nilai-nilai keinsanan merupakan perkara yang perlu disediakan oleh remaja dalam diri mereka bagi mengharungi kehidupan yang mencabar. Nilai keinsanan ialah keupayaan remaja memahami permasalahan orang lain dengan hasrat untuk sama-sama menjalani kehidupan yang lebih baik. Sebagai contohnya, nilai keinsanan seperti empati perlu ada dalam diri remaja kerana dalam mengharungi kehidupan yang mencabar, seseorang perlu memahami masalah yang ditanggung oleh orang lain bagi memastikan diri sendiri dan semua orang mendapat ketenangan. Oleh itu, jelas dan nyatalah bahawa nilai-nilai keinsanan yang diamalkan merupakan antara perkara yang perlu ada dalam diri remaja supaya mereka lebih memahami orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri.

            Perkara amat penting yang perlu disediakan oleh remaja bagi mengharungi kehidupan yang amat mencabar ialah kewangan. Walaupun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang dalam dunia yang amat mencabar ini. Remaja perlu mengelakkan diri daripada sikap suka meminta-minta tanpa berusaha sendiri. Sikap sedemikian menyebabkan remaja sukar menjalani kehidupan yang mencabar. Sebagai contohnya, sekurang-kurangnya remaja perlu mempunyai sumber kewangan melalui kerja makan gaji atau kerja sendiri tetapi berpendapatan tetap. Aspek kewangan tidak boleh diabaikan oleh remaja kerana tanpa wang, kehidupan akan menjadi amat sukar. Jadi, bagi memastikan kejayaan dalam mengharungi kehidupan yang mencabar, kewangan merupakan faktor yang amat penting.

            Berdasarkan huraian berkaitan persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja dalam mengharungi kehidupan yang mencabar ini, jelaslah bahawa remaja perlu membuat persediaan ini sejak awal. Remaja tidak boleh menunggu sehingga kesuntukan masa kerana masa umpama emas bagi mereka. Konsep sedikit- sedikit lama-lama jadi bukit perlu dihayati oleh remaja. Orang-orang dewasa perlu memberi bimbingan kepada remaja dalam mengharungi kehidupan. Remaja mengharapkan masyarakat tidak hanya melihat kesalahan sebaliknya melihat kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Masyarakat diseru supaya memahami kehidupan remaja agar teguran yang diberi tidak menyinggung perasaan mereka. Sebagai kesimpulannya, persediaan awal perlu dilakukan oleh remaja kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.


Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja semua)
            Lirik nasyid Unic ‘Remaja’ menerangkan betapa pentingnya pembentukan keperibadian seseorang remaja mestilah bermula dari usia seawal lagi. Remaja lalah golongan insan yang berusia antara tiga belas hingga dua puluh satu tahuh. Kebanyakan remaja masih di bangku sekolah atau sedang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Zaman remaja merupakan masa yang paling penting dan genting dalam kehidupan seseorang. Segala perilaku dan tabiat seseorang ketika remaja melambangkan sifat sebenar mereka ketika dewasa. Sejak zaman dahulu lagi remaja telah diberi peranan yang penting dalam masyarakat. Oleh itu, ibu bapa sangat berperanan penting dalam kehldupan remaja ke arah keperibadian anak-anak yang baik. Sebagai persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Ibu bapa terhadap anak-anak remaja mereka ke arah pembentukan peribadi mulia?

            Ibu bapa perlu berperanan sebagai mursyid ke arah pembentukan keperibadian remaja yang baik. Mursyid ialah guru yang mendidik dengan penuh sabar. Ibu bapa perlu melakukan peranan ini tanpa jemu dan secara konsisten sehingga matlamat tercapai. Ibu bapa perlu mendalami jiwa anak-anak remaja supaya proses pendidikan menjadi lebih mudah. Syaidina Umar pernah berkata bahawa proses pendidikan mestilah bersesuaian dengan zaman semasa. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu menguasai teknologi maklumat supaya peranan mursyid yang dilaksanakan melalui kecanggihan teknologi maklumat menjadi lebih efektif. Jadi, peranan mursyid yang dilaksanakan oleh ibu bapa mampu menjadi mangkin ke arah pembentukan peribadi mulia dalam diri anak- anak remaja.

            Selain itu, ibu bapa juga perlu berperanan sebagai kaunselor dalam usaha untuk membentuk keperibadian remaja. Mereka perlu menasihati remaja agar istiqamah dalam melakukan amalan yang baik. Sebagai kaunselor, ibu bapa perlu melihat keperluan anak-anak dari segenap aspek. Keperluan fizikal dan pendidikan merupakan aspek yang perlu diberi prioriti dalam kehidupan remaja. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu merancang masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Peranan yang dilakukan oleh ibu bapa adalah sama dengan peranan yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Jadi ternyatalah, jika ibu bapa memainkan peranan sebagai kaunselor dengan baik, tentulah keperibadian anak-anak remaja juga akan menjadi baik.

            Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai rakan baik anak-anak dalam usaha untuk membentuk keperibadian remaja. Remaja kebiasaannya akan menurut cakap rakan atau sesiapa sahaja yang memahami perasaan mereka. Rakan balk yang dimaksudkan dalam konteks pendidikan anak-anak ialah pemahaman ibu bapa berkaitan minat, kecenderungan, dan cita-cita anak-anak. Tindakan ibu bapa memenuhi tuntutan anak-anak remaja berkaitan minat mereka merupakan salah satu contoh peranan sebagai rakan baik anak-anak yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh berada bersama-sama anak remaja mereka untuk menunjukkan perkongsian minat yang sama. Jadi, dengan berperanan sebagai rakan baik anak-anak, mudahlah ibu bapa untuk membentuk keperibadian anak- anak remaja mereka.

            Ibu bapa perlu berperanan sebagai teladan hasanah bagi membentuk keperibadian anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh keperibadian yang baik agar dapat dicontohi oleh remaja. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan betul. Sebarang perlakuan buruk yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan mendatangkan impak negatif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu beramal dengan apa-apa yang dicakapkan oleh mereka kepada anak-anak kerana anak-anak sentiasa memerhatikan mereka. Ulama pernah berkata bahawa dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang ditunjukkan melalui tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan teladan yang baik dalam usaha untuk membentuk keperibadian anak-anak remaja.
            Selain itu, untuk membentuk keperibadian remaja yang baik, Ibu bapa perlu berperanan sebagai penguat kuasa undang-undang. Hal ini demikian bermakna ibu bapa perlu menetapkan peraturan di rumah agar dipatuhi oleh anak-anak remaja dari semasa ke semasa. Peraturan yang dimaksudkan itu mestilah difahami dan disetujui oleh anak-anak. Peraturan itu juga janganlah terlalu ketat atau terlalu longgar kerana masih dalam proses pembelajaran. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu mengambil tindakan disiplin secara ringan terhadap anak-anak jika mereka melakukan kesalahan yang bertepatan dengan peraturan yang telah disetujui bersama. Oleh itu, peranan sebagai penguat kuasa undang-undang merupakan peranan yang efisien dalam pembentukan keperibadian anak-anak remaja

Text Box: icaiah |. Jadi saik,
.sana r-urut n caik r du i zaza saiah !r ibu untuk ibagai a_ak-
«rtuk croh cc eh
= ' -3"
sc-aaa yang rtasa :a ng
&ac a ertuk
perlu
nra
-a~ak
            Berdasarkan huraian yang diberikan, amat jelas bahawa pembentukan keperibadian yang baik dalam diri anak-anak remaja bermula dari rumah. Ibu bapalah yang perlu memainkan peranan paling aula bagi mencorakkan pemikiran remaja ke arah kebaikan. Sebarang kecuaian dalam proses pendidikan remaja akan mendatangkan impak negatif dalam jangka panjang. Semua peranan yang telah dihuraikan perlu dimainkan oleh ibu bapa secara berterusan dan tanpa jemu. Ibu bapa juga diseru supaya memainkan peranan sebaik-baiknya demi masa depan anak-anak. Sebagai kesimpulannya, benarlah peribahasa Cina yang pernah disebut, ikan buruk bermula di kepala yang bermaksud jika terjadi keburukan terhadap anak-anak, masyarakat akan memandang serong terhadap ibu bapa.

7B. kini, remaja melalui proses sosialisasi secara maya. Keadaan ini boieh menyebabkan mereka terdedah kepada gejala negatif. Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bagi mengelakkan gejala negatif Ini.
Idea 1 - Ibu bapa sendiri hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi maklumat.
-untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia ICT.
-dapat berkongsi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat turun.
Idea 2 - melaksanakan peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan internet kepada anak-anak.
-ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk mengakses apa-apa sahaja
-memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud penggunaan komputer untuk tujuan positif sahaja.
Idea 3 - ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan tingkah laku yang baik terhadap anak- anak.
-tidak boleh secara terang-terangan atau berselindung melayari unsur- unsur pornografi dan jenayah.
-tidak membeli atau menyimpan apa-apa perisian yang tidak bermoral.
Idea 4 - membawa anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan ICT
-anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan internet.
-dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak
Idea 5 - mengehadkan dan memperuntukkan masa yang sewajarnya
-ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar, beriadah, berinteraksi, dan mengakses internet.
-mengelak anak-anak terus menjadi mania(kemaruk) akan komputer

            Syaidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa pendidikan yang diberi kepada seseorang mestilah bersesuaian dengan zamannya. Oleh itu, teknologi maklumat dan komunikasl yang berfungsi secara maya perlu dikuasai oleh masyarakat sebagai method sosialisasi era baharu walaupun terdapat impak negatif. Sosialisasi secara maya merujuki kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Masyarakat kini menggunakan aplikasi canggih seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, dan WeChat untuk bertanya khabar, Di sebalik kebaikan yang diperoleh melaiui aplikasi tersebut, terdapat juga keburukan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai persoalannya, apakah langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya?

            Bagi mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama yang sempurna. Hukama berfalsafah bahawa orang beragama mudah diurus. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersolat dengan sempurna kerana Nabi Muhamad pernah bersabda bahawa solat yang didirikan dengan sempurna akan menghindarkan seseorang daripada melakukan dosa. Walaupun anak-anak bersosialisasi secara maya seperti bersembang namun disebabkan solat yang berkualiti, maka anak-anak tidak akan terjebak dalam gejala negatif. Oleh itu, ternyatalah bahawa pendidikan agama yang sempurna merupakan langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk menghindarkan anak-anak daripada terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya.

            Ibu bapa juga perlu menguasai Internet bagi mengelakkan remaja terjebak daiam gejala negatif sosialisasi secara maya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu peka akan istilah yang digunakan oleh remaja ketika bersosialisasi secara maya seperti 'follow’, like', dan ‘retwitt’. Apabila ibu bapa mahir menggunakan Internet, anak-anak akan lebih menghormati mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak akan berwaspada semasa mengakses data di komputer kerana memikirkan bahawa ibu bapa mampu mengesan kandungan  pelayaran mereka seperti penghantaran gambar lucah dan berkelakuan curang dengan rangkaian kawan siber. Jadi ternyatalah, dengan menguasai Internet, ibu bapa dapat mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya.

            Pengawasan boleh juga dijadikan senjata ampuh oleh ibu bapa untuk mengelakkan remaja daripada terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Ibu bapa tidak boleh membekalkan komputer dan telefon pintar tanpa pengawasan. Sebagai contohnya, semua komputer perlu diletakkan di ruang terbuka bagi memudahkan pengawasan. Ibu bapa juga perlu mewujudkan peraturan penggunaan telefon pintar seperti mengehadkan penggunaan setakat pukul 10 malam sahaja. Kawalan seperti ini tidak memungkinkan anak-anak terjebak dalam impak negatif soslalisasi secara maya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengawasan merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya.

            Di samping itu, ibu bapa perlu menanamkan minat remaja dalam dunia siber secara positif untuk mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Masa senggang remaja kebanyakannya diisi dengan menghadap komputer. Ibu bapa perlu mengambil peluang ini untuk mengajar mereka berkaitan eksplorasi melalui Internet. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengajar anak- anak tentang cara untuk mengesan kedudukan planet. Remaja yang biasanya amat berminat untuk meneroka pengetahuan baharu akan teruja dan  tidak akan menghabiskan masa dengan bersosialisasi secara maya semata-mata. Jadi, dengan menanamkan minat remaja dalam dunia siber secara positif akan dapat mengelakkan mereka daripada pengaruh negatif sosialisasi secara maya.

            Pada sisi lain, ibu bapa boleh mengadakan aktiviti penarik agar remaja lebih menyayangi keluarga bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Remaja menjalin hubungan sosial melalui laman maya kerana bosan akan suasana di rumah. Kemungkinan di rumah tidak berlaku proses sosialisasi yang berkesan menyebabkan anak-anak lebih selesa berhubung secara maya dengan rakan di luar rumah. Antara contoh aktiviti penarik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan bermesra, menghargai, dan bergurau-senda dengan anak-anak supaya mereka tidak kesunyian. Oleh itu ternyatalah bahawa ibu bapa boleh mengadakan aktiviti penarik bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya.

             Berdasarkan langkah-langkah tersebut, ternyatalah bahawa ibu bapa yang mengambil langkah proaktif mampu mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Ibu bapa tidak seharusnya mengambil masa lama untuk membentuk keperibadian remaja kerana kemungkinan nasi akan menjadi bubur. Peribahasa Melayu pernah disebut, melentur buluh blarlah dari rebungnya. Semua pihak meletakkan harapan terhadap institusi keluarga agar dapat mendidik anak-anak supaya tidak terjebak dalam dunia siber. Masyarakat sewajarnya menjadikan dunia siber untuk meningkatkan akal budi remaja bukan membiarkan kemajuan teknologi ini meruntuhkan jati diri remaja. Sebagai kesimpulannya, kitalah yang menentukan kehebatan anak-anak kita pada masa depan dan bukannya ditentukan oleh dunia siber.

9B. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan elemen penting dalam dunia pendidikan hari ini. Anda ditugaskan untuk menyampaikan ucapan yang bertemakan fungsi teknologi maklumat dalam dunia pendidikan.
Tulis teks ucapan itu selengkapnya.
(Soalan 4. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi.)
2011N: Kemajuan ICT membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah. Bincangkan
1.      mewujudkan masyarakat bermaklumat – mengakses maklumat dengan pantas – mengeksplorasi laman sesawang
2.      merungkaikan masalah pembelajaran pelajar – bertukar nota dengan rakan melalui ruangan sembang
3.      membantu perkembangan komunikasi – jaringan laman sesawang
4.      membatu usaha keusahawanan dan perniagaan – pengusaha memperagakan barang di ruang siber
5.      merevolusikan dunia pendidikan – PJJ – pelajar mengambil kursus tanpa pergi ke kampus – dengan CD-ROM – pembelajaran secara video call
            Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang dihormati tetamu kehormat dan semua guru.Terima kaslh kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ucapan pada hari ini. Pada era globalisasi ini,  teknologi maklumat merupakan perkara penting dalam kehidupan kita.  Teknologi maklumat merujuki peralatan canggih yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan maklumat. Pada zaman dahulu, maklumat disampaikan melalui surat atau akhbar sahaja. Ketika zaman semakin maju, masyarakat menyampaikan maklumat melalui media elektronik sepert radio dan televisyen. Kini, Internet merupakan wahana terpenting dalam komunikasi. Pendidikan dan teknologi sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya saling melengkapi. Sebagai persoalannya, apakah fungsi teknologi maklumat dalam meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini?
            Teknologi maklumat dan komunikasi berfungsi sebagai alat pemudah cara dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini. Pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah atau mengadakan diskusi berkumpulan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai contohnya, pelajar boleh menggunakan sidang video untuk melontarkan idea. Melalui cara ini, pelajar dapat menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu berkumpul di tempat yang sama untuk berbincang. Pelajar juga tidak perlu bersesak di jalan raya untuk tujuan ini. Mereka hanya perlu berada di rumah dan berbincang dengan selesa. Oleh itu ternyatalah bahawa prestasi pendidikan dapat ditingkatkan kerana teknologi maklumat dan komunikasi boleh dijadikan pemudah cara kepada pelajar.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
            Teknologi maklumat dan komunikasi juga berfungsi untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep. Dengan menggunakan alat seperti LCD yang disambungkan melalui komputer, guru dapat menayangkan sesuatu konsep secara bergambar untuk memudahkan murid memahami konsep tersebut. Penggunaan peta buih yang merupakan salah satu peta konsep dalam i-Think dan dipaparkan dengan perantaraan LCD merupakan contoh terbaik penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahkan pemahaman pelajar. Melalui perantaraan teknologi ini, murid dapat diberi penjelasan tentang sesuatu konsep secara berperingkat-peringkat. Penerangan secara berperingkat akan meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan sesuatu topik pelajaran. Jadi ternyata bahawa pemahaman pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,
            Selain itu, dengan teknologi maklumat dan komunikasi, wang dapat dijimatkan. Pelajar tidak perlu membeli buku-buku rujukan dalam pasaran. Sebagai contohnya, mereka boleh membuka laman sesawang yang memuat naik mana-mana buku yang boleh dijadikan rujukan. Pelajar juga boleh menggunakan' e-book' sebagai sumber rujukan dengan kos minimum. Sebelum adanya teknologi canggih ini, pelajar terpaksa mengumpul wang untuk membeli buku atau meminjam buku di perpustakaan. Sekiranya buku yang dipinjam itu hilang, pelajar terpaksa membayar denda yang tinggi. Kerajaan juga tidak perlu memberikan elaun buku kepada pelajar universiti. Oleh itu ternyatalah bahawa penjimatan dapat dilakukan dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan.
            Melalui teknologi maklumat dan komunikasi, pelajar dapat membuat rujukan secara maya di mana-mana sahaja. Mereka hanya perlu menggunakan telefon pintar untuk mengakses maklumat melalui Internet. Sebagai contohnya, pelajar dapat mengakses maklumat ketika berada di stesen bas atau ketika dalam perjalanan ke kolej. Semakin canggih peranti yang digunakan, lebih pantaslah maklumat akan sampai kepada pelajar. Sesuatu maklumat juga mudah diperoleh melalui peranti komputer riba yang mempunyai aplikasi Internet. Kebanyakan kawasan di Malaysia mempunyai kemudahan Wi-fi untuk kemudahan pelajar membuat rujukan berkaitan pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar boleh membuat rujukan secara maya di mana-mana sahaja dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Hadirin yang dihormati.
            Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pelajar berkongsi hasil penyelldikan mereka kepada rakan-rakan dan syarikat pemesaran di seluruh dunia. Apabila berita berkaitan penyelidikan tersebar, mudahlah mereka dikenali dan dapat memotivasikan mereka untuk meningkatkan prestasi penyelidikan. Sebagai contohnya, sekumpulan pelajar di Malaysia telah berjaya menghasilkan suatu inovasi yang mampu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan dengan menggunakan minyak kelapa sawit. Kumpulan pelajar ini telah menyebarkan kejayaan tersebut melalui Internet ke seluruh dunia. Sebagai impaknya, hasil inovasi tersebut diketahui pelajar lain dan dalam masa yang sama sedang dikaji oleh sebuah syarikat ternama untuk dipasarkan. Jadi, ternyatalah bahawa perkongsian hasil penyelidikan merupakan fungsi teknologi maklumat dan komunikasi.
            Berdasarkan fungsi-fungsi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan, jelaslah bahawa teknologi ini seharusnya dlgunakan secara optimum bukan sahaja di sekolah malah perlu dieksploitasi sepenuhnya di pelbagai peringkat pengajian. Pelajar, guru dan pensyarah perlulah memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi supaya impak daripada proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih efektif. Pelajar perlulah mahir menggunakan pelbagai gajet yang merupakan wahana penting ke arah kemajuan pendidikan. Kerajaan sentiasa mengharapkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi berjaya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Sebagai kesimpulannya, tiada sesiapa yang mampu menolak hakikat bahawa kecanggihan teknologi merupakan sumber terpenting bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.