Monday, July 29, 2013

cara membentuk remaja yang berintelektualisme

Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, pakar motivasi tersohor sering menegaskan bahawa semua tabiat dapat diubah sekiranya        diulangi perbuatan sebanyak40 kali sehingga sebati dengan roh diri. 

Sejarah tamadun negara dunia pertama   membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan tamadun manusia dan           peningkatan kualiti hidup masyarakat. 

Jepun dan Korea misalnya telah bergerak jauh ke hadapan dalam pelbagai    bidang ilmu. Yang menariknya, kedua-dua negara ini menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian supaya tidak         ketinggalan. Hal ini demikian kerana pencapaian dalam pelbagai bidang khasnya kerjaya sangat menitikberatkan           golongan yang intelek dan mereka yang kurang berilmu menghadapi kemungkinan dibuang kerja dan tidak          mendapat tempat dalam masyarakat.

frasa menarik(budaya hedonisme)

Bijak pandai       pernah berkata "sebaik-baik manusia ialah mereka yang berilmu dan sebaik-sebaik ilmu ialah yang memberi           manfaat."imam syafie


Ubahlah sikap dan berlumbalah untuk menjadi golongan bijak pandai. Sesiapa yang tidak berusaha mendalami ilmu akan terus ketinggalan zaman dalam arus globalisasi. Berfikirlah secara global, bertindaklah secara lokal supaya hasrat untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama akan tercapai.


Kecenderungan generasi muda kini lebih tertumpu pada wira popular semasa di sekitar dunia hiburan, sukan dan muzik. Budaya santai dalam pembacaan, sembang maya, web-log dan hiburan sudah menjadi gaya atau aliran ketara. Namun begitu, wira gigih yang memberikan sumbangan ilmu dan tradisi intelektualisme tidak lagi dicari.

percubaan PMR

kepentingan agama
cara mendapat keputusan cemerlang
ciri-ciri remaja berwawasan
ciri-ciri pelajar cemerlang
cara-cara mencapai impian
cara-cara menangani gejala sosial

Dalam hal ini, bagi remaja yang beragama Islam, lakukanlah ibadat solat lima waktu kerana terbukti secara saintifik amalan solat dapat menyalurkan cas elektrik otak kiri dan kanan ketika sujud. Hal ini bukan sahaja menyebabkan remaja berada dalam keadaan sedar yang menenangkan jiwa, malah pematuhan kepada Tuhan dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang tidak baik.

percubaan PMR punca-punca pelajar tidak berminat membaca

1.    BERDASARKAN Laporan Profil Kajian Tahap Pembacaan Rakyat Malaysia pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.
2.    program NILAM yang dijalankan di sekolah menunjukkan hanya  22.91% pelajar sekolah terlibat dalam program tersebut pada tahun 2012 walaupun pelaksanaannya adalah wajib dan mempunyai instrumen yang mantap.

3.    Oleh itu, sikap menjauhi ilmu atau muflis dalam intelek dalam kalangan remaja hari ini merupakan fenomena serius yang wajar diambil perhatian.
4. Sampailah masa terlintas dalam gawang minda, apaah punca menyebabkan fenomena remaja muflis dalam intelek?

_______________________________________________________
                       Budaya hedonisme dan hiburan berasaskan digital yang melingkari kehidupan para remaja masa kini menyebabkan mereka terhanyut dalam dunia fatamorgana. Stigma membaca yang membosankan menjadikan tiada rasa nikmat keseronokan membaca apatah lagi menjadikan tabiat ini sebagai hobi. Lebih-lebih lagi, komunikasi harian banyak ditunjangi oleh pembacaan berbentuk picisan dan maklumat yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Kemajuan juga menjadikan remaja seorang yang malas dan menghabiskan waktu senggang dengan berbual menerusi laman sosial. Hal ini akan mengakibatkan lahirnya masyarakat antisosial dan lebih cenderung bersikap individualistik. Senario ini sangat berbahaya kerana negara bukan sahaja ketandusan golongan pemikir malah sumber manusia pasti sukar digembleng untuk pembangunan negara.


                     Seterusnya, budaya hedonisme menyebabkan remaja hilang identiti. Kegilaan meniru dan mengikut gaya asing terus meresap di jiwa misalnya fenomena K-Pop yang menjadi kiblat remaja hari ini. Perubahan penampilan dari segi fesyen, rupa diri dan gaya hidup yang mudah menerima budaya asing berbanding dengan usaha melestarikan budaya sendiri bakal memberikan impak negatif kepada negara. Hal ini akan merencatkan usaha negara melahirkan bangsa Malaysia mengikut acuan yang dikehendaki. Lebih parah lagi, tempoh wawasan 2020 yang hendak dituju boleh dihitung dengan jari sedangkan negara masih berhadapan dengan masalah remaja yang hilang arah, lemah pemikirannya dan dibelenggu masalah sosial yang tiada berkesudahan. Semuanya berpunca daripada sikap tidak mementingkan ilmu apatah lagi bercita-cita untuk menjadi seorang yang intelek.

                      Pihak sekolah khasnya para guru juga menjurus kepada fenomena remaja muflis intelek. Guru kini yang sibuk dengan tanggungjawab hakiki perlu membuat anjakan paradigma agar kaedah pengajaran di dalam kelas bersesuaian dengan keperluan pendidikan semasa kerana pendidikan ialah sesuatu yang dinamik. Kaedah pengajaran kini kurang menggalakkan    penggunaan otak kiri dan otak kanan bagi meningkatkan kecerdasan berfikir dan fungsi otak digunakan sepenuhnya dalam menerima dan menyaring ilmu. Dalam hal ini, otak yang dapat dirangsang untuk berfikir lebih jauh akan cepat matang untuk membuat penilaian. Terbukti bahawa kanak-kanakyang mempunyai sifat ingin mencari ilmu sejak kecil dapat menjamin kehidupan masa hadapan yang lebih cerah dan berfikiran jauh. Ironinya, sistem pendidikan kini yang berkiblatkan prestasi akademik hanyalah mendorong pelajar berasa liat atau jemu untuk menuntut ilmu, apatah lagi untuk mereka yang sering kali terkandas dalam pelajaran.