Thursday, August 26, 2010

Jawapan ringkasan-Kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah

kosa kata

Pantau
memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;
Perselisihan
1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato Temenggung dgn Dato Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.
Hakiki
Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) se­benar­nya: hidup yg ~ ialah hidup yg mem­punyai tujuan utk mencapai segala kesempurna­an; pd ~nya pd hakikatnya (se­sungguhnya), se­benarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya;
Sebarang
biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;
Keseragaman
keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna;
seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);
Kasta
1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka;
Merakamkan
1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya;
Aksi
1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya;
Ungkapan
ungkapan1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara;
Lucah
lucahhina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.
Disebarluaskan
akademik(akadémik)
1. mengenai atau ber­kaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu penge­tahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg ~.
Akal
1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran
Mustahil
tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;
Sita
1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mah­kamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau peri­hal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita.

Isi-isi penting

1.Tugas guru disiplin bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah.
2.Tugas hakiki terganggu
3.Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melayan khidmat pesanan ringkas
4.Jika berlakunya pergaduhan dengan rakan di kelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka di luar sekolah.
5.Wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu.
6. Sanggup menggunakan perbelanjaan seharian dan keperluan membeli buku hanya untuk membeli telefon bimbit.
7. Akan mencuri telefon bimbit rakan
8.Wujud kasta apabila pelajar anak keluarga berada akan berkawan dengan anak daripada golongan yang sama.
9.Pelajar yang nakal berkemungkinan akan merakamkan aksi pelajar perempuan
10.Rakaman gambar dan ungkapan lucah disebarluaskan

pengubahsuaian
1.Implikasi negatif pengaplikasian telefon bimbit termasuklah pertambahan tugas guru displin dan mengganggu tugas hakiki mereka. (15)

2.Seterusnya, banyak masa pelajar disia-siakan dengan melayan khidmat pesanan ringkas, sekali gus pelajar akan menelefon kawan di luar sekolah semasa pergaduhan berlaku. (19)

3.Selanjutnya, perasaan rendah diri akan wujud kerana tidak mempunyai telefon bimbit. (11)

4.Rentetan itu, perbelanjaan seharian digunakan untuk membeli telefon bimbit, sementelahan kes pencurian telefon bimbit akan berlaku.(15)

5. Tambahan pula, wujud kasta antara pelajar berada dengan pelajar miskin.(10)

6. Tuntasnya, aksi pelajar perempuan akan dirakamkan oleh pelajar nakal, justeru menyebarluaskan rakaman itu. (13)

(83 patah perkataan)

contoh-contoh ringkasan kawan
Kesan-kesan negatif penggunaan teelefon bimbit di sekolah termasuklah membolehkan pelajar dihenti bersekolah. Telefon bimbit mengakibatkan tugas sebenarnya terganggu justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas. Selain itu, pergaduhan akan berlaku sekiranya rakan sekelas menghubungi rakan di luar sekolah untuk menuntut bela terhadap pelajar-pelajar. Seterusnya, pelajar miskin ingin membeli telefon bimbit lalu sanggup menggunakan perbelanjaan seharian untuk mendapatnya dan bukan untuk bertabung sekaligus pencurian telefon bimbit akan semakin menjadi-jadi. Akhirnya, pelajar yang nakal akan merekodkan aksi perempuan di tandas dan menyebarluaskan ungkapan cabul kepada rakan-rakan lain.

( ulasan: dengan 5 ayat sahaja, sangat berbahaya, kalau 1 ayat salah, akan mempengaruhi markah isi keseluruhannya... pandai-pandaikanlah, kita cuma banyak ayat asalkan selamat.justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas.. betulkan setengah sahaja kerana masa pelajar tidak ditekankan.)

kelemahan lain:
Kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah termasuklah tugas yang sebenar akan terganggu. Hal ini demikian kerana jika pertengkaran dengan rakan dalam kelas berlaku, pelajar tersebut akan menyuruh rakan melalui telefon di luar kawasan sekolah untuk membalas dendam selepas masa sekolah.sementara itu, rakaman gambar akan disebar kepada rakan-rakan yang lain

...ulasan: dalam ringkasan, tidak perlu buat huraian isi, contohnya hal ini demikian kerana...adalah salah...


kelemahan yang sangat jelas:

Pada globalisasi kini, telah mendapat banyak kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah. Terdapat masalah berlaku jika kalangan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Guru disiplin akan membuat pemeriksaan walaupun mempunyai banyak tugasan akademik yang lebih penting. Kita harap ibu bapa pelajar memastikan anak tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, mereka akan wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu membeli telefon bimbit. Hal ini mungkin menyebabkan kes jenayah seperti mencuri telefon bimbit. Akhirnya, kita kerap mengambil brat akan sendiri dan orang lain supaya tidak membawa telefon bimbit ke sekolah (93)

.. ulasan: dia salin bulat-bulat dari petikan, lagipun dia lebihan perkataan - 93 patah perkataan; memanglah dikatakan dia tidak memahami apakah permintaan tajuk soalan. sangat kesian, markah yang dapat olehnya cuma 3/20... satu kesalahan yang sangat kesian

pemahaman

1.Apakah maksud rangkai kata tidak masuk akal sama sekali?
Rangkai kata ini bermaksud alasan yang tidak boleh diterima langsung

2.Berdasarkan petikan, nyatakan dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bagi memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah, guru-guru akan membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar.Selain itu, guru bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Sementara itu, mengenakan kesalahan kepada pelajar yang membawa telefon sehinggakan membuangkan pelajar tersebut daripada sekolah.

( permintaan 2 tindakan sahaja: ada 3 .. pilih dua)

3. Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa tidak melarang anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah?
Ibu bapa tidak melarang kerana mudah untuk ibu menghubungi anak mereka. Selain itu, anak mereka sudah besar dan ibu bapa tidak sanggup bertelagah dengan anak mereka. Seterusnya, bagi keluarga yang berada, kos penggunaan telefon bimbit terlalu kecil berbanding dengan faeadah yang diperoleh. Akhirnya, telefon bimbit merupakan hadiah ulang tahun kelahiran anak, jadi berasa bersalah untuk melarang penggunaannya.

Rujukan jawapan pelajar:
2. Antara dua tindakan termasuklah guru boleh bertindak tegas dengan memangil ibu bapa pelajar. Tindakan ini membolehkan ibu bapa memberi perhatian terhadap anak masing-masing. Selain itu, guru boleh membuat pemeriksaan mengejut. Melalui tindakan ini, telefon bimbit yang dibawa pelajar akan dirampas. (Lee khai heng)
... ulasan : sangat baik

2.Dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah adalah seperti mengadakan pemeriksaan terkejut. Tujuan ini adalah untuk mengambil telefon bimbit pelajar dan disimpankan. Seterusnya, guru seyogianya bertindak tegas. Contohnya, menghubungi ibu bapa pelajar untuk menetukan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. (Ng Zhi Yu)

ulasan : baik

2. Untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah guru-guru mesti bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan sering membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar(tung hung chun )

ulasan : lemah : dengan 1 ayat saje.. markah 2 saje

2. Berdasarkan petikan, dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah termasuklah membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit pada bila-bila masa. Selain itu, pengawas sekolah juga harus melaporkan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Misalnya, sebagai seorang pengawas sekolah yang bertanggungjawab harus adil apabila melaksanakan tugas dan melaporkan murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah kepada guru.( chin kai)

ulasan : lemah ... sungguhpun panjang lebar tapi 2 markah kerana tambahan isi sendiri tanpa daripada petikan

jawapan ringkasan: peranan wanita

Peranan wanita

kosa-kosa kata:
1.Fatwa
Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang tentang keputusan hukum syarak);

2.dasar
1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya.
2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang.
3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen.
4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda.
5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan.

Martabat
kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat: dianugerahinya aku ~ yg amat besar;

Belanjawan
1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun;
2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

Isi-isi penting

1. Wanita berperanan mengasuh anak untuk menjadi orang yang berguna.
2. Wanita menjadi seorang isteri yang baik.
3. Wanita bekerja membantu ekonomi keluarga
4. Wanita akan memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna
5. Memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi akan datang.
6. Sumber tenaga penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial negara.
7. Memberikan idea-idea bernas untuk dimanfaatkan oleh negara.
8. Terlibat dalam pembentukan fatwa dan aktiviti agama.

pengubahsuaian

1.Peranan wanita termasuklah mendidik anak supaya menjadi modal insan , sekali gus memastikan
anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna. (16)

2.Selanjutnya, wanita menjadi seorang isteri yang baik . (7)

3.Malahan, wanita bekerja menunjangi ekonomi keluarga. (6)

4.Seterusnya, penting untuk menjana generasi akan datang. (7)

5. Selain itu, wanita merupakan sumber tenaga penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial
negara. (12)
6. Di samping itu, wanita memberikan pendapat-pendapat berisi untuk menyumbang kepada negara. (10)

7. Tuntasnya, wanita terbabit dalam penjanaan fatwa dan kegiatan agama.(9)

67 patah perkataan

pemahaman
1. Rangkai kata ini bermaksud lebih ketara pada peringkat negara.

2. Tanggapan buruk masyarakat terhadap wanita termasuklah ramai yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita dalam menjalankan kerja.Selain itu, membuat kesimpulan gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada wanita.Seterusnya, membuat kesimpulan bahawa golongan wanita hanya sesuai menjadi suri rumah tangga.

3.Wanita lebih berjaya dalam bidang yang diceburi kerana sifat tekun wanita dalam menjalankan kerja. Selain itu, wanita mempunyai keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Seterusnya, berkeinginan memperbaik nasib diri dan keluarga, lalu diusahakan sehingga berjaya. Akhirnya, tidak mudah patah semangat walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

esei berpandu- peranan media dalam arus pemodenan negara.

1. Media memainkan peranan penting dalam proses pemodenan negara.
2. elemen penggerak bagi mencapai matlamat negara lebih maju.
3. melaporkan peristiwa di seluruh dunia.
4. cermin masyarakat dan saluran suara
5. membangkitkan kesedaran tentang kepentingan proses pembangunan.
6. menyampaikan dasar kerajaan
7. media harus menjalin hubungan yang baik dengan pihak kerajaan dan pihak swasta