Wednesday, April 21, 2010

Rumusan Plot

cerpen - tempang


Cerpen - Tukang Lama
Cerpen - Kasut Kelopak Jantung
Prosa tradisional- Taju'l Muluk





















Latihan Pantun Nasihat
















1. Suaikan rangkap pantun di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Emas perak tembaga suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

Buah cempedak dalam gantang,

Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali.

Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,

Sudah kena jentik baru nak diam.

kalau tidak dipecahkan, ruyung manakan dapat sagunya.

Menconteng arang di muka sendiri,

Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Sudah terhantuk baru tengadah.

2 Tuliskan pengajaran yang sesuai berdasarkan rangkap pantun di bawah.

  • Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa.

  • Kumbang jarak kumbang jagung, Berant buat berani tanggung.

  • Tunggu durian Teluk Emas, Stapa kemudian kena kemas.

  • Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam.

3 Berikan maksud baris pantun di bawah.

  • (a) banyak cakap banyak bohong (rangkap 2)

  • (b) Hati terang senang faham (rangkap 5)

4. Baca pantun dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
I Mengapakah seseorang itu dijentik dalam rangkap terakhir pantun?
A Dia terlalu aktif.
  • B Dia terlalu bising.

    C Dia terlalu pendiam.

    D Dia membuat kacau.

    2 Apakah maksud rangkap ketiga pantun?

    A Seseorang yang menantikan suratnya dibalas.

    B Pembaca diharapkan agar memenuhi harapan seseorang.

    C Seseorang diharapkan agar segera memberi balasan yang setimpal.

    D Seseorang itu diharapkan agar membaca sesuatu yang diberikan kepadanya.

    3 Antara berikut ialah bentuk Pan tun Dua Kerat (Nasihat) kecuali

    A rima akhir setiap rangkap berbentuk aa

    B terdiri daripada dua bans setiap rangkap.

    C terdapat sembilan rangkap pantun sahaja.

    D terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan setiap bans.

    4 Busuk nama menipu mencuri

    Baris pantun di atas mempunyai unsur gaya bahasa

    A aliterasi.

    B asonansi.

    C anafora.

    D metafora.

    5 Kepada siapakah Pantun Dua Kerat (Nasihat) ini ditujukan’?

    A Kanak-kanak.

    B Golongan dewasa.

    C Para remaja yang liar.

    D Semua lapisan masyarakat.

    Nilai

    Pengajaran

    Rajin Kita hendaklah memupuk sikap rajin dalam pekerjaan supaya dapat merasai hasilnya.

    Kita perlulah rnenjaga narna baik din sendiri dan keluarga daripada gejala yang tidak sihat seperti mencuri dan menipu

    Kita mestilah mengucapkan terima kasih setelah menerima sesuatu pemberian.

    Kita mestilah berani bertanggungjawab terhadap perbuatan yang kita lakukan.

Latihan Kesalahan Frasa 1(soalan 21-64)

21 Setengah anggota mempersoal tindakan yang diambil oleh pengerusi persatuan.

Bincangkan : sesetengah atau setengah-setengah anggota mempersoalkan atau menyoal ?

setengah

seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar.

setengah

1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah;

setengah-setengah, sesetengah

beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet;

mempersoalkan

mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;

mempersoalkan

menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini.

menyoalkan

menanyakan sesuatu kpd;

bersoal mengemukakan soal, bertanya;

menyoalmengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawapan; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya;

menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; Hakim menyoalkan permasalahan itu kepada pesalah itu lagi.

mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;

persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masalah:semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan.

Setengah= kata bilangan pecahan, sesetengah = kata bilangan tak tentu

J: …. Mempersoalkan kerana menjadikan tindakan pengerusi sebagai soalan

22 Kawasan pembuangan sampah itu sering didatangi sekumpulan gagak.

Bincangkan: perbezaan dikerumuni, dihinggapi, dilanda, didatangi dan sekumpulan dan sekawan

kerumun

; berkerumun berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. mengerumuni datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula.

hinggap

1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia.

landa I

; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.

sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb)

kumpulan

1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang.

kawan

1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan.

J : dikerumuni sekawan gagak

23 Sekumpulan pengganas sering mengganggu ketenteraman awam di kampung-kampung itu.

Bincangkan: pasukan, ketumbukan, gerombolan, kumpulan

ketumbukan

pasukan, kumpulan: keempat-empat orang muda itulah yg menjadi kepala ketumbukan di bawah baginda sultan.

ketumbukan

sepasukan atau sekumpulan tentera bawah perin tah seorang mejar jeneral.

gerombolan

1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai.

gerombolan

beberapa orang yg berkumpul menjadi satu; kelompok; pasukan: ~ pengganas itu telah merampas binatang ternakan dan barang-barang makanan drpd penduduk kampung.

pasukan

regu, pasangan, kumpulan, gu, set, golongan, puak, konco, gerombolan, kelompok, gabungan, kesatuan, barisan, bala, kontinjen

pasuk; pasukan

1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok;~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki

pasukan

1 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan: ~ bola sepak; ~ palang merah. 2 kumpulan binatang; kawan: se~ gajah.

Untuk pengganas, maka kita mendapati gerombolan paling sesuai. ,aka jawapan ialah segerombolan pengganas

24 Kerosakan harta benda dan terkorbannya jiwa menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sering berlakunya gempa bumi.

Bincangkan : kehancuran, kemusnahan, punah, binasa dan perbezaan antara nyawa dengan jiwa.

hancur

1. pecah menjadi kecil-kecil (ber serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di tum buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;

kehancuran

perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara;

kehancuran

keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan.

musnah

binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api;

kemusnahan

perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~;

binasa

musnah, ranap, hancur, rosak, punah, hancai, jahanam lingkup, runtuh, luluh, remuk, tengkarap, tandus, hapus

binasa

habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api.

binasa

1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~;

punah I

1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa

jiwa

nyawa, roh, batin, perasaan, fikiran, cita-cita, rohani, sukma, semangat

jiwa

1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih.

nyawa

roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang.

Maka jawapan: kemusnahan @ kebinasaan harta benda dan terkorbannya nyawa

pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab.

kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb

25 Beliau kembali bertugas setelah selesai menjalankan kursus selama sebulan di Jepun.

menjalani

mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;

menjalani

menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun.

menjalankan

1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca;

menjalankan

1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis.

Jawapan : selesai menjalani kursus

26 Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu setelah berhari-hari sesat di hutan ketika menyertai ekspedisi menjelajah hutan.

Bincangkan : lusuh , luntur, usang dan kelabu

luntur

1 berubah atau turun warnanya (bkn kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan

lesu

tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu.

lesu

1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~;

letih lesu

letih sekali; penat benar;

pucat lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar)

pucat sungguh, pucat sekali;

lusuh

1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg sudah ~

lusuh

1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan.

usang

1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah).

kelabu

1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~

Jawapan : Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya lesu

27 Sehubungan dengan itu, mereka tidak dIbenarkan memasuki makmal tanpa guru.

Yang mana betul? Sehubungan itu atau Sehubungan dengan itu

sehubungan bermaksud berkaitan dgn., bersangkutan dgn. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan.Oleh yang demikian, perkataan sehubungan itu/sehubungan dengan itu sama, kedua-duanya boleh dipakai.

Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.

yang gramatis ialah sehubungan dengan itu.

28 Pendapat bulanannya setimpal dengan tugas yang diberikan kepadanya.

setimpal

1. setimpal (seimbang, se-padan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak;

setimpal

sama taraf atau sama kedudukannya; sebanding; seimbang; setimba

pendapat

fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya,eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu.

pendapatan

1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang;

Jawapan : Pendapatan bulannya setimpal dengan

29 Mereka sering diingatkan agar mengukurkan baju di badan mereka sendiri.

Jawapan : mengukur baju di badan sendiri

Mengukur baju di badan sendiri.

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).

30 Suaranya yang amat merdu sekali menyebabkan penyanyi itu diminati ramai.

Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu

ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Namun begitu, binaan ter+kata adjektif dan binaan paling+ kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Maka jawapan : amat / sungguh/ sangat merdu sekali/benar/betul/nian

31 Makanan yang utama untuk penduduk rantau ini ialah nasi atau bubur nasi yang dimakan dengan lauk dan sayur-sayuran.

J : makanan utama penduduk rantau

rantau

1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini.

32 Hakim mendapat lelaki itu salah berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.

J : mendapati lelaki itu bersalah

33 Permusuhan di antara kedua keluarga itu telah berlarutan selama dua generasi.

J : Permusnahan antara kedua-dua

34 Dia berazam membersih nama keluarganya yang tercemar akibat tindakan abangnya itu.

J : Dia berazam untuk membersihkan

35 Majlis makan malam itu ditambahkan keseriannya dengan kehadiran pelakon pujaan ramai itu.

J : bertambah seri dengan

36 Wajahnya menjadi pucat lesi bila ayahnya tiba-tiba muncul ke pusat beli-belah itu.

J : apabila ayahnya muncul secara tiba-tiba di

37 Siaran langsung perlawanan itu tergendala disebabkan masalah teknikal di stesen pemancar utama.

Bincangkan: tergendala akibat permasalahan teknikal atau tergendala disebabkan masalah teknikal

38 Aslinya karyawan itu terjejas sedikit kerana terlalu banyak penggunaan kata bahasa Inggeris.

J : Keaslian karya itu terjejas sedikit

39 Semua ahli jawatankuasa sebulat suara bersetuju dengan pelantikan beliau sebagai pengerusi terbaharu persatuan mereka.

J : sebagai pengerusi baharu persatuan mereka.

40 Semua para pemilik anjing-anjing di negara ini dikehendaki mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa.

J : semua pemilik atau para pemilik anjing

41 Hanya Parlimen yang berkuasa dalam pinda sesuatu rang undang-undang yang sedia ada.

B: yang berkuasa meminda atau yang berkuasa untuk meminda

J : yang berkuasa untuk meminda atau yang berkuasa dalam pemindaan

42 Ada masa-masanya ibu bapa perlulah bersikap tegas terhadap anak-anak remaja mereka.

B : ada masa atau ada-ada masa

Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

ada-ada

~ saja 1. selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; 2. selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”;

ada-adanya, ada-adanyakah

mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga;

J : ada masanya ibu bapa perlu bersikap

43 Masalah kekurangan modal menyebabkan dia terpaksa memendamkan hatinya untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya itu.

J : keingininnya/ Niatnya/ Hasratnya/ hajatnya…. untuk memperbasar

44 Setelah semua pokok-pokok getah tua itu menebang, Pak Abu bercadang untuk menggantikannya dengan pokok kelapa sawit.

B: semua pokok getah tua itu ditebang atau semua pokok getah yang tua-tua itu ditebang

J : semua pokok getah tua itu ditebang

tua-tua

1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? ;2.= tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik;

bertua-tua

Mn 1. = bertua-tuaan mengikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2.bersuami isteri sampai tua;

orang tua

a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga;

orang tua-tua

orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya;

tua-tua keladi

makin tua makin baik;

tua-tua kelapa

makin tua makin baik;

45 Kemalangan itu berpunca dari kesilapan pada arahan yang dikeluarkan oleh menara kawalan.

J : berpunca daripada kesilapan arahan

46 Kawalan yang longgar di sempadan memudahkan beribu-ribu orang warganegara asing menyusupi ke dalam negara kita setiap tahun.

menyusupi

1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2. meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding;

menyusupi

menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu.

B : menyusup ke, menyusupi ke, menyusupkan ke dalam, menyusupi ke

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul.

meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan dan men…i ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif.

Maka J : menyusup ke negara kita atau menyusupi negara kita

47 Matang atau tidak fikiran seorang itu dapat diperhatikan daripada kata-kata dan juga tindak-tanduknya.

B : Matang atau tidak pemikiran seseorang, atau Kematangan fikiran seseorang

pemikiran

perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu;

pemikiran

cara atau hal memikirkan sesuatu.

fikiran

1. daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2. hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya.

fikiran

1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat:sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;

J : Kematangan fikiran seseorang atau sama ada matang atau tidak pemikiran seseorang itu

48 Pada zaman dahulu, kelasi kapal yang mengingkari arahan nakhoda akan terkena hukuman dibunuh.

J : akan dikenakan hukuman bunuh

49 Mereka merasa kasihan sungguh melihat penderitaan anak-anak yang kehilangan ibu bapa dalam peperangan itu.

B : Mereka merasa sungguh kasihan atau Mereka merasa kasihan sungguh atau mereka berasa sungguh kasihan

J: apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa"

Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ;

(ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka.

Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh.

berasa (merujuk kpd perasaan/rasa hati) merasa (menikmati/mencuba sst dgn lidah umpamanya)

perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)

maka jawapan : Mereka berasa sungguh kasihan atau Mereka berasa kasihan sungguh kerana sungguh kata penguat bebas.

50 Dia memeramkan semua keinginan hatinya kerana tidak mempunyai sahabat karib untuk meluahkan perasaannya itu.

B : memendamkan semua keinginan hatinya, memerami segala perasaan hatinya, memeramkan semua keinginan hatinya.

J : memendamkan semua keinginan hatinya

memendamkan

menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan;

memendamkan diri

tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri;

memeram

1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam; ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak;

memeram hati

ki menyimpan perasaan dlm h

51 Dia enggan memakai pakaian yang ayahnya beli itu kerana warnanya terlalu terang.

Kata kerja aktif

Pasif diri pertama

Pasif diri kedua

Pasif diri ketiga

memberi

saya beri

anda beri

diberi

menyapu

kusapu

kausapu

disapu

melukis

kami lukis

kamu lukis

dilukis

membayar

kita bayar

anda bayar

dibaya

J : dibeli oleh ayahnya itu

52 Mereka terambil masa hampir-hampir satu jam untuk membersihkan cat yang tumpah di lantai itu.

B : terambil masa hampir-hampir atau mengambil masa hampir

J : mengambil masa hampir

hampir-hampir

akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat;

hampir

1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat:marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad s.a.w mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: carilah hingga sen yg ~ sekali bunga biasa di atas $760 bagi tempoh 80 hari dgn kadar 3 % setahun; sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...: ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai;~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang;hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas:masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat

53 Panglima itu mengarahkan kumpulannya berundur bagi membolehkan mereka membuat perancangan yang lebih rapi.

B : membuat perancangan yang lebih rapi atau membuat rancangan yang lebih rapi.

J : membuat perancangan yang lebih rapi.

perancangan

perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa;

perancangan

perbuatan (hal dsb) merancang.

perancangan

penjadualan, pemprograman, perencanaan, penyusunan, persediaan

rancangan

persediaan, persiapan, program, rencana, atur cara

rancangan

sesuatu (spt acara, program dll) yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun.

54 Kesilapan semasa zaman mudanya masih menghantu lagi orang tua itu.

J : masih lagi menghantui

menghantui

1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat;

55 Dia berpura-pura tidak mendengar arahan ketuanya kerana ingin terlepas diri dari tugasan tersebut.

J : ingin melepaskan diri daripada tugasan

56 Kesihatan penduduk kampung itu mula terjejas sejak pembinaan kilang pemprosesan susu getah pada tebing sungai itu.

J : pemprosesan susu getah di

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

kata sendi nama pada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu atau tempat.

Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa, tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

Kepada ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan .

Di antara frasa frasa berikut, yang mana satu betul keguaannya? 'patuh pada undang undang' 'patuh kepada undang undang'

Oleh itu, frasa ayat yang tepat ialah: patuh pada undang-undang.

"pada" bagi manusia dan haiwan.

Kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan.

Di pula digunakan untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Semua kata sendi nama ini ditulis atau hadir di hadapan frasa nama atau kata nama.

57 Mereka tidak berpuas hati kerana upah yang diberikan tidak setimpal akan kerja yang dilakukan mereka.

B : tidak setimpal atau sejajar dengan kerja

J : tidak setimpal dengan kerja

sejajar

1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg

58 Para pengusaha diingati supaya jangan mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai.

B : diingatkan supaya tidak mengalirkan atau diingati supaya tidak mengalirkan

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

mengingati

mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;

mengingati

sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya.

mengingatkan

1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung;

mengingatkan

1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya.

J : diingatkan supaya tidak mengalirkan

59 Masyarakat hari ini lebih mengutamakan anak-anak cemerlang dalam akademik mereka daripada pembentukan keperibadian mereka.

B : anak-anak cemerlang dalam akademik, kecemerlangan anak dalam akademik, anak-anak cemerlang dalam bidang akademik

J : kecemerlangan anak dalam akademik,

60.Banyak masalah sosial pada remaja-remaja hari ini berpunca daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa. social

J : Banyak masalah sosial remaja

61 Permintaan terhadap minyak mentah dijangka berkurang pada abad ini disebabkan ketemuan enjin yang pakai tenaga elektrik.

J : Penemuan enjin yang menggunakan

B : ketemuan, penemuan , pertemuan

penemuan

1. perihal menemui atau mene mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui

penemuan

1 sesuatu yg diperoleh atau yg ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan.

ketemuan

(sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I.

pertemuan

1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan;

pertemuan

1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis.

62 Perpaduan antara kaum merupakan rahsia utama kejayaan negara selama ini.

B: Perpaduan di antara kaum, Perpaduan antara kaum , Perpaduan antara kaum-kaum

J : Perpaduan antara kaum

63 Mereka bersetuju dengan cadangan gencatan senjata itu dan menyambung rundingan damai semula.

B : cadangan gencatan senjata atau cadangan menggencatkan senjata

J : cadangan gencatan senjata

gencatan senjata (perang)

keadaan ber henti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata.

gencatan

hal menggencat; penghentian. ~ senjata perbuatan menghentikan tembak-menembak; peletakan senjata.

menggencatkan

menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka;

64 Fikirannya celaru bila memikirkan masalah rumah tangganya.

J : Fikirannya bercelaru apabila

bercelaru

tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll), kacau- bilau: rancangan kita yg ~ ini;

bercelaru

tidak tentu arah (ttg susunan dll); tidak keruan; kacau-bilau.